"Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah dengan sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"
Al-Jumuah, ayat 10
Topik kali ni; SEDEKAH.
Last week, aku dan abah solat Jumaat di sekolah angah ngan AA. On the way, abah berhentikan kereta kat tepi jalan. At first, I wonder kenapa. Oh, then beberapa orang warga Indonesia yg tengah jalan kaki datang masuk kereta.
Baru la aku faham. Abah memang macam ni, sgt sgt suka tolong orang. Then abah hantarkan orang Indonesia tu kat masjid Jaya Gading. Just on the way, bukan susah pun.
Kereta buruk je yang akan drop by untuk tumpangkan mereka. Sebab tu la aku sayang sangat CAN4600 ni. Buat kami rasa zuhud. Cuma orang susah je yang akan rasa perasaan orang susah.
ISTIQAMAH MEMBERI
Istiqamah penting dalam memberi. Kerana sebenarnya keikhlasan datang perlahan lahan, seiring dengan sifat istiqamah. Bayangkan dengan istiqamah, seringgit sehari pada setiap Jumaat, kira untuk setahun. Tak sukar. Kalau ada lebih, beri lebih. Kalau kekurangan, beri kurang sedikit. Asalkan ada. Oh, teringat satu kisah, teladan yang boleh kita ambil dari sifat pemurah, dan istiqamah Rasulullah S.A.W dalam bersedekah.
Cerita dia lebih kurang macam ni. Kalau tersilap tolong betulkan, sebab aku pun dah ingat2 lupa.
Di Madinah, terdapat seorang peminta sedekah Yahudi yang buta, yang sentiasa memburuk burukkan Rasulullah S.A.W. Kepada setiap orang yang mendekatinya, dia katakan, "Berhati hatilah kamu dengan Muhammad, dia itu gila. Dia juga tukang sihir, kalau kamu mendekatinya, kamu akan dipengaruhi."
Walaupun dengan sifatnya yang sedemikian, Rasulullah S.A.W tetap datang kepada pengemis itu setiap pagi, membawakan sedikit makanan dan menyuapkan makanan tersebut kepada pengemis itu. Pengemis itu langsung tidak mengetahui bahawa orang yang menyuapkan makanan kepadanya itu adalah Rasulullah S.A.W.
Baginda melakukan perkara ini dengan penuh istiqamah, sehingga beliau wafat.
Apabila baginda wafat, sudah tiada lagi orang yang membawa pengemis itu. Lalu Abu Bakar R.A. bertanya kepada anaknya, yang juga isteri Rasulullah S.A.W, Aishah R.A., "Anakku, adakah apa apa kebiasaan baginda yang masih belum aku kerjakan?" Lalu Aishah R.A. memberitahu bapanya tentang pengemis buta itu.
Maka esoknya Abu Bakar R.A. pergilah menyuapkan makanan kepada pengemis buta itu. Apabila menyedari orang yang menyuapi makanan kepadanya bukanlah orang yang biasa, pengemis itu mengherdik Abu Bakar R.A.
"Siapakah engkau? Engkau bukan orang yang biasa menyuapkan makanan kepadaku."
"Aku orang yang biasa mengunjungi kau."
"Bukan! Kau bukan orang yang biasa. Orang yang biasa menyuapkan aku, menghaluskan dulu makanan tersebut sebelum disuapkan kepadaku."
Lalu Abu Bakar R.A. pun menangis, lalu berkata, "Memang aku bukan orang yang biasa, dan akulah sahabatnya. Orang yang mulia itu telah wafat. Dialah Muhammad, Rasulullah S.A.W.
Dan pengemis buta itu turut menangis, "Selama ini aku memfitnahnya, tidak sekalipun dia marah kepadaku. Malah dia berikan aku makanan setiap pagi."
Kesudahannya, pengemis buta itu memeluk Islam.
Tengok. Sifat Rasulullah S.A.W yang amat mulia. Siapalah kita nak dibandingkan dengan sifat baginda. Rindu sungguh dengan kekasih Allah. Mampukah kita beristiqamah macam baginda?
MEMBENTUK KEIKHLASAN HATI
Macam aku cakap kat atas tadi, keikhlasan datang dengan istiqamah. Aku cuba ambik contoh yang paling mudah. Keikhlasan kita dalam melakukan ibadah. Adakah setiap ibadah yang kita lakukan itu ikhlas? Ikut apa yang aku tahu, apa yang aku belajar, ikhlas dalam ibadah akan datang apabila kita khusyuk. Bagaimana pula nak mendapatkan khusyuk? Itu satu soal yang lain.
Bercakap tentang keikhlasan ibadah, aku nak berkongsi satu video.
Kisah di sebalik video ni, adalah seorang wanita dalam lingkungan 30-an, di Lombok, Indonesia. Wanita ini dikatakan cuma mengambil masa 3 hari untuk berubah menjadi seekor ular. Dan terus meninggal dunia selepas 3 hari itu. Kesilapan beliau, tiada keikhlasan dalam mengerjakan rukun Islam ke-5. Sewaktu hendak mengucup batu Hajarul Aswad, beliau berkata, "Oh, macam lubang ular je batu ni. Membazir je aku jual tanah, jual sawah, susah susah nak datang sini." Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan dari sifat sifat mazmumah.
Aku paling tak suka bila ada orang puji lebih lebih kebaikan yang kita buat. Kalau sedikit, mungkin boleh dimaafkan. Tapi cuba fikirkan, apabila kita mampu menghilangkan ikhlas orang tersebut, dan menimbulkan pula perasaan riak. Dosa akan ditanggung oleh kita gak. Jadi berhati hatilah dengan percakapan anda.
"Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan mrngungkit-gungkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka... "
Surah Al-Baqarah, ayat 262.
*boleh rujuk jugak ayat 261, 263, dan 264
Satu lagi cerita yang aku nak kongsi, tentang keikhlasan hati ni. Aku dengar kat TV tadi, rasional nya ada. Brilliant.
Cerita ni pasal seorang lelaki dan berus gigi. Ada la sorang lelaki ni, datang nak interview kat sebuah pejabat. Sedang menunggu giliran, lelaki ini telah pergi ke tandas untuk menggosok gigi, supaya lebih kemas untuk interview tu. Sewaktu di dalam tandas, lelaki ini terpandang sebuah sinki yang amat kotor. Lalu lelaki ini pun menggunakan berus giginya untuk menggosok sinki tersebut sehingga bersih. Sedang sibuk menggosok sinki tersebut, bos yang akan meng'interview' lelaki tersebut masuk ke dalam tandas. Melihat lelaki itu menggosok sinki dengan menggunakan berus giginya, bos tu pun bertanya, "Adakah kau melakukan ini kerana aku?"
Lalu lelaki itu pun menjawab, "Tidak, aku melakukan ini ikhlas kerana Allah S.W.T."
Semoga kita dikurniakan keikhlasan, kekuatan untuk istiqamah dan khusyuk dalam ibadah.
Semoga ditetapkan iman, dikekalkan takwa.
InsyaAllah.
Salam alaik~
No comments:
Post a Comment