Sunday, February 14, 2010

Minda Ko5ong. Idea tiada.

Perkara Pertama:
WAHAI ORANG ORANG KAMPUNG!!!


DENGAR SINI SEMUA!!!

PENGUMUMAN PENTING!

Effective 9 February 2010, URL blog ni telah bertukar menjadi www.syahmiyem.com
Sehingga transition period, semua link URL lama blog ni akan di'redirect'kan ke URL baru. Tapi sila ambil perhatian, sebaik sahaja tamat transition period, URL lama, theblackbook90.blogspot.com mungkin tidak akan ditemui. 

Perkara Kedua:
Malam semalam, berbual dengan keluarga dan saudara-saudara sampai pukul 3 pagi. Memang seronok. Macam-macam isu keluar. Dan macam-macam ilmu aku dapat. Alhamdulillah. Oh, terima kasih, gadis yang teman aku sampai subuh semalam.

Perkara Ketiga: 
Currently main lagu 'Best I Ever Had - Vertical Horizon' 18 kali sehari. Tak lama lagi masuk la cover aku. Haha. Tapi best, sesuai sangat dengan jiwa aku currently. Tak sedih, dan tak jugak gembira. 

Perkara Keempat: 
Jumpa gitaris kidal lagi. Tapi yang ni lain, sebab beliau perempuan. Ingat nak hantar akustik aku tu sebijik pegi buat custom r. Bagi betulkan alignment, adjust nut sikit. Bagi fully lefthanded. Baru best nak pakai capo, sound lagi clear. 

Perkara Kelima: 
Tiga hari berada di rumah, macam-macam aku belajar. Pengisian yang mantap, at least. Bila aku cerita insiden awek dalam bas aritu, memang kena gelak kaw-kaw r aku ngan family aku. Tak kisah, sebab diorang tau aku macam mne. Ntah la, tadi tolong-tolong orang kenduri pun, kekok je rasa. Dah lama tak bercampur dengan orang.

Perkara Keenam: 
Petang tadi aku, adik aku dengan makcik aku berpakat nak kenakan atuk aku yg paralyzed from stroke tu. Kitorang angkat beliau ramai-ramai bawak turun kat tanah, pastu tolak pegi rumah jiran. Saje je nak bagi beliau udara segar sikit. Haha. Seronok, memang seronok!



No comments:


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...