Monday, August 8, 2011

Dosa? Tak Kisah.

عَنْ أبِي سَعِيدِ الخُدْرِيِ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم  يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ ايْمَانِ .             
( رواه مسلم )
Maksudnya :  Dari Abu Said Al-Khudri r.a., katanya ; Aku dengar Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (kuasa), Jika dia tidak mampu maka hendaklah dicegah dengan lidahnya, Tetapi jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)

Kau, dia. Berdua.

Tatkala aku melihat dan tersenyum.
Melayang-layang dibuai kehangatan zaman remaja.
Aku terus memerhati. Diam.

Bergelak ketawa. Tak, kamu belum remaja. Kamu hanya pra-remaja.
Budak belasan tahun yang baru mengenal dunia.
Wah, berani sungguh tangan jejaka membelai belai.

Pujuk rayu si teruna. Keluhan manja si dara.
Terus kuperhati. Dan masih, tersenyum.
Dipeluk erat anak dara itu. Dirapatkan pinggang ke pinggang.

Lalu aku terus bangun, merapati mereka.
"Adik, jangan la buat macam ni kat sini. Ini tempat awam."
Mereka berdua memandang aku, atas ke bawah.
Ya, aku berkopiah dan berbaju Melayu. Aku cuma nak mereka menghormati Ramadhan.

"Apa hal kau ni sibuk sangat bro? Tak kacau kau pun kan?"
Berderau darah aku mendengar jawapan tersebut.
Tersenyum. Masih lagi tersenyum. 
Generasi zaman ini, generasi Pampers. Tidak berbedung.
Dan tenang, aku jawab,

"Aku bukan apa, korang ni hormat la sikit bulan puasa ni. Kurangkan la buat maksiat."
Aku terdiam. Hilang bicara. Ah, bahana ilmu yang tak seberapa.
"Orang tengok ni dik. Tak malu ke? Ni depan masjid ni tau? Nampak tak masjid kat situ? Korang tau tak tu masjid?"
Teruna dan dara itu masih lagi merenung ke arahku. Tiada tanda teguran aku berkesan.

"Ish, jom la kita pergi tempat lain. Serabut la mamat sorang ni. Macam la baik sangat."
Dan dengan kata-kata itu, mereka berdua pun berjalan pergi. Sambil membawa juadah berbuka mereka.



"Abang, bukak la air tu. Dan nak Maghrib ni."
Tersentak. Oh. Bukan realiti. Pasangan itu masih lagi disitu. Duduk beralas rumput beratapkan langit sambil menunggu masuknya waktu berbuka. Walaupun gaya mereka bersosial tidak seperti orang Islam.

Dan kedengaran bacaan ayat suci Al-Quran dari Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I.



Aku terfikir. Dimana kekuatan aku untuk membantu mereka. Supaya lepas ni, bukan dalam mimpi semata-mata.

Bagaimana untuk aku membuat mereka terfikir. Orang-orang yang memerhati, tapi tiada kekuatan menegur.
Bukan dalam konteks ni je. Tapi dalam apa pun yang kita buat.

Mengapa susah nak menyebarkan kebaikan?

Mengapa aku lemah?

Mengapa tulisan aku tak berkesan?

Mengapa nasihat aku tak didengar?

Adakah salah aku? Aku mungkin salah generasi aku? Atau mungkin salah ibu bapa mereka?
Ya. Mungkin patut aku lepas tangan. Seperti mereka semua. Seperti ANDA semua.
Mengapa ambil peduli? Mengapa perlu kisah?

Jika mencegah kemungkaran itu boleh dilakukan dengan hati, mengapa perlu bersusah payah?
Tak perlu.

Biarlah dengan selemah-lemah iman sekalipun. Siapa kisah?

Itu bukan kerja aku. Itu kerja ustaz. Kerja ibu bapa mereka. Guru-guru mereka. Bukan kerja orang awam, pemerhati seperti aku.

Jadi semoga semua orang faham apa yang aku nak sampaikan. Semoga kita diberi kekuatan dalam bulan berkat ni.

Semoga kita tak masuk syurga sorang-sorang. Kita bawak sekali mak ayah, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan, semua masuk sama-sama. 

Jangan sampai mereka salahkan kita di akhirat nanti. Nak? Aku taknak.

Lu pikirla sendiri.

Salam alaik~

=)

Sunday, July 31, 2011

Niat puasa korang baca tu betul ke?



Allahumma Ballighna Ramadhan.

Tibalah satu lagi Ramadhan untuk kita. Satu bulan penuh rahmat, penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah.

Anggaplah bulan ini sebagai satu titik perubahan untuk kita, dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik. Menyedihkan bila fenomena di Malaysia, dan juga satu isu dalam dunia tarbiyah setiap kali menjelang Ramadhan, adalah kefahaman dan kecintaan terhadap bulan puasa itu sendiri. Jadi bukanlah sesuatu yang perlu bagi aku untuk memberi pendapat tentang isu ni, sebab kat internet dah bersepah-sepah.

Cuma kali ni, aku nak ketengahkan cuma satu perkara; niat kita berpuasa.
Pernah aku terbaca dari satu artikel;
"Orang Malaysia memang suka buat ibadah sunat, walhal ibadah wajib ditinggalkan."
Tipu kalau ada orang yang sangkal perkara ni. Hari-hari biasa pun, banyak berlaku depan mata kita. Contoh? Ada yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis walaupun solat fardhu tak dijalankan. Ada yang bersedekah beratus-ratus ringgit tetapi zakat tidak ditunaikan. Niat sebenar? Berpuasa untuk menjimatkan duit, bersedekah untuk mendapat pujian. Takkan berguna puasa dan infak tu. Sia-sia.

Niat berpuasa.

 Konsep menyambut Ramadhan sebagai bulan puasa adalah tidak adil. Ramadhan bukan bulan untuk berpuasa semata-mata. Kita akan menyambut Ramadhan sebagai satu medan pertarungan satu-dengan-satu (one on one) dengan nafsu kita. Jika tiada syaitan pada bulan Ramadhan, kenapa masih ada orang yang buat jahat? Kenapa masih ada yang mencuri, menipu, apatah lagi ponteng puasa?

Sebab utama; bila tiada syaitan, yang tinggal hanya nafsu kita. Kita berperang dan bertarung dengan nafsu saban hari; bermula daripada saat bangun dari tidur, sampailah waktu kita pejam mata untuk tidur.
Berpuasa untuk menahan nafsu; bukan untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata. Berpuasa untuk menjaga hati, lidah dan perbuatan, supaya tidak sia-sia. Berpuasa untuk mengenal erti penat lelah, memahami dan bersyukur atas nikmat yang melimpah ruah dari Allah S.W.T. Berpuasa untuk syurga yang hakiki.

Betulkan niat anda, sahabat. Bukan cuma sekadar lafaz, dan menahan diri dari makan dan minum, tetapi fahami erti sebenar berpuasa. Confirm, aku berani jamin ibadah tu akan terkesan.

Kalau setakat baca niat puasa, dan esoknya cuma tahan makan dan minum, budak darjah satu pun boleh buat bro!

Kita taknak ibadah puasa jadi sia-sia. Sabda Rasulullah S.A.W mengatakan,
"Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga." (Riwayat an-Nasaei)
Puasa kita mungkin sah pada mata manusia. Tapi mungkin tidak sampai ke Arasy Allah. Mungkin tak tercapai maksud dan tujuan utama berpuasa. Jadi betulkanlah niat anda wahai kawan-kawan yang aku sangat sayangi.

Tahanlah marah korang. Korang kan tengah puasa.

Tak perlu cakap benda-benda yang tak penting. Hentikanlah mengumpat kalau boleh. Kalau tak boleh sangat pun, tunggu la lepas berbuka kalau nak mengumpat sangat. Selagi korang tak jadi gila kalau tak mengumpat tolonglah elakkan. Even bercakap benda yang sia-sia pun boleh batal puasa tau!

“Sesiapa yang tidak dapat meninggalkan daripada berkata-kata sia-sia dan selalu beramal dengannya, maka tiada apa yang diharapkan Allah walaupun ketika itu dia meninggalkan makan dan minumnya (berpuasa ).” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Okey la, aku mengaku aku pun susah nak jaga benda-benda macam ni. Niat adalah sesuatu yang memakan masa untuk diterapkan. Tapi apa salahnya mula sekarang? Kita makin tua, hidup makin singkat. Entah-entah esok lusa kita mati. Alhamdulillah, makin kurang usia di dunia, makin kurang dosa kita.

Kalau niat anda rumit untuk diperbetulkan, tak apa. Puasa dulu. Ikut apa ajaran Islam. Macam orang nak pakai tudung, pakai dulu. Nanti akan datang satu 'hadiah' dari Allah, yang cuma Allah je yang boleh bagi. Bila dapat 'hadiah' tu, pergh. Korang akan rasa manisnya iman bila niat kita betul-betul fisabilillah. Kita bukan sekadar tahu sebut, kita akan tahu rasa. Nak rasa? Cubalah sendiri :)

Jadi sebelum tidur malam ni, kawan-kawan, baca niat puasa dulu. Tak, bukan sekadar baca, tapi cuba kita rasa. Rasa niat puasa. Rasa suasana Ramadhan. Rasa indahnya keberkatan. Rasa kepuasan melawan nafsu. Menang dengan diri sendiri. Tak nak? Korang la yang rugi.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."


 Mari kawan-kawan, kita berpesta ibadah.

Salam alaik~

=

Saturday, July 23, 2011

Kisah Aku, Dia dan Selipar Jepun

Dua minggu di Malaysia. Dua minggu aku bersama keluarga.

Abah dah berhenti kerja tahun lepas, waktu aku kat US. Selepas 29 tahun di kilang plywood tu, akhirnya abah berhenti jugak. Mak pun dah berhenti kerja kat kantin sekolah menengah tu. Sekarang ni diorang berniaga je.

First time bila mak cakap dia nak jual selipar, aku gelak besar. Serius, aku gelak besar.

"Selipar? Betul ke? Selipar jepun?"

Yup. Selipar jepun. Sepasang RM10. Betul ke mak aku ni. Haha. Tapi tu la. Rezeki ade kat mana-mana je. Hak Allah semua tu.

Jadi sepanjang aku kat Malaysia, buat masa ni, aku memang tolong mak abah aku jual selipar. Yes, jual selipar. Seronok lah!

Inilah dia tauke besar selipar a.k.a mak aku

Paling kesian kat SNIOP (CAN 4600). Dah jadi extremely heavy duty. Bawak barang-barang dah macam lori. Spring absorber macam dah tak wujud. Kereta buruk tu la yang banyak berjasa.


Tengok video kat atas ni pun korang dah boleh bayangkan, betul tak? Betapa hebatnya kereta kitorang ni. 16 tahun, dan masih terus berkhidmat dengan cemerlang.
Shhhh, jangan bagitau Proton, nanti diorang cari kitorang nak ambik testimoni.

Jual selipar. Duhhh.

Okay kembali kepada topik.

Jual selipar ni seronok. Macam-macam pengalaman boleh dapat. Sekilas kaki orang kat depan kau, sudah kau tahu saiz berapa. Hebat.

Yang pertama dan terbaik, bila aku serve sorang awek Malaysian ni. Dia datang berdua, dengan seorang foreigner. Yang aku tau, awek tu Malaysian. Daripada percakapan dia pun aku dah tau.

Waktu tengah test-test selipar, ada ke patut awek tu angkat kaki dia suruh aku tolong cabutkan selipar? Tak beragak betul minah sorang nih. Sabar je la.

Berkat terbiasa dengan customer service US yang sangat mantap, aku pun tolong la cabutkan dengan penuh polite. Nasib baik la jadi beli. Kalau tak memang aku dah campak awek tu masuk Sungai Kuantan.


Haa ni la suasana kat Midtown Esplanade tu. Tapi time ni orang tak ramai, sebab tengah Maghrib lagi. Kalau waktu dekat-dekat tengah malam memang berpusu-pusu la orang kat sini. Tak menang tangan la kami nak melayan.

Sekarang pukul 3.30 pagi. Aku baru sampai rumah, baru balik dari berniaga. Malam minggu kan, lambat sikit balik sebab orang memang ramai time-time camni. Malam semalam kanopi-kanopi berterbangan, angin kuat, ribut. Basah kuyup la kami 4 beranak kat tepi sungai tu. Menggelabah selamatkan selipar-selipar tak bagi basah.

Oh. Ingat. Anda tak tahu, jadi anda tak faham.
Anda mesti cuba jadi seorang penjual selipar, dan barulah anda akan faham betapa susahnya menjadi seorang penjual selipar.

Asalkan rezeki itu halal,
mengapa tidak?

Jadi jemputlah, sahabat-sahabatku di Kuantan, marilah membeli selipar kat gerai kami ni. Service terbaik guaranteed.



Salam alaik~

=)

Thursday, July 21, 2011

The Northern Lights.

the northern lights.

it's the same old sky.
the same old brilliant blue sky.
the same starry blunt sky.
the same sky i looked up at night when i was young.

but tonight, years and years later.
i see it being different.
there's light shining between the clouds.
mom says, things changed.
but not for me, not yet.
the sky might be different, but intuition can never be wrong.

yesterday i woke up to a grey sky.
gloomy morning, quiet and lonely.
while i was making my coffee, droplets came down.
cracking the silence from the edge of the horizon.
slowly. faster. faster. faster.

ahhh.
the smell of the rain.
the smell of the coffee.
i closed my eyes. empty minded.
nothing but song of the falling rain.
and hey, the smell of a morning coffee.
oh, and the smell of my home land.

it touches my heart. funny though.
it such a long way down.
long, long way down.
tumbled a time or two. hurts my knees and elbows.
time and time again.

when i am hurt, i learned. yes, hell i do.
now tell me, what you want to hear?
what ever you want to hear from me?
for my days are close. might be a day or so.
might be a week or so.
just remember me though.
please do remember me.

because you know what?
i will remember the sound. remember the smell.
i will sleep and dreamed of it all.
tonight, tomorrow, over and over again.
this is my words and my words is what i hold on to tightly.

remember the warmth. of love.
if things gone bad, pray that i'll survive.
pray. pray. pray.
it keeps me alive all these times.

you shall believe.
i shall survive.
these strength aren't mine.
no, they aren't.
they're ours. mine. yours.
together we'll strive.

yet we remember the good old days we're here.
i'm proud of us.
the blood in your vein, hey, it's also mine.
came from the same place we have.
all of us.
true.
better believe me.

and now, shall the northern lights keep on shining.
for eternity.
eternity.

Thursday, July 14, 2011

Biar Kali Ini, Kita Bersedia.

Kalaulah mampu untuk aku zahirkan cinta,
Tak tergambar walau selautan tulisan.

Kalaulah mampu untuk aku tunaikan janji,
Tak terhitung walau sedetik berhenti.

Kalaulah mampu untuk aku berikan peluang,
Tak terkejar akal jasmani kau.

Kalaulah mampu.

Terus tunggu. Bila sampai hari dan waktu.
Biar kita bersedia. Biar tak tertahan rindu.
Risau bila sampai seru, tak tergambar lagi.

Takkan cukup tinta tulisan. Takkan habis luahan perasaan.
Jangan takut mati. Mati itu pasti.

Mati bermakna kembali. Fitrah Allah penyambung hakiki.

Makin lama kat sini, risau kalau kalau makin jauh.

Dekatkan. Rapatkan. Sementara mampu.


Sekurang-kurangnya kita ingat. Kita tahu.
Sedar.

Aku mengingatkan kerana sayang. Cintakan kau.
Biar kita sama sama ke syurga.

Yakinlah dengan aturan-Nya. Tiada persoalan.

Kau yakin dengan aku. Biar kita yakin dengan Dia.

Selamat berjuang.

Tuesday, July 12, 2011

Kepada Pencuri Kabel di Blok B Panching Selatan

Bodoh. Bodoh sangat ko nih.

Aku tak kisah ko nak jadi bodoh.

Aku tak kisah ko nak hisap dadah.

Aku tak kisah ko taknak belajar.

Aku tak kisah ko nak mencuri ke ape.

Aku tak kisah, serius aku tak kisah.

Brader, ko ingat la sikit, ko nak jadi jahat pun janganla sampai menyusahkan orang.

Aku pun tak suka marah marah maki orang dalam blog ni. Tercemar beb blog aku.

Tapi ko berhak ade tempat dalam blog aku ni.

Nanti bila telekom dah pasang balik kabel, aku tunggu ko kat tempat tu.

Aku jumpa ko memang aku pijak pijak muka ko. Masuk jail pun lantak lah.

Aku tau ko tak payah hantar assignment online. Aku tau ko guna internet semate2 untuk tengok blue.

Tapi bila dah menyusahkan aku sampai macam ni, memang la aku marah. perangai cam kimak. serius ko ni mmg lapar penyepak. orang kampung nak mark aku budak gangster pun lantak la. marah aku ni sampai boleh bunuh orang.

Satu hari nanti ko akan rasa betapa kerasnye helmet. ko akan rasa.

Aku harap ko akan terbakar waktu ko nak curi kabel. kena elektrik ke ape. ape aku kisah. pastu biar je mayat ko hangus tergantung kat situ sampai kiamat. biar semua orang tengok dan tahu apa kedudukan ko. apa balasan yang ko layak terima.

ingat brader. jangan sampai kantoi. mati ko aku pukul. kalau hilang lagi lepas ni aku santau ko. aku hantar hantu sekor bagi tak aman hidup ko. biar mati kena langgar lori sawit.

Bodoh.

Saturday, June 25, 2011

[Road Trip] New York City ke Los Angeles

Dah lama aku nak tulis pasal benda ni tapi belum sampai kekuatan.

Menulis tentang sabar dan bersyukur.

Setuju tak kalau aku cakap; bersabar tu jauh lagi senang daripada bersyukur. Agak agak korang ni penyabar tak? Korang ni bersyukur tak?

Pada pandangan aku, tentang diri aku sendiri, bersabar tu aku boleh. Aku mampu. Tapi bersyukur tu jauh lagi susah. Bukanlah bermaksud yang aku ni bukan seorang yang bersyukur, tapi aku selalu lupa nikmat. Kufur sebentar.



Bila datang masalah, bila datang kesusahan, aku tanya, "Kenapa aku? Sedangkan aku dah cukup susah." Tapi itu tak adil sebenarnya. Aku dah jadi zalim dengan Allah, dan aku dah jadi zalim dengan diri aku sendiri. Kalau aku nak tanya soalan macam tu, sepatutnya aku tanya soalan yang sama bila aku dapat kesenangan. Baru lah adil untuk semua.

Jadi jom fikirkan balik, siapa kita nak persoalankan kehendak Allah?
Kau bagitahu aku, mana lagi penting, kehendak kau ataupun kehendak Allah S.W.T?

Tak ni bukan cakap main-main. Serius aku cakap. Kau mampu bersabar, kau hebat. Kau mampu bersyukur, kau hebat. Kau mampu bersabar dan bersyukur, kau super hebat. Jadi pilihan milik kita.

Doa dengan sepenuh hati. Bersyukur dengan setiap titis hujan yang jatuh. Bersabar, tahan marah kau. Kau boleh sebab kau hebat.

Kau kena tahu, dunia ni perjalanan jauh. Kau bayangkan kau nak buat roadtrip dari New York City ke Los Angeles. Naik kereta. Di New York City kau ada USD1500, untuk kau buat belanja, nak enjoy, bergembira, pegi Disneyland, Hollywood, Universal Studios di Los Angeles.

Tapi on the way kau nak ke Los Angeles kau jumpa macam-macam. Kau jumpa ramai orang. Ada yang tolong kau tunjuk jalan bila kau sesat. Ada jugak yang nak rompak kau. Lepas tu on the way ke Los Angeles tu kau sampai ke Las Vegas. Tak, kau tak plan pun nak singgah di Las Vegas, sebab duit kau confirm tak akan cukup.

Tapi sebab hasutan sorang kawan kau yang tinggal kat Las Vegas, kau singgah jugak. Ye lah, member punya pasal kan. Bila singgah di Las Vegas, kau dah habiskan almost semua duit yang kau ada. Tapi kau dah hampir sampai ke Los Angeles. Jadi kau teruskan jugak perjalanan kau ke Los Angeles.

Sampai di Los Angeles, kau dah tak ada duit. Kau tak ada tujuan. Kau dah hilang arah. Kau menyesal. Kau dah buat silap.

Motif aku, sama sebijik macam hidup. Tujuan asal kita; untuk syurga. Tapi bila kita dah habiskan masa, tenaga dan duit untuk dunia semata-mata, kau akan rugi di akhirat kelak. Bayangkan betapa ruginya kita nanti. Rugi beb!!! PErgh taknak aku rugi camtu. Kena saving duit dari sekarang untuk kenikmatan, keseronokan di Los Angeles syurga nanti. Where we'll live happily ever after. For eternity!

Oh manis sungguh. Indah tak tergambar dengan kata-kata.

Ingatan untuk diri sendiri dan sahabat. Semoga terpelihara la aku yang fragile melampau ni.

Sebelum habis, aku nak reinforce statement aku pasal bersyukur tadi dengan satu cerita ni.

Ada la sorang pakcik kaya raya ni nak bawak anak dier merasa camne duduk dengan orang miskin untuk sehari. Jadi pakcik ni pun bawak la anak dier pegi duduk kat kampung, yang orang kampung tu keje tanam padi je.

Bila dah malam, pakcik ni pun nak bawak la anak balik ke bandar. Tapi sebelum tu pakcik tu tanye dulu anak dier, "Boboi nampak tak betapa miskinnya diorang ni? Apa yang boboi dapat duduk kat kampung ni sehari?".

Anak pakcik tu pun jawab, "Boboi baru sedar yang selama ni kita sangat miskin. Kita ada kolam renang, tapi diorang ada sungai, ada air terjun. Kita ada lampu malam-malam, tapi diorang ada bintang. Kita beli makanan, tapi diorang tanam makanan. Kita ada pagar besi nak jaga kita, tapi diorang ada kawan-kawan. Kita ada buku, ada ensiklopedia, tapi diorang ada Al-Quran."

"Jadi terima kasih abah, sebab tunjukkan Boboi betapa miskinnya kita ni."

Duit? Huh. Dunia. Susah? Huh. Ujian. Mati? Yeah, brader, mati itu pasti.

So sekarang gak start bersyukur. And dah boleh dah kot nak buat simpanan untuk ke Los Angeles syurga nanti.


Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
Salam alaik~

=)

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...