Tuesday, October 19, 2010

Aku, Lim dan Islam

Speechless. Just baca je la. Semoga terkesan.
Aku, Lim dan Islam
Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku mempunyai seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku
masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika
ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga
Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia
sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
 
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat
Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu
Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang ku dengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago."
 
Subhanallah!

Syukur alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.
Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena
menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua
olang", ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

"Talha, kau kawan baik aku kan? Betul tak?" "Memanglah. Kenapa kau tanya macam tu?" "Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?"

"Sorry Lim. Aku tak faham.Diseksa? What do you mean?"

"Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house."

"Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di
Malaysia, negara Islam ni?"

"Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?"

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. "Kalau
betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia
saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
 
"Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati, aku akan
dakwa semua orang Melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan
dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau
sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku."

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
 
"Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal. Sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah."

"Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir."

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang
bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..
 

 Diambil dari thread asal iLuvIslam.com.

Salam alaik~

=)

Hazirah Nurafiqah Sabuddin

Sunday, October 17, 2010

People Say I'm Crazy.


When I first learned to play guitar; left-handed, people say I'm crazy.

Maybe they never know about Jimi Hendrix, Kurt Cobain or Dick Dale. And if they were not so immersed in international music, they should have known about Joe Wings, Rudy Gerhana Ska Cinta, Man Kidal.

When I buy my first bass for RM800+, people say I'm crazy.


But I was extremely satisfied for it, until today. It might only worth a little more or less USD100 here in the States, but at least I have something to rock on.

When I spent RM400 alone my bass hard case, people say I'm crazy.

But it's a Gator Deluxe hard case; made in USA. With a lifetime warranty and a safety lock. I probably never have to buy another hard case for the rest of my life.

When I struggled, paying a few bucks to get my bass flying here, people say I'm crazy.

But am I? It might not be a Fender Jaguar or an American Standard, but still it is my first bass. I valued it as the first step for me, until one day I get my hands on one of these custom made left-handed bass. 

When I took an elective subject; MUS115 for this semester, people say I'm crazy.

But my passion for music sometimes overcome my rational thinking. Once I get hooked up on music, no one, yes, particularly no one can stop me.

When I uploaded my left-handed covers to YouTube, people say I'm crazy.

They thought no one would ever watch a left-handed cover on the internet. But believe me, at least I've tried. Being left-handed is a gift, and my passion for art is included.

When I spent hours looking at Synthesia's notation, people say I'm crazy.

But at least I know a couple of songs for keyboard; I'm not born talented so I have to learn. I can spend hours only listening to music, from any period, be it the Middle Ages, up to the 60's, to the 90's and even contemporary.

Music is my life. My passion. 

"If music be the food of love, play on."

:)

video

Friday, October 15, 2010

Love; Listen.

Mohd Syahmi Yem
37542013
ESL407
Instructor: Beth Seilberger

The first duty of love is to listen. – Paul Tillich

            How long can you listen to your lover talking before you got bored? This is actually the secret of a successful relationship; where both of you were able to stay up all night talking about things. It is very important in a relationship that you get the communication correct. The communication between one another is a crucial item which able to keep the relationship strong for always. For all mundane, insensitive guys (yes, included myself) out there, I know you were not quite a good motivator for your girlfriend, but at least, try to listen to her. Girls (in this case, mostly are) need a lot of unnecessary attention. Try bear with that for a while, and you will get used to it. And as for girls, I hate to break this up to you but you will have to listen to your boyfriend’s curses, be it to his smelly roommate, his screwed test or even his stupid friend. Just don’t respond to it; for this will annoy us, the guys. But I’m sure you got the point; listen. Guys are usually not an attention seeker; they rather are alone sometimes, but you must keep track of his progress. Ask him about his life, tell him your stories, and even talk to him about the things he liked to talk about, even if you don’t really like the stuff. A good listener makes a good lover (Syahmi Yem, 2010). It is good for you to try to become a better listener, either active or passive, a listener for sure will make a good lover. So if you want to succeed in maintaining your relationship, keep on listening!


Wednesday, October 13, 2010

i-moi l'amour

kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Friday, October 8, 2010

Berjuang Memang Pahit. Kerana Syurga itu Manis.

Cukup lah belajar. Sambung esok pulak.

Semoga berjaya kawan-kawan!

*Picture credit to Alif*

Thursday, October 7, 2010

Pukul 3.27 pagi, Khamis, Oktober 7 2010.
Kepenatan nak siapkan report Fizik dan Kimia. Bukak blog. Baru perasan dah lama tak update life kat sini.

Hampir dua bulan di Amerika.

Belajar; sangat susah kat sini. Tak tau lah kan, maybe masih mencuba dengan sedaya upaya nak kejar dengan gaya belajar kat sini. Alhamdulillah, setakat ni, masih mampu melawan tekanan.

Oh, masih belum terlambat,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin!

*gambar Salam Perantauan dalam Utusan Malaysia*

gambar berbaju raya beramai-ramai, Harian Metro

Satu perkara yang nak di kongsikan kali ni.

Hidup di negara yang bebas macam ni, hari-hari aku nampak;

1. Paha (manusia)
2. Cleavage (manusia gak)
3. Cium-cium (bukan nama band)
4. Pasangan bahagia (bukan peti surat)

So hati-hati lah rakan-rakan. 

jkkk.

Salam alaik~

=)

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...