Thursday, May 19, 2011

Tenang dan Bahagia

Mencari ketenangan.
Kau sebut selalu. Tapi kau tak tahu, tempat sebenar letaknya ketenangan.
Tak, kau tak tahu.
Bila ada masalah kau lari. Ya, kau lari.
Kau tak ingat Dia?
Dia selalu bantu kau. Oh, mungkin waktu tu kau tak sedar.
Ya, mungkin waktu tu kau lalai.
Terlalu lalai.
Dimana usaha kau untuk taqarrub? Usaha untuk perjuangan?
Dan sebab tu kau tak tenang. Ya, sebab tu.
Kenapa senang sangat hanyut ni?
Aku nak cakap kau jangan cari ketenangan di tempat yang salah. Sebab ketenangan tu ada dekat dengan kau. Tapi tersembunyi. Kau perlu cari.
Hati.
Ya, bahagia dan tenang itu ada dalam hati.
Tapi bukan semua orang mampu jumpa.
Cuma hati yang berzikir dan zuhud boleh hasilkan tenang dan bahagia.
Jadi ukhuwah tak mampu wujudkan ketenangan dan bahagia?
Salah.
Ukhuwah fibillah mampu. Bertemu dan berbicara tentang iman mampu. Mengingatkan sesama sendiri mampu. Dengan terjaga ikhtilat mampu.
Tenang itu bila kau mampu tarbiyah dengan berkesan. Bila sahabat2 kau bergelak ketawa adalah juga jemaah solat kau.
Kau akan tahu dan temui ketenangan dan kebahagiaan yang kau cari.
13:28. Dengan zikrullah hati kamu akan terubat.
p.s. Untuk ikhwan dan akhawat di RIT. Untuk para dai'e dan mad'u seluruh dunia. Jaga hati, jaga iman.
Jari menaip dari hati yang ikhlas.
Salam alaik~
Sent from my iPod

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...