Siapa kata Amerika bagi kami kebebasan untuk beragama?
Siapa kata stereotaip kepada Islam sudah tamat?
Who says? Selena Gomez?
Jaffarya Islamic Center of Buffalo, New York.
Kejadian berlaku pada 7 Mei 2011, di Jaffarya Islamic Center of Buffalo, yang terletak di Transit Road. Sebuah masjid yang baru dibina hasil kerjasama ISNF dan WNYMuslims.org, dijadualkan untuk dibuka secara rasmi pada 14 Mei 2011, dua hari lagi.
Apa yang berlaku? Ada pihak yang tak bertanggungjawab meletakkan papan tanda "BOMB MAKING; NEXT DRIVEWAY". Kenyataan yang bersifat kebencian dan Islamophobic ni memang tak boleh ditoleransi lagi. Action now!
Satu kenyataan dari WNYMuslims.org [WNYMuslims],
I wish that these local community members who display such prejudicial signs would take the time to go inside of the Jaffarya Center and realize that bomb making is not being taught but rather peace, love and charity is being created and shared.Prejudis. Bukan saja dalam agama. Dah jadi makanan manusia zaman sekarang. Tapi betul, kalau lah mereka yang anti-Islam ni masuk sendiri dalam masjid tu dan tengok sendiri macam mana kita buat bom, mungkin mereka akan dapat hidayah.
Mengikut kenyataan akhbar dari WNYMuslims jugak, masalah ni dah start tahun lepas lagi. Jadual asal, masjid ni dijangka untuk dibuka kepada public bulan Oktober lepas, tapi terpaksa ditangguh kerana aduan daripada jiran berdekatan lokasi masjid tu tentang lighting (pencahayaan) masjid.
So pihak masjid dah buat renovation untuk lighting, ikut persetujuan dengan jiran di kawasan tu, dan dijadualkan semula untuk dibuka 14 Mei ni. Jiran yang sama tak puas hati jugak, letak pulak papan tanda anti-Islam tu kat depan rumah beliau. Bengong punya orang.
Satu lagi qoute dari WNYMuslims.org;
The center was initially scheduled to open during the first week of October. However, after facing opposition from a neighbor due to lighting complaints, the opening was delayed and the lighting was adjusted for the neighbor. However, the same neighbor has now placed the "Bomb Making: Next Driveway" sign next to the Islamic Center.
Apa boleh kita buat dengan benda ni? Masalah besar ni beb. Kalau kat Malaysia ni confirm masuk frontpage Utusan. Nak nak pulak kalau jadi kat Pulau Pinang dan Selangor. Kelantan pun.
Untuk member-member di Amerika - Jangan putus asa. Teruskan tunjuk teladan yang baik. Jadi Muslim yang terbaik. Terus bertahan. Allah bersama kita. Hebat. Kita hebat.
Untuk junior-junior yg akan ke Amerika - Tak perlu takut. Makin besar cabaran, makin besar pahala dan kita akan jadi orang yang lebih baik. Kalau tak pandai masak, datang sini confirm pandai masak. Kalau tak pandai mengaji, kat sini confirm pandai mengaji. Kuatkan diri, adik-adik!
Untuk semua umat Islam - Ni bukan tanggungjawab kami (sahaja). Ini tanggungjawab semua umat Islam. Tunjukkan yang kita tak takut, tunjukkan yang kita ada hak, dan tunjukkan yang kita yang terbaik. Buktikan kepada orang-orang yang masih belum nampak dan miliki cahaya hidayah Islam yang agama ni tak mengajar kita cara untuk buat bom atau untuk jadi pengganas, tapi untuk mengajar erti keamanan, keharmonian dan kesejahteraan. Oh, kalaulah mereka faham. Kan?
Dan untuk kawan-kawan jugak, kalau boleh kita datang ramai-ramai waktu majlis perasmian masjid ni nanti. Dan sebarkan insiden ni untuk semua kawan-kawan di USA. Teruskan bersabar dan teruskan berjuang.
Maklumat majlis;
Jaffarya Center Cordially Invites You to
THE GRAND OPENING CEREMONY
Saturday, May 14 2011 at 2PM
Guest Speaker: Prof Liyakat Takim, Ph.D, Dept. of Religious Studies, McMaster University
Topic: Muslims in America to American Muslims; Islam in American Pluralism
Guest Speaker: Moulana Sayyid Sulayman Hassan Abidi, Religious Director, Bait'ul Ilm Academy, Chicago
Topic: The Role of Mosque in Creating an Islamic Community
Salam Alaik~
=)
No comments:
Post a Comment