Friday, December 16, 2011

[Review] Amazon Kindle 4

Aku tak pasti sama ada budaya e-reader ni dah menular ke Malaysia atau tak. Mungkin anda yang di Malaysia boleh respon, korang berminat nak guna e-reader, ataupun lagi selesa guna buku tradisional.

Aku tau pelik sebab aku tak pernah buat apa-apa review sebelum ni. Sebab utama aku buat post review ni sebab mak aku tanya, Kindle tu apa? Jadi untuk mengelakkan beliau daripada terus ingat aku baca buku dalam format PDF dalam PC, aku buat post ni.

Kindle 4. Model ni latest dalam kelas Amazon Kindle. Ringkas, murah, mudah.

So aku start dengan sedikit penjelasan tentang apa sebenarnya Kindle, dan untuk apa perlunya benda ni.
Amazon Kindle, e-reader yang setakat ni menguasai pasaran e-reader yang lain sebab stok buku dan judul yang sangat banyak. Kalau korang baca buku English la kan. Susah nak jumpa buku Melayu dalam Kindle Bookstore.

Jadi kenapa Amazon Kindle? Kita tengok spesifikasi dia sikit.

Skrin 6 inci. Tak besar, dan tak jugak kecik sangat. Sedang-sedang. Navigation sebelah tangan tak susah, tak rumit langsung. Aku suka sebab boleh guna sambil hisap rokok.

Berat kurang dari 170 gram. Ringan, sangat ringan. Jadi keselesaan untuk pembacaan tempoh masa panjang takkan mengganggu tangan korang.

E Ink atau dakwat elektronik teknologi terbaru. E Ink dari Amazon, buat tulisan dalam buku yang korang baca nampak macam buku sebenar. Selain daripada backlight ataupun lampu belakang, untuk pembacaan dalam gelap, memang tak ada masalah dengan paparan atau display benda ni.

Wifi dan Kindle Whispernet. Nak bukak Facebook? Nak bukak Twitter? Tak ada masalah. Benda ni ada built-in wifi, dan Amazon Whispernet yang boleh menyenangkan korang beli dan download buku tanpa perlu sambung apa-apa kabel.

Bateri tahan sebulan. Sumpah beb, tak tipu. Sangat-sangat jarang aku caj bateri benda ni, sebab dia bukan handphone. Bateri dia tak makan banyak. Dalam penggunaan biasa, Amazon claim bateri Kindle 4 boleh tahan sampai sebulan.

800'000 buah buku, percuma, murah, sederhana, mahal. Serius banyak tu. Lagi aku terkejut bila buku teks untuk subjek Ethics aku ada dalam ni, dengan harga 50 peratus lagi murah daripada yang cetak. So kat situ dah jimat sangat duit.

Korang boleh tengok kat link ni untuk tengok harga kat Amazon. Berbaloi sangat!

Gambar sket!

Bahagian depan Kindle 4. Oh, nak bagitahu, saiz tulisan tu korang boleh adjust untuk lagi besar atau kecik.
Butang navigasi. Return, Keyboard, Butang navigasi 4-arah, Option, dan Home. 
Kat belah bawah, ada micro usb port dengan power button.
And kat tepi ni (ada kat dua-dua belah sebenarnya) ada butang untuk mukasurat seterusnya, dan mukasurat belakang.
Yang ni rupa dia dari belakang.
Tak faham? Perlukan kamus? Tak ada masalah.
Nak muka depan buku? Tak ada masalah. Cuma tak berwarna jela kan.
Aku suka fakta yang Kindle 4 bukan touchscreen. Jadi korang boleh sentuh skrin bila membaca, macam buku sebenar.
Tengok betapa senangnya korang nak tekan butang next page. Dan bagi perhatian kat kualiti E-Ink tu.
Buat pengetahuan korang, Kindle 4 ni tak boleh off. Dia akan on 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tapi bila korang lock, akan keluar iklan (screensaver) macam ni.
Untuk cover, aku guna Belkin Folio Cover. Boleh tahan mahal, tapi padanla dengan kualiti.
Cover yang jaga Kindle aku. Sangat membantu. Kulit tu beb.
So, tu la Kindle, kalau mak nak tahu.

I miss you, mak. Nak balik. Tertekan :(

Salam alaik~

Sunday, November 27, 2011

Ego Manusia, Bukan Ego Lelaki

Okay kali ni aku nak komen pasal masalah rumah tangga.

Like, what the hell kan.

Hidup aku ni memang bergelumang dengan manusia-manusia ego tahap kritikal. Sama je. Lelaki dengan perempuan. True story.

Latest case, ada besfren aku get off the relationship sebab ego. Aku dah cakap! Love must be unconditional! Ni la dia manusia yang taknak dengar cakap aku (hehe, bajet aku hebat la pulak kan). Jangan bagi syarat untuk satu-satu relationship tu. Kalau kau serius la kan. And so far yang aku faham, kes kau ni kawan, si lelaki tu memang nak mencari alasan untuk ditch kau. So it's good that you know now. Reality's hurts. Every single time.

Apa kejadah kau letak syarat-syarat pulak ni. Tu belum kahwin lagi, nanti dah kahwin macam-macam lagi la. "I need my cup of coffee ready every morning, finely grind, black and thick, with two spoon of sugar and one spoon of creamer, with a couple of wheat bread and a morning newspaper on the table. Oh, and I need the coffee to be in a cup, I repeat, and not in a mug or glass or anything else. Got that? Or else I'll ditch you." LOL?

This is not a case of chauvinism. Kita bercakap pasal kesefahaman dalam relationship. Aku pernah jugak cakap pasal acceptance kan? Terima la. Kalau kau betul-betul sayang la kan. Kenapa nak letak syarat? Kalau ada apa-apa yang kau tak suka pasal dia, kau ubah waktu dah kahwin nanti. Sekarang? Jangan mengharap kat something yang belum pasti, bro. Nanti kau menyesal.

Back to the main point. Ego. Semua orang pun ada ego. Beza dia tahap tinggi dengan rendah je. Lepas tu camne kau control ego kau tu. Mungkin ada orang yang boleh kontrol ego dengan gefren, tapi tak boleh control bila dengan member. In either way, kau tak boleh sorok ego kau tu. Even aku sendiri pun ada ego. Tapi so far aku supress ego aku tu untuk benefit semua orang. Susah, tapi tak mustahil.

Ego comes from the feeling of superiority and inferiority. Bukan senang nak baik dengan semua orang. Tapi teramatlah mudah nak buat hal atau masalah dengan orang lain. Kenapa weh? Aku still tak faham sampai sekarang kenapa orang nak ada masalah dengan orang lain. Tak boleh ke kita hidup dengan aman dan damai? I mean, kalau ada orang tak suka aku pun, aku suka je semua orang. Aku taknak fikir pun kalau ada orang tak suka aku ke apa kan? Bukan hal aku. Yang penting aku handle semua orang sama. Aku taknak ada masalah dengan kawan-kawan aku just simple out of ego. Kau tak boleh hidup dengan ego macam tu. Kau kena ada rasa nak mengalah. Kau kena ada rasa bertolak ansur sikit. Give and take.

Aku ada ramai kawan, tapi aku lagi suka refer kawan-kawan aku ni just sebagai acquaintances. Cuma ada beberapa orang je kawan aku yang aku rasa layak digelar friends. Aku bezakan acquaintances dengan friends. Korang pun patut buat macam tu. Just saying.

Once my friends get hurt, I'll be mad. Now for the second time, you hurt her again, I'm seriously pissed off. She's better off without you now. She will be. I don't know you, but I'm sure as hell do hate you.

I've been listening to her ranting for years. And the more I learned, the more I feel her. You go be ungrateful somewhere else.

Urghhh. Manusia dan ego. Wanita dan emosi. Funny as hell.

Thursday, November 10, 2011

111111 - A Note to Life

My head hurts.

My eyes. They hurts too.
Bulging out my skull in some way. Feels like it's gonna bleed.

My mouth is dry. My face is numb.
Fucked up and spun out in my room.

Feels like a tornado in my heart. Like the crystal ball with fake snows in it been tossed around.
My spine is crooked. My left leg is killing me. Muscular inflammation, I guess. Too much skating around.

But really, I am so physically and mentally weared out.

Maybe I will try to take a nap and wish for a better tomorrow.

I can try.

All these toiling for better future is suddenly making me tired. It's the damned thing. I'm really getting snoozy here.

My head feels, like, thick, you know? It's really hard to focus.

But seriously, life, can we take a break for just a little bit? Take five, or something?

I'd really appreciate it.

You guys just keep doing what you're doing okay. Been a wonderful thing knowing all of you. Keep up the good work okay.

Great.

Just give me a second or two to catch my breath.

I'm going to lie back down.

Wake me up when it's over.

Wednesday, November 2, 2011

Love is Nothing But Physical

So apparently I have gone through two relationship in the last nine years of my life, which I must insist is true love.


And still, I would say moving on for me is not an option, but a gift that I have yet to receive. A friend of mine maintained her own opinion; that love is only physical and true love does not exist. Last night, I spent a few hours discussing with someone with credibility on the topic "What is Love?". Here is my transcription.






So what is love?


Let's us first define the scope of love, in what context does it work, and in what terms are we discussing right here. Well of course, there is love for the parents, love for the family and love for friends. And of course, we would mostly talk about the relationship between a guy and a girl when talking about love. The question is, how do you feel love? How would you describe love? How do you know when you are in love? You might as well be in love with your best friend and yet you just don't know it.


Firstly, love is unconditional. You love someone without any condition. What conditions are we talking about? Here is an example. I will love this particular girl only if she loves my mom. I will love this girl just as long as she don't know about my smoking habit. Got it? There is no condition on true love. We will love them as we are, as they are.


Your girlfriend is coming to your place tonight. You left your clothes where they are; on your chair and on your bed. I'm not implying this as getting naked but there's nothing to hide from your true love. Believe it or not, you are most comfortable when you are with your girlfriend compared to your friends. You don't mind your special partner to see you all messed up during a hard, stressful weekend, and as for the girl, you won't mind your man to see you without makeups. You might as well prove to them that girls doesn't really farts rainbows as what we all had in mind. Now, what is that called? Yes, unconditional.


"So that means I'm in love with a lot of people, because I was comfortable, and unconditional with a lot of people, as for me, girls."


We will answer that question as we go further into this discussion.


Moving to the second part, love is unrewarding. What I mean here is, that, we don't expect anything from him/her. We love her from the first part, which is unconditional, and we don't expect him or her to love us back. We should not even expect marriage from her when we love her truly. This is the best part of it, when you love someone, you don't expect her to love you back and you don't expect her to treat you right. If she does, loves you back, and if it is true love, then it is a bonus for you. Be grateful then, you are the 1%! Importantly, you should not demand anything from the person you love.


"As for me, love is only physical. Well, you love someone for his or her looks, to get on her pants or anything such. You are lying if you don't love someone for her beauty. Everybody loves beautiful things."


This is so untrue. You might LIKE someone for her beauty, you might ADORE someone for her interesting character, you might WORSHIP someone for her wisdom, but you can only LOVE someone for being her.


"So love is acceptance, right?"


Wrong. Friendship is acceptance, but not love. Acceptance, or in Malay/Arabic is "redha" in this context, is more towards friendship. Acceptance in love is much more stronger that that, more that you would ever imagine. In true love, you don't just accept, but you are satisfied, devoted. You highly value that very person. That, my friends, is true love. Love is a feeling, and acceptance does not go under that category.


"Now, that you say love is a feeling, how do we feel love?"


This is a redundant question which have been answered. Back to what I've mentioned before, when you love someone, you don't put conditions and expectations, and you accept him or her as who they are. You won't change a thing about them.


"So you're saying, when you love someone, you just know it? That is not strong enough. Not convincing at all."


Not strong enough for empirical people, but strong enough for spiritual people. If you want to know what love looks like, and not what love feels like, you won't find it here. Those physical lover should analyze love from emotional perspectives. If you failed to do even that, means you are one hedonistic brat who yet to feel loved.


This is the extract from a discussion of me, and Mrs. Azzah Anuar, a graduate student pursuing her PhD at Michigan State University. All credit goes to her, I resorted.






Well, now it is all said and done, good luck finding your true love!


p/s: believe me, true love does EXISTS.


Salam alaik~


=)

Friday, October 21, 2011

Of Thunderstorms.

Quiet minds cannot be perplexed or frightened but go on in fortune or misfortune at their own private pace, like a clock during a thunderstorm. (Robert Louis Stevenson)

Did you ever feel so tired, that you can't sleep?
One, after another, after another, sleepless night all around.

Silent.
All I hear is silence. Darkness in every space. Turned here and there but nothing.
Pulled my blanket up to my head. No I can't do this.
This smiling face covers a thunderstorm it's heart.
Rumbling leaves and shaking trees all around.
You and me got to pull together, we'll get through this, but no.
When separates always better, let's be wise and choose for the best.

Ain't it easier to start over? No, and it's harder than to go with what you have.
Disaster takes turns, and one by one keep on coming on it's way.
Those tracks taken is irreversible. Raindrops are falling down, never will it goes up again.
Unless it's evaporated. Clean. Leaving the dirt behind. Up to the sky, waves goodbye to the dirty Earth.

Closed my eyes. Again. Not again. I got a 9AM class tomorrow.
My heart throbs from all confusing and delirious thoughts by my brain.
And yet here it comes.

Thunderstorms.

I always love rain. I always does. A few days before I got on the plane to the USA, I do something very random.
It was raining outside when me and my big family was chatting. And I stand up, pull out my shirt and ran into the rain.

How I miss that feeling.

If it's cold, let it be. I couldn't care less.
Keep on raining. Keep it coming.

Did you know the story of a boy who lived out on the street and grow up to be a punk?
He was a tough guy. He was unstoppable.
Until one day he saw this girl at a coffee shop.
And you know what? He asked her out. For times.
She said yes.
And he died minutes later, with a smile on his face. From a car accident.

The girl ran to him and hold his hand in his last moment.
That strong, tough boy cried and say, "I have spent my whole life for ones who will love me regardless of what I've been, only caring for what I can be. You exists after all, so I don't mind to die."

He was only 20.

The thunderstorm. Urghh. It's a wet and humid fall here in Buffalo.

Melancholic days before. Much worst ahead.
Keeping my head up but the world is pushing it down again.
My neck will break loose soon.

I can't keep doing this.

This thread I'm holding on is too vulnerable. One small wind will take it down.
And yet I am pushed to the limit I can't handle.
These two frames of pictures are what keeping me alive.
Or else I am just as good as dead.
Crawling on my knees. Where faith now means nothing but a mere word.
No one will understand. But never mind.
It's the sophisticated heart and mind interaction that we human have not fully understand.

I've said this for countless times. Once more, here it goes.
I'm tired of this life.
So tired I have problem sleeping. So tired I never want to wake up and face it's cruelty.
I'm as weary as an 80 years old guy.
They say the storm will pass, not a valid argument.
Someday, I will have my morning cup of coffee and smile all day.
But I start to feel that day would never come.

I don't care if anyone is reading this. I just need to give myself a break.
Thunderstorm, yes, thunderstorm. 40 knots of wind makes it worst.
But who cares? It will pass.

Relationship is nothing but lies.
Hectic life makes it worst.

Sometimes I just need a reason to smile.
Which everyone else does not.

There's always rainbow after rain.
But this thunderstorm won't stop.
It'll keep on coming. Gradually.
To test my threshold.
Until one day there's nothing left but, well, just plain nothing.

I still have the hope.
That I am strong enough.
Am I? Am I that strong? Fake.

I may be not. We'll see.

Thursday, October 6, 2011

Of Love and Friendship

Post ni tentang sahabat. 

Bukan sekali dua aku tulis pasal sahabat ni. Patut buat label khas untuk kawan-kawan.

So kali ni tentang apa? 

Aku just nak kongsi tentang betapa hebatnya pengaruh sahabat ni. Dan macam mana sebab kawan kau sanggup berkorban macam-macam. Kau sanggup susah payah sebab kawan. Kau tak suka tengok kawan kau sedih jadi kau tinggalkan kepentingan kau sendiri untuk orang lain. 

Aku takkan bukak cerita pasal kawan tiba-tiba kalau tak ada isu. So obviously, memang ada isu yang aku nak kongsikan. Satu situasi kompleks. Perhubungan yang maha rumit.

Firstly aku nak tanya. Pernah tak korang ada crush atau jatuh hati kepada kawan baik sendiri? Bukan setahun dua berkawan, tapi dah lama. Sejak sekolah rendah. 

Aku? Aku tak pernah.

Tapi aku tengok satu situasi yang mana seorang sahabat ni.. Em, in easier words fall for his bestfriend's ex. Kepada orang yang terlibat, aku mintak maaf kalau post ni terlalu jujur, tapi aku kena tulis benda ni sebagai amaran kepada orang lain. Jangan risau, identiti anda terpelihara. Itu janji aku.


Rule yang semua orang patut ikut. Don't date your bestfriend's ex. Sebab apa? Jeopardize friendship korang. Well it's not me though, so don't bother asking. 

In the first place, jangan start something yang korang tahu takkan boleh handle. Atau kawal. Because love is always a weak excuse. Aku suka nak quote satu ayat tulisan Epictetus dalam buku beliau, The Encheiridion. 

As you aim for such great goals, remember that you must not undertake them by acting moderately, but must let some things go completely and postpone others for the time being.
Kata-kata ni boleh apply dalam semua kehendak kita. Epictetus sambung dengan bagitahu yang kalau tak, kita akan mungkin tak dapat apa yang kita nak, dan certainly tak akan dapat kehendak yang lain. Jadi untuk semua benda, mesti akan ada sacrifice.

Kawan. Bros before hoes. Ingat tu. Sebab selagi kau tak kahwin dengan wanita kesayangan kau tu, kau ada kemungkinan untuk merangkak balik mencari sahabat bila cita-cita kau dengan wanita tersebut tak kesampaian. Apa pun kau buat, sahabat itu yang paling penting.

Untuk aku, sahabat aku is everything. Lagi-lagi bila duduk oversea ni. Tak ramai yang kau ada. Keluarga kau jauh. Jadi biarlah kau tolong kawan-kawan kau dengan ikhlas, dan harapkan yang satu hari nanti dia akan ingat jasa kau. Atau sekurang-kurangnya ingatlah yang kau dapat pahala sebab ikhlas. Orang tak ada ikhlas tak dapat pahala tau. Ingat tu.

Bagi aku lagi, tengok kawan-kawan seronok tu pun dah cukup memuaskan hati. Macam tugas kau dah selesai. Siapa yang suka tengok kawan-kawan tak bertegur sapa, tak boleh bertemu, asyik nak bergaduh? Aku tak tahu pasal korang, tapi aku tak nak macam tu. Kalau boleh biarlah kita semua hidup dengan penuh harmoni dan sejahtera (ayat buku teks BM).

Aku akan sentiasa tolong kawan aku dalam semua benda yang aku mampu, sebut je (except masalah duit la kan, aku ni kan orang miskin). Tapi tu janji aku untuk semua sahabat. Tak kisah la korang kat Malaysia ke, kat US ke, atau pun kat mana-mana je dalam dunia ni. Aku akan sentiasa ada untuk kawan.

But one thing for sure, aku patut jadi kaunselor instead of buat degree Bioteknologi ni.

Oh by the way, bawah ni QR code untuk blog aku! Yay! Mobile version pun dah di update kan dengan Atom, so read my words everywhere now. Scan!


Dan Fall semester; setakat ni masih awesome. Aku nak target 4.0 semester ni. InsyaAllah. Masih berusaha dengan sepenuh jiwa dan raga, mengorbankan hidup sebagai seorang anak muda di perantauan. Macam Epictetus cakap kat atas tu la.

And below, gambar cahaya matahari satu pagi beberapa hari lepas. Cahaya kehidupan baru :')


Semoga satu hari nanti, masalah aku akan selesai dan semua akan jadi seronok semula. One day, Syahmi, one day.

jzkk.

Salam alaik~

=)

Friday, August 26, 2011

Kerana Dia Suka Aku Menangis.

Ini adalah sesuatu yang sangat patut aku kongsikan. Semua orang patut sedar perkara ini.

Beberapa bulan yang lepas, aku ditimpakan dengan satu ujian yang hebat. Terlalu hebat.

Aku marah. Aku bengang. Aku membentak.
Aku menangis tidak puas hati. Aku rasakan Dia tidak adil! Aku mempersoalkan kenapa Dia buat aku macam ni? Apa salah aku sampai aku ditimpakan ujian sebesar ni?

Sejak dari kecil, aku dibesarkan serba sederhana. Orang lain hidup mewah, aku hidup kais pagi makan pagi. Aku diasuh dengan supaya sentiasa memandang orang yang dibawah. Tetapi kali ni, aku terus mempersoalkan.

"Kenapa orang itu hidup bahagia? Tanpa masalah? Kenapa orang itu tidak perlu bekerja keras untuk mencari sesuap nasi? Kenapa orang itu mendapat rezeki yang melimpah ruah? Kenapa aku yang masih muda perlu hidup susah? Sungguh tidak adil."

Aku marah dengan Dia. Aku bengang dengan Allah S.W.T, aku memberontak.
Aku buat segala macam kemungkaran. Apa guna iman kalau tak mampu selesaikan masalah aku ni? Selama ni aku taat dengan perintah-Nya, dia timpakan pula aku dengan ujian sebesar ni. Sungguh kejam dan tidak adil!

Semua perkara yang wajib aku biarkan. Solat? Cukup syarat je. Apa yang aku tahu, marah aku tak hilang. Perasaan tidak puas hati aku membuak-buak, semakin lama semakin besar. Aku makin jauh hanyut, lalai terus. Seakan-akan tidak lagi percaya dengan ketentuan-Nya.

Perkara sunat? Jauh sekali. Doa? Huh, tak ada lagi walaupun sedikit keyakinan. Tidak wujud lagi pergantungan kepada Khaliq. Aku seperti tidak ada kepercayaan. Hilang haluan.

Sedikit demi sedikit nikmat aku ditarik. Aku buat tak endah. Aku dah biasa susah. Bukannya akan merubah apa-apa. Hati aku terus memberontak. Masih mempersoalkan kehendak-Nya. Terus dalam kekhilafan. Terus futur.

Aku lalai.

Bila tiba Ramadan, aku berpuasa, seperti orang lain. Aku bersolat, seperti orang lain.
Sehingga pada satu hari, aku tidur di masjid selepas solat Zohor. Memang kepenatan yang teramat. Tanpa niat iktikaf, aku layankan mata dan berbaring di satu sudut masjid.

Mimpi aku waktu itu mengubah hidup aku. Dan pandangan aku tentang ketentuan Dia.

Dalam tidur sepanjang dua jam tu, aku melalui sesuatu yang seakan-akan flashback hidup aku. Tidak perlu untuk aku ceritakan semuanya penuh lengkap, tapi cuma sedikit yang benar-benar aku ingat.

Suatu petang di surau sekolah menengah aku. Aku sedang membaca Al-Quran. Mataku berkaca. Hatiku sebak.

Suatu malam di dorm asrama sekolahku, tempat aku mengambil PMR. Aku sedang bersolat hajat. Aku sedang menangis. Berjujuran air mata. Bergetar seluruh badan.

Dan seterusnya air mata ibu dan bapaku gembira dengan keputusan PMR aku yang cemerlang.

Suatu malam di surau sekolah asrama penuhku, tempat aku mengambil SPM. Aku sedang berdoa. Tidak pasti bila. Yang jelasnya, aku menangis. Teresak-esak. Dan aku sujud dengan linangan air mata.

Dan seterusnya air mata ibu dan bapaku gembira dengan keputusan SPM aku yang cemerlang.

Tiba-tiba aku tersentak, tersedar mendengar azan Asar berkumandang. Subhanallah. Lalainya aku.
Dan aku terus sebak, dengan mata yang berkaca, mengambil wudhu penuh longlai.

Malam itu aku bangun untuk qiamullail. Buat pertama kali selepas dua tahun. Dan malam itu aku minta keampunan daripada Allah dengan sesungguh-sungguhnya. Aku tekup muka dengan tangan. Aku segan dan malu dengan Allah. Selepas semua nikmat yang diberikan oleh Allah, aku sanggup pula berpaling daripada-Nya. Aku persoalkan kehendak-Nya. Aku lupa dimana tempat aku yang sebenar.

Dan aku bersyukur dengan sebenar-benar syukur dengan ujian yang telah Allah timpakan. Rupa-rupanya Allah bukan berlaku tidak adil. Allah bukannya menurunkan ujian ini untuk menghukum aku. Allah sayangkan aku. Lalu buat pertama kali selepas dua tahun, air mata aku jatuh lagi semata-mata kerana-Nya.

Aku rasakan aku tidak lagi layak untuk tinggal di bumi Allah. Tidak layak lagi meminta apa-apa daripada Allah. Kerana terlalu banyak sangkaan burukku kepada Allah. Aku segan. Aku malu. Aku cuma tunduk memandang sejadah.

Aku diberikan kejayaan. Aku diberikan keluarga yang bahagia. Aku diberikan sahabat-sahabat yang baik. Apa lagi yang aku mahukan daripada Allah S.W.T?

Apa lagi yang aku tak puas hati? Sememangnya aku ni hamba yang tak tahu malu. Tak sedar dek untung. Lagi mahu membentak? Lagi mahu mempersoalkan?

Jadi mengapa ujian itu datang? Mengapa ujian itu diturunkan? Kerana ALLAH SAYANG AKU. Kerana Dia suka aku menangis kerana takut kepada-Nya. Menangis kerana rindu akan Rasulullah S.A.W. Seperti dulu.

Allah rindukan waktu aku mengingati-Nya dulu. Waktu quality time kami tidak terganggu. Waktu hidup aku seakan-akan sempurna, walaupun susah. Aku puas.

Tapi sekarang aku kekosongan. Dan aku sedar mana silapnya aku.

Ingatlah sahabat. Muslim yang beruntung adalah mereka yang mengingati Allah pada waktu mereka susah. Tetapi lebih beruntung mereka yang mengingati Allah pada waktu senang.

Ini bukan kisah rekaan. Ini betul-betul berlaku. Hidayah milik Allah. Aku cuma mengingatkan.

Janganlah membentak, siapa kita hendak mempersoalkan kehendak Allah S.W.T? Siapa kita?

Kini hati aku tenang. Walaupun masalah aku berpanjangan. Tapi hati aku puas. Aku masih mampu tersenyum dan berkata, "Alhamdulillah." Mampu faham dan rasa maksud kasih sayang Allah dalam erti kata yang sebenar.

Syukur, Ya Allah, syukur. Kau masih sayangkan aku.

Kerana Dia suka aku menangis.



Salam Alaik~

=)

Sunday, August 21, 2011

[Trip] Los Angeles, California dan Seoul, Korea Selatan

Aku tau trip ni dah hampir dua bulan yang lepas.

Tapi still, aku rasa ini something yang patut aku share dengan korang sumer. Of course la kan, the best trip ever kot?

So kitorang start dari Buffalo. Bergerak dari Collegiate Village (apartment tempat tinggal kawan aku, Alip) ke Buffalo International Airport pukul 3 pagi. Pergh seronok dan excited tak payah cakap la kan. Gila.

Sementara menunggu teksi. Terima kasih pada semua yang menemani kami!
Sementara menunggu berlepasnya perjalanan ke Philadelphia
Mencari redha Allah itu penting :)
Suasana di Philadelphia International Airport. Kuarantin 15 minit :(


Dan setelah sejam di Philadelphia, kami terus ke Los Angeles :) indah sungguh pemandangan perjalanan ke LA dari dalam pesawat. Tengok gambar2 ni.

Ini Grand Canyon. Subhanallah cantik :')
So untuk full review, tengok la video kat bawah ni :)

Going Malaysia! Slideshow: Syed’s trip from Buffalo, New York, United States to 3 cities Los Angeles, Seoul and Santa Monica was created by TripAdvisor. See another United States slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

#justsharing

Salam Ramadhan.

Salam Alaik~

=)

Friday, August 19, 2011

Mudahnya Jadi Wanita

‎"Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab. "



Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.



1.Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”



2.Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”



3.Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”



4.Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”



5.Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”



6.Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”



Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


*Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.


*Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan.


Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istighfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:


“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”



1.Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”



2.Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”



3.Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”



4.Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Beruntung perempuan ini.



5.Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”



6.Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Isteri kepada lelaki yang sedang berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya


Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.


Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.


Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.


Usahlah mengeluh kaum wanita. Sesungguhnya Allah swt sayang padamu.



syahmiyem: ini bukan penulisan aku. cuma copy paste dari sumber yg tak pasti. jazakallahukhairan.


p/s: dimana agaknya akhwat solehah permata hati :) 

Thursday, August 18, 2011

Uzlah. Bagaimana dan Untuk Apa?

Otak serabut waktu tu. Hati tak tenang.
Aku raba poket, aku off handset. Rasa nak menangis, nak meraung.
Jam 2.30 petang. Ikutkan hati nak aku telefon mak. Tapi waktu di Malaysia pukul 2.30 pagi.

Aku keluar rumah. Sehelai sepinggang. Tanpa hala tuju.
Hampir 20 minit aku singgah di McCarthy Park depan rumah aku. Tapi masih buntu. Hati tak tenang.

Aku hayun lagi kaki. Masih mencari ketenangan.

Pukul 3 petang. Otak berserabut. Runsing. Cucuk telinga dengan iPod. Dengar Al-Mulk.
Masih tak tenang.

Aku naik subway Buffalo. Masih tak tahu arah tujuan. Masih runsing.

Tiba di Church station. Turun. Toleh ke kiri kanan. Manusia berpusu pusu. Mungkin bekerja.
Berjalan menyusuri landasan kereta api tu. Terus. Melihat manusia. Berfikir.

Mengenangkan nasib.

Ramai sungguh manusia. Ya, ramai sungguh manusia kat sini. Tapi aku berseorangan.

Rumah aku? Ya, ramai sahabat di rumah aku. Tapi aku berseorangan.

Kawan-kawan? Ya, ramai kawan-kawan seperjuangan aku. Tapi aku berseorangan.

Tiba di LaFayette Square. Duduk atas batu. Bertemankan segelas Cafe Mocha panas dari Tim Horton. Masih terus berfikir.

Mengenangkan nasib.

Habis kopi, terus berjalan ke Erie Canal Harbor. Melihat air tasik Erie Lake yang sayup sayup.
Mengenangkan nasib.

Beruzlah.
Uzlah maksudnya bersendirian. Letih dan bosan dengan bunyi-bunyian dunia yang melalaikan? Dengan ujian-ujian yang menyesatkan? Dengan manusia-manusia yang mengajak kepada keburukan?

Beruzlahlah. Bersendirianlah. Ingatlah pencipta. Berfikirlah.

Orang yang bersamanya ramai manusia sebenarnya kesunyian. Kerana pada batinnya, sentiasa dengan Allah.

Anti sosial? Bukan! Uzlah bukan anti sosial. Uzlah adalah mengasingkan diri. Jauhkan diri dari manusia untuk mendekati Allah. Indahnya Islam? Kan?

"Uzlah itu bukankah akan bertentangan dengan prinsip Islam tentang hidup bermasyarakat dan bercampur gaul?"
Ada kalanya kita perlukan uzlah. Bagi mendekati Allah.

Menenangkan fikiran.

Menghayati ciptaan-Nya. Semoga kita berfikir.

Jadi cukuplah aku bila ditanya soalan seperti;
"Syahmi, ko ni apasal banyak diam je ni?"
Aku beruzlah.
"Syahmi, ko apasal duduk dalam bilik je?"
Aku beruzlah.
"Syahmi, kenapa hari ni asyik termenung je ni?"
Senyum dan katakan, aku beruzlah.

Dengan tidak bercakap perkara yang sia-sia pun, kita beruzlah.

Jam 4.30 petang. Aku dalam subway nak ke Masjid Takwa untuk solat Asar.
Dan petangnya boleh ke rumah abang Ali.

Sambil tersenyum.

=)

Salam Ramadhan~



Monday, August 15, 2011

Malay Sayings ~ Pepatah Melayu

Did you guys ever wonder what would it be like if we translated our Malay Sayings into English?
These cute illustrations were drawn by Nadhirah Rahman, a friend of mine. All credits goes to her. Enjoy :)

Bagai Cacing Kepanasan
(Like a worm Heat)

Air Dicincang Takkan Putus
(Never chopped Water Disconnect)
Buruk Siku
(bad Elbow)

Kaki Bangku
(Bench legs)

Anak Emas
(Golden child)

Panjang Tangan
(light-fingered)

Makan Suap
(eat Feed)

Buah Tangan
(Hand fruit)

Makan Angin
(ramble)

Batu Api
(flint)

Batu Loncatan
(springboard)

Sambil Menyelam Minum Air
(While Drinking Water Diving)

Duduk Sama Rendah, Berdiri Sama Tinggi
(Sitting With LowHigh The Stand)

Pekak Badak
(deaf Rhino)

Harimau Menyembunyikan Kuku
(Hiding Tiger Foot)

Bagai Mengajar Itik Berenang
(Like a Duck Swim Teaching)

Bagai Kacang Lupakan Kulit
(Forget the skin like a bean)

Telur Di Hujung Tanduk
(Dilemma)

Katak Bawah Tempurung
(Frog Under the Coconut)

Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran
(Can I crave forthe Dikendong Berciciran)

Durian Runtuh
(windfall)

Mendengar Guruh di Langit, Air di Tempayan Dicurahkan
(Listening to Thunder in the Sky, Water poured Tempayan)

Mendukung Biawak Hidup
(Supports biawak Life)

Anak Ayam Kehilangan Ibu
(Chicks Loss of Mother)

Anak Buah
(son Fruit)

Atas Pagar
(Top Fence)

Ajak Ajak Ayam
(Invite Invite Chicken)

Ulat Buku
(Book worm)


Drawings and ideas by Nadhirah Rahman. Translation of the sayings is from Google Translate.
WTF Google Translate? hahahahahahaha faillll

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...