Tuesday, May 24, 2011

Kahwin Cara Melayu Stereotaip


Perbualan antara dua orang makcik;

"Wah, hensem la anak Kak Limah tu kan? Lama tak nampak dier."

"Uish, tu la. Nak je aku jodohkan dengan anak aku si Aishah tu."

"Keje ape budak tu? Nampak macam pandai je."

"Haa tu la ko tak tau Enon oi, budak tu dulu belajar kat Amerika ko tau."

"Amboi, jauhnye. Mesti gaji besar tu."

"Tu lah aku cakap, kalau Aishah tu kahwin dengan budak tu, cerah la mase depan."

"Aku dengar adik beradik dier semua pandai-pandai, kak Siti bagi makan ape la agaknye budak-budak tu."

Sebulan selepas itu,

"Eh, Nab, aku dengar anak Kak Siti yang baru balik oversea tu datang rumah kau merisik si Aishah. Betul ke?"

"Haa ye lah tu. Lega aku dapat menantu pangkat besar."

"Habis tu Aishah terima ke tak?"

"Alah kau ni, Aishah tu dengar je gaji besar, seronok sangat la dier."

"Ha'ah yek. Untung kau Eton. Dapat menantu orang kaya."

Hari berbincang pasal urusan perkahwinan,

"Haa macam ni lah Sudin. Makcik nak sangat korang kahwin kat hotel. Buat besar-besar sikit. Makcik tumpang gembira je."

"Oh, tak ada masalah makcik, tapi saya tak berapa setuju nak berbelanja banyak untuk urusan kahwin ni. Membazir."

"Eh, membazir apa pulak. Sekali seumur hidup je ni."

"Nantilah saya fikirkan macam mana. Jadi, makcik, pakcik dah berapa mas kahwinnya?"

"Oh, pasal tu. Kami dah bincang. Makcik letak RM15000 je. Sudin okey je kan?"

"Amboi, mahalnya makcik. Mana nak cari duit banyak tu."

"Eh, Sudin kau kan dah ada jawatan tinggi, gaji besar. Takkan la tak mampu."

"Saya baru je habis belajar la makcik. Bukan dah berbelas tahun kerja."

"Eh, takkan la tak ada simpanan langsung, Sudin. Ni sekali seumur hidup je ni."

"Simpanan saya, saya dah beli rumah sendiri, beli kereta. Habis."

"Alah, Sudin. Tak kan la kau taknak Aishah tu."

Kahwin.

Ape lah kahwin sebab duit. Susah nak cari orang Melayu yang tak pandang harta. Yang sederhana, nak hidup senang. Yang dah sedia kaya, nak tambah harta. 

Time aku nak cari calon nanti, jangan harap aku nak cakap aku ni belajar oversea. Jangan harap nak cakap aku kerja apa. Jangan sampai kahwin sebab harta.

Heh. Bajet aku ni kaya la nanti. Ceh. Berangan kuat.

Tapi tu lah. Stereotaip Melayu buat majlis kahwin. Apa salahnya bersederhana.
Balik Malaysia bulan depan nak kahwin lah. jk

Okey babai.

Salam alaik~

=)

4 comments:

Akulah Pak Lan said...

Standard orang kota

Althafunisa said...

hoho, tak kisah lah ko nak kawen bila,...tpi jgn lupa ajak taw...selamat kembali ke tanah air,,,

Rayza Ridzuan said...

This is brilliant stuff. Minta kebenaran utk reblog with references.

Unknown said...

@pak lan: orang kampung pun sama..

@atul: lambat lagi atul. byk tanggungjawab lain la..

@rayza: sila sila


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...