Aku tau pelik sebab aku tak pernah buat apa-apa review sebelum ni. Sebab utama aku buat post review ni sebab mak aku tanya, Kindle tu apa? Jadi untuk mengelakkan beliau daripada terus ingat aku baca buku dalam format PDF dalam PC, aku buat post ni.
Kindle 4. Model ni latest dalam kelas Amazon Kindle. Ringkas, murah, mudah.
So aku start dengan sedikit penjelasan tentang apa sebenarnya Kindle, dan untuk apa perlunya benda ni.
Amazon Kindle, e-reader yang setakat ni menguasai pasaran e-reader yang lain sebab stok buku dan judul yang sangat banyak. Kalau korang baca buku English la kan. Susah nak jumpa buku Melayu dalam Kindle Bookstore.
Jadi kenapa Amazon Kindle? Kita tengok spesifikasi dia sikit.
Skrin 6 inci. Tak besar, dan tak jugak kecik sangat. Sedang-sedang. Navigation sebelah tangan tak susah, tak rumit langsung. Aku suka sebab boleh guna sambil hisap rokok.
Berat kurang dari 170 gram. Ringan, sangat ringan. Jadi keselesaan untuk pembacaan tempoh masa panjang takkan mengganggu tangan korang.
E Ink atau dakwat elektronik teknologi terbaru. E Ink dari Amazon, buat tulisan dalam buku yang korang baca nampak macam buku sebenar. Selain daripada backlight ataupun lampu belakang, untuk pembacaan dalam gelap, memang tak ada masalah dengan paparan atau display benda ni.
Wifi dan Kindle Whispernet. Nak bukak Facebook? Nak bukak Twitter? Tak ada masalah. Benda ni ada built-in wifi, dan Amazon Whispernet yang boleh menyenangkan korang beli dan download buku tanpa perlu sambung apa-apa kabel.
Bateri tahan sebulan. Sumpah beb, tak tipu. Sangat-sangat jarang aku caj bateri benda ni, sebab dia bukan handphone. Bateri dia tak makan banyak. Dalam penggunaan biasa, Amazon claim bateri Kindle 4 boleh tahan sampai sebulan.
800'000 buah buku, percuma, murah, sederhana, mahal. Serius banyak tu. Lagi aku terkejut bila buku teks untuk subjek Ethics aku ada dalam ni, dengan harga 50 peratus lagi murah daripada yang cetak. So kat situ dah jimat sangat duit.
Korang boleh tengok kat link ni untuk tengok harga kat Amazon. Berbaloi sangat!
Gambar sket!
Bahagian depan Kindle 4. Oh, nak bagitahu, saiz tulisan tu korang boleh adjust untuk lagi besar atau kecik. |
Butang navigasi. Return, Keyboard, Butang navigasi 4-arah, Option, dan Home. |
Kat belah bawah, ada micro usb port dengan power button. |
And kat tepi ni (ada kat dua-dua belah sebenarnya) ada butang untuk mukasurat seterusnya, dan mukasurat belakang. |
Yang ni rupa dia dari belakang. |
Tak faham? Perlukan kamus? Tak ada masalah. |
Nak muka depan buku? Tak ada masalah. Cuma tak berwarna jela kan. |
Aku suka fakta yang Kindle 4 bukan touchscreen. Jadi korang boleh sentuh skrin bila membaca, macam buku sebenar. |
Tengok betapa senangnya korang nak tekan butang next page. Dan bagi perhatian kat kualiti E-Ink tu. |
Buat pengetahuan korang, Kindle 4 ni tak boleh off. Dia akan on 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tapi bila korang lock, akan keluar iklan (screensaver) macam ni. |
Untuk cover, aku guna Belkin Folio Cover. Boleh tahan mahal, tapi padanla dengan kualiti. |
Cover yang jaga Kindle aku. Sangat membantu. Kulit tu beb. |
I miss you, mak. Nak balik. Tertekan :(
Salam alaik~
No comments:
Post a Comment