Sunday, May 22, 2011

Usrah? Aku Cakap Taknak, Taknak la.

Gilo!


Tak suka sangat aku paksa-paksa orang ni. Tolong la, rasional la sikit.
Kepala kau nak ajak banyak-banyak kali. Aku dah cakap taknak kan? Tak faham BM ke ape?
Kau cakap ape? Usrah bukan untuk orang alim, tapi untuk orang yang nak baiki diri?
Heh. Kalau aku taknak baiki diri? Lantak aku la bro. Peduli ape kau. Kubur lain-lain.
Kau tu baik sangat ke brader? Nak ajak orang lain join benda-benda agama ni?
Tengok cermin la dulu kalau nak tarbiyah orang pun. Apa ada hal lu ni mat?


Pastu satu malam tu kau usrah depan aku. Apehal sial sangat kau ni bro? Nak perli pun agak agak ah kan.
Serabut betul aku tengah main game yang kau pegi buat usrah tu apehal? Ketar je kaki aku nak hentak kau.
Tapi aku tengok kau ni tengah buat usrah ke tengah bergosip? Ke tengah mengumpat orang?
Gelak bukan main. Seronok sangat aku dengar. Lepas tu macam menarik la pulak.
Takpe, aku bukak lagu kuat-kuat bagi kau rasa annoyed. Hehe. Padan muka kau.
And then kau baca Quran la pulak. Ish. Rasa bersalah la pulak aku.
Lantak kau lah. Malas aku nak layan.


Aku ingatkan dah habis, rupa-rupanya minggu next tu ada lagi? Jadah apa kau nih?
Pastu kau ajak aku lagi. Kau suruh aku join sekali, even sekejap, rasa macam mana usrah ni.
Aku pun, okey je lah, what the hell. Duduk sepuluh minit lepas tu aku blah la. Kau boleh buat apa kalau aku blah kan? Haha. Sound la kalau berani, aku bagi kau pelempang sebijik.
Aku kenal kawan-kawan usrah kau. Pastu kita macam cakap-cakap macam biasa je.
Serius aku pelik, apa benda usrah macam ni? Macam duduk lepak mamak hisap rokok tengok bola je la.


Oh, bapak silap nyer aku. Serius silap besar dowh. Tak sangka sangat benda usrah ni seronok macam ni.
Before this aku macam ingat usrah ni duduk lama-lama dengar ceramah, lepas tu kena marah kalau buat silap sikit pun.
Pastu aku ingat kena join tabligh la, simpan janggut bagai, tak boleh buat tu, tak boleh buat ni.
Beb! Apasal kau tak bagitau awal-awal pasal benda best camni kat aku? Lupa member betul.
Mula-mula start tu naqib kau tanya aku kan, "Apa khabar? Sihat?"
Aku macam perghhh mak ngan bapak aku pun tak pernah nak tanya macam tu kat aku.
Kekok jugak at first. Tapi serius dowh, aku tak tau la apasal, tapi aku rasa seronok duduk buat usrah dengan korang.


Mula-mula kan, aku cam fikir, ala kalau setakat kau yang bagi ceramah kat aku, mane nak masuk. Kau je pun. Bajet aku nak dengar la.
Tapi time kau bagi tazkirah yang first time aku dengar tu, pergh. Terasa dowh. Tersentak kejap hati aku nih. Sebab tu aku tak boleh nak cakap banyak.
Hah, lagi satu yang nice. Walaupun aku ni baru join usrah, mat rempit pulak tu, hisap rokok lagi, kaki perempuan, tapi korang still tanya aku, "Kau ada apa-apa nak tambah?"
Uish. Jauh sangat sesat aku ni rupanya dowh. Thanks la sangat-sangat selamatkan aku. And sekarang, aku rasa kuat sebab ada korang! Usrah ni buat aku perghh hebat sangat luar dalam. Tengkiu dowh, serius tengkiu. Lepas ni aku nak try ajak member-member aku pulak, kot kot dorang terlupa sekejap, macam aku hehe.
Papehal contact aku ah bro. Kita jumpa balik. Try tengok aku jadi cane skrg nih. hehe.
Orait bro, assalamualaikum!
Satu cerita random yang sebelum ni meniti perbualan di mulut semata mata. Alhamdulillah aku tergerak hati nak tulis pasal benda ni hari ni.

Satu perkara yang paling aku suka pasal benda ni (personal view okeh!) adalah ukhuwah dalam usrah yang kuat. Pergh. Memang serius kuat. Lemah mana pun kau, kau still akan rasa kuat bila dalam usrah. Dia akan jadi macam berkongsi iman, yang kuat akan bertambah kuat, yang lemah pun akan bertambah kuat.

Yang futur akan kembali sedar.

Dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung~


Oh, sebut pasal ukhuwah. Aku sedih bila ada individu Muslim yang tak tahu masalah menimpa komuniti Muslim mereka sendiri. Ignorant? Tak ambil berat? Tak kisah? Tengok post yang ni [Islamophobia di Buffalo]. Budak-budak Buffalo wajib tahu. Muslim Amerika umumnya, Muslim Buffalo khasnya.

Oh, baru balik dari buat kerja volunteer di Masjid Heim. Ada barbeque. Alhamdulillah, hasil hati yang ikhlas Allah bagi rezeki on the spot. Cash!

Ketenangan bila berada di rumah Allah tak tergambar dengan kata-kata.
Pooh yang besar dan comel :)
Salam alaik~

=)

like lah apa lagi

2 comments:

Syed M. said...

Nice one bro!

...better to be unknown... said...

sebak juga baca...
saya teringin nak paham mad'u macam ni..
ada adik2 usrah yg mcm ni tp tak pasti mcm mana nak tackle hati dyorg..
hrp dapat share lg perasaan org mcm inche ni supaya org macam sy dapat selami hati...
p/s: paham ke dak apa yg sy tulih ni???


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...