Wednesday, May 18, 2011

LYNAS; Kuantan Bandar Radioaktif?

Mula-mula, aku terdengar tentang LYNAS dan projek sejenis bahan radioaktif yang dipanggil "Rare Earth".



Tapi makin lama, perkara ni jadi makin hebat dibicarakan. So aku pun buat sedikit research before menulis tentang isu ni.

Suka aku warning, post ni bukan untuk menuding jari kepada kerajaan atau rakyat, atau syarikat yang terlibat. Sebagai seorang pelajar tajaan JPA aku ada kontrak persekutuan dengan kerajaan Malaysia, dan aku mintak, tolong, jangan pesongkan apa yang aku cuba sampaikan.

1. Apa tu Lynas?

LYNAS adalah sebuah syarikat berpusat di Australia, yang menjalankan projek mengestrak bahan radioaktif rare earth. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan syarikat ni untuk menjalankan projek rare earth di Kuantan, Pahang.

2. Apa tu Rare Earth?

Dari dalam Bumi, of course! Tapi jarang-jarang diekstrak dan diproses secara meluas bagi tujuan pemasaran.  LYNAS adalah salah satu syarikat pioneer yang menjalankan projek ni. LYNAS akan ekstrak bahan ni dari Mount Weld, Australia dan memproses bahan tersebut di Kuantan, Pahang.

Rare Earth datang dari Lanthanides, satu kumpulan elemen kimia yang berwarna biru diatas


3. Apa benda tu buat?

Untuk diaplikasikan ke dalam lampu flourescent, kereta hibrid, sebagai material gantian untuk monitor LCD, cakera keras dan pemain MP3,dan meningkatkan efficiency tenaga untuk menjimatkan penggunaan bahan bakar sebagai sumber tenaga utama.
Aku tak buat-buat, semua ni dari laman web LYNAS. Research beb.

4. Apa bahaya sangat ke benda ni?

LYNAS currently ada sebuah rare earth plant di China, dan berdasarkan artikel saintifik yang aku baca kat  EPAW[.org], kesan dari bahan radioaktif ni agak bahaya. Kita tak ada jaminan yang lengkap, dan daripada laporan dari organisasi ni, menunjukkan yang LYNAS tak ada kredibiliti untuk mengatakan mereka mampu memberikan prioriti terbaik untuk keselamatan pekerja dan penduduk sekitar. Nak tahu apa yang aku maksudkan, tengok quote-quote kat bawah ni.

It doesn't look very green. Rare earth processing in China is a messy, dangerous, polluting business. It uses toxic chemicals, acids, sulfates, ammonia. The workers have little or no protection.

Green campaigners love wind turbines, but the permanent magnets used to manufacture a 3-megawatt turbine contain some two tons of rare earth. The head of China's Rare Earth Research Institute shows me one of those permanent magnets. He's well aware of the issues.
Yup, ayat-ayat di atas adalah dari artikel tersebut. Sila baca untuk maklumat lanjut.

5. So, apa status sekarang?

Pembinaan plant tersebut masih berjalan, dan hasil daripada bantahan orang ramai, rakyat Malaysia umumnya, dan penduduk Kuantan khasnya, dah berjaya tarik perhatian daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpusat di Vienna [The Star]. Pemantauan oleh pakar dari IAEA akan bermula dari 29 May hingga 3 Jun, dan laporan dari pihak tersebut akan diserahkan pada hujung bulan Jun.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata bahawa beliau akan membuka hasil laporan tersebut kepada awam untuk memastikan ketelusan kerajaan dalam menghadapi isu ini.


 Kenapa aku sibuk?

Sebab aku orang Kuantan. So aku tak nak lah kan kalau tempat lahir aku tu jadi satu pusat memproses bahan radioaktif, yang akan efek kepada generasi kita akan datang. Oh, at least bukan sekarang.

Jadi, sekarang kita tunggu review daripada IAEA, dan biar mereka berikan cadangan yang terbaik.

Sumber: The Australian
Buat sahabat dan saudara di Kuantan, tenang. Hadapi isu secara professional.
Jangan terlalu politikkan perkara ni.

Kita pandang dari perspektif seorang rakyat Malaysia, dan bukan dari kaca mata seorang penyokong parti tertentu.

Allah selamatkan Kuantan. Selamatkan Malaysia.

Salam alaik~

4 comments:

siti.syafiqah said...

Allah, Selamatkan Kuantan! huhu.. sy di kuantan ni...

Unknown said...

Ya abah pun orang kuantan tp tk tinggal di Kuantan..mmg tk setuju pembinaan ini
Abah Khalisha Teringin Jadi Famous

Hanie Dew said...

Hhmmmm...kenapala mereka nak buat kat malaysia.kita belum cukup teknologi utk menggunakan sumber tenaga baru.

Nys Zairee said...

diorang nak slamatkan rakyat diorang..
wat kat negara kita..
tgk akan datang rkyat malaysia jadi mutan..
hoho


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...