Friday, February 5, 2010

Obsesi Seni

Petang semalam angah call dari semsas. Nak mintak pinjam gitar aku malam ni, sebab AA nak perform lagu Yuna untuk function. Semalam aku sangat2 reluctant nak bagi gitar aku. Memang aku cakap betul2 yang aku takkan bagi. Tapi lepas fikir2 balik, aku patut bagi support kat my brothers, macam parents aku support aku. So malam semalam aku call abah balik, suruh dia hantar gitar elektrik aku kat angah. Tapi pagi esok, ambik balik. Jangan bagi dia pegang lame2.

Kadang2 terfikir gak, aku memang agak obses dengan seni. Just nak share, and review balik perspektif aku dengan seni. Daripada creative arts, muzik, sampailah ke yang teknikal macam movie producing.

Kaligrafi / Graffiti


Ni la paling awal sekali aku start karier dalam seni. And this is the point where aku start obses dengan seni. Aku start buat graffiti waktu Form 1. Waktu tu, rujukan utama aku adalah Art Crimes. Website yang banyak bagi aku inspiration and idea. Biasa ah, amatur memang akan start dengan plagiarize hasil kerja orang lain. Waktu ni, aku just banyak buat Bubbles dgn Blocks je. Tu pun tak de la mantap macam skrg. Sebab aku tak pandai sangat nak buat lukisan lain. Dalam Form 2 aku start buat Tags. And waktu aku Form 2 gak r aku design tags untuk nama aku yang aku pakai sampai sekarang.
tags nama aku. dah tujuh tahun.
Ada orang cakap tags aku ni macam tulisan jawi. Haha. Tak kisah r, ni identiti aku ni. Copyright reserved. Then seingat aku, waktu Form 2 ni sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan buat kat Kuantan. And sekolah aku kena hantar wakil. So ramai ah yg join (termasuk aku sekali). Since kitorang dapat byk baju ngan topi free, aku pun buat bisnes. 1 graffiti kat topi aku charge RM5. Untung gak, seratus lebih gak r habuan aku. Then graffiti aku pun terus develop sampai la jadi macam sekarang.
Graffiti aku yg di'dedicate'kan untuk Glendalians Fall 08

Yang ni hibrid. Nama aku dengan Syimma. Boleh nampak tak? haha
Karya latest. Belakang notebook psychology. Credit to ama bagi pinjam highlighter.

Muzik

Yeah...ni obsesi paling besar. Kawan2 aku mungkin dah tau, dah faham how much I love music. Sometimes it seems unreasonable though. Muzik dalam hidup aku start waktu aku Darjah 3. Waktu tu result aku drop, dah sgt2 jarang dapat nombor 1. So abah aku offer, kalau aku dapat nombor 1, abah nak bagi komputer baru. Waktu tu komputer mahal lagi, and kitorang pun takde la senang sangat. Tapi once dah keluar result, aku dapat nombor 1, aku tak nak komputer. Aku mintak kat abah kaset OST Silat Lagenda. Time tu yg aku ingat, aku minat dengan lagu Fobia (KRU), Ceritera (Zainal Abidin) dgn Istimewa (Innuendo). And byk lagi lagu lain (Sharifah Aini pun ada gak!). Start dari tu, minat aku dgn muzik makin tebal. 

Darjah 6, kitorang ada lawatan ke KL. Waktu round2 kat Petaling Street, aku jumpa gerai jual CD 3 RM10. So aku ambik 3 album, yg jadi pengaruh muzik utk bbrape tahun lepas tu. 
Linkin Park - Reanimation
Maroon 5 - Songs About Jane
Eminem - Encore
Genre yang agak diverse dan dinamik. Dari Form 1 sampai Form 3, aku memang die hard fans Linkin Park. That's where aku dapat nama syahmike. Sebab obses dengan Mike Shinoda. Haha. Then Form 4, kat Eskay dgn ASiS, aku start layan punk rock. Album original pertama yang aku beli is...

Green Day - American Idiot
Rasa nak tergelak bila ada orang tanya aku, "Syahmi, ko dah berapa tahun main bass?". Haha. Tak tau la dia ni sarkastik or what, tapi aku start main gitar time Form 4. Ada 3 bijik gitar kat bilik aku waktu tu, semua bukan aku punya. Memang tiap kali aku pegang gitar, mesti keluar lagu Green Day je. Boleh la sikit2, baca kord tak pandai, baca skor jauh sekali. Memang fully belajar dengan orang je. Time ni tak kenal Guitar Pro lagi. 
~My Guitars~
Gitar first aku, gitar kapok yang pakcik aku bagi waktu aku Form 5. Gitar 2nd aku plak waktu Fall 2008, semester pertama kat INTEC. Aku beli pakai duit biasiswa, Aria AF-20 Acoustic BLK. Ingat nanti nak buat custom, tukar jadi lefthanded. Gitar 3rd aku, gitar Dzul yang lama. Before dia fly, aku suruh dia jual kat aku. Santa Cruz. Murah je, tak kisah la. Asalkan elektrik. Amplifier plak aku beli drpd Mas Asyraf, 2nd hand gak, Yamaha 15W. Ok gak r bunyi dier. Tapi teringin gak nak pakai Roland Microcube. 
Yang kanan tu gitar 2nd, yang kiri tu plak gitar 1st aku.
Start main dengan Undecided, aku start main bass. Mula2 macam bosan giler main bass, coz tak mencabar macam gitar. Tapi once dah main lagu2 yg tricky macam Sweet Child O'Mine, Setelah, Time Is Running Out ngan Plug In Baby, rasa seronok r plak main bass. So sekarang aku rasa minat aku lebih kepada bass dgn akustik je. 
~Mengkompos Lagu~
Haha. To be precise, aku ni agak sentimental ah. So bila aku tension, aku ambik gitar aku, notebook aku, then aku buat lagu sendiri. Sume lagu2 ni cam agak emosional gak ah. Ada beberapa lagu yang aku pernah buat, tapi jarang main. Lagu2 tu adalah;
The Old Lullaby
Once and Gone
True Hoax
No Longer Yours
Demonstrasi Demokrasi
Aku Hidup
Diam

Some of the songs aku dah lupa kord, tapi notebook aku still ada lirik2 dier. Jarang je main, coz tak best pun. Haha...

Penulisan

Satu lagi minat aku yang susah nak explain. Writing. Aku sgt suka menulis, tapi jarang ada orang nak baca. Ni sume jasa baik Pn Wan Rosenina, English Teacher aku yang nampak minat dan ability aku, paksa aku hantar satu esei English kat dia setiap minggu. So memang nampak r improvement aku. Selalu gak aku menulis untuk Helium, tapi dah lama stop, sebab sibuk sangat. Blog ni pun dah tukar bahasa utama; bahasa rojak. haha. 

Videografi

Aku pun tak tau dari mana aku dapat idea nak buat video2 ni sume. Just sometimes, idea keluar tiba2. Sebenarnya tak susah pun. Just perlukan 2 benda, KERAJINAN dengan KREATIVITI. Produk aku yang paling best adalah music video untuk Eugene

Dah penat menulis. Sangat obvious kot, aku memang obses dengan seni. Hopefully obsesi kreatif ni boleh bagi kebaikan untuk aku.

salam alaik~
=)

2 comments:

FaRHaN SyAHiR said...

agk lme da r xbace ko tulis dalam BI...
hope to see that again...BI ko mantap weyh...haha

Syahmi Yem said...

haha..thanks for the compliment.
nanti kalau ada masa aku tulis dalam english lagi. tapi on particular topic je la...

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...