Thursday, August 18, 2011

Uzlah. Bagaimana dan Untuk Apa?

Otak serabut waktu tu. Hati tak tenang.
Aku raba poket, aku off handset. Rasa nak menangis, nak meraung.
Jam 2.30 petang. Ikutkan hati nak aku telefon mak. Tapi waktu di Malaysia pukul 2.30 pagi.

Aku keluar rumah. Sehelai sepinggang. Tanpa hala tuju.
Hampir 20 minit aku singgah di McCarthy Park depan rumah aku. Tapi masih buntu. Hati tak tenang.

Aku hayun lagi kaki. Masih mencari ketenangan.

Pukul 3 petang. Otak berserabut. Runsing. Cucuk telinga dengan iPod. Dengar Al-Mulk.
Masih tak tenang.

Aku naik subway Buffalo. Masih tak tahu arah tujuan. Masih runsing.

Tiba di Church station. Turun. Toleh ke kiri kanan. Manusia berpusu pusu. Mungkin bekerja.
Berjalan menyusuri landasan kereta api tu. Terus. Melihat manusia. Berfikir.

Mengenangkan nasib.

Ramai sungguh manusia. Ya, ramai sungguh manusia kat sini. Tapi aku berseorangan.

Rumah aku? Ya, ramai sahabat di rumah aku. Tapi aku berseorangan.

Kawan-kawan? Ya, ramai kawan-kawan seperjuangan aku. Tapi aku berseorangan.

Tiba di LaFayette Square. Duduk atas batu. Bertemankan segelas Cafe Mocha panas dari Tim Horton. Masih terus berfikir.

Mengenangkan nasib.

Habis kopi, terus berjalan ke Erie Canal Harbor. Melihat air tasik Erie Lake yang sayup sayup.
Mengenangkan nasib.

Beruzlah.
Uzlah maksudnya bersendirian. Letih dan bosan dengan bunyi-bunyian dunia yang melalaikan? Dengan ujian-ujian yang menyesatkan? Dengan manusia-manusia yang mengajak kepada keburukan?

Beruzlahlah. Bersendirianlah. Ingatlah pencipta. Berfikirlah.

Orang yang bersamanya ramai manusia sebenarnya kesunyian. Kerana pada batinnya, sentiasa dengan Allah.

Anti sosial? Bukan! Uzlah bukan anti sosial. Uzlah adalah mengasingkan diri. Jauhkan diri dari manusia untuk mendekati Allah. Indahnya Islam? Kan?

"Uzlah itu bukankah akan bertentangan dengan prinsip Islam tentang hidup bermasyarakat dan bercampur gaul?"
Ada kalanya kita perlukan uzlah. Bagi mendekati Allah.

Menenangkan fikiran.

Menghayati ciptaan-Nya. Semoga kita berfikir.

Jadi cukuplah aku bila ditanya soalan seperti;
"Syahmi, ko ni apasal banyak diam je ni?"
Aku beruzlah.
"Syahmi, ko apasal duduk dalam bilik je?"
Aku beruzlah.
"Syahmi, kenapa hari ni asyik termenung je ni?"
Senyum dan katakan, aku beruzlah.

Dengan tidak bercakap perkara yang sia-sia pun, kita beruzlah.

Jam 4.30 petang. Aku dalam subway nak ke Masjid Takwa untuk solat Asar.
Dan petangnya boleh ke rumah abang Ali.

Sambil tersenyum.

=)

Salam Ramadhan~



No comments:


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...