Thursday, October 6, 2011

Of Love and Friendship

Post ni tentang sahabat. 

Bukan sekali dua aku tulis pasal sahabat ni. Patut buat label khas untuk kawan-kawan.

So kali ni tentang apa? 

Aku just nak kongsi tentang betapa hebatnya pengaruh sahabat ni. Dan macam mana sebab kawan kau sanggup berkorban macam-macam. Kau sanggup susah payah sebab kawan. Kau tak suka tengok kawan kau sedih jadi kau tinggalkan kepentingan kau sendiri untuk orang lain. 

Aku takkan bukak cerita pasal kawan tiba-tiba kalau tak ada isu. So obviously, memang ada isu yang aku nak kongsikan. Satu situasi kompleks. Perhubungan yang maha rumit.

Firstly aku nak tanya. Pernah tak korang ada crush atau jatuh hati kepada kawan baik sendiri? Bukan setahun dua berkawan, tapi dah lama. Sejak sekolah rendah. 

Aku? Aku tak pernah.

Tapi aku tengok satu situasi yang mana seorang sahabat ni.. Em, in easier words fall for his bestfriend's ex. Kepada orang yang terlibat, aku mintak maaf kalau post ni terlalu jujur, tapi aku kena tulis benda ni sebagai amaran kepada orang lain. Jangan risau, identiti anda terpelihara. Itu janji aku.


Rule yang semua orang patut ikut. Don't date your bestfriend's ex. Sebab apa? Jeopardize friendship korang. Well it's not me though, so don't bother asking. 

In the first place, jangan start something yang korang tahu takkan boleh handle. Atau kawal. Because love is always a weak excuse. Aku suka nak quote satu ayat tulisan Epictetus dalam buku beliau, The Encheiridion. 

As you aim for such great goals, remember that you must not undertake them by acting moderately, but must let some things go completely and postpone others for the time being.
Kata-kata ni boleh apply dalam semua kehendak kita. Epictetus sambung dengan bagitahu yang kalau tak, kita akan mungkin tak dapat apa yang kita nak, dan certainly tak akan dapat kehendak yang lain. Jadi untuk semua benda, mesti akan ada sacrifice.

Kawan. Bros before hoes. Ingat tu. Sebab selagi kau tak kahwin dengan wanita kesayangan kau tu, kau ada kemungkinan untuk merangkak balik mencari sahabat bila cita-cita kau dengan wanita tersebut tak kesampaian. Apa pun kau buat, sahabat itu yang paling penting.

Untuk aku, sahabat aku is everything. Lagi-lagi bila duduk oversea ni. Tak ramai yang kau ada. Keluarga kau jauh. Jadi biarlah kau tolong kawan-kawan kau dengan ikhlas, dan harapkan yang satu hari nanti dia akan ingat jasa kau. Atau sekurang-kurangnya ingatlah yang kau dapat pahala sebab ikhlas. Orang tak ada ikhlas tak dapat pahala tau. Ingat tu.

Bagi aku lagi, tengok kawan-kawan seronok tu pun dah cukup memuaskan hati. Macam tugas kau dah selesai. Siapa yang suka tengok kawan-kawan tak bertegur sapa, tak boleh bertemu, asyik nak bergaduh? Aku tak tahu pasal korang, tapi aku tak nak macam tu. Kalau boleh biarlah kita semua hidup dengan penuh harmoni dan sejahtera (ayat buku teks BM).

Aku akan sentiasa tolong kawan aku dalam semua benda yang aku mampu, sebut je (except masalah duit la kan, aku ni kan orang miskin). Tapi tu janji aku untuk semua sahabat. Tak kisah la korang kat Malaysia ke, kat US ke, atau pun kat mana-mana je dalam dunia ni. Aku akan sentiasa ada untuk kawan.

But one thing for sure, aku patut jadi kaunselor instead of buat degree Bioteknologi ni.

Oh by the way, bawah ni QR code untuk blog aku! Yay! Mobile version pun dah di update kan dengan Atom, so read my words everywhere now. Scan!


Dan Fall semester; setakat ni masih awesome. Aku nak target 4.0 semester ni. InsyaAllah. Masih berusaha dengan sepenuh jiwa dan raga, mengorbankan hidup sebagai seorang anak muda di perantauan. Macam Epictetus cakap kat atas tu la.

And below, gambar cahaya matahari satu pagi beberapa hari lepas. Cahaya kehidupan baru :')


Semoga satu hari nanti, masalah aku akan selesai dan semua akan jadi seronok semula. One day, Syahmi, one day.

jzkk.

Salam alaik~

=)

No comments:


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...