Thursday, August 27, 2009

Cherita Jiwa~

Berubah. Dari dulu sampai sekarang. Macam ada regular checkpoint untuk satu-satu perubahan. Semua orang berubah. Aku sendiri pun same. Tengok dan fikir balik, positif kah perubahan aku? Sebab perubahan ni cuma fizikal. Susah kita nak ubah hati dan perasaan.

Perubahan terbaru aku, aku ingat nak potong rambut. Sebab aku dah dapat semua yang aku nak, aku mesti fokus semula kat priority aku. Ini mesti.

Sedih dan gembira tengok kawan-kawan aku fly. Sedih sebab lepas ni, hidup takkan sama lagi. Sunyi sepi tanpa mereka. Maybe akan ade pengganti, tapi takkan serupa dengan mereka-mereka. Gembira sebab? Sebab mereka dapat apa yang mereka nak selama ni. Apa yang mereka usahakan akhirnya berhasil. Tak boleh berhenti senyum bila chatting dengan mereka. Gembira sungguh mereka di perantauan. Semoga dilindungi Tuhan.

Kenapa aku nak sangat fly? Sebab aku nak lari dari macam-macam perkara kat Malaysia ni. Mungkin orang tak nampak tu, tapi tu r yang orang tak tahu. Bila jumpa kawan-kawan, masalah dengan mereka. Oh, by the way, salah seorang childhood friends aku dah nak menimang anak pertama. Tahniah kepada beliau yang telah menjadi bapa (fyi, beliau sebaya dengan aku). Aku? Tak boleh. Aku nak belajar lagi. Tabik kepada beliau, berani ambil inisiatif dan tanggungjawab, demi untuk mengelakkan beliau. Terdetik secebis rasa malu terhadap beliau.

Yang paling penting, aku nak lari dari harapan. Aku nak lari dari kepercayaan. Aku nak lari daripada mandat. Kenapa? Aku takut sangat aku tak mampu. Hampir dua tahun aku kat INTEC, macam-macam aku belajar. Macam-macam aku sedar. Uruskan masalah sendiri. Tak kisah la, peribadi, kewangan, akademik. Hadapi tekanan dengan bijak. Ambil kesempatan daripada tekanan tersebut, dan mencari peluang meningkatkan prestasi diri.

Rindu tak perlu dilayan. Tak perlu dibicara.

Simpan sendirian. Ceritakan pada gitar.

Sumbat telinga, tak perlu hirau kata orang.

Brass section plague of happiness lebih nostalgik daripada kata-kata mereka.

Belajar untuk terus senyum kepada semua. Cuba stay down to earth.

Berubah.
(^_^)

2 comments:

alia adil shah said...

:)
semoge bejaye dlm ape je yg ko wat.

Anonymous said...

eermmm...

rindu???
pada siapa ya????
selalu tengok status tu,,,,
any probs???

bukn kadang2 ia perlu diluakan ke??
he..maaf

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...