Wednesday, January 6, 2010

Entri Pertama 2010

Entri pertama 2010. Lembaran baru bagi hidup aku.

Semalam jalan-jalan kat Sunway, dalam pokai-pokai pun dapat gak aku beli DVD ‘Bon Jovi Live at Madison Square Garden’. Senyum sampai kolej r aku. Seronok tak boleh nak cakap. Memang sentimental collection aku yang ni. Konsert ni (as being said) dirancang sejak 25 tahun yang lepas. Madison Square Garden, New York. Lepas habis buat The Lost Highway Tour kat seluruh dunia, Bon Jovi kembali ke New York untuk buat persembahan kat kampung sendiri.

Ni first time aku tengok Bon Jovi main full set, and aku rasa memang terbaik. Maybe sebab struktur Madison Square yang agak indoor, echo drum macam kuat giler. Tapi performance still mantap. Jon betul-betul all out dengan vocal. Richie Sambora macam biase r, maintain main macam legend. Sammick classic, 12-string acoustic, Fender yang sangat-sangat seasoned. Trust me man, this guy was absolutely gifted. Set gitar yang sangat professional. Paling best time Richie main sambil nyanyi lagu ‘I’ll Be There For You’. Bukan senang nak main gitar utama sambil nyanyi. Lagu Jon plak tu. Ape pon, Bon Jovi still rock. Drummer super laju, bass yang sangat synchronized, keyboardist cool, tambah lagi dengan showmanship Jon. Oh, lupe, pemain violin yang cun! Haha. Superb!




Hari ni kelas pun bermula. Best gak la kot? Haha. Tak tau lagi, kita tengok nanti. Awal-awal memang la hambar sikit. I guess this semester will not be easy for me. Struggle lagi for perfection. Sikit je lagi. Sikit je. Application universiti semua dah setel. Sekarang tinggal nak tunggu surat tawaran je lagi. 3 pilihan, Rutgers University, SUNY University at Buffalo dan Rochester Institute of Technology (in priority order). Why? Rutgers, sebab hopefully aku akan dapat environment yang lebih American. Ok la, pan Asia boleh terima lagi. Hopefully la kan. SUNY, sebab kat sini, as if compared to RIT, better sikit ranking dia. My friends pun ada kat sana (miss you guys!). RIT is just for backup, in case that I was unlucky enough to get admitted to Rutgers and SUNY. But no offense guys! Not that RIT tak best okeh. Done with that. Pray for me to get admitted okey?

Tadi online, lepas sekian lama online. Ramai sungguh yang tanya mane aku hilang. Just nak cari ketenangan sikit. Tapi, aku pun tak tau kenapa, aku rasa sangat puas dengan hidup aku. It’s like everything I have is more than enough. Wow, that’s ‘BE GRATEFUL ALL THE TIME’ trick does really work. Mencari permata yang hilang. Haha. Still nak tulis gak pasal muzik dalam blog ni. At least, aku tak tulis pasal Black Metal. Hardcore pun takde kan? I listen, I play, I share. Tapi let’s this be a view from an amateur listener. Sama-sama open. Ada ilmu kita kongsi-kongsi.

Terbaca satu interview dengan Ustaz Hasrizal. Beliau berkata, “Blog tak harus dipisahkan daripada kehidupan kita yang sebenar. Ada peraturan khusus untuk blog.” Fikir-fikir balik, aku tak nak buat blog baru, dan hasilkan dua blog berlainan sifat, antara bumi dan langit. Sebab benda tu nanti boleh hasilkan prejudis yang lagi teruk. Kita diingatkan supaya bersangka baik dan tidak menimbulkan kontroversi. Jadi, aku akan still gunakan blog ni untuk tulis tentang hidup aku. Mungkin sekarang tak lagi se’personal’ dulu, tapi sekurang-kurangnya masih rasional.

Baru-baru ni before balik Shah Alam, lepak-lepak ngan member lama. Tengah borak-borak, ada sorang member aku cakap,”Alah, kau Syahmi, berapa lame sangat la kau boleh hidup takde gefren.” Haha. Aku senyum je. Yep, the last time aku single is waktu awal Form 1. “Banyak cakap lak kau. At least ex gefren aku dua orang je, tak ramai macam kau. Tiap-tiap tahun tukar.”

So that’s it. Tak perlu susah-susahkan otak, sakit-sakitkan hati. Aku dah pernah cakap kat mak aku suruh dia carikan isteri untuk aku nanti. Yang baik pada mata dia, aku pasti terbaik untuk aku. Last-last aku plak kena marah, “Jangan nak mengade, cari sendiri. Nanti ada masalah, tak serasi la, ape la, salahkan mak pulak.” Haha. She got the point. So now, tayah susah-susah. I got enough of everything in my life. I don’t need something to spoil them up.

Itu saja Entri Pertama 2010. Sape2 yang nak buat link exchange boleh drop link kat sebelah ni. Start daripada entri ni, aku nak cuba tulis dengan lebih professional. Ini bukan lagi blog budak sekolah. Ini blog remaja umur 20 tahun.

“Khoirunnas su anfa a’hum linnas” – sebaik-baik manusia, adalah manusia yang member manfaat kepada manusia lain.

Salam alaik~
=)

Wednesday, December 16, 2009

Revolusi, Perubahan, Hijrah.

Hidup makin susah. Haih.

Astaghfirullah, tak elok mengeluh. Selalu aku tak bersyukur, bila tak dapat kasut, aku mengeluh. Tapi aku lupa ramai lagi yang tak berkaki.

Azam macam2 awal2 cuti aritu, tapi haprak gak. Haha. Mat Jenin sungguh. Cakap nak belajar masak, makin lama makin malas nak tolong mak kat dapur. Cakap nak belajar main drum, datang jamming skali pastu tak datang terus. Cakap nak taqarrub, sempat sebulan je (tu pun 2-3 minggu) solat jemaah kat masjid. Ape la nak jadi ngan aku ni. Oh, majlis qiraat di Masjid Negeri aritu pun sekali je aku join. Makthurat? Selang 2-3 hari sekali. Jauh drpd target 2 kali sehari. Quran? Lagi la nyer. Dok umah ni memang lagha je. Gitar ngan game memanjang.

Cuti ni susah nak online, sebab broadband dah kena potong. Lantak la. Da memang tak mampu nak buat cmne. Tapi bila internet dah xde, lagi senang aku nak banyakkan membaca. Baca r pape2 pun. And banyak idea aku nak tulis kat sini.

Dua pembacaan dari dua wacana berlainan, langit dan bumi. Yang pertama, tersenyum bila terbaca tajuk kecil dalam Al-Islam Disember 2009, 'Remaja Indie Pun Ingin Berdakwah'. Teringat aku kat blog aku ni, blog hibrid, platform bicara agama dan muzik. Tengok tajuk pun aku dah dapat agak apa yg penulis cuba sampaikan. Satu lagi artikel dalam majalah muzik bebas ROTTW, isu bile aku tak ingat, bertajuk 'Tiba-tiba Semua Orang Pandai Indie'. Artikel ni mengkritik orang2 yang mempergunakan nama 'indie' untuk menaikkan pasaran sesuatu, tanpa apa-apa rujukan. Hence, showing that this scene was superficially extreme. Define that by yourself.

Bercakap pasal Versi Harmoni, aku ada terdengar suara2 tidak rasmi yang melabel Versi Harmoni sebagai blog yang hipokrit. Yang pertama sekali, kita ada kebebasan bersuara. Aku open for komen komen positif. Dan even yang negatif, perlu lah rasional dan relevan. Kadang2 semua ni buat aku rasa nak tutup mulut, tutup komputer dan ikat tangan. Kalau lah korang sume, baca balik kat header blog ni, ada definition untuk VERSES of HARMONY (Versi Harmoni). And kalau korang sume faham maksud dua istilah tersebut, korang takkan persoalkan apa yang aku tulis dalam blog ni.
Maaf kalau ada statement yang tak benar, tapi sebelum aku kemukakan fakta, aku buat research dulu. Perkara agama bukan satu benda main-main yg kita boleh tulis tanpa rujukan. Nak-nak bila benda tu ditulis oleh aku, seseorang yang tak ramai orang anggap ada kredibiliti yg sepatutnya. Tapi bila terfikir semula tentang tanggungjawab menyampaikan, aku sabar je la. Biase r kan kena kritik. haha.

Firman Allah Taala bermaksud:






Tolong-menolonglah kamu pada jalan kebajikan dan taqwa dan jangan kamu tolong-menolong pada jalan dosa dan permusuhan.

(Surah al-Maidah: Ayat 2).



Cuma menyampaikan apa yg terlintas di hati. Kadang2 of course lah, akan ada perbezaan pendapat. If Versi Harmoni is to be labelled as hypocritical, I wouldn't mind. Everyone have their own perception, and it is one thing that I have no power to change. Versi Harmoni tetap sama. Revolusi tetap revolusi. Perubahan ni satu hijrah untuk agama. Melalui Versi Harmoni.

Beribu ribu lemon penghargaan buat pembaca Versi yang tinggalkan komen. Ilmu kalau dikongsi, insyaAllah akan ditambah berlipat kali ganda. Berjaye mesti nak same2 kan? kan? haha

Nanti sambung balik okeh. Semoga terus kekal zuhud, ditetapkan iman, dimantapkan takwa, dipelihara dari dosa dan tidak goyah dengan ujian.
Salam alaik~

p/s: terfikir untuk buat satu blog baru. totally about music. and versi harmoni maintain about perkongsian ilmu. kalau kne label hipokrit lagi tataw r.. ahaha (^_~)

Saturday, November 21, 2009

Kenapa Saya Berhijab?

Kenapa saya berhijab? Tak faham la.
Ooo... Kenapa saya bertudung. Haha. Emm..camne nak cakap ek..


1st sekali, awak tau kan hukum agama memang suruh wanita menutup aurat.
Yang saya tau, just in case awak tak tau la kan, aurat seorang wanita dengan seorang lelaki yang bukan muhrim adalah seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Dan jika wanita itu terlalu cantik sehingga mampu menimbulkan fitnah, maka hendaklah dia menutup seluruh badan.


Yela, saya tau ada yang pakai tudung ni sebab mak atau abah yang suruh, tapi tu la diorang. Tak boleh la kita nak bersangka buruk dengan mereka2 ni, sebab soal keikhlasan ni antara individu dengan Tuhan je. So siapa yang pakai tudung semata-mata sebab nak jaga nama parents je, rugi lah diorang kan.


Camne plak kalau saya pakai tudung sebab nak cantik? Haha. Lagipun rambut saya ni tak cantik pun. Segan la saya nak tunjuk2 kat orang. Pahala saya pakai tudung mungkin tak dapat. Tapi at least saya tak berdosa sebab tunjukkan aurat saya. Haa..satu lagi. Orientalis barat kata bila Islam wajibkan pemakaian hijab ni, sebagai satu pencabulan hak asasi seorang wanita. Tapi mereka tak faham, bila kita tunjukkan aurat kita, maka jatuhlah maruah kita sebagai seorang wanita. Semakin terpelihara aurat kita, semakin tinggi lah maruah wanita. 


Memang logik la kalau saya pakai tudung kan. Awak cakap parents saya orang baik2. Betul didikan agama yang diorang berikan untuk saya. Tapi kalau awak persoalkan pulak kenapa mesti pakai tudung labuh, lagi banyak la yang saya nak explain. Sebab saya rasa lagi selamat bila pakai tudung labuh. No worries, not at all. Tak risau terselak ke, kena tiup angin ke. Tak wajib pun pakai tudung labuh ni, tapi iman saya belum cukup kuat. Saya takut api neraka.


Em? Kenapa mesti kaitkan saya dengan diorang? Awak sendiri tau kan, ramai yang pakai tudung, tapi tak menghayati makna sebenar tutup aurat tu. Bila jadi macam ni, ramai lah yang akan pakai tudung, tapi pakai baju ketat-ketat, pakai seluar kecik2. Ish, dah la. Saya sendiri pun jadi malu dengan kaum sejenis saya ni. Bila diorang buat macam tu, that's mean diorang just pakai tudung kerana adat. Mereka tau; tutup aurat = pakai tudung. Ntah2 kalau ditanya, dorang tak tau pun maksud aurat seorang wanita.


Astaghfirullah, terlanjur cakap pulak. Haha. Bersangka baik dengan diorang kan. Semoga Allah berikan kesempatan hidayah untuk mereka. 


Camne nak dapatkan keikhlasan? Oooo.. Saya faham maksud awak. Saya pun selalu jugak terfikir pasal ni. Bagus jugak awak tanya. Mesti ada kefahaman tentang Islam! Tahu sebab sebenar menutup aurat. Kesedaran tu akan datang dengan sendiri. Tips saya ada tiga, saya dah bagitau awak kan? Cara untuk dapat keikhlasan? 1st skali, beribadah. 2nd, istiqamah. 3rd, khusyuk. Tu cara saya sendiri, orang lain mungkin lain pendapat.


Yang penting sekali, buat. Jangan bagi alasan-alasan mengarut. 


Kenapa tanya macam-macam ni? Awak tak sihat eh? Haha. Ape pun, thanks r. Harap2 jawapan saya ni cukup untuk soalan2 awak tadi.


Sangat2 cukup. Perbualan ringkas dengan seorang adik tingkatan empat di suatu petang yang hujan renyai2 (adik jual kuih raya gak, selang 2,3 gerai dari gerai aku). Banyak kali dah bertegur, akhirnya terkeluar jugak soalan tu daripada mulut aku. Terbaik r. Jawapan dier lebih kurang cmni r, yang aku ingat~


Dah lama tak update blog. Sibuk berniaga. Later. Salam istiqamah =)
Semoga setiap ibadah kita 'fisabilillah'.


Oh. Pointer teruk. Result super teruk. Sabar lah duhai hati. ('_')


Saturday, November 14, 2009

Digging Up: RTW9

This afternoon, I went to SEMSAS, my brothers' school.
"Abang, nak masuk bilik jamming sekolah tak?"
"Takpe ke? Takut nanti cikgu marah plak."
"Takpe, cikgu takde. Angah handle."
"Orait. Jom jom."

The room got some quite good equipment around.  Well, you got to admit those schools with orchestra are always have big amount of money spent on their musical instruments. As my brother and me entered the room, those Form 4 students were about to play 'Si Dia' by Julie Goes Overseas. Well, that's what I call pure independent music.
As I looked around, there was a couple of Marshall amplifier (I could tell that it was 100W or more), a Hartke amplifier (for the bass guitar) and also a Yamaha drum set. There is one Gibson Les Paul guitar (I could tell that it was the ES series, but I'm not sure which one it is) and a Yamaha Pacifica guitar. The bass was a Fender Precision. Those guys does have some potential, and I'm sure they will do better if they have the focus.

Larry's blog told me to dig it up, and I was thinking to dig up some music from the upcoming Rock The World 9.

Bunkface

This band was known as a phenomena for the independent scene of  Malaysia. Some might say that this statement is a poor judgement by an amateur like me, but they have to admit that this band really make up the scene. Suddenly, as those guys were playing 'Situasi' and 'Revolusi', everybody knows indie! They have been conformed as one of the images and icons of independent scene. Well, they really have made the Revolution of the current Situation.
During the performance at the KL Tower Indie Fest (Part 2) 2009 (click here for my review), they have been quite  f***ed up by the crowds. The issue was about them being the front cover for a local mainstream magazine. Well, ain't got no comment on that.
Hopefully this time The Land of Hope will have them performing Fine as the High School Rocker without any problems caused by those Silly Lilly's. (^_^)

Robot Asmara

I have listened to one of their demo's but that was a long time ago. Well, ain't following this band so much actually. Let's proceed.

Zee Avi

Well, everyone must have known about Bitter Heart, of even Kantoi. This girl was a legend. She was fighting for the independent scenes of Malaysia in the United States, and unexceptionally was one of my idol. Patriotism is something you should practice in everything you do. Acoustic could never be too good for her and besides Estrella, she was one of the reason I've started to dig up everything about jazz music. Love Zee Avi!

Bittersweet


Kaiser Cheifs. Known for their identity of their black spectacles and the smart appearance, this band also have a superb keyboardist. They have stood tall and proud for quiet a long time and still, they have all sorts of fans from all over the world. This band is one of the band that I really longed to watch. Their live performance was a lot better than their records and I was absolutely sure, the British slang they use is one of the reasons they attracted a lot of fans from all over the world. Capital E, Perfect Match, Kucing Hitam, there's a long list of top hits. They really got a strike. Hopefully the stage lighting that night will be on their side!

Republic of Brickfields


Aru. Koffin Kanser? haha. Those are two things mostly related to ROB. So now it's time for a little Jamaican reggae music. Quit moshing for a while, and start dancing around in the music of love! One thing that I always remember about this band is that, Paan introduced me to them! Quite some effective track they have (which I know) is great enough that you can sing along until your throat is sore! There's no need for me to remind you about 'Ganjaran', 'Emansipasi' and the one I love the most, 'Orang Planet'. Don't really like to listen to Koffin Kanser, but I love Aru as in ROB. Go Aru!

Restraint

"Forget The Difference, Lets Work As One". Restraint, the HARDCORE PRIDE! This band has a bunch of hardcore kids all around the country ready to do some Pig Circle or even the Wall of Death. A little advice for the crowd, make some space for their fans when this band is performing. I've listened to their track of Pure From Blood and they really have the sound of pure hardcore. Well, I might not have any credibility to comment on their performances and songs, but here's a little trivia; the drummer of Restraint is the same drummer of Cassandra (hit that double pedal hard, man!). Until The End, Pure From Blood, This Promise, well, those are the things that make my heart rate doubled.

Kugiran D' Tepi Pantai


DAMN! I thought this quartet (it was instrumental, if you wasn't informed) was no longer survived! For it was the tunes of my half-century father (well, my father really listened to this quartet, and me too!). Not much overdrive, almost all-clean effects, tricky riffs and tight bass line. This might be the first time I see those guys performing (and it might be the last, too!). The best track for me is always 'Smash Your Head to the Wall'.

Meet Uncle Hussain

This is the band rising up, taking their perfect position on the scene together with Hujan, but having an early downfall compared to Hujan. I thought they were no longer performing (but some sources says that there will still be MUH even without Lan). Missed their songs such as Hanya Khayalan, Halusinasi, Mahkota, Pura-pura and the my fingers ached as the list goes on~

Car Crash Hearts


This band is new, but I know they got massive potential. The first time I saw them performing is when they were playing as the opening scene for the Rockaway 09. The only song I've listened is 'Rahsia' and I know they might as well have a strong position on the mainstream.

Skudap Skudip


Shah Alam RAWKS!!! Those guys were exceptionally awesome and they was always so down to Earth. There will be so much fun if Dodd was holding the microphone. I've remembered one time when we were jamming at Applejam Studio in Seksyen 7, Shah Alam, I met the keyboardist of Skudap Skudip on the way upstairs. From the outside of the studio, we heard them playing their songs. Ever heard of 'Mamamu Benci Aku', 'Mengapa Kenapa', 'Lari', 'Potret' and 'Gadis Jadian'? Bukan sudu, bukan sudip, tapi Skudap Skudip! Go DODD! royal town ska~

Couple

One word for this band. COOL! They have been around for quite a long time and they were still kicking. Always a good time for NOTHING CRAPPY and start to sing along again! No need for further writings about this band... Everybody knows it when it comes to Aidil and Ariana.

40 Winks


A ska band from Klang (if I was not mistaken) consist of 10 guys with such an amazing brass sections and established pipes functions. Those guys can really kick some cool sounds out of their performance. Last watched them during the Peace to World 09 by Twozhe Production. 'Mak Minah', 'Over You Follow My Heart' and ect, they do have the sounds.

The Times


THE TIMES. This is a really great band. They sounded almost close to OAG but still, they have the identity themselves. Naza always have a great and *a word is lost here* control over the crowd. This band was my addictive, and still they be. Mono played a great and tight bass line and as far as I remembered, he played the bass for The A.C.A.B during the KL Tower Indie Fest.

Fuhh...tiring post. Well that goes all. Till next time.

p/s: here I go, promoting the English language again~ =P

Monday, November 9, 2009

Signifikan CAN4600 a.k.a S.N.I.O.P

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


Statement di atas cuma hiasan semata-mata.
15 tahun yang lepas, abah pakai motor honda je. model ape aku tak ingat r plak. Tapi bukan C70 r. Motor tu r yang hantar aku pegi skolah hari2.


Then satu hari tu, lahirlah Mohd Syahir bin Yem (AA). Lalu dengan bertungkus lumus abah pun mencari duit... sebab bila AA lahir, dah ada abah+mak+abg+angah+AA. so motor dah tak muat nak naik sume2. 


Lalu dibelilah oleh abah sebuah proton saga CAN 4600. mahal giler bayar muka time tu.
Ape yg significant sangat dengan kete burok nih? Haa.. untuk aku kete ni sgt sentimental value. (teringat aku time MMS dulu, ade soalan utk aku, "adakah anda seorang yg sentimental?" jawapan dier, ahaha, sgt2.=P)


So jom follow aku. Menyusuri balik ape yg kete ni dah endure for the past 15 years...


Kete ni lah...
Yang abah letak sticker S.N.I.O.P. So kete tu sampai skrg dikenali sbgai 'senaiyop'. Abah pernah bgtaw aku maksud dier, tapi aku tak ingat. Yang aku ingat Sometimes N__ I___ O___ People. lebey kurg cmtu r...


Kete ni lah...
Yang hampir cekik adik aku. Dier main2 kat tingkap, ntah cmne aku pegi tekan suis tutup tingkap. Tingkap tu naik, leher dier tersangkut. Yang mak aku plak, panic attack, bukak pintu. Tergantunglah beliau kat pintu tu. Kelakar giler. Cubaan membunuh aku gagal. haha


Kete ni lah...
Yang amek aku lepas khatan kat Bilik Kaunseling SKPS mse darjah 1. Giler memori time tu. Rse nak gelak pon ade. 


Kete ni lah...
Yang abah letak mainan untuk hadiah hari jadi aku mase darjah satu. Aku nampak abah letak dalam but, pastu aku ngamuk2 nak. Tapi abah tanak bagi gak. Last2 time besday aku abah bagi. haha. sori abah. huhu segan2...


Kete ni lah...
Yang hantar aku pegi interview MRSM mse lepas UPSR. Tapi tak lepas..huhu


Kete ni lah...
Yang aku, abah, ngan paklang naik nak pegi daftar kematian arwah anjang dulu. huuuu


Kete ni lah...
Yang hantar aku pegi daftar SMK Seri Kuantan. Yang amek aku time aku nak outing. Yang ambik aku time aku nak overnight.


Kete ni lah...
Yang abah ngan aku 2 org naik nak pegi amek result PMR. Yang terpaksa berbaris tanpa segan silu dgn kereta2 yang jauh lagi mahal.


Kete ni lah...
Yang abah bawak aku pegi beli jam baru ngan makan mee bandung sebab dapat straight utk PMR dulu. 


Kete ni lah...
Yang hantar aku 200++ km ke KL untuk daftar ASiS. Walaupun cuma 3 kali, daftar, ambik aku lepas SPM ngan time ambik result SPM.


Kete ni lah...
Yang straight pegi nilai 3 pas amek result sbb nak celebrate kejayaan aku (dapat jam tgn RM10 je.. haha. redha je la..)


Kete ni lah...
Yang abah pakai nak hantar aku ngan Shiqin pegi dating time hujan pas SPM! haha. Penting ni. Boleh citer kat anak2 aku nanti.


Kete ni lah...
Yang abah pakai untuk hantar aku pergi temuduga JPA. 


Kete ni lah...
Yang abah ngan aku naik nak pergi menghadap ADUN Panching, Pejabat Wilayah FELDA, Pejabat FELDA Panching, Pejabat Datuk Suhaimi untuk cari sumbangan nak masuk INTEC.


Kete ni lah...
Yang hantar aku datang INTEC. Pastu malam b4 register pakcik aku ngan aku bawak pegi jamming kat Klang. Pastu kene sondol ngan kete Cina. Pastu pakcik aku pau sume duit Cina tu. ahaha


Kete ni lah...
Yang baru sekali datang Shah Alam. Time nak register dulu je..huhuhu


Kete ni lah...
Yang hantar adik2 aku pegi SEMSAS. Sekali lagi, tanpa segan silu berbaris bsame2 kete2 sedan eksekutif yg smart2. ahaks! =)


Kete ni lah...
Yang jadi official transport datuk ngan nenek aku nak pegi mane2. asal kan minyak topup.. haha


Kete ni lah...
Yang akan hantar aku ke KLIA nanti (insyaAllah). Akan aku usahakan. Biar lah buruk mane pun kereta abah ni, aku tak kisah langsung.


Tak kisah langsung. Nak bukak pintu susah. Xde CD player. Air cond slow. Taley kunci pakai bunyi2. Nak bukak but kne pakai kunci. Kne himpit2 ngan adik2 aku time balik kampung (angah bontot besar!). Hon bunyi mcm tak bunyi. Kalau time hujan masuk air. Takesah pun.


nape tak beli kete baru??? haha. tipu la kalau aku cakap niat tu xde. sume org nak kete baru. tapi post ni just nak acknowledge kete ni je. sebab aku rse abah dah 2-3 taun cakap nak beli kete baru. tak beli2 gak. nak makan pun sangkut2, lagi nak beli kete. haha. 


Aku sangat bersyukur. Ramai kawan2 aku tak dapat nikmat macam aku ni. Belajar dari kesusahan. Tak dapat peluang merasa susah. Tak perlu cemburu. haha.


so, itulah sebab aku letak gambar kete kat atas sekali tu. tu lah S.N.I.O.P kesayangan aku! 


zuhud~ zuhud~ haha

Thursday, November 5, 2009

Gig, Konsert dan Aku?

Salam~ cuti dah bermula. Start lah kerjaya aku sebagai suri rumah sepenuh masa. Haha. Basuh pinggan, basuh kain, hantar/ambik adik pegi skolah, kemas umah, ect. Tahniah r encik syahmi (-_-") . Semoga peluang utk taqarrub digunakan sebaik mungkin. 





Event yg dinantikan all year - ROCK THE WORLD 9!
Last year diorg buat kat Secret Garden, Stadium Putra. Tapi taun ni macam lagi gempak r, coz venue dier kat Sunway Lagoon, tambah plak ngan 3 stage. Memang boleh challenge KL Tower Indie Fest kot. Mantap r. Sgt2 tak sabar. Oh, entri kali ni is about gig, and concert. Aku nak point out a few ideas of mine. And sedikit tips untuk mosher2 Islam. =P


Sebelum aku pegi satu2 gig/konsert, aku akan consider a few things.
1st - Venue
Venue ni paling penting. Tengok either venue tu indoor ataupun outdoor. Venue outdoor adalah yg terbaik. Mesti pergi. Kalau venue indoor plak, consider lagi. Adakah venue itu dewan public atau pub? Kalau public hall (eg. Chin Woo Stadium Hall, MCPA Hall), passed. Meaning takkan ada penjualan/pengambilan arak kat situ. Kalau tak mesti tak dapat permit. Pemantauan PBT dari semasa ke semasa always ada. So ready r korg nak duduk lokap kalau pergi gig yg xde permit. Venue yg dimaksudkan pub/club/cafe (eg. One's Cafe, Ruums, Hard Rock Cafe) tu plak, dgn pasti menjual dan menyediakan arak. So selagi boleh, elakkan lah.


2nd - Performers
Performers pun salah satu kriteria penting gak. Jangan sekali2 kaitkan agama dalam hiburan yg macam ni. Kalau aku dah mark satu band yg melampau, aku takkan pergi gig yg diorg main. Aku nak letak contoh satu je, Carburetor Dung. Korg tau2 je la kan pe dorg buat. Kalau muzik bagus perangai macam setan pun tak gune gak bro. Kalau band hardcore sekalipun adab mesti jaga gak. Lebih2 lagi yg hina agama. Walaupun dengan dressing (contoh, Megat Hafiz ACAB Indie Fest pt. 2 ). Pakai jubah ngan serban takkan mampu beri jaminan syurga pada anda. 


3rd - Crowd
Buat prediction pasal crowd yg akan hadir, dgn range skali. Biasenye dah boleh expect, kalau gig tu free, bpe ramai org akan datang, sape yg akan datang, kalau berbayar bpe ramai, sape yg akan datang. Aku baru belajar something. Kalau line up gig tu berterabur band-band hardcore atau metal, bersedialah mental dan fizikal. For sure venue akan dipenuhi hardcore kids. Example, Peace to World aritu, Restraint, Cassandra, ect. Hardcore kids sgt2 ramai. Well, aku just duduk tepi je. Tanak masuk campur. Tapi agak scenic r dorg buat 'wall of death', 'pig circle'. Sampai aku usha sorg minah ni mosh pakai high heels. Giler punye giler.

Tapi suka gak aku nak ingatkan, takde bende yg baik tentang gig atau konsert ni. Sebab dah jelas dinyatakan,


“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi) 


Kalau boleh, kalau mampu elakkan lah. Jangan la ikut aku. Lagi satu, bila pergi gig, macam2 la dugaan yg korg akan dapat. Yang pertama sekali, ikhtilat lelaki dan perempuan (aku bukan opportunis atau pervert). Jaga iman, jaga nafsu. Pergi untuk mendengar muzik sebagai professional, bukan untuk berhibur semata-mata. Tapi percayalah, mampu ke iman kita?
Yang kedua plak, solat. Jagalah solat walaupun ada di venue yg macam tu. Mungkin kita dengar macam susah, tapi sebenarnya niat yg penting. 


“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.” (surah Al Qasas : 55) 


Aku pernah berjalan almost 30 minit daripada venue gig sebab nak mencari surau. Benda ni time kat Peace to World aritu r. Kitorang sampai lebih kurang pukul 1 setengah. Lepas beli tiket, terus gerak keluar. Tanya brader tiket tu, "Bro, surau katne aa?" "Adoh, sori r bro. Ni dewan Cina, xde surau". Memandangkan Chin Woo Stadium Hall tu kat atas bukit, terpaksa kitorg turun bukit pegi cari surau. Last2 jumpe kat sebuah supermarket (Giant, kalau tak silap). At last dapat gak solat jemaah. Walaupun agak lewat. Sama gak time Indie Fest, aku missed tgok Bunkface perform sebab solat maghrib. tapi tak kisah. Bunkface je pun. ahaha.


Allah SWT berfirman: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6) 


Hiburan adalah salah satu cara untuk syaitan menyesatkan kita. Apabila kita lalai, kita takkan mampu pertahankan iman kita yang senipis kulit bawang ni. So how? Tak boleh. Serius.


So nape aku still join benda2 mcm ni? Cause it's a field of interest. Cause it's an obsession. Cause it's some feeling that you will enjoy without taking drugs. Memang aku nak kurangkan. Tapi slow2 r. Susah nak stop terus. Hopefully aku berjaya r. haha. Semangat tu ada, mebi usaha belum cukup. Pape pun, tak sabar nak tunggu Rock the World 9.


nota: -no offense kpd member2 moshing time rock the world nanti. Enjoy tetap    enjoy beb!
        -cuma peringatan kpd diri sniri, dan member2. 'syahmi, bile la kau nak insaf ni...' (-_-")


chow~


Sunday, November 1, 2009

Nak Jihad? Nak?

Selalu kita dgr kan? "Aku nak pergi Palestin, nak lawan Israel. Nak jihad dan syahid fisabilillah." Jom tengok balik, kalau pergi Palestin dan maut with a single shot from the enemy (laknatullah), bukankah satu pembaziran? Sebenarnya, jihad yang lebih besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Ni bukan bermakna jihad di medan peperangan adalah sia2, tapi as a matter of fact, cubalah melawan hawa nafsu anda terlebih dahulu. Pahala tu tetap ada.


"Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya." - Muslim, Abu Daud, Tarmizi Nasai dan Ibn Majah


Berniat baik tidak salah. Yang penting dapat ikhlaskan hati. Jangan cuma bagi kata2 kosong je. Tapi cita2 murni tu, syahid adalah impian semua muslim sejati. Pernah dengar tentang Salahuddin Al-Ayubi? Seorang pejuang Islam yg sangat, sangat, sangat zuhud. Salahuddin pernah menakluki Jerusalem dan Baitul Muqaddis. Taktik yang digunakan oleh Salahuddin juga merupakan taktik yang masih digunapakai hingga sekarang dan terbukti berkesan. Selain itu, taktik perang beliau juga telah diletakkan di dalam buku "The Art of War". 


Persoalannya sekarang, dimanakah 'Salahuddin' untuk menentang Israel. Bila terfikir tentang Salahuddin, aku terfikir seorang je. Syed Hassan Nasrallah. Perjuangan Hizbullah menentang Israel boleh digambarkan seperti perjuangan Salahuddin. Betul x?


Sekarang aku sgt2 redha dgn result nanti. Tak tau la nape sem ni aku spoiled giler. Nak cakap selalu keluar pun tak gak. Maybe selalu lalai kot? Selalu tidur lama. Or selalu tak cukup tidur. Ntah la. Nak buat post mortem pun malas dah.


Tak semangat nak tulis pape. Rasa sgt kosong. Tak suka r. Rasa jauh. 
(-_-)

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...