Monday, August 8, 2011

Dosa? Tak Kisah.

عَنْ أبِي سَعِيدِ الخُدْرِيِ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم  يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ ايْمَانِ .             
( رواه مسلم )
Maksudnya :  Dari Abu Said Al-Khudri r.a., katanya ; Aku dengar Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (kuasa), Jika dia tidak mampu maka hendaklah dicegah dengan lidahnya, Tetapi jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)

Kau, dia. Berdua.

Tatkala aku melihat dan tersenyum.
Melayang-layang dibuai kehangatan zaman remaja.
Aku terus memerhati. Diam.

Bergelak ketawa. Tak, kamu belum remaja. Kamu hanya pra-remaja.
Budak belasan tahun yang baru mengenal dunia.
Wah, berani sungguh tangan jejaka membelai belai.

Pujuk rayu si teruna. Keluhan manja si dara.
Terus kuperhati. Dan masih, tersenyum.
Dipeluk erat anak dara itu. Dirapatkan pinggang ke pinggang.

Lalu aku terus bangun, merapati mereka.
"Adik, jangan la buat macam ni kat sini. Ini tempat awam."
Mereka berdua memandang aku, atas ke bawah.
Ya, aku berkopiah dan berbaju Melayu. Aku cuma nak mereka menghormati Ramadhan.

"Apa hal kau ni sibuk sangat bro? Tak kacau kau pun kan?"
Berderau darah aku mendengar jawapan tersebut.
Tersenyum. Masih lagi tersenyum. 
Generasi zaman ini, generasi Pampers. Tidak berbedung.
Dan tenang, aku jawab,

"Aku bukan apa, korang ni hormat la sikit bulan puasa ni. Kurangkan la buat maksiat."
Aku terdiam. Hilang bicara. Ah, bahana ilmu yang tak seberapa.
"Orang tengok ni dik. Tak malu ke? Ni depan masjid ni tau? Nampak tak masjid kat situ? Korang tau tak tu masjid?"
Teruna dan dara itu masih lagi merenung ke arahku. Tiada tanda teguran aku berkesan.

"Ish, jom la kita pergi tempat lain. Serabut la mamat sorang ni. Macam la baik sangat."
Dan dengan kata-kata itu, mereka berdua pun berjalan pergi. Sambil membawa juadah berbuka mereka.



"Abang, bukak la air tu. Dan nak Maghrib ni."
Tersentak. Oh. Bukan realiti. Pasangan itu masih lagi disitu. Duduk beralas rumput beratapkan langit sambil menunggu masuknya waktu berbuka. Walaupun gaya mereka bersosial tidak seperti orang Islam.

Dan kedengaran bacaan ayat suci Al-Quran dari Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I.



Aku terfikir. Dimana kekuatan aku untuk membantu mereka. Supaya lepas ni, bukan dalam mimpi semata-mata.

Bagaimana untuk aku membuat mereka terfikir. Orang-orang yang memerhati, tapi tiada kekuatan menegur.
Bukan dalam konteks ni je. Tapi dalam apa pun yang kita buat.

Mengapa susah nak menyebarkan kebaikan?

Mengapa aku lemah?

Mengapa tulisan aku tak berkesan?

Mengapa nasihat aku tak didengar?

Adakah salah aku? Aku mungkin salah generasi aku? Atau mungkin salah ibu bapa mereka?
Ya. Mungkin patut aku lepas tangan. Seperti mereka semua. Seperti ANDA semua.
Mengapa ambil peduli? Mengapa perlu kisah?

Jika mencegah kemungkaran itu boleh dilakukan dengan hati, mengapa perlu bersusah payah?
Tak perlu.

Biarlah dengan selemah-lemah iman sekalipun. Siapa kisah?

Itu bukan kerja aku. Itu kerja ustaz. Kerja ibu bapa mereka. Guru-guru mereka. Bukan kerja orang awam, pemerhati seperti aku.

Jadi semoga semua orang faham apa yang aku nak sampaikan. Semoga kita diberi kekuatan dalam bulan berkat ni.

Semoga kita tak masuk syurga sorang-sorang. Kita bawak sekali mak ayah, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan, semua masuk sama-sama. 

Jangan sampai mereka salahkan kita di akhirat nanti. Nak? Aku taknak.

Lu pikirla sendiri.

Salam alaik~

=)

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...