Friday, September 25, 2009

Dunia Lubuk Ujian. Sabar.

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang - orang yang bertawakal kepada-Nya" 
 Al-Imran, ayat 159
Subhanallah, ujian hidup semakin lama semakin sukar. Memang telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W yang dunia ni medan ujian. Selagi hidup, kita takkan pernah terlepas dari ujian. Ujian takkan pernah habis.

Kenapa mesti bercakap pasal ujian? Pernah dulu, seorang hamba Allah ni bgtaw aku, "Saya tak kuat macam kamu,". Kuat mana la aku ni. Seteguh mana pun ego aku terhadap ujian dunia, takkan lari daripada goyah iman daripada ujian. Sabar, Syahmi, sabar.

Semalam, aku pergi melawat sepupu aku kat Triang, Pahang. Beliau dah dekat sebulan nazak, kerana HIV. Kitorg drive sebuah kereta je, 5 org. Trip 3 jam yg terasa sgt bosan. Sedih betul melihat keadaan dia. Sebak aku, tapi sengaja ditahan air mata. Ego lelaki tipikal. Tersekat2 aku time bce Yasin, memang besar ujian yang dia hadapi. Inilah contoh bahana dadah.

Badan beliau kurus kering, memang jadi mayat hidup. Makan? Dah sebulan xde pape makanan yang masuk. Just air, air dan ubat. Mulut dah sangat kering, sampai bernanah. Tangan dan kaki terpaksa diikat, kalau tak mmg jauh r die bergolek. Sedih, kalau nak dibandingkan dengan pengalaman aku yang lain.

Bukan aku tak biasa menghadapi keadaan mcm ni. Kalau mengapan dan mengurus ke kubur tu insyaAllah r, atas pengalaman. Tapi yg ni sangat2 sedih. Sakratul maut yg tak berhenti. Nauzubillah. Kalau baik pemergiannya, cepatkanlah pemergiannya. Kalau buruk sekalipun pemergiannya, cepatkanlah pemergiannya. Tak mampu lagi melihat saudara aku sendiri terseksa macam tu. Urusan dosa pahala dengan Tuhan, hukumlah dia di alam yg seterusnya. Amin.

Itu ujian bagi dier dan ibu bapa dier. Ujian bagi diri aku? Haha. Cuma mampu tersenyum. *I used to be very happy with my life*. Tapi takpe. Ujian buat aku lagi dekat dgn Tuhan. Macam ayat surah Al-Imran yg kat atas tu, tawakal selepas berusaha. Semoga diberikan kekuatan dan petunjuk dari Allah S.W.T.

Satu pesan untuk sahabat2, selangkah mendekati zina, selangkah mendekati neraka. Jazakallah.



4 comments:

onetwenty said...

terima kasih sebab berkongsi...

thanks jugak sbb peringatan...

Oren said...

ujian.
kita rasa susah
manusia rasa payah
solusi itu ada
kekuatan itu ada
kebangkitan itu ada
tapi
kabur dalam masa
diri?
lemah mungkin
KALAM
penenang kotak jiwa

terima kasih!

Lina said...

idup ni memg byak ujian kn?n cara kita hadapi define diri kita as a human kan?
sabar.

Syahmi Yem said...

Fauzan: alhamdulillah. mengingatkan utk kebaikan. insyaAllah.

Oren(?): Benar.
Kalam penenang terbaik.
tak boleh cepat goyah.

Lina: terima kasih atas sokongan. semoga kita dipelihara Allah dunia akhirat.

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...