Allahumma Ballighna Ramadhan.
Tibalah satu lagi Ramadhan untuk kita. Satu bulan penuh rahmat, penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah.
Anggaplah bulan ini sebagai satu titik perubahan untuk kita, dari buruk kepada baik, dan dari baik kepada lebih baik. Menyedihkan bila fenomena di Malaysia, dan juga satu isu dalam dunia tarbiyah setiap kali menjelang Ramadhan, adalah kefahaman dan kecintaan terhadap bulan puasa itu sendiri. Jadi bukanlah sesuatu yang perlu bagi aku untuk memberi pendapat tentang isu ni, sebab kat internet dah bersepah-sepah.
Cuma kali ni, aku nak ketengahkan cuma satu perkara; niat kita berpuasa.
Pernah aku terbaca dari satu artikel;
"Orang Malaysia memang suka buat ibadah sunat, walhal ibadah wajib ditinggalkan."Tipu kalau ada orang yang sangkal perkara ni. Hari-hari biasa pun, banyak berlaku depan mata kita. Contoh? Ada yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis walaupun solat fardhu tak dijalankan. Ada yang bersedekah beratus-ratus ringgit tetapi zakat tidak ditunaikan. Niat sebenar? Berpuasa untuk menjimatkan duit, bersedekah untuk mendapat pujian. Takkan berguna puasa dan infak tu. Sia-sia.
Niat berpuasa.
Konsep menyambut Ramadhan sebagai bulan puasa adalah tidak adil. Ramadhan bukan bulan untuk berpuasa semata-mata. Kita akan menyambut Ramadhan sebagai satu medan pertarungan satu-dengan-satu (one on one) dengan nafsu kita. Jika tiada syaitan pada bulan Ramadhan, kenapa masih ada orang yang buat jahat? Kenapa masih ada yang mencuri, menipu, apatah lagi ponteng puasa?
Sebab utama; bila tiada syaitan, yang tinggal hanya nafsu kita. Kita berperang dan bertarung dengan nafsu saban hari; bermula daripada saat bangun dari tidur, sampailah waktu kita pejam mata untuk tidur.
Berpuasa untuk menahan nafsu; bukan untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata. Berpuasa untuk menjaga hati, lidah dan perbuatan, supaya tidak sia-sia. Berpuasa untuk mengenal erti penat lelah, memahami dan bersyukur atas nikmat yang melimpah ruah dari Allah S.W.T. Berpuasa untuk syurga yang hakiki.
Betulkan niat anda, sahabat. Bukan cuma sekadar lafaz, dan menahan diri dari makan dan minum, tetapi fahami erti sebenar berpuasa. Confirm, aku berani jamin ibadah tu akan terkesan.
Kalau setakat baca niat puasa, dan esoknya cuma tahan makan dan minum, budak darjah satu pun boleh buat bro!
Kita taknak ibadah puasa jadi sia-sia. Sabda Rasulullah S.A.W mengatakan,
"Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga." (Riwayat an-Nasaei)Puasa kita mungkin sah pada mata manusia. Tapi mungkin tidak sampai ke Arasy Allah. Mungkin tak tercapai maksud dan tujuan utama berpuasa. Jadi betulkanlah niat anda wahai kawan-kawan yang aku sangat sayangi.
Tahanlah marah korang. Korang kan tengah puasa.
Tak perlu cakap benda-benda yang tak penting. Hentikanlah mengumpat kalau boleh. Kalau tak boleh sangat pun, tunggu la lepas berbuka kalau nak mengumpat sangat. Selagi korang tak jadi gila kalau tak mengumpat tolonglah elakkan. Even bercakap benda yang sia-sia pun boleh batal puasa tau!
“Sesiapa yang tidak dapat meninggalkan daripada berkata-kata sia-sia dan selalu beramal dengannya, maka tiada apa yang diharapkan Allah walaupun ketika itu dia meninggalkan makan dan minumnya (berpuasa ).” (Hadis riwayat Abu Hurairah)Okey la, aku mengaku aku pun susah nak jaga benda-benda macam ni. Niat adalah sesuatu yang memakan masa untuk diterapkan. Tapi apa salahnya mula sekarang? Kita makin tua, hidup makin singkat. Entah-entah esok lusa kita mati. Alhamdulillah, makin kurang usia di dunia, makin kurang dosa kita.
Kalau niat anda rumit untuk diperbetulkan, tak apa. Puasa dulu. Ikut apa ajaran Islam. Macam orang nak pakai tudung, pakai dulu. Nanti akan datang satu 'hadiah' dari Allah, yang cuma Allah je yang boleh bagi. Bila dapat 'hadiah' tu, pergh. Korang akan rasa manisnya iman bila niat kita betul-betul fisabilillah. Kita bukan sekadar tahu sebut, kita akan tahu rasa. Nak rasa? Cubalah sendiri :)
Jadi sebelum tidur malam ni, kawan-kawan, baca niat puasa dulu. Tak, bukan sekadar baca, tapi cuba kita rasa. Rasa niat puasa. Rasa suasana Ramadhan. Rasa indahnya keberkatan. Rasa kepuasan melawan nafsu. Menang dengan diri sendiri. Tak nak? Korang la yang rugi.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."
Mari kawan-kawan, kita berpesta ibadah.
Salam alaik~
=
1 comment:
ramadhan kareem,
may Him bless in no matter what we deed :))
n selamat berpuasa di Malaysia :D
Post a Comment