Friday, September 25, 2009

Dunia Lubuk Ujian. Sabar.

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang - orang yang bertawakal kepada-Nya" 
 Al-Imran, ayat 159
Subhanallah, ujian hidup semakin lama semakin sukar. Memang telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W yang dunia ni medan ujian. Selagi hidup, kita takkan pernah terlepas dari ujian. Ujian takkan pernah habis.

Kenapa mesti bercakap pasal ujian? Pernah dulu, seorang hamba Allah ni bgtaw aku, "Saya tak kuat macam kamu,". Kuat mana la aku ni. Seteguh mana pun ego aku terhadap ujian dunia, takkan lari daripada goyah iman daripada ujian. Sabar, Syahmi, sabar.

Semalam, aku pergi melawat sepupu aku kat Triang, Pahang. Beliau dah dekat sebulan nazak, kerana HIV. Kitorg drive sebuah kereta je, 5 org. Trip 3 jam yg terasa sgt bosan. Sedih betul melihat keadaan dia. Sebak aku, tapi sengaja ditahan air mata. Ego lelaki tipikal. Tersekat2 aku time bce Yasin, memang besar ujian yang dia hadapi. Inilah contoh bahana dadah.

Badan beliau kurus kering, memang jadi mayat hidup. Makan? Dah sebulan xde pape makanan yang masuk. Just air, air dan ubat. Mulut dah sangat kering, sampai bernanah. Tangan dan kaki terpaksa diikat, kalau tak mmg jauh r die bergolek. Sedih, kalau nak dibandingkan dengan pengalaman aku yang lain.

Bukan aku tak biasa menghadapi keadaan mcm ni. Kalau mengapan dan mengurus ke kubur tu insyaAllah r, atas pengalaman. Tapi yg ni sangat2 sedih. Sakratul maut yg tak berhenti. Nauzubillah. Kalau baik pemergiannya, cepatkanlah pemergiannya. Kalau buruk sekalipun pemergiannya, cepatkanlah pemergiannya. Tak mampu lagi melihat saudara aku sendiri terseksa macam tu. Urusan dosa pahala dengan Tuhan, hukumlah dia di alam yg seterusnya. Amin.

Itu ujian bagi dier dan ibu bapa dier. Ujian bagi diri aku? Haha. Cuma mampu tersenyum. *I used to be very happy with my life*. Tapi takpe. Ujian buat aku lagi dekat dgn Tuhan. Macam ayat surah Al-Imran yg kat atas tu, tawakal selepas berusaha. Semoga diberikan kekuatan dan petunjuk dari Allah S.W.T.

Satu pesan untuk sahabat2, selangkah mendekati zina, selangkah mendekati neraka. Jazakallah.



Saturday, September 12, 2009

hampir separuh abad.


apa istimewa hari ni?
12 September. Selamat hari jadi abah!

Silap, tahun ni tak boleh celebrate birthday abah dgn adik2 sume. Tapi malam semalam dah call abah, wish happy birthday.
Oh, separuh abad? Yep, abah dah 48 tahun. hampir separuh abad. dah agak tua kan? haha.

fikir2 balik, giler byk salah aku kat abah aku ni. serius.
2 taun aku belajar kat asis, 3 kali je abah datang sekolah. 1st time hantar, 2nd time amik buku rekod, 3rd time ambik pas spm.
time form 4, abah naik bas je datang kl. bas pukul 5 pagi dari kuantan. pergh. thanks a lot abah! love u.
pastu kitorg balik kuantan sama2. naik bas gak r...

oh, cuti hujung taun form 4. satu malam yg mmg best giler tido. serius best. about pukul 3 pagi, abah aku call aku. dgn mamainyer aku angkat phone. "abg, pegi kejutkan mak. abah ada kat hospital ni, tgn abah kena mesin.", then aku dgn confidentnye, letak tepon and TIDO BALIK.....

esok time subuh, mak aku kejutkan and ktorg cepat2 rushing pergi hospital. sampai2 je nampak abah pakai operation robe, duduk atas wheelchair. nasib baik sikit je jari abah kena mesin. nasib baik gak dr. pandai rebuild balik jari tu.

teruk kan aku? haha. lastly yg aku takkan lupe sampai mati, time kitorg pegi majlis makan malam dan anugerah cemerlang asis (taun lepas kot? or 2 taun lepas? oh, gambar ade kat atas.). Ekonomi kitorg mmg teruk giler arh time tu (time ni pon). nak pegi dinner tu kena byr RM50 sorg plak. nak pegi naik kete at least RM200 kena ready. tak masuk nak makan lagi, beli air, etc.
last2 aku cakap kat abah, "kite pegi 2 org je r abh. naik bas. bajet semua guna duit anugerah abg tu nanti." oh, lupe lak, malam tu kalau aku pergi, dapat duit daripada yayasan pendidikan cheras, sebab cemerlang spm. RM300. so kitorg pon gerak pagi dari kuantan naik bas. mengharapkan RM300 yg tak pasti lagi. sampai lebih kurang tengahari jugak r. kitorg jalan2 dulu round2 KL, then dah petang gerak pergi bandar tun razak.
sampai kat BTR, ktorg mandi, solat, siap2kan diri kat situ, then naik teksi pegi asis.....

segan plak jalan kaki masuk asis dgn abah, time kereta2 besar kwn2 aku jalan tepi kitorg....
tapi takesah, kitorg enjoy malam tu. tercapai gak cita2 aku nak dapat anugerah cemerlang. malam tu, lepas habis majlis je, about pukul 11 stengah, kitorg gerak pegi puduraya.

alhamdulillah! dapat tiket pukul 12.50 pagi. at least x payah tido kat puduraya.

trip ke kl yg tak sampai pon 24 jam. tapi sgt2 bermakna utk aku. nak menangis rsenyer.

kami adik2 dah beli hadiah kat abah (surprise!). hopefully abah x bce blog ni. haha.

Thanks Abah~ Selamat Hari Jadi~ (^_^)

Sunday, September 6, 2009

IfTaR di RaMadHan.

aku shopaholic. why? mak aku bagi 3 reasons.

  • selalu keluar
  • byk beli barang tak perlu
  • suka sgt pergi gig / jamming
okeh. aku nak try list balik.
  1. beli gitar/amp/stand - RM392
  2. wi-fi rumah - RM300
  3. bayar saman - RM300
  4. adik2 nak makan piza + belanja asrama - RM300
  5. frame pintu rumah rosak - RM250
  6. headphone SE HPM 85 - RM60
  7. indie fest + peace to world - RM43
  8. shawl mahal yg sedih - RM45
  9. bas 5 trip - RM100
  10. buku C++ ngan chem - RM143
Total = RM2031
Elaun = RM2580 - RM2031
= RM549... WTF???? nak makan ape????

gig dan gitar tu cume partial. thrifty sgt ke aku????

apa itu iftar?
iftar - iftar ni, daripada kefahaman aku (maaf in advance kalau silap), adalah mengadakan majlis berbuka untuk org ramai. macam sedekah dengan bagi org yg berpuasa makanan utk berbuka r. pahala iftar sgt besar. memang dinyatakan jelas dalam hadis dan al-Quran.
kalau tak mampu, cukuplah sedekah kepada keluarga.
tak mampu lagi? sedekah kepada sahabat, walaupun sesenduk.

so, the point is, sape nak belanja aku berbuka?? haha
till next time, salam ramadhan.


iftar glendale fall 2008 di pak li

iftar glendale fall 2008 lagi, di pizza hut sacc

Thursday, August 27, 2009

Cherita Jiwa~

Berubah. Dari dulu sampai sekarang. Macam ada regular checkpoint untuk satu-satu perubahan. Semua orang berubah. Aku sendiri pun same. Tengok dan fikir balik, positif kah perubahan aku? Sebab perubahan ni cuma fizikal. Susah kita nak ubah hati dan perasaan.

Perubahan terbaru aku, aku ingat nak potong rambut. Sebab aku dah dapat semua yang aku nak, aku mesti fokus semula kat priority aku. Ini mesti.

Sedih dan gembira tengok kawan-kawan aku fly. Sedih sebab lepas ni, hidup takkan sama lagi. Sunyi sepi tanpa mereka. Maybe akan ade pengganti, tapi takkan serupa dengan mereka-mereka. Gembira sebab? Sebab mereka dapat apa yang mereka nak selama ni. Apa yang mereka usahakan akhirnya berhasil. Tak boleh berhenti senyum bila chatting dengan mereka. Gembira sungguh mereka di perantauan. Semoga dilindungi Tuhan.

Kenapa aku nak sangat fly? Sebab aku nak lari dari macam-macam perkara kat Malaysia ni. Mungkin orang tak nampak tu, tapi tu r yang orang tak tahu. Bila jumpa kawan-kawan, masalah dengan mereka. Oh, by the way, salah seorang childhood friends aku dah nak menimang anak pertama. Tahniah kepada beliau yang telah menjadi bapa (fyi, beliau sebaya dengan aku). Aku? Tak boleh. Aku nak belajar lagi. Tabik kepada beliau, berani ambil inisiatif dan tanggungjawab, demi untuk mengelakkan beliau. Terdetik secebis rasa malu terhadap beliau.

Yang paling penting, aku nak lari dari harapan. Aku nak lari dari kepercayaan. Aku nak lari daripada mandat. Kenapa? Aku takut sangat aku tak mampu. Hampir dua tahun aku kat INTEC, macam-macam aku belajar. Macam-macam aku sedar. Uruskan masalah sendiri. Tak kisah la, peribadi, kewangan, akademik. Hadapi tekanan dengan bijak. Ambil kesempatan daripada tekanan tersebut, dan mencari peluang meningkatkan prestasi diri.

Rindu tak perlu dilayan. Tak perlu dibicara.

Simpan sendirian. Ceritakan pada gitar.

Sumbat telinga, tak perlu hirau kata orang.

Brass section plague of happiness lebih nostalgik daripada kata-kata mereka.

Belajar untuk terus senyum kepada semua. Cuba stay down to earth.

Berubah.
(^_^)

Wednesday, August 12, 2009

a little blue bird

a little blue bird Tucana
flying through a window
out into the widespread world
to a place he never know

out of his reach
out of his bound
he saw a brightly shining star
a beautiful star called Achernar

Tucana tried to fly into spaces
but he failed.
he stared at Achernar
and fall in love with the star

wake up! Tucana!
Achernar is not for you.
for it may not compare; a star to a little blue bird

so Tucana realized; Achernar is too high; too perfect.
he won't reach her, even if the sky collapsed.
he's late. but at least he realized it. For Achernar brightly shone over him.

Achernar blinded Tucana. Blame the bright light. Blame the beauty.
So now he was blind. He can't fly anymore; for he can't see his path.
Achernar continued to shone.

Poor Tucana. Blinded by Achernar.
A little blue bird to a star; no match at all.
So now he suffer from his mistakes, but he will never blame Achernar.
Because now he know where he stands.

*Tucana is a constellation, I saw it tonight, the northern sky. It was in the form of a bird. Achernar was a star, about 148.32 light years from Earth. It was also visible tonight. Thanks to both of them for being such an inspiration to me*

p/s: it was 4.00 am and the sky is filled with stars. i wish i could be like one of those...

Sunday, July 26, 2009

.mEtRoSexUaL

metroseksual. aku benci perkataan ni.

Jumaat lepas aku sampai Kuantan, lebih kurang pukul 8 setengah malam. Haha. Mak aku gelak besar tengok attire aku time tu. Tapi salah ke?

Rambut tak sikat (dah lama aku tak sikat rambut)
Baju melayu hitam
Seluar jeans hitam + tali pinggang merah (lubang tengah)
Selipar jepun Fipper kaler pink


Beg body glove ngan converse aku, aku sangkut kat bahu. tangan sebelah ag bawak plastik putih (mengandungi apple pie mcdonald utk adik aku).

Aku pakai all the way dari shah alam, sampai KL, sampai kuantan macam tu.

Aku tengah blur ni. SALAH KE? PELIK KE?


------end of story------

semalam kuar shopping baju raya dengan family aku. berbaloi gak r aku tak pegi kuantan jamm fest 09 kat stadium tu. family first r kan? tapi macam nyesal gak r x dpt tgok POH. Dari JB dorg datang. dah r susah giler nak buat gig kat KL.

takesah. peace to world ade ag. layan hardcore skali skale best gak.

(-_-)

Thursday, July 23, 2009

an Untitled Post (^_^)

ini UPDATE hidup aku.
Calculus II susah macam sial.
Chemistry bosan nak mati.
Maintain malas. Haha. Tak sedar2 diri.

Oh, graffiti di atas aku buat time lecture CTIS. Bese r, seni ni kuar time bosan2 jeh.

Next BIG EVENT------> PEACE TO WORLD 2009.
pergh. event ni aku rse mmg best r. member2 aku sanggup turun dari kulim nak join bnde nih.
tp x r sebest indie fest kot, sebab macam indoor gig jeh. ah, takesah. janji dpat layan kepale.

layan kepale.

at least aku tak high. haha. :P

sangap nak jamming r plak. aritu dah 3 kali sminggu jamming. siot jeh.
oh, life's better off alone (kot?). haha.

weekend ni balik kuantan. ada Jamm Fest '09 kat stadium sabtu ni.
nak pegi tanak ek.. t msti mak aku marah...

wuuu..nak tgk POH... wuuu....

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...