Thursday, November 5, 2009

Gig, Konsert dan Aku?

Salam~ cuti dah bermula. Start lah kerjaya aku sebagai suri rumah sepenuh masa. Haha. Basuh pinggan, basuh kain, hantar/ambik adik pegi skolah, kemas umah, ect. Tahniah r encik syahmi (-_-") . Semoga peluang utk taqarrub digunakan sebaik mungkin. 





Event yg dinantikan all year - ROCK THE WORLD 9!
Last year diorg buat kat Secret Garden, Stadium Putra. Tapi taun ni macam lagi gempak r, coz venue dier kat Sunway Lagoon, tambah plak ngan 3 stage. Memang boleh challenge KL Tower Indie Fest kot. Mantap r. Sgt2 tak sabar. Oh, entri kali ni is about gig, and concert. Aku nak point out a few ideas of mine. And sedikit tips untuk mosher2 Islam. =P


Sebelum aku pegi satu2 gig/konsert, aku akan consider a few things.
1st - Venue
Venue ni paling penting. Tengok either venue tu indoor ataupun outdoor. Venue outdoor adalah yg terbaik. Mesti pergi. Kalau venue indoor plak, consider lagi. Adakah venue itu dewan public atau pub? Kalau public hall (eg. Chin Woo Stadium Hall, MCPA Hall), passed. Meaning takkan ada penjualan/pengambilan arak kat situ. Kalau tak mesti tak dapat permit. Pemantauan PBT dari semasa ke semasa always ada. So ready r korg nak duduk lokap kalau pergi gig yg xde permit. Venue yg dimaksudkan pub/club/cafe (eg. One's Cafe, Ruums, Hard Rock Cafe) tu plak, dgn pasti menjual dan menyediakan arak. So selagi boleh, elakkan lah.


2nd - Performers
Performers pun salah satu kriteria penting gak. Jangan sekali2 kaitkan agama dalam hiburan yg macam ni. Kalau aku dah mark satu band yg melampau, aku takkan pergi gig yg diorg main. Aku nak letak contoh satu je, Carburetor Dung. Korg tau2 je la kan pe dorg buat. Kalau muzik bagus perangai macam setan pun tak gune gak bro. Kalau band hardcore sekalipun adab mesti jaga gak. Lebih2 lagi yg hina agama. Walaupun dengan dressing (contoh, Megat Hafiz ACAB Indie Fest pt. 2 ). Pakai jubah ngan serban takkan mampu beri jaminan syurga pada anda. 


3rd - Crowd
Buat prediction pasal crowd yg akan hadir, dgn range skali. Biasenye dah boleh expect, kalau gig tu free, bpe ramai org akan datang, sape yg akan datang, kalau berbayar bpe ramai, sape yg akan datang. Aku baru belajar something. Kalau line up gig tu berterabur band-band hardcore atau metal, bersedialah mental dan fizikal. For sure venue akan dipenuhi hardcore kids. Example, Peace to World aritu, Restraint, Cassandra, ect. Hardcore kids sgt2 ramai. Well, aku just duduk tepi je. Tanak masuk campur. Tapi agak scenic r dorg buat 'wall of death', 'pig circle'. Sampai aku usha sorg minah ni mosh pakai high heels. Giler punye giler.

Tapi suka gak aku nak ingatkan, takde bende yg baik tentang gig atau konsert ni. Sebab dah jelas dinyatakan,


“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi) 


Kalau boleh, kalau mampu elakkan lah. Jangan la ikut aku. Lagi satu, bila pergi gig, macam2 la dugaan yg korg akan dapat. Yang pertama sekali, ikhtilat lelaki dan perempuan (aku bukan opportunis atau pervert). Jaga iman, jaga nafsu. Pergi untuk mendengar muzik sebagai professional, bukan untuk berhibur semata-mata. Tapi percayalah, mampu ke iman kita?
Yang kedua plak, solat. Jagalah solat walaupun ada di venue yg macam tu. Mungkin kita dengar macam susah, tapi sebenarnya niat yg penting. 


“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.” (surah Al Qasas : 55) 


Aku pernah berjalan almost 30 minit daripada venue gig sebab nak mencari surau. Benda ni time kat Peace to World aritu r. Kitorang sampai lebih kurang pukul 1 setengah. Lepas beli tiket, terus gerak keluar. Tanya brader tiket tu, "Bro, surau katne aa?" "Adoh, sori r bro. Ni dewan Cina, xde surau". Memandangkan Chin Woo Stadium Hall tu kat atas bukit, terpaksa kitorg turun bukit pegi cari surau. Last2 jumpe kat sebuah supermarket (Giant, kalau tak silap). At last dapat gak solat jemaah. Walaupun agak lewat. Sama gak time Indie Fest, aku missed tgok Bunkface perform sebab solat maghrib. tapi tak kisah. Bunkface je pun. ahaha.


Allah SWT berfirman: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6) 


Hiburan adalah salah satu cara untuk syaitan menyesatkan kita. Apabila kita lalai, kita takkan mampu pertahankan iman kita yang senipis kulit bawang ni. So how? Tak boleh. Serius.


So nape aku still join benda2 mcm ni? Cause it's a field of interest. Cause it's an obsession. Cause it's some feeling that you will enjoy without taking drugs. Memang aku nak kurangkan. Tapi slow2 r. Susah nak stop terus. Hopefully aku berjaya r. haha. Semangat tu ada, mebi usaha belum cukup. Pape pun, tak sabar nak tunggu Rock the World 9.


nota: -no offense kpd member2 moshing time rock the world nanti. Enjoy tetap    enjoy beb!
        -cuma peringatan kpd diri sniri, dan member2. 'syahmi, bile la kau nak insaf ni...' (-_-")


chow~


8 comments:

magna_journey said...

"Kalau boleh, kalau mampu elakkan lah. Jangan la ikut aku."

tp, biler dh wat post cmni...lebih2 lg kat blog paling popular abad ni...
mcm menggalakkan...

no offense, tp sbgi peringtn dr kwn yg syg ko, huhu...

"Ana cuba membantu legendkiller secara ringkas..

Hukum asal MUSIC adalah diHARUSkan oleh Islam namun hukum HARUS boleh menjadi HARAM jika ada unsur2 yg diHARAMkan oleh ISLAM..

Antara unsur2 yg haram yang ada dlm akademi fantasia,gang starz, mentor dll ;

- Lagu2 yg melalaikan.
- Pergaulan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim (ikhtilat yg haram)
- Peserta perempuan yg tidak menutup aurat. termasuk memakai pakaian yg ketat walaupun kita tengok tanpa syahwat maka si pemakai tetap berdosa.
- Menari dan berjoget dihadapan Lelaki yg bukan muhrim..

Maka dgn 3 sebab di atas, hukum MUSIC yg HARUS td berubah menjadi HARAM.

Apabila program sebegini dihukumkan HARAM, maka org yg menyaksikan (penonton), org yg membantu menjayakan program tersebut dan apa jua cara keterlibatan kita dgn program sebegini maka dihukumkan juga dengan HARAM.

Persoalan BAKAT tidak timbul kerana Program tu sendiri HARAM.. Macam kita kata kat org yg mencuri. Hukumnya Haram walaupun dia BERUSAHA,BERSUSAH PAYAH,MENGGUNAKAN BAKAT DAN KEPAKARAN utk mencuri kerana perbuatan mencuri itu sendiri adalah dihukumkan HARAM dan berdosa..

Wallahu a3laam.."

tu dr iluvislam, http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=106&thread_id=5238&pid=68722#post_68722

jgn HALALkan apa yg HARAM...

dan Allah jua yg mengetahui...

Syahmi Yem said...

alip: tepat. yg haram tetap haram. hukum bukan perkara main2. jelas dalam hadis kat post tu.

haha. xde niat lgsung nak promote. blog paling popular? tade ah. point aku kat sini bukan pro atau kontra join gig. informaliti dalam gig jauh berbeza drpd function2 yg dalam tv. up to each and every individual to judge.

btw, analogi mencuri tu mmg tepat.
thanks lagi. sayang kau gak alip!
=D

Zafree said...

Something that you truly obsessed, but you still seek the words from from Islam about it

Bukan sumer orang bley wat~
semoga berjaye dgn pemantapan iman ko!

p/s: aku tau guitar hero jer..bab2 gig nie aku fail..haha :p

suria said...

salam..
rasa macam nak bagi komen jugak la..

cuma nak wujudkan persoalan..
"siapa lagi teruk antara orang buat salah sebab die tak tahu dengan orang yang buat salah sedangkan die tahu benda tu salah?"...

jom pikir yuk!!

~apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,"kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji???~ <29:2>

jihad melawan nafsu~ini ujian untuk ko..

fareha azhar said...

tepuk dada, tanya hati, tanya iman~

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...