Tuesday, February 16, 2010

Budak-budak ni bukan tahu seni...

Rasa terpanggil untuk menulis tentang muzik, kali dengan lebih open.
Rasa tertekan currently, rasa jauh. Rasa bosan dengan muzik. Dan rasa nak pegi gig lagi.

Firstly, terima kasih yang giler giler untuk ROTTW yg letak gambar aku kat review RTW aritu. Terasa mencapub r plak.
Pernah beberapa purnama yang lepas, aku join pakcik aku dengan member member veteran dier jamming kat dewan Gerakan Pemuda dan Wanita (GPW, kalau aku tak silap la). Aku bawak gitar aku, sebab pakcik aku suruh. Sampai-sampai je, aku diberi main rhythm. Memang aku fully ikut bass je, main power chord. Ntah ape ape lagu ar yang diorang main. Lagu Wann la, Bujang Senang la, 60'an la. Semua aku tak tau. Last last aku try bawak lagu 'Bersama Semula', The A.C.A.B. Goreng okeh je, tapi pakcik pakcik tu main entah apa apa.

Tu la last aku datang main dengan diorang. Lepas tu aku dah taknak dah. Buat malu diri sendiri je. Kesimpulan yang aku dapat daripada sesi jamming dengan diorang ni adalah;

  1. Bass lagu rock kapak sangat slow numbered, dan byk pakai finger drpd pick. 
  2. Lead lagu rock kapak susah giler. Tapi once dapat main memang cool ah.
  3. Gitar 2nd lagu rock kapak byk plucking. Key selalu betukar tukar.
  4. Aku tak pandai main lagu diorang. And diorang tak pandai main lagu aku. Kalau diorang gelak sebab aku tak pandai main lagu 'Opera Hidup', aku nak gelak sebab diorang tak pandai main lagu 'Sweet Child O'Mine'.
  5. Diorang tak banyak belajar pakai tabs. So diorang sangat familiar dengan sound. Tune boleh pakai telinga je.
  6. Mereka mungkin dengar underground. Tapi mereka juga penyokong kuat mainstream
Then time nak packing up, tolong tolong gulung wayar nak balik rumah, aku borak borak la dengan brader lead gitaris ni. Dagu dier panjang giler. Tapi hebat r main gitar, Ibanez RG dier pun siap hantar airbrush lagi. Memang jari super pantas r beb. Faizal nama beliau.
"Aku tak suka betul r dengan benda indie indie ni. Budak budak  ni bukan tahu seni." Bro Faizal membuka bicara. Haih, brader ni nak kena psycho dgn aku ni.
So aku tanya balik, "Bang, ape yang abang tau pasal indie?"
Dengan selamba dier jawab, "Macam Bunkface, Hujan, Meet Uncle Hussein tu la... Muzik entah ape ape."
Then aku senyum je. Aku try tanya dier balik, "Abang dengar muzik underground tak?"
Aku nampak dier dah makin excited bila aku cakap pasal underground. "Owh, memang la. Zaman abang dulu semua underground abang layan."
Aku gelak dalam hati je. Sangat sangat geli hati dengar jawapan dier.
"So abang mesti dah familiar dengan otai otai underground macam The Federated, The Pilgrims, Saturnine, Blind Tribe. Zaman zaman abang r tu kan?"
Brader tu angguk, pandang aku, tak tau la kagum ke terkejut. Tapi aku rasa dier x expect aku tau pasal band band underground 90'an ni. Then aku sambung lagi,
"Sekarang ni dah keluar satu istilah baru untuk muzik underground. Underground, dalam bahasa lembutnya, adalah indie."
Brader tu pandang aku lagi. Ok. Interested.
"Indie bukan genre bang. Indie ni label. Kalau ada label mainstream, mesti ada label independent. Atau dalam bahasa abang, underground. Dalam label indie kita ada banyak lagi genre selain daripada genre macam Hujan, MUH dengan Bunkface tu. Kita ada hardcore, metalcore, ska punk, reggae, brit rock, power pop. Macam macam lagi."
Aku tengok brader tu macam dah panas. Aku ready je nak angkat kaki. haha. Sambung lagi.
"Zaman underground abang dah lepas. Sekarang zaman underground kami. Sebelum abang boleh nilai kualiti muzik indie, abang kena dengar beratus ratus band lagi. Bukan dengan 2, 3 buah lagu indie yang masuk radio, abang nak compare dengan Wings, Search, BPR abang. Underground dah berkembang sekarang ni."
Aku cabut strap, letak gitar dalam beg, terus ambik kunci motor. Brader tu still tercengang tengok aku.
"Ok r, pak epu (my uncle), terima kasih la. nanti nanti jamming lagi. balik dulu." Aku cakap sambil angkat tangan.

Puas hati aku. Ikut la kalau nak terasa hati. Haha. Risau gak kena hentak kat luar plak aku nanti.
Berani la ko, bro Faizal. Aku berdiri atas paksi muzik bebas.
Aku dengan cara aku sendiri.

Next big event, kena simpan duit dari skrg. Kumpul budak budak.
Indie Goodness Volume 2. Barisan band2 mantap. Memang mesti pergi.
Tiket presale. Jom ah beli ramai ramai. Test power One's Cafe baru. Mesti best. Kasi pecah.

Next post aku buat preview pasal band2 gig ni. Kat bawah ada flyer, boleh buat rujukan.

7 comments:

OrangeAvenger said...

hahahahah.........
lawak nie

haziq atau bagak said...

no komen bout brader 2,hahaah..tp jgn lupe utk dtg indiegoodness orait,kasi support sama statik!!!hahaha...

Unknown said...

noone: agak r.. lawak giler dowh.

haziq: orait~ main setlist mantap2 bro.. tak sabar betul aku. haha

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Murugesh Rao said...

Hey syahmi. finally got to read your blog.. banyaknya benda you tulis.. akan saya baca perlahan-lahan.. See you around in INTEC!! =)

atreyu strange said...

Oh, baru ingat nak naikkan iklan gig ni kat HMI. Heh.

Unknown said...

muru: thanks dude~ means a lot.

atreyu: boleh je, HMI byk follower. baru publicize sikit...


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...