Saturday, November 21, 2009

Kenapa Saya Berhijab?

Kenapa saya berhijab? Tak faham la.
Ooo... Kenapa saya bertudung. Haha. Emm..camne nak cakap ek..


1st sekali, awak tau kan hukum agama memang suruh wanita menutup aurat.
Yang saya tau, just in case awak tak tau la kan, aurat seorang wanita dengan seorang lelaki yang bukan muhrim adalah seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Dan jika wanita itu terlalu cantik sehingga mampu menimbulkan fitnah, maka hendaklah dia menutup seluruh badan.


Yela, saya tau ada yang pakai tudung ni sebab mak atau abah yang suruh, tapi tu la diorang. Tak boleh la kita nak bersangka buruk dengan mereka2 ni, sebab soal keikhlasan ni antara individu dengan Tuhan je. So siapa yang pakai tudung semata-mata sebab nak jaga nama parents je, rugi lah diorang kan.


Camne plak kalau saya pakai tudung sebab nak cantik? Haha. Lagipun rambut saya ni tak cantik pun. Segan la saya nak tunjuk2 kat orang. Pahala saya pakai tudung mungkin tak dapat. Tapi at least saya tak berdosa sebab tunjukkan aurat saya. Haa..satu lagi. Orientalis barat kata bila Islam wajibkan pemakaian hijab ni, sebagai satu pencabulan hak asasi seorang wanita. Tapi mereka tak faham, bila kita tunjukkan aurat kita, maka jatuhlah maruah kita sebagai seorang wanita. Semakin terpelihara aurat kita, semakin tinggi lah maruah wanita. 


Memang logik la kalau saya pakai tudung kan. Awak cakap parents saya orang baik2. Betul didikan agama yang diorang berikan untuk saya. Tapi kalau awak persoalkan pulak kenapa mesti pakai tudung labuh, lagi banyak la yang saya nak explain. Sebab saya rasa lagi selamat bila pakai tudung labuh. No worries, not at all. Tak risau terselak ke, kena tiup angin ke. Tak wajib pun pakai tudung labuh ni, tapi iman saya belum cukup kuat. Saya takut api neraka.


Em? Kenapa mesti kaitkan saya dengan diorang? Awak sendiri tau kan, ramai yang pakai tudung, tapi tak menghayati makna sebenar tutup aurat tu. Bila jadi macam ni, ramai lah yang akan pakai tudung, tapi pakai baju ketat-ketat, pakai seluar kecik2. Ish, dah la. Saya sendiri pun jadi malu dengan kaum sejenis saya ni. Bila diorang buat macam tu, that's mean diorang just pakai tudung kerana adat. Mereka tau; tutup aurat = pakai tudung. Ntah2 kalau ditanya, dorang tak tau pun maksud aurat seorang wanita.


Astaghfirullah, terlanjur cakap pulak. Haha. Bersangka baik dengan diorang kan. Semoga Allah berikan kesempatan hidayah untuk mereka. 


Camne nak dapatkan keikhlasan? Oooo.. Saya faham maksud awak. Saya pun selalu jugak terfikir pasal ni. Bagus jugak awak tanya. Mesti ada kefahaman tentang Islam! Tahu sebab sebenar menutup aurat. Kesedaran tu akan datang dengan sendiri. Tips saya ada tiga, saya dah bagitau awak kan? Cara untuk dapat keikhlasan? 1st skali, beribadah. 2nd, istiqamah. 3rd, khusyuk. Tu cara saya sendiri, orang lain mungkin lain pendapat.


Yang penting sekali, buat. Jangan bagi alasan-alasan mengarut. 


Kenapa tanya macam-macam ni? Awak tak sihat eh? Haha. Ape pun, thanks r. Harap2 jawapan saya ni cukup untuk soalan2 awak tadi.


Sangat2 cukup. Perbualan ringkas dengan seorang adik tingkatan empat di suatu petang yang hujan renyai2 (adik jual kuih raya gak, selang 2,3 gerai dari gerai aku). Banyak kali dah bertegur, akhirnya terkeluar jugak soalan tu daripada mulut aku. Terbaik r. Jawapan dier lebih kurang cmni r, yang aku ingat~


Dah lama tak update blog. Sibuk berniaga. Later. Salam istiqamah =)
Semoga setiap ibadah kita 'fisabilillah'.


Oh. Pointer teruk. Result super teruk. Sabar lah duhai hati. ('_')


6 comments:

leynn said...

gud topic...
well, as for me.. memg keikhlasan penting.. jgn ikot org.. pcya pd diri sendiri..hehehe.. saye pown maseh bru la memakainye.. huhu.. dlu saye xpakai pown sebabnye nk tunjukkn ade particular org y slalu mnyalahkn org xbertudung ni jahat2.. well xsemestinye ok? pokok pangkalnye selawat la byk2.. moge2 pintu hati sentiase terbuka dn dirahmati Allah n Rasul..

sekian.. hahah

oren said...

ya..
saya rasa BANYAK TAK SEMUA sbb utama knapa owg tak nak cover rambut kerana nak buktikan bahawa free hair tak sejahat yang di sangka.
itu betul
tapi saya terpikir?
sejak bila orang melabelkan orang tak pakai tudung = jahat ?
rasanya mcam tak pnah dalam iklan memana bahawa orang tak pakai tudung itu jahat..

dari sudut pandangan saya..
semua itu adalah fitrah semulajadi manusia yang sukakan perkara2x yang baik...jiwa kita sendiri tahu bahawa mnutup aurat itu sgt baik...shggakan tanpa berpikir pun kita sendiri akan kata orang pakai yg tutup - tutup itu semuanya baik pd pndangan pertama...

kunci untuk ketenangan adalah kita mengikut fitrah sbg seorang manusia..
as easy as ABC..tpi biasalaa..syaitankan bnyak...syuh2x syuh2x

Unknown said...

Leynn: I'm proud of u. Really. Hidayah adalah hak Allah, dan Dia tidak berikan hidayahnya kepada semua orang. Kerana Allah sayang kau, aku sayang kau. Berubah tidak mudah. Tapi asalkan ada usaha.
*tentang sikap prejudis terhadap free hair, sebab tu la kita mesti ada sikap bersangka baik. rujuk my previous post about this matter.

Oren: Setiap orang ada rasa prejudis. Prejudis itu biasa. Awak cakap pasal mengikut fitrah, memang as easy as ABC, tapi mengikut fitrah itu sangat2 luas. Very general. Specify sikit?

oren said...

kenapa handphone rosak..
maybe kerana handphone tu digunakan untuk ketuk paku kat blakg pntu...
kenapa laptop rosak..
maybe sbb bnyak sngt "sampah sarap" kita letak.
dan knapa hati kita tidak tenang..maybe hati ini digunakan bukan mengikut fitrah kejadiannya spt kes handphone n laptop yg rosak tadi KRN tidak digunakan mengikut fitrah kejadiannya..stiap bnda ada fitrahnyakan??
..antara fitrah manusia adalah percaya kpd agama..jdi gnakan hati dgn sbaiknya dari carilah hati di 3 tmpt.........................

jemmiferra said...

nice

afiqahsamsuddin said...

ouh ! mekaseh . penulisan dari hati seorang lelaki lebih ikhlas & i'm impressed with u . (:

61st follower


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...