Saturday, September 12, 2009

hampir separuh abad.


apa istimewa hari ni?
12 September. Selamat hari jadi abah!

Silap, tahun ni tak boleh celebrate birthday abah dgn adik2 sume. Tapi malam semalam dah call abah, wish happy birthday.
Oh, separuh abad? Yep, abah dah 48 tahun. hampir separuh abad. dah agak tua kan? haha.

fikir2 balik, giler byk salah aku kat abah aku ni. serius.
2 taun aku belajar kat asis, 3 kali je abah datang sekolah. 1st time hantar, 2nd time amik buku rekod, 3rd time ambik pas spm.
time form 4, abah naik bas je datang kl. bas pukul 5 pagi dari kuantan. pergh. thanks a lot abah! love u.
pastu kitorg balik kuantan sama2. naik bas gak r...

oh, cuti hujung taun form 4. satu malam yg mmg best giler tido. serius best. about pukul 3 pagi, abah aku call aku. dgn mamainyer aku angkat phone. "abg, pegi kejutkan mak. abah ada kat hospital ni, tgn abah kena mesin.", then aku dgn confidentnye, letak tepon and TIDO BALIK.....

esok time subuh, mak aku kejutkan and ktorg cepat2 rushing pergi hospital. sampai2 je nampak abah pakai operation robe, duduk atas wheelchair. nasib baik sikit je jari abah kena mesin. nasib baik gak dr. pandai rebuild balik jari tu.

teruk kan aku? haha. lastly yg aku takkan lupe sampai mati, time kitorg pegi majlis makan malam dan anugerah cemerlang asis (taun lepas kot? or 2 taun lepas? oh, gambar ade kat atas.). Ekonomi kitorg mmg teruk giler arh time tu (time ni pon). nak pegi dinner tu kena byr RM50 sorg plak. nak pegi naik kete at least RM200 kena ready. tak masuk nak makan lagi, beli air, etc.
last2 aku cakap kat abah, "kite pegi 2 org je r abh. naik bas. bajet semua guna duit anugerah abg tu nanti." oh, lupe lak, malam tu kalau aku pergi, dapat duit daripada yayasan pendidikan cheras, sebab cemerlang spm. RM300. so kitorg pon gerak pagi dari kuantan naik bas. mengharapkan RM300 yg tak pasti lagi. sampai lebih kurang tengahari jugak r. kitorg jalan2 dulu round2 KL, then dah petang gerak pergi bandar tun razak.
sampai kat BTR, ktorg mandi, solat, siap2kan diri kat situ, then naik teksi pegi asis.....

segan plak jalan kaki masuk asis dgn abah, time kereta2 besar kwn2 aku jalan tepi kitorg....
tapi takesah, kitorg enjoy malam tu. tercapai gak cita2 aku nak dapat anugerah cemerlang. malam tu, lepas habis majlis je, about pukul 11 stengah, kitorg gerak pegi puduraya.

alhamdulillah! dapat tiket pukul 12.50 pagi. at least x payah tido kat puduraya.

trip ke kl yg tak sampai pon 24 jam. tapi sgt2 bermakna utk aku. nak menangis rsenyer.

kami adik2 dah beli hadiah kat abah (surprise!). hopefully abah x bce blog ni. haha.

Thanks Abah~ Selamat Hari Jadi~ (^_^)

2 comments:

fareha azhar said...

touched...really !!!
alhamdulillah...
hepi bday abah syahmi..!!

syudda said...

abah..sumone yg sgt important.. n kte ank2 slalu abaikn..

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...