Sunday, February 7, 2010

Kisah Si Semut

Terasa sangat malu bila sebut, 'Allahumma Ajirna Minannar'.
Kerana terasa masih belum layak untuk masuk syurga.

Terasa sangat malu bila sebut, 'Astaghfirullah'.
Kerana setiap kali berdosa, istighfar kembali. Dan kemudian berdosa lagi.

Terasa sangat malu bila sebut, 'Samiq'na Waato'na'.
Kerana selalu tak menghiraukan apa yang aku dengar, dan ketaatan yang goyah.

Terasa sangat malu bila sebut, 'Rabbana la tu'a hizna minnasina au'ah toqna'.
Kerana aku sentiasa lupa, sentiasa bersalah. LAYAKKAH aku menolak hukuman Allah?

Terasa sangat malu bila sebut, 'Wamin syarriha sidin iza hasad'.
Kerana aku kadangkala menjadi seorang pendengki.


Cuma satu mukadimah. Cerita sebenar bermula sekarang.
Tadi aku makan KFC dengan housemate2 tercinta. Bawak balik burger nak buat sahur.
Letak burger atas meja. Lepas tu pergi mandi, solat etc. Then tengok balik atas meja.
Ya Allah, banyaknya semut nak makan burger aku. Aku duduk, tiup2 burger. Rezeki kau, semut. Hanya mampu tersenyum. Haha.



Tengok semut banyak2 tu buat aku berfikir sekejap. Alangkah harmoninya hidup semut-semut ni. Tak macam manusia. Hidup semut atas berkongsi. Seekor terjatuh, berpuluh-puluh yang akan terjun. Seekor terjumpa makanan, satu koloni akan dapat merasa. Susah payah mereka bersama. Dalam kesenangan sekalipun, mereka tetap berkongsi.

"Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh." 

Terfikir pula tentang sahabat-sahabat aku yang sekarang dalam kedukaan. Tentang sahabat-sahabat yang hilang semangat. Tentang sahabat-sahabat yang hidup gembira. Seorang sahabat yang baru kehilangan kekasih, dan gagal dalam TOEFL. Sukarnya hidup. Aku akan tolong dengan sedaya upaya aku. Nak panjat bilik aku tiap2 malam pun takpe.
Seorang lagi sahabat dapat surprise party malam ni. Seronok sungguh beliau. Ditambah lagi dengan hadiah2 bantal berterbangan. Dengan Domino Pizza lagi. Indah kan dunia bila kita ada kawan yang mengambil berat?
Seorang lagi sahabat aku, buat aku senyum sorang2 bila baca screensaver beliau, "______ IS NOW SINGLE". Ingat lagi last year, waktu beliau putus cinta, kejut aku tengah tidur, 'Syahmi, jom la teman aku minum. Awek aku buat hal la." Sekarang, perkara tu dah jadi sesuatu untuk kami ingat balik dan gelak sama-sama. Oh, pernah jugak sekali sebelum tu, "Syahmi, temankan aku malam ni. Aku tak boleh tidur. Aku takkan tidur selagi dia tak reply message aku."
Kroniknya aku, tak sekronik beliau. Haha. Kadang2 kelakar pun ada. Tapi sekarang kami semua dah sedar. Takkan pernah jadi mangsa cinta lagi. Cinta hanya untuk Kekasih Allah. Yang mampu bagi syafaat waktu dalam kubur nanti.
Maaf kepada sahabat, aku terlalu banyak bercerita tentang diri aku. Sampai aku lupa sahabat2 aku juga ada sesuatu untuk diceritakan. Maaf juga kepada sahabat, yang pernah berkata, 'Dah la, aku takde mood la nak dengar kisah-kisah cinta kau ni.' Aku faham, aku memang susah nak lupakan dia. Dan selalu jugak disebut sebut. Itu silap aku, dan aku janji akan cuba baiki diri. Maaf, dan bantulah aku, sahabat.

Satu lagi yang aku berminat nak sentuh, mencari suasana ibadah. Bila selalu ke rumah Allah, kita akan rasa tak selesa kalau solat seorang di bilik. Apa yang aku rasa la. Tapi berbezanya suasana ibadah di bilik dan di surau sangat jelas.
Ketenangan dan khusyuk yang mampu kita dapat dalam surau dan dalam bilik jauh berbeza. Bukan sebab air-cond, yang pasti. Tapi keselesaan untuk beribadah. Keselesaan untuk berada dalam satu komuniti yang sama niat dengan kita. Makin meriah surau, makin gembira hati.
Dulu, aku memang liat nak ke surau. Surau Cendana jarang sekali. Amat-amat jarang. Alasan jauh, susah nak diterima akal. Cuma waktu terawih je aku turun tiap-tiap malam. Tapi sekarang, waktu hati aku cuba diletakkan pada baitullah, akan aku usahakan untuk turun. Memang tak sempurna kehadiran, tapi sekurang-kurangnya usaha tu ada. Kadang-kadang terasa hipokrit, tapi aku tak nak ambil kira sifat manusia-manusia prejudis dan skeptikal. Asalkan perbuatan aku ikhlas, dan tak menyusahkan orang. Semoga amal kita diterima Allah.

Hidup biarlah dihiasi amal. Bersyukur di atas nikmat; dan juga musibah.

Salam Alaik~
=)

p/s: haih...nak sahur apa ni... =(

4 comments:

-cHikA LaLA- said...

well, mmg betul if we found sahabat y sejati.. kalo x, xdenye mereka nk tolong kite, nk dgr masalh kite.. dear syahmi, kalo ko nk citer sal kesah2 cinte byk kali pon xpe la.. ak sanggup je dgr.. its not wrong to tell it over n over again.. its better to tell than to keep it inside you

Syahmi Yem said...

thanks leyn..tepat sekali.

x boleh citer dah. mesti move on.
btw, i won't get any better though.

=)

nani said...

syahmi..i can see u changed a lot..
thniah bro..suke tgk ayt2 ko..
pengisian yg mntp..
alhamdulillah..btol3x cinta mnusia hye smntre cinta Allah yg hakiki..

Syahmi Yem said...

me? changed?
haha. takde la. nothing's changed.

pasal cinta, lain orang lain pendapat.
cinta manusia boleh, asalkan atas redha Allah. jangan putus asa.

do it my way. back to basic.
;)

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...