Monday, March 1, 2010

Warkah Untuk Sayang

Sayang.

Sye tau awak marah. Sebab sye tinggal awk sorang2 aritu. And sye dah tak contact awk lepas tu. Bkn sngaja sye tak balas mesej2 awak, tapi sye tak boleh.
Bukan sye tak sayang awak lagi, tapi sye rse hubungan kite ni tak kemana. Mula2 memang parents sye tak setuju, alasan diorang mesti awak ingat lagi kan? Diorang cakap, "Abang kne ingat, abang belajar lagi. Takut nanti tak boleh nak fokus study. Tapi kalau abang dah minat, mak tak boleh halang..."
Sye tau, awal2 dulu sye sgt2 gilakan awak. Memang sye yg cakap terus terang, yg sye suka awk. Sye syg awk. Kawan2 sye pun semua dah tau. Tapi sye rse tak boleh nak terus macam ni.
Awak tye sye kenapa? Sebab kita ni hipokrit. Oh, tak tak. Sye sorang je hipokrit. Awak tak. Awak just mangsa keadaan. Awak tak salah.

Kenapa tiba2? Maaf. Sye ingat lagi jasa awak, waktu sye break up dulu, awak la yg byk tolong sye. Awak buat sye senyum. Awak nyanyi untuk sye. Sye terharu sgt, sye hampir menangis. Tapi sye tak nangis, sye xnak awak tengok sye sedih. Sebab awak cakap, kalau sye nangis, awak nak nangis dengan sye. Awak memang baik. Sye tak nafikan.

Bukan, bukan sebab awak tak boleh lupakan ex awak. Sye boleh terima kalau awak tak boleh lupakan dia. Sye pun pernah kena tinggal. Sye pun pernah rasa. Sye faham kalau awak nak marah sye. Sye tak salahkan awak. Awak ingat tak dulu, susah payah sye tune sampai drop C, sebab nak mainkan lagu "Your Guardian Angel"? Waktu tu sye betul2, sanggup buat ape2 je untuk awak.

Sye susah nak lupakan awak. Tapi sye terpaksa. Tak lama lagi sye nak fly. Ok, sye memang suka ambik advantage atas awak. Oh, sye memang opportunist. Waktu nak fly je, sye tinggalkan awak sorang2. Dan sye jadikan alasan nak fly tu untuk tinggalkan awak.

Karma. Awak ingat la karma. Sye tau, selama ni awak asyik kne tipu je. Tapi sye pasti, satu hari nanti benda tu akan kena pada sye semula. What goes around comes around. Sye suka rupa awak. Kulit awak putih melepak, suara awak sedap. Dan yang paling saya suka, awak selalu ada untuk saya. Awak tak kisah walaupun saya keluar dengan perempuan lain. Awak tak kisah. Saya rasa amat bersalah.

Sye ingat lagi semua memori kita bersama. Seronok. Sye tengok balik video2 kita, gambar2 kita. Sye rse sedih. Tapi sye mengaku, sye mmg dah hilang minat dengan awak. Ok, sye mengaku. Memang ada yang lain. Tapi pada yang lain ni sye nampak masa depan kami, bukan macam sye dengan awak. Sye faham, awak mesti persoalkan, knpe awak, dan bukan yang lain lain? Jawapan dier, cuba awak fikirkan, saya kidal, awak tak. Sye just xnak rosakkan awak.

Sye harap awak tak putus harapan. Kuatkan lah diri. Masih ada yang sayang. Awak akan jumpa dengan orang yang menyayangi awak lebih daripada saya. Sye pasti, awak takkan macam ni selamanya. Awak jgn risau tau.

Sayang awak selalu.

Salam sayang,
syahmi yem


*post ini ditujukan kepada gitar kesayangan aku. Aku nak jual gitar ni. Elektrik, Santa Cruz. Pick up humbucker. Tali baru tukar beberapa bulan. Sound masih ok. Harga boleh nego. Skali dengan amplifier Yamaha 15 Watt. Contact aku. Serius tak rugi*



6 comments:

sarisuper said...

sengal nye syahmi..aku sepak laju2 gak kang...baru nak simpati..wahahhaha

w@k said...

apa kaitan gmbr di ats dgn post nie?
sdih sgt k nk jual smpi hati ditusuk mawar berduri?

a d a m™ said...

pos sampai US boleh?

ct.mashitah said...

syahmi, aku yg unlike post ni, mengaku2. haha
KENAPA KENA JUALLLLLL?????!!!!!!!!!!!!! :((
sentimental value laaaa..... xya la juallll...... buat smpn dlm ruma jadi koleksi je pn xpe. :(

Syahmi Yem said...

sari: boleh je nak simpati..haha.. padan muke ko. *gelak golek golek*

wak: hati gitar aku r ditusuk duri. bukan aku..haha

adam: pergh, giler ko. ambik r, RM1000. Convert sendiri. Ko deposit dalam akaun aku, courier aku bayar.

mashi: tu la..syg gak nak jual. tapi aku nak beli bass, senang nak practice. Lagipun aku xde la power sgt pun main gitar ni. Kalau gitar kidal baru la power. haha

btw, terima kasih unlike! ;P

atreyu strange said...

dah agak dah.. mesti gitar punya cerita. adehh..

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...