Sunday, November 1, 2009

Nak Jihad? Nak?

Selalu kita dgr kan? "Aku nak pergi Palestin, nak lawan Israel. Nak jihad dan syahid fisabilillah." Jom tengok balik, kalau pergi Palestin dan maut with a single shot from the enemy (laknatullah), bukankah satu pembaziran? Sebenarnya, jihad yang lebih besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Ni bukan bermakna jihad di medan peperangan adalah sia2, tapi as a matter of fact, cubalah melawan hawa nafsu anda terlebih dahulu. Pahala tu tetap ada.


"Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya." - Muslim, Abu Daud, Tarmizi Nasai dan Ibn Majah


Berniat baik tidak salah. Yang penting dapat ikhlaskan hati. Jangan cuma bagi kata2 kosong je. Tapi cita2 murni tu, syahid adalah impian semua muslim sejati. Pernah dengar tentang Salahuddin Al-Ayubi? Seorang pejuang Islam yg sangat, sangat, sangat zuhud. Salahuddin pernah menakluki Jerusalem dan Baitul Muqaddis. Taktik yang digunakan oleh Salahuddin juga merupakan taktik yang masih digunapakai hingga sekarang dan terbukti berkesan. Selain itu, taktik perang beliau juga telah diletakkan di dalam buku "The Art of War". 


Persoalannya sekarang, dimanakah 'Salahuddin' untuk menentang Israel. Bila terfikir tentang Salahuddin, aku terfikir seorang je. Syed Hassan Nasrallah. Perjuangan Hizbullah menentang Israel boleh digambarkan seperti perjuangan Salahuddin. Betul x?


Sekarang aku sgt2 redha dgn result nanti. Tak tau la nape sem ni aku spoiled giler. Nak cakap selalu keluar pun tak gak. Maybe selalu lalai kot? Selalu tidur lama. Or selalu tak cukup tidur. Ntah la. Nak buat post mortem pun malas dah.


Tak semangat nak tulis pape. Rasa sgt kosong. Tak suka r. Rasa jauh. 
(-_-)

4 comments:

fatih said...

salam

eyt..tak ada mood???
ermm jihad..jihad yg paling besar ialah jihad hati..
tak semua orang dapat kawal diri esp nafsu..
tak semua orang berjihad di medan perang ikhlas..
dalam satu hadis..tapi tak ingat da..antara isinya..diakhirat kelak..orang2 yg mati syahid ni akan disoalkan terlebih dahulu..

apabila ditanyakan apakah amal yg dilakukan..dengan yakin..orang nie bagi tahu..saya telah berjihad di jalan MU..tp Allah balas..kamu bohong..kamu telah berjihad dijalanKu semata-mata untuk digelar pahlawan...

so..kat sini apa2 pon..ikhlaskan la diri..
sedangkan keikhlasan diri sendiri pon kita tak dapat nilai..apatah lagi keikhlasan orang lain..hanya Allah sahaja yg tahu isi hati setiap hambaNya..

sori..ambil byk space la plak..
heee...

yup muhasabah diri..sebab hidup kalau tak ada asam garamnya..tak ada makna apa..tak kan dapat hargai nikmat yg diberi..kan??

Syed M. said...

peh...pelagi syahmi, Henshin r!
KO jd yg men gitar tuh...huhu...

mmg ramai nk pergi palestin ke, iraq ke nk jihad...tp, sbnarnye...diorg tak suruh pown kite dtg...diorg juz want our support n also doa...

diorg suruh kite prepare kat len2 tmpat...prepare hati n prepare org islam len...yg perg2 tu diorg punyer hal, diorg suh kite selesaikn tugas kite...Tarbiyyah hati n org len...

tu r TANGGUNGJAWAB kite kite bile dh bersyahadah...

n stuju ngn komen di atas...

ALLAHu 'alam...

Unknown said...

time tulis ni xde mood sgt2. sori la kalau point mcm melalut sikit.

aku terdengar ada komen tak formal yg oppose idea aku kat sini. apa yg aku cuba nak sampaikan adalah: sebelum berjihad di medan perang, berjihadlah melawan hawa nafsu dulu.

tapi tak bermakna aku going against such stance yg nak pergi palestin dan syahid.

"kalau kau cakap pergi palestin dan syahid kat sana tu sia-sia, and everybody patut duduk diam kat sini, cmne Islam nak menang?"

"kalau kau cakap kita perlukan 'salahuddin al-ayubi', kau tau kan yg beliau tu pemimpin, dan untuk berperang, beliau perlukan askar. kalau kita just sit here and jihad melawan hawa nafsu, cmne kita boleh tolong Hizbullah?"

Point yg dugunakan sahabat aku ni ada rasional. smpai last2 aku pun xtaw dah nak cakap cmne. takut nanti tersilap fakta lak.

Pendapat kawan2 lain?

oh, lastly, just nak pesan. aku boleh terima komen negatif, so aku boleh ubah diri sendiri. same gak kalau nak tambah ape2, stance sndiri ke, etc. ilmu yg kita ada ni sepatutnya dikongsi. jadi kita dpt ambil yg baik, dan hindarkan yg buruk.

fikir2 kan. (^_^)

leynn said...

my comment here is...

juz do wateva u can do
in wat eva way...
Allah x kejam..
doesnt matter how we do it..
juz do it sincerely..
well, we are students..
study is our priority..
right guys..

dear syahmi,
juz do ur best in ur study k?
Allah bless u..


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...