Saturday, January 31, 2009

Suatu Renungan Buat Semua...

Terpanggil untuk menulis post ini dalam bahasa Melayu, setelah membaca tulisan Nur di dalam post terbarunya. Maaf terlebih dahulu dipinta jika tulisan kali ini agak 'offensive' atau menyinggung mana-mana pihak. Sebenarnya, telah lama terfikir untuk menulis tentang isu ini, menyuarakan rasa tidak puas hati saya tentang perkara ini.

Terus ke cerita utama. Izinkan saya menulis sedikit sebanyak mengenai tempat saya dilahirkan. Saya dilahirkan, dan seterusnya dibesarkan oleh datuk dan nenek saya di Felda Sungai Panching Selatan. Suasana kampung yang sangat harmoni. 

Saya meninggalkan kawan-kawan sebaya di Felda ini sewaktu saya mula-mula diterima masuk ke SMK Seri Kuantan, sebuah sekolah asrama. Kerana jarang pulang ke kampung, saya mula mengalami kesukaran untuk menghubungi mereka. Baru-baru ini, pada hujung tahun 2008, saya telah dikejutkan dengan sebuah klip video yang tidak bermoral. Seorang gadis sebaya saya bersama-sama dengan seorang lelaki sedang melakukan seks di dalam ladang. Sepupu saya, seorang pelajar perempuan yang berumur 16 tahun telah menunjukkan video tersebut kepada saya. Pada amatan saya, ternyata penglihatan saya tidak salah. Gadis sebaya saya itu adalah rakan saya sewaktu di Darjah 6. Kami tidak rapat, tetapi saya mengenali dia sebagai seorang rakan. Cerita di sebalik klip video itu lebih teruk lagi. Rakan saya ini telah bertunang. Lelaki di dalam klip video tersebut bukanlah tunangnya. Daripada cerita yang saya dengar daripada sepupu saya, rakan saya ini telah putus tunang sebaik sahaja video klip ini tersebar. 

Itu cerita pertama yang ingin saya kongsi. Kisah kedua adalah mengenai sahabat saya, seorang pelajar lelaki. Ingin saya tanyakan terlebih dahulu, seramai manakah anak-anak Felda yang berjaya ke menara gading jika dibandingkan dengan yang gagal di bangku persekolahan? Terlalu sedikit. Nisbahnya suatu yang tidak patut. Sahabat saya ini berjaya menghabiskan persekolahan dengan mengambil SPM, tetapi dia telah gagal (yang saya maksudkan dengan mendapat gred F bagi subjek Bahasa Melayu). Tiada seorang pun anak Felda yang berjaya lulus dengan cemerlang di SMK Seri Panching. Akhirnya, rakan saya ini telah menjadi seorang pengurus ladang. 

Aneh, memang aneh apabila saya pulang ke kampung dan berjumpa dengan sahabat-sahabat lama saya. Mereka semua bertubuh besar dan tegap, rupa mereka kasar dan ada antara mereka yang kelihatan seperti sudah berkahwin. Apabila saya tanyakan, rupa-rupanya pekerjaan mereka yang menjadikan mereka seperti itu. Sesetengah mereka telah berhenti sekolah sebelum mengambil PMR dan bekerja di ladang dengan mengambil upah meracun atau menabur baja. Ada antara mereka yang bekerja mengait buah kelapa sawit dan menjadi kelindan lori. Memang pekerjaan mereka itu tidak mungkin dapat dilakukan oleh saya, tetapi tidakkah tempat mereka sepatutnya di sekolah?

Bukan hak saya untuk menuding jari kepada mana-mana pihak berkenaan dengan masalah ini, tetapi telah menjadi tanggungjawab saya, walaupun hanya seorang cucu peneroka Felda, untuk mencari inisiatif bagi menyelesaikan masalah ini. Kita cuba lihat sebagai professional, dan bukannya seseorang yang menulis bagi melepaskan geram. 

Agak jauh telah saya melalut. Maaf kepada pembaca. Tentu anda telah bosan dengan cara penulisan saya yang terlalu mengikut format seperti kertas peperiksaan. Ada satu lagi cerita yang ingin saya nyatakan. Jika di bandar, membawa motosikal tanpa memakai helmet adalah suatu kejanggalan. Tetapi, di Felda, ianya seperti satu perkara biasa. Di tempat saya, kanak-kanak berumur 10 tahun sudah boleh menunggang motosikal adalah perkara biasa. Fenomena mat rempit di tempat saya amatlah berleluasa. Kanak-kanak diasuh dari kecil, sejak memiliki basikal pertama untuk melakukan aksi-aksi berbahaya. Di hadapan rumah datuk saya adalah sebatang jalan yang lurus dan berbukit. Jadi, setiap petang, dapatlah kami melihat aksi-aksi berani anak-anak Felda yang ingin mendapatkan lebih momentum. Daripada kanak-kanak yang berbasikal (sambil melakukan aksi-aksi berbahaya) sehinggalah kepada remaja-remaja belasan tahun yang menunggang motor 'scrambler'. 

Saya bukannya seorang yang telah mendapat ijazah luar negara (insyaAllah, beberapa tahun lagi), tetapi saya ingin menggunakan sepenuh ruang yang ada untuk berkongsi pandangan saya terhadap kemajuan Felda. Bukannya marah kepada pihak tertentu kerana tidak diberikan biasiswa (mahupun saguhati) atas kejayaan 10A, tetapi cuma mahu mengingatkan rakan-rakan. Ingin saya ingatkan sekali lagi, pendapat dan kisah yang saya tuliskan ini cuma dari perspektif saya, di Felda Sungai Panching Selatan, Kuantan. Akhir kalam, sejuta kemaafan buat semua pihak.

8 comments:

asnidahani said...

aku pon seperti ko..
sejak lahir sampai form 2 aku dok felda...
aku da masak sgt da pon ngn perangai anak2 peneroka...read carefully..peneroka...aku pon anak felda gak...bapak aku keje ngn felda..tapi kenape hanya anak2 peneroka begitu??
dorg je boleh jawab..
kebanyakan anak2 felda yg berjaya adalah yg x tulen seperti anak guru atau anak pegawai felda...
aku penah tgk lagi trok dari ko...
but i keep it as secret...

nway..ko x dapat ke saguhati???
asal aku dapat??
aku beli lappy n broadband gne duet tu taw..
hhahahahahhahahahaha...

pedangmerah said...

jgn sie2kan
kebolehan
kepandaian
kehebatan
kau utk sumbang something
utk felda tmpt kau tggl.
eventho ko x dpt
'saguhati'

:)

Unknown said...

sangat penat aku tulih taw.. as dapat? dok aci giler... meme r, mu anok kaki tange Felda. penoh denga pekatae kronisme? mu dapak pekdoh nate tu r.

timo kasih banyok r zerrot. ake aku ikhtior ag, nok bgi molek saing2 aku. meme aku cari sunggoh2 dwet 2, tp dok dapak. ore pejabak wilayoh tu ghoyak, cucu peneroka dok layok. diore nok jimak pitih tu buak bagi make anok diore. aku redha a r.

-cHikA LaLA- said...

ak sokong ape y seyfu zero ckp..weewee.. ko xdpt saguhati pown xpe la.. nanti ley dapat buah tgn lak..wawawa

asnidahani said...

SEYESLY AKU CUBE BYK KALI BARU PAHAM KO CAKAP APE..
CAKAP LA MELAYU BTOL2..
KESIAN KAT BUDAK JOHOR CAM AKU NI..

AKU BUKAN ANAK KAKITANGAN LA..
BAPAK AKU KEJE KEDAI JE..
AKU FELDA TRADING YG BG...
LAU KORANG UNDER FELDA PLANTATION X SILAP AKU...
KAN SKARANG FELDA PLANTATION TGH WAT SUMTHING..TU YG X DAPAT TU..

Unknown said...

haha... mu dok pehe, mu tera tanyo budok2 pata temo... owh, Felda holding dio pitih banyok sikit kot? Felda technoplant dok kayo gayo getu... tok payoh nok ghisa, ak dok kisoh lasung nate saguhati tuh. gasok demo r. hok peting skrag, ak sedih nengok budok kapung aku. hok saing samo blaja dulu pulok tuh. mu puang, mu dok capur nge budok2 gayo gituh. mu dok soh nok ghoyak, nengok gayo mu aku tau doh.

asnidahani said...

well...tu makne nye aku terjaga taw even hidop kat community yg ko sendiri taw..
hahhahahaahhaha..
pandai mak aku jage aku...

pedangmerah said...

ekau ghoyak eden tok pahe
hahaha
cubo ekau tuka dlm nogri
kompom aku paham


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...