Wednesday, February 24, 2010

Manifestasi Muzik

Tidur lepas Maghrib tadi. Ya Allah, nightmare. Menakutkan sungguh.
Perut penuh. Tak boleh nak bergerak. Memang dinner merangkap sahur la.
Esok Kuiz Kimia. Baru nak start baca. Wish me luck guys.

Walaupun sibuk yang teramat, aku still nak update blog. Sebab sangat sangat tak sabar nak gi Indie Goodness nanti. Kaki dah menggigil nak moshing. Tak puas waktu konsert Boys Like Girls aritu, crowd tak sporting. Ramai macam yang tak tau apa yang best sangat gig ni. Tapi kalau tengok line up, memang yang terbaek ah. Banyak yang aku layan.

So ingat nak buat review sikit pasal band band yang akan perform nanti. Sape sape nak follow, inform cepat cepat, aku nak beli tiket presale secara pukal. Tapi yang penting bagi duit dulu ah.

So here it goes~

Couple
Haha. Sape yang tak kenal Couple? Memang tak indie ah kalau tak pernah dengar Couple. Tak silap aku ni performance last diorang before fly ke UK. Bad timing sungguh. Kalau tak boleh dah jemput diorang datang jadi juri untuk AGT nanti. Aidil dah bagi green light, just tarikh tak masuk. Kecewa sungguh aku. Tapi tak boleh nak buat ape ah. Oh, aku rasa this time diorang akan main byk lagu Pop Tak Masuk Radio. Kali kelima aku tengok diorang perform live. Tapi still tak bosan. Seronok tengok Shahrin main macam hilang akal. Budak ni kalau main hardcore mesti gempak giler.


Joanna and Co.
Nama besar dalam scene. Joanna and Co. Tak pernah lagi tengok diorang perform live, tapi lagu lagu diorang best gak ah. Tak boleh nak komen banyak banyak, sebab aku tak layan sangat band ni. ahaha

Skudap Skudip
Oh, yang ni made in Shah Alam. Aku rasa kitorang pernah terserempak dengan keyboardist diorang waktu main kat Applejam Studio, Seksyen 7. Aku rasa la, coz dari luar, aku dengar muzik diorang memang lagu Skudap Skudip. Menarik gak. Dah lama aku tak dengar citer kau, Dodd? haha. Brader Dodd ni kalau dah naik stage memang live la gig. Brader ni macam ada connection dengan crowd, I mean macam tak hambar la kalau dier dah pegang mic. Muzik ska! Skankin la kita. Just hopefully diorang tak banyak main lagu baru. Coz dah lama gak aku tak update ngan lagu lagu baru diorang ni.
Bukan sudu, bukan sudip, tapi Skudap Skudip!

Grey Sky Morning
Last aku tengok diorang waktu tayangan filem kat UiTM induk. Tu pun akustik je. Last time nak join performance diorang kat Kuantan, mak aku ajak pegi beli baju raya plak. Haha. Pape pun, family first la kan? Haha. Aku bajet crowd GSM kali ni mesti ramai giler. Ye ah, venue best kan. One's Cafe. Cinta Gila, Pancaroba, Bila Bila Masa Kita Berdansa, pergh. Lagu lagu ni memang best nak bukak moshpit. Silap silap kalah r crowd Restraint. Lead gitaris diorang mantap. Jari super laju. Ahaha. Lagu pun rileks je, kalau nak lompat lompat tu boleh ah.

Sugar Love Cookies
Satu lagi band yang ramai member member aku cakap best, tapi aku cam tak berapa layan sangat. Ntah ah, rasa macam takde chemistry r aku ni dengan muzik diorang. Ape ape pun, tak pernah lagi tengok diorang perform live, tapi hopefully best r. Coz nama familiar dalam scene gak mereka ni. Boleh cakap sebagai ada nama yang agak besar la dalam scene. Just maybe aku je yang tak minat kot.

Romancesa
Acap! Ingat Romancesa, ingat Acap. Band ni lagi satu yang ada chemistry dengan crowd. Kalau Acap dah naik stage memang happening giler ah. Tak tau la sebab diorang ramai supporter or memang orang ramai minat Acap. Tapi muzik dorang sangat best. Last aku tengok diorang perform live waktu Peace to World 09. Mantap mantap. Layan lagu jiwang sikit pun best gak, goyang goyang tangan sikit. Lagu yang memang seronok nak sing along. Tak sabar nak tengok diorang lagi. Tapi hopefully diorang main lagu lagu biasa ah, Oh Lunaku ke, Kembali ke.
Bassist diorang aku sangat respek. Jari macam ulat. Laju giler. Entah bile ah aku dapat main bass macam tu.

Stonebay
No comment. No offense. Tak berapa suka la band ni. Tak kisah ah, janji enjoy nanti.

The Lipstik
Muzik retro zaman abah aku! Dah dua kali gak aku tengok diorang perform live. Dua dua kali gak aku kagum. Band ni kuat kat drummer. Drummer dier hebat nak mati rolling. Lagu diorang ni tak berapa sesuai sangat la nak mosh, tapi kalau nak sing along pun dah best. Muzik mereka buat anda nak menari. Oh, abah aku pun dengar The Lipstik. Best, memang best. Just dalam banyak banyak lagu diorang, aku macam tak berapa suka r dengan lagu About My Girl. Sebab lagu ni kuat sangat sound grunge dier. Memang sangat sangat macam Nirvana. Lagu About A Girl. Cube la try dengar, pastu compare.

Statik
Haziq!!! Aku tulis pasal kau ni! Haha. Ni second time tengok diorang perform. Gitaris kidal kan. Frontman band lagi. Memang dapat full support aku ah. Nak balas dendam tak dapat tengok diorang kat Kuantan aritu. Lagu easy listening lagi. Tak boleh nak hangguk hangguk kepala lebih lebih. Tapi still layan. Confirm aku sing along gak ah. Pape hal pun, perform elok elok Haziq! Aku support kau!

PLAGUE OF HAPPINESS
Oh, my GOD! It's POH! haha. Band southern ska punk, ex skaters yang buat band mantap tahap maksimum. Muzik diorang ni memang masuk kepala ah, fill in the blank. Serius. Muzik yang tak berat, tapi tak crappy sangat. Just fine. Element DIY tu la yang buat muzik diorang lagi pure. Tapi best. Cakap je lagu apa, sume aku boleh sing along. So tak kisah r Nas, ko nak main lagu ape pun, aku layan je. Yang penting skankin!

Dah malas nak tulis. Nak belajar Kimia pulak. Takut esok kantoi.
Oh, esok ada talk pasal Visa. Mesti concentrate. Aku nak fly.

Sekarang belajar betul betul, sampai hilang akal.
Next two weeks, enjoy betul betul, sampai hilang akal.

=)

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...