Tuesday, May 24, 2011

Kahwin Cara Melayu Stereotaip


Perbualan antara dua orang makcik;

"Wah, hensem la anak Kak Limah tu kan? Lama tak nampak dier."

"Uish, tu la. Nak je aku jodohkan dengan anak aku si Aishah tu."

"Keje ape budak tu? Nampak macam pandai je."

"Haa tu la ko tak tau Enon oi, budak tu dulu belajar kat Amerika ko tau."

"Amboi, jauhnye. Mesti gaji besar tu."

"Tu lah aku cakap, kalau Aishah tu kahwin dengan budak tu, cerah la mase depan."

"Aku dengar adik beradik dier semua pandai-pandai, kak Siti bagi makan ape la agaknye budak-budak tu."

Sebulan selepas itu,

"Eh, Nab, aku dengar anak Kak Siti yang baru balik oversea tu datang rumah kau merisik si Aishah. Betul ke?"

"Haa ye lah tu. Lega aku dapat menantu pangkat besar."

"Habis tu Aishah terima ke tak?"

"Alah kau ni, Aishah tu dengar je gaji besar, seronok sangat la dier."

"Ha'ah yek. Untung kau Eton. Dapat menantu orang kaya."

Hari berbincang pasal urusan perkahwinan,

"Haa macam ni lah Sudin. Makcik nak sangat korang kahwin kat hotel. Buat besar-besar sikit. Makcik tumpang gembira je."

"Oh, tak ada masalah makcik, tapi saya tak berapa setuju nak berbelanja banyak untuk urusan kahwin ni. Membazir."

"Eh, membazir apa pulak. Sekali seumur hidup je ni."

"Nantilah saya fikirkan macam mana. Jadi, makcik, pakcik dah berapa mas kahwinnya?"

"Oh, pasal tu. Kami dah bincang. Makcik letak RM15000 je. Sudin okey je kan?"

"Amboi, mahalnya makcik. Mana nak cari duit banyak tu."

"Eh, Sudin kau kan dah ada jawatan tinggi, gaji besar. Takkan la tak mampu."

"Saya baru je habis belajar la makcik. Bukan dah berbelas tahun kerja."

"Eh, takkan la tak ada simpanan langsung, Sudin. Ni sekali seumur hidup je ni."

"Simpanan saya, saya dah beli rumah sendiri, beli kereta. Habis."

"Alah, Sudin. Tak kan la kau taknak Aishah tu."

Kahwin.

Ape lah kahwin sebab duit. Susah nak cari orang Melayu yang tak pandang harta. Yang sederhana, nak hidup senang. Yang dah sedia kaya, nak tambah harta. 

Time aku nak cari calon nanti, jangan harap aku nak cakap aku ni belajar oversea. Jangan harap nak cakap aku kerja apa. Jangan sampai kahwin sebab harta.

Heh. Bajet aku ni kaya la nanti. Ceh. Berangan kuat.

Tapi tu lah. Stereotaip Melayu buat majlis kahwin. Apa salahnya bersederhana.
Balik Malaysia bulan depan nak kahwin lah. jk

Okey babai.

Salam alaik~

=)

Sunday, May 22, 2011

Usrah? Aku Cakap Taknak, Taknak la.

Gilo!


Tak suka sangat aku paksa-paksa orang ni. Tolong la, rasional la sikit.
Kepala kau nak ajak banyak-banyak kali. Aku dah cakap taknak kan? Tak faham BM ke ape?
Kau cakap ape? Usrah bukan untuk orang alim, tapi untuk orang yang nak baiki diri?
Heh. Kalau aku taknak baiki diri? Lantak aku la bro. Peduli ape kau. Kubur lain-lain.
Kau tu baik sangat ke brader? Nak ajak orang lain join benda-benda agama ni?
Tengok cermin la dulu kalau nak tarbiyah orang pun. Apa ada hal lu ni mat?


Pastu satu malam tu kau usrah depan aku. Apehal sial sangat kau ni bro? Nak perli pun agak agak ah kan.
Serabut betul aku tengah main game yang kau pegi buat usrah tu apehal? Ketar je kaki aku nak hentak kau.
Tapi aku tengok kau ni tengah buat usrah ke tengah bergosip? Ke tengah mengumpat orang?
Gelak bukan main. Seronok sangat aku dengar. Lepas tu macam menarik la pulak.
Takpe, aku bukak lagu kuat-kuat bagi kau rasa annoyed. Hehe. Padan muka kau.
And then kau baca Quran la pulak. Ish. Rasa bersalah la pulak aku.
Lantak kau lah. Malas aku nak layan.


Aku ingatkan dah habis, rupa-rupanya minggu next tu ada lagi? Jadah apa kau nih?
Pastu kau ajak aku lagi. Kau suruh aku join sekali, even sekejap, rasa macam mana usrah ni.
Aku pun, okey je lah, what the hell. Duduk sepuluh minit lepas tu aku blah la. Kau boleh buat apa kalau aku blah kan? Haha. Sound la kalau berani, aku bagi kau pelempang sebijik.
Aku kenal kawan-kawan usrah kau. Pastu kita macam cakap-cakap macam biasa je.
Serius aku pelik, apa benda usrah macam ni? Macam duduk lepak mamak hisap rokok tengok bola je la.


Oh, bapak silap nyer aku. Serius silap besar dowh. Tak sangka sangat benda usrah ni seronok macam ni.
Before this aku macam ingat usrah ni duduk lama-lama dengar ceramah, lepas tu kena marah kalau buat silap sikit pun.
Pastu aku ingat kena join tabligh la, simpan janggut bagai, tak boleh buat tu, tak boleh buat ni.
Beb! Apasal kau tak bagitau awal-awal pasal benda best camni kat aku? Lupa member betul.
Mula-mula start tu naqib kau tanya aku kan, "Apa khabar? Sihat?"
Aku macam perghhh mak ngan bapak aku pun tak pernah nak tanya macam tu kat aku.
Kekok jugak at first. Tapi serius dowh, aku tak tau la apasal, tapi aku rasa seronok duduk buat usrah dengan korang.


Mula-mula kan, aku cam fikir, ala kalau setakat kau yang bagi ceramah kat aku, mane nak masuk. Kau je pun. Bajet aku nak dengar la.
Tapi time kau bagi tazkirah yang first time aku dengar tu, pergh. Terasa dowh. Tersentak kejap hati aku nih. Sebab tu aku tak boleh nak cakap banyak.
Hah, lagi satu yang nice. Walaupun aku ni baru join usrah, mat rempit pulak tu, hisap rokok lagi, kaki perempuan, tapi korang still tanya aku, "Kau ada apa-apa nak tambah?"
Uish. Jauh sangat sesat aku ni rupanya dowh. Thanks la sangat-sangat selamatkan aku. And sekarang, aku rasa kuat sebab ada korang! Usrah ni buat aku perghh hebat sangat luar dalam. Tengkiu dowh, serius tengkiu. Lepas ni aku nak try ajak member-member aku pulak, kot kot dorang terlupa sekejap, macam aku hehe.
Papehal contact aku ah bro. Kita jumpa balik. Try tengok aku jadi cane skrg nih. hehe.
Orait bro, assalamualaikum!
Satu cerita random yang sebelum ni meniti perbualan di mulut semata mata. Alhamdulillah aku tergerak hati nak tulis pasal benda ni hari ni.

Satu perkara yang paling aku suka pasal benda ni (personal view okeh!) adalah ukhuwah dalam usrah yang kuat. Pergh. Memang serius kuat. Lemah mana pun kau, kau still akan rasa kuat bila dalam usrah. Dia akan jadi macam berkongsi iman, yang kuat akan bertambah kuat, yang lemah pun akan bertambah kuat.

Yang futur akan kembali sedar.

Dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung~


Oh, sebut pasal ukhuwah. Aku sedih bila ada individu Muslim yang tak tahu masalah menimpa komuniti Muslim mereka sendiri. Ignorant? Tak ambil berat? Tak kisah? Tengok post yang ni [Islamophobia di Buffalo]. Budak-budak Buffalo wajib tahu. Muslim Amerika umumnya, Muslim Buffalo khasnya.

Oh, baru balik dari buat kerja volunteer di Masjid Heim. Ada barbeque. Alhamdulillah, hasil hati yang ikhlas Allah bagi rezeki on the spot. Cash!

Ketenangan bila berada di rumah Allah tak tergambar dengan kata-kata.
Pooh yang besar dan comel :)
Salam alaik~

=)

like lah apa lagi

Islamophobia di Buffalo

Siapa kata di Buffalo tiada diskriminasi?
Siapa kata Amerika bagi kami kebebasan untuk beragama?
Siapa kata stereotaip kepada Islam sudah tamat?

Who says? Selena Gomez?

Jaffarya Islamic Center of Buffalo, New York.


Kejadian berlaku pada 7 Mei 2011, di Jaffarya Islamic Center of Buffalo, yang terletak di Transit Road. Sebuah masjid yang baru dibina hasil kerjasama ISNF dan WNYMuslims.org, dijadualkan untuk dibuka secara rasmi pada 14 Mei 2011, dua hari lagi.

Apa yang berlaku? Ada pihak yang tak bertanggungjawab meletakkan papan tanda "BOMB MAKING; NEXT DRIVEWAY". Kenyataan yang bersifat kebencian dan Islamophobic ni memang tak boleh ditoleransi lagi. Action now!



Satu kenyataan dari WNYMuslims.org [WNYMuslims],
I wish that these local community members who display such prejudicial signs would take the time to go inside of the Jaffarya Center and realize that bomb making is not being taught but rather peace, love and charity is being created and shared.
 Prejudis. Bukan saja dalam agama. Dah jadi makanan manusia zaman sekarang. Tapi betul, kalau lah mereka yang anti-Islam ni masuk sendiri dalam masjid tu dan tengok sendiri macam mana kita buat bom, mungkin mereka akan dapat hidayah.

Mengikut kenyataan akhbar dari WNYMuslims jugak, masalah ni dah start tahun lepas lagi. Jadual asal, masjid ni dijangka untuk dibuka kepada public bulan Oktober lepas, tapi terpaksa ditangguh kerana aduan daripada jiran berdekatan lokasi masjid tu tentang lighting (pencahayaan) masjid.

So pihak masjid dah buat renovation untuk lighting, ikut persetujuan dengan jiran di kawasan tu, dan dijadualkan semula untuk dibuka 14 Mei ni. Jiran yang sama tak puas hati jugak, letak pulak papan tanda anti-Islam tu kat depan rumah beliau. Bengong punya orang.

Satu lagi qoute dari WNYMuslims.org;

The center was initially scheduled to open during the first week of October. However, after facing opposition from a neighbor due to lighting complaints, the opening was delayed and the lighting was adjusted for the neighbor. However, the same neighbor has now placed the "Bomb Making: Next Driveway" sign next to the Islamic Center.

 Apa boleh kita buat dengan benda ni? Masalah besar ni beb. Kalau kat Malaysia ni confirm masuk frontpage Utusan. Nak nak pulak kalau jadi kat Pulau Pinang dan Selangor. Kelantan pun.

Untuk member-member di Amerika - Jangan putus asa. Teruskan tunjuk teladan yang baik. Jadi Muslim yang terbaik. Terus bertahan. Allah bersama kita. Hebat. Kita hebat.

Untuk junior-junior yg akan ke Amerika - Tak perlu takut. Makin besar cabaran, makin besar pahala dan kita akan jadi orang yang lebih baik. Kalau tak pandai masak, datang sini confirm pandai masak. Kalau tak pandai mengaji, kat sini confirm pandai mengaji. Kuatkan diri, adik-adik!

Untuk semua umat Islam - Ni bukan tanggungjawab kami (sahaja). Ini tanggungjawab semua umat Islam. Tunjukkan yang kita tak takut, tunjukkan yang kita ada hak, dan tunjukkan yang kita yang terbaik. Buktikan kepada orang-orang yang masih belum nampak dan miliki cahaya hidayah Islam yang agama ni tak mengajar kita cara untuk buat bom atau untuk jadi pengganas, tapi untuk mengajar erti keamanan, keharmonian dan kesejahteraan. Oh, kalaulah mereka faham. Kan?

Dan untuk kawan-kawan jugak, kalau boleh kita datang ramai-ramai waktu majlis perasmian masjid ni nanti. Dan sebarkan insiden ni untuk semua kawan-kawan di USA. Teruskan bersabar dan teruskan berjuang.

Maklumat majlis;


Jaffarya Center Cordially Invites You to
THE GRAND OPENING CEREMONY
Saturday, May 14 2011 at 2PM
Guest Speaker: Prof Liyakat Takim, Ph.D, Dept. of Religious Studies, McMaster University
Topic: Muslims in America to American Muslims; Islam in American Pluralism
Guest Speaker: Moulana Sayyid Sulayman Hassan Abidi, Religious Director, Bait'ul Ilm Academy, Chicago
Topic: The Role of Mosque in Creating an Islamic Community

Salam Alaik~

=)

Thursday, May 19, 2011

Tenang dan Bahagia

Mencari ketenangan.
Kau sebut selalu. Tapi kau tak tahu, tempat sebenar letaknya ketenangan.
Tak, kau tak tahu.
Bila ada masalah kau lari. Ya, kau lari.
Kau tak ingat Dia?
Dia selalu bantu kau. Oh, mungkin waktu tu kau tak sedar.
Ya, mungkin waktu tu kau lalai.
Terlalu lalai.
Dimana usaha kau untuk taqarrub? Usaha untuk perjuangan?
Dan sebab tu kau tak tenang. Ya, sebab tu.
Kenapa senang sangat hanyut ni?
Aku nak cakap kau jangan cari ketenangan di tempat yang salah. Sebab ketenangan tu ada dekat dengan kau. Tapi tersembunyi. Kau perlu cari.
Hati.
Ya, bahagia dan tenang itu ada dalam hati.
Tapi bukan semua orang mampu jumpa.
Cuma hati yang berzikir dan zuhud boleh hasilkan tenang dan bahagia.
Jadi ukhuwah tak mampu wujudkan ketenangan dan bahagia?
Salah.
Ukhuwah fibillah mampu. Bertemu dan berbicara tentang iman mampu. Mengingatkan sesama sendiri mampu. Dengan terjaga ikhtilat mampu.
Tenang itu bila kau mampu tarbiyah dengan berkesan. Bila sahabat2 kau bergelak ketawa adalah juga jemaah solat kau.
Kau akan tahu dan temui ketenangan dan kebahagiaan yang kau cari.
13:28. Dengan zikrullah hati kamu akan terubat.
p.s. Untuk ikhwan dan akhawat di RIT. Untuk para dai'e dan mad'u seluruh dunia. Jaga hati, jaga iman.
Jari menaip dari hati yang ikhlas.
Salam alaik~
Sent from my iPod
Baru 20 tahun hidup tapi dah kepenatan.
Banyak sangat cabaran.
Sedikit sangat masa.

Harapan menggunung.
Tanggungjawab berjuta.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

urgh.

Wednesday, May 18, 2011

LYNAS; Kuantan Bandar Radioaktif?

Mula-mula, aku terdengar tentang LYNAS dan projek sejenis bahan radioaktif yang dipanggil "Rare Earth".



Tapi makin lama, perkara ni jadi makin hebat dibicarakan. So aku pun buat sedikit research before menulis tentang isu ni.

Suka aku warning, post ni bukan untuk menuding jari kepada kerajaan atau rakyat, atau syarikat yang terlibat. Sebagai seorang pelajar tajaan JPA aku ada kontrak persekutuan dengan kerajaan Malaysia, dan aku mintak, tolong, jangan pesongkan apa yang aku cuba sampaikan.

1. Apa tu Lynas?

LYNAS adalah sebuah syarikat berpusat di Australia, yang menjalankan projek mengestrak bahan radioaktif rare earth. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan syarikat ni untuk menjalankan projek rare earth di Kuantan, Pahang.

2. Apa tu Rare Earth?

Dari dalam Bumi, of course! Tapi jarang-jarang diekstrak dan diproses secara meluas bagi tujuan pemasaran.  LYNAS adalah salah satu syarikat pioneer yang menjalankan projek ni. LYNAS akan ekstrak bahan ni dari Mount Weld, Australia dan memproses bahan tersebut di Kuantan, Pahang.

Rare Earth datang dari Lanthanides, satu kumpulan elemen kimia yang berwarna biru diatas


3. Apa benda tu buat?

Untuk diaplikasikan ke dalam lampu flourescent, kereta hibrid, sebagai material gantian untuk monitor LCD, cakera keras dan pemain MP3,dan meningkatkan efficiency tenaga untuk menjimatkan penggunaan bahan bakar sebagai sumber tenaga utama.
Aku tak buat-buat, semua ni dari laman web LYNAS. Research beb.

4. Apa bahaya sangat ke benda ni?

LYNAS currently ada sebuah rare earth plant di China, dan berdasarkan artikel saintifik yang aku baca kat  EPAW[.org], kesan dari bahan radioaktif ni agak bahaya. Kita tak ada jaminan yang lengkap, dan daripada laporan dari organisasi ni, menunjukkan yang LYNAS tak ada kredibiliti untuk mengatakan mereka mampu memberikan prioriti terbaik untuk keselamatan pekerja dan penduduk sekitar. Nak tahu apa yang aku maksudkan, tengok quote-quote kat bawah ni.

It doesn't look very green. Rare earth processing in China is a messy, dangerous, polluting business. It uses toxic chemicals, acids, sulfates, ammonia. The workers have little or no protection.

Green campaigners love wind turbines, but the permanent magnets used to manufacture a 3-megawatt turbine contain some two tons of rare earth. The head of China's Rare Earth Research Institute shows me one of those permanent magnets. He's well aware of the issues.
Yup, ayat-ayat di atas adalah dari artikel tersebut. Sila baca untuk maklumat lanjut.

5. So, apa status sekarang?

Pembinaan plant tersebut masih berjalan, dan hasil daripada bantahan orang ramai, rakyat Malaysia umumnya, dan penduduk Kuantan khasnya, dah berjaya tarik perhatian daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpusat di Vienna [The Star]. Pemantauan oleh pakar dari IAEA akan bermula dari 29 May hingga 3 Jun, dan laporan dari pihak tersebut akan diserahkan pada hujung bulan Jun.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata bahawa beliau akan membuka hasil laporan tersebut kepada awam untuk memastikan ketelusan kerajaan dalam menghadapi isu ini.


 Kenapa aku sibuk?

Sebab aku orang Kuantan. So aku tak nak lah kan kalau tempat lahir aku tu jadi satu pusat memproses bahan radioaktif, yang akan efek kepada generasi kita akan datang. Oh, at least bukan sekarang.

Jadi, sekarang kita tunggu review daripada IAEA, dan biar mereka berikan cadangan yang terbaik.

Sumber: The Australian
Buat sahabat dan saudara di Kuantan, tenang. Hadapi isu secara professional.
Jangan terlalu politikkan perkara ni.

Kita pandang dari perspektif seorang rakyat Malaysia, dan bukan dari kaca mata seorang penyokong parti tertentu.

Allah selamatkan Kuantan. Selamatkan Malaysia.

Salam alaik~

Wednesday, May 11, 2011

Pencarian Lelaki Berani dan Awek Sporting

My, oh my.

Apa nak jadi dengan facebook ni beb?

Firstly aku jumpa;


Wow. Cool. So how does this thing works?
Okay each person akan hantar gambar masing-masing untuk mengaku sweet (bagi lelaki) dan untuk awek bertudung. Gambar yang paling banyak like akan menang.
(Dapat hadiah ape aku pun tak tau. Kereta kot? Haha wtf)

And as I was browsing last night, aku nampak pulak;


And now wtf is this shit?
Diorang punya konsep sama je. Just nama je lain. Aku tak nak condemn or salahkan mana2 admin dari mana2 page, tapi kan, seriously? Tolong la bro. Desperate sangat ke nak cari jodoh? Alahai.

Aku malas nak komen banyak-banyak, nanti ada pulak yg backfire. Yay! Like la gambar saya okey? huh

And aku pun menyemak la dalam page2 ni, nak tengok budak2 ni promote diri.

Yang lelaki, posing sweet habis. Yang perempuan, buat-buat comel.
Ada yang okey, okey la kan. Lelaki dahi luas ada. Perempuan bibir itik ada.
Macam-macam ada.

Beb! Come on la! Apehal promote kat facebook sampai macam tu sekali? Bajet hero remaja la ek? Damn. Teruk dah dunia ni teruk dah teruk dah.

Dipromote beberapa kali! Wow! Wow! Wow!
So aku pun buat la slogan...
Hell yeah.

Salam alaik~

=)

Monday, May 9, 2011

Khas Hari Ibu: I Can't Say How Much I Love You (Mother)

So tell me guys, how much do you love your mother?

Oh, maaf, sempena hari ibu aku rasa elok ditulis dalam BM je. Nanti ada pulak hater yang cakap aku poyo.

Mak aku.
Okey, tak ada idea, tak ada preparation or anything such nak tulis blog kali ni.
Just mere dadication untuk mak aku yang tersayang.

Tak perlu panjang panjang maybe, sebab esok final paper untuk semester kali ni. Gonna screw it up, probably. Ape pun, berjuang hingga titisan darah terakhir.

Tolong la tengok video kat atas ni. So sekarang fikir, apa akan jadi kalau dunia ni x ada mak?
1. Tak ada siapa nak ajar kita berak.
2. Tak ada orang nak kejut kita pagi-pagi.
3. Makhluk-makhluk pedophile mengganas.
4. Ramai orang tak mandi seminggu atau lebih.
5. Tak ada orang nak membebel.
6. Beb! Cane nak breastfeed baby???

Okey aku mengarut. Sorry.

One more, kenapa korang sayang mak korang?
Aku sayang mak aku sebab;
1. Aku boleh call beliau bila bila masa tanpa rasa bersalah.
2. She's the best chef ever!
3. Aku boleh cakap/kongsi macam2 dengan mak aku. Dari akademik sampai la ke peribadi. Dari luar sampai dalam. Hell yeah you know what I mean.
4. Aku boleh ajak mak aku teman aku pegi tengok wayang. Or pegi mane2 je.
5. Oh, oh, aku pun boleh pergi teman mak aku shopping tanpa rasa malu.

So untuk Hari Ibu tahun ni, aku buat video dibawah ini untuk mak aku (versi grunge).
Untuk post Hari Ibu tahun lepas yang lebih bermakna (sebab tak ada final, hehe), klik sini.

So dalam cengkerang kura kura, aku sayang mak aku sangat-sangat.

And tell me guys, what will the world be without moms? And why do you love your mother?








Salam alaik~

=)

Friday, May 6, 2011

Life's a Bitch.


What you see is a strong, confident guy.

He strive alongside others for what he believe.

He have seen his future. He had it all sorted out.

He worked night and days to get what he wanted.

He live with glory, he smiled and laugh all day long.

He go out with his friends, he looks like having a lot of fun.

He don't seem to care for a thing. Nothing seems to be able to bring him down.

He don't look troubled. He just look happy.

Plain happy.

Too happy.

LIES.

What you don't see is a powerless man.

Troubled and destroyed.

Torn apart bit by bit from the inside.

Regretting every moment of his existence.

Scared of every seconds that passed by.

Living his life for others, and only others.

If it is not for those he loved, he might well be gone.

Won't look back to his past, for it was mocking him.

Wouldn't dare to stare at the future, feared it will just get worst.

Filled with regrets, disappointment  and rage. Rebellious hormones.

Tired. Just too tired to even get up in the morning or go to bed at night.

His head filled with realization how ugly thing will turn out to be every passing moment.

He's screwed. He's too far gone.

Far, deep in his heart, he knows and believe.

That God does work in a mysterious way.

He have a plan for everyone, and of course, everything.

But yeah, it was too deep he doesn't even know it was there.

What you don't know is he's there. Man, he's really there.

He's more than what you see he is.

Sometimes he asked himself, what have he done to deserve this?

And somewhere he heard a voice, replying, "Nothing."

He felt too young to carry such a burden. Overwhelming his head.

There's too much things at one time. Too much for him.

And yet he keep his head cool, he won't tell.

No he won't. No one can actually understand what he feels, so what's the point?

He's not longing for the same supposed-to-be-working words.








Life.
Funny isn't it.
Just a big fat joke.









13:28








p.s. poor guy :(

Salam Alaik~


Thursday, May 5, 2011

The 90's Blues

Click LIKE (above) if you're a 90's generation.

Recently, I was in the blues for the 90's time. I feel like living in the 90's forever.
Come on, tell me, what did you hate being in the 90's?

The music. That's the first thing that I love the most. Remember those songs?
1. Smell Like Teen Spirit - Nirvana
2. Underneath It All - No Doubt
3. Don't Speak - No Doubt
4. Underneath Your Cloth - Shakira
5. When I Come Around - Green Day
6. Livin La Vida Loca - Ricky Martin
7. Angel - Shaggy
8. Breathless - The Corrs
9. Daddy Cool - Boney M.
10. Oppss! I Did It Again... - Britney Spears
11. Every Breath You Take - The Police
12. In The End - Linkin Park
And a lot more. Oh, come on, it's the music we grow up with!

Oh sure, the television. What's we've been fed with all these time?
1. Malcolm in the Middle
2. McGyver
3. Futurama

4. Mr. Bean
5. Hercules Legendary Journeys
6. Goosebumps
7. Sabrina The Teenage Witch
8. Team Knight Rider
9. Dawson's Creek
10. Xena Princess Warrior

11. Honey! I Shrunk the Kids
12. Friends
13. Robin Hood
14. Ally McBeal
15. Robocop
16. WWF



And for the cartoons show, there's a bunch of list~
1. Dragon Ball
2. Sailormoon
3. Voltron
4. Thundercats
5. X-Men
6. VR Troopers

7. Mighty Morphin Power Rangers

8. Pinky and the Brain
9. Earthworm Jim
10. Woody Woodpecker
11. Looney Tunes
12. Sonic the Hedgehog
13. Masked Rider RX
14. Thunderbirds
15. Ultraman
16. Inspector Gadget

17. Ninja Turtle
18. Doraemon
19. Tom and Jerry

And the movies back from the 90's...
1. Titanic

2. Jumanji
3. Armageddon
4. Power Rangers The Movie
5. American Beauty
6. Jurassic Park
7. Godzilla
8. Species

9. Toys Story
10. Terminator
11. The Matrix
12. The Lion King
13. Tarzan
14. The Sixth Sense
15. Shawshank Redemption
16. Taxi
17. Batman

Our ridiculous games from 90's. You name it.
1. Super Mario
2. House of the Dead
3. Red Alert
4. Pokemon Blue
5. Tetris
6. Street Fighter
7. Tekken
8. Tomb Raider
9. Resident Evil 3: Nemesis
10. Crazy Taxi
11. Daytona USA

12. Metal Slug
13. Mortal Combat
14. Virtual Cop

There goes all that I have in mind right now, feel free to add some of your preferences! Long live 90's!

p.s. i hope i can live in the 90s forever :(

Salam alaik~

=)

Tuesday, May 3, 2011

Barakallahulakuma :)

At least dia nampak happy.

Sempat tengok tak sampai separuh album je. Thank God I wasn't there.

Untuk semua yg bertanya, aku okey. Relaks la beb. Aku okay, thanks sebab concern.

Pesanan aku, jgn ingat aku lagi. Lupakan je. All the way. Tu zaman sekolah time2 muda2 biasa la kan.

Wow. Cepat sungguh masa. Ko dah kawen. Aku baru je 8 bulan kat US. Graduate bertahun lagi. Haha. Jodoh. Funny thing.

Neway, congrats! Jgn risau, aku okay.

Barakallahulakuma, kawan.

Salam alaik~

=)

Sent from my iPod


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...