Wednesday, February 24, 2010

Manifestasi Muzik

Tidur lepas Maghrib tadi. Ya Allah, nightmare. Menakutkan sungguh.
Perut penuh. Tak boleh nak bergerak. Memang dinner merangkap sahur la.
Esok Kuiz Kimia. Baru nak start baca. Wish me luck guys.

Walaupun sibuk yang teramat, aku still nak update blog. Sebab sangat sangat tak sabar nak gi Indie Goodness nanti. Kaki dah menggigil nak moshing. Tak puas waktu konsert Boys Like Girls aritu, crowd tak sporting. Ramai macam yang tak tau apa yang best sangat gig ni. Tapi kalau tengok line up, memang yang terbaek ah. Banyak yang aku layan.

So ingat nak buat review sikit pasal band band yang akan perform nanti. Sape sape nak follow, inform cepat cepat, aku nak beli tiket presale secara pukal. Tapi yang penting bagi duit dulu ah.

So here it goes~

Couple
Haha. Sape yang tak kenal Couple? Memang tak indie ah kalau tak pernah dengar Couple. Tak silap aku ni performance last diorang before fly ke UK. Bad timing sungguh. Kalau tak boleh dah jemput diorang datang jadi juri untuk AGT nanti. Aidil dah bagi green light, just tarikh tak masuk. Kecewa sungguh aku. Tapi tak boleh nak buat ape ah. Oh, aku rasa this time diorang akan main byk lagu Pop Tak Masuk Radio. Kali kelima aku tengok diorang perform live. Tapi still tak bosan. Seronok tengok Shahrin main macam hilang akal. Budak ni kalau main hardcore mesti gempak giler.


Joanna and Co.
Nama besar dalam scene. Joanna and Co. Tak pernah lagi tengok diorang perform live, tapi lagu lagu diorang best gak ah. Tak boleh nak komen banyak banyak, sebab aku tak layan sangat band ni. ahaha

Skudap Skudip
Oh, yang ni made in Shah Alam. Aku rasa kitorang pernah terserempak dengan keyboardist diorang waktu main kat Applejam Studio, Seksyen 7. Aku rasa la, coz dari luar, aku dengar muzik diorang memang lagu Skudap Skudip. Menarik gak. Dah lama aku tak dengar citer kau, Dodd? haha. Brader Dodd ni kalau dah naik stage memang live la gig. Brader ni macam ada connection dengan crowd, I mean macam tak hambar la kalau dier dah pegang mic. Muzik ska! Skankin la kita. Just hopefully diorang tak banyak main lagu baru. Coz dah lama gak aku tak update ngan lagu lagu baru diorang ni.
Bukan sudu, bukan sudip, tapi Skudap Skudip!

Grey Sky Morning
Last aku tengok diorang waktu tayangan filem kat UiTM induk. Tu pun akustik je. Last time nak join performance diorang kat Kuantan, mak aku ajak pegi beli baju raya plak. Haha. Pape pun, family first la kan? Haha. Aku bajet crowd GSM kali ni mesti ramai giler. Ye ah, venue best kan. One's Cafe. Cinta Gila, Pancaroba, Bila Bila Masa Kita Berdansa, pergh. Lagu lagu ni memang best nak bukak moshpit. Silap silap kalah r crowd Restraint. Lead gitaris diorang mantap. Jari super laju. Ahaha. Lagu pun rileks je, kalau nak lompat lompat tu boleh ah.

Sugar Love Cookies
Satu lagi band yang ramai member member aku cakap best, tapi aku cam tak berapa layan sangat. Ntah ah, rasa macam takde chemistry r aku ni dengan muzik diorang. Ape ape pun, tak pernah lagi tengok diorang perform live, tapi hopefully best r. Coz nama familiar dalam scene gak mereka ni. Boleh cakap sebagai ada nama yang agak besar la dalam scene. Just maybe aku je yang tak minat kot.

Romancesa
Acap! Ingat Romancesa, ingat Acap. Band ni lagi satu yang ada chemistry dengan crowd. Kalau Acap dah naik stage memang happening giler ah. Tak tau la sebab diorang ramai supporter or memang orang ramai minat Acap. Tapi muzik dorang sangat best. Last aku tengok diorang perform live waktu Peace to World 09. Mantap mantap. Layan lagu jiwang sikit pun best gak, goyang goyang tangan sikit. Lagu yang memang seronok nak sing along. Tak sabar nak tengok diorang lagi. Tapi hopefully diorang main lagu lagu biasa ah, Oh Lunaku ke, Kembali ke.
Bassist diorang aku sangat respek. Jari macam ulat. Laju giler. Entah bile ah aku dapat main bass macam tu.

Stonebay
No comment. No offense. Tak berapa suka la band ni. Tak kisah ah, janji enjoy nanti.

The Lipstik
Muzik retro zaman abah aku! Dah dua kali gak aku tengok diorang perform live. Dua dua kali gak aku kagum. Band ni kuat kat drummer. Drummer dier hebat nak mati rolling. Lagu diorang ni tak berapa sesuai sangat la nak mosh, tapi kalau nak sing along pun dah best. Muzik mereka buat anda nak menari. Oh, abah aku pun dengar The Lipstik. Best, memang best. Just dalam banyak banyak lagu diorang, aku macam tak berapa suka r dengan lagu About My Girl. Sebab lagu ni kuat sangat sound grunge dier. Memang sangat sangat macam Nirvana. Lagu About A Girl. Cube la try dengar, pastu compare.

Statik
Haziq!!! Aku tulis pasal kau ni! Haha. Ni second time tengok diorang perform. Gitaris kidal kan. Frontman band lagi. Memang dapat full support aku ah. Nak balas dendam tak dapat tengok diorang kat Kuantan aritu. Lagu easy listening lagi. Tak boleh nak hangguk hangguk kepala lebih lebih. Tapi still layan. Confirm aku sing along gak ah. Pape hal pun, perform elok elok Haziq! Aku support kau!

PLAGUE OF HAPPINESS
Oh, my GOD! It's POH! haha. Band southern ska punk, ex skaters yang buat band mantap tahap maksimum. Muzik diorang ni memang masuk kepala ah, fill in the blank. Serius. Muzik yang tak berat, tapi tak crappy sangat. Just fine. Element DIY tu la yang buat muzik diorang lagi pure. Tapi best. Cakap je lagu apa, sume aku boleh sing along. So tak kisah r Nas, ko nak main lagu ape pun, aku layan je. Yang penting skankin!

Dah malas nak tulis. Nak belajar Kimia pulak. Takut esok kantoi.
Oh, esok ada talk pasal Visa. Mesti concentrate. Aku nak fly.

Sekarang belajar betul betul, sampai hilang akal.
Next two weeks, enjoy betul betul, sampai hilang akal.

=)

Friday, February 19, 2010

Jumaat: Hari Untuk Memberi

Jumaat datang lagi, penghulu hari. Hari untuk memberi.

"Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah dengan sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" 
Al-Jumuah, ayat 10

Topik kali ni; SEDEKAH.
Last week, aku dan abah solat Jumaat di sekolah angah ngan AA. On the way, abah berhentikan kereta kat tepi jalan. At first, I wonder kenapa. Oh, then beberapa orang warga Indonesia yg tengah jalan kaki datang masuk kereta.
Baru la aku faham. Abah memang macam ni, sgt sgt suka tolong orang. Then abah hantarkan orang Indonesia tu kat masjid Jaya Gading. Just on the way, bukan susah pun.
Kereta buruk je yang akan drop by untuk tumpangkan mereka. Sebab tu la aku sayang sangat CAN4600 ni. Buat kami rasa zuhud. Cuma orang susah je yang akan rasa perasaan orang susah.

ISTIQAMAH MEMBERI

Istiqamah penting dalam memberi. Kerana sebenarnya keikhlasan datang perlahan lahan, seiring dengan sifat istiqamah. Bayangkan dengan istiqamah, seringgit sehari pada setiap Jumaat, kira untuk setahun. Tak sukar. Kalau ada lebih, beri lebih. Kalau kekurangan, beri kurang sedikit. Asalkan ada. Oh, teringat satu kisah, teladan yang boleh kita ambil dari sifat pemurah, dan istiqamah Rasulullah S.A.W dalam bersedekah.

Cerita dia lebih kurang macam ni. Kalau tersilap tolong betulkan, sebab aku pun dah ingat2 lupa.
Di Madinah, terdapat seorang peminta sedekah Yahudi yang buta, yang sentiasa memburuk burukkan Rasulullah S.A.W. Kepada setiap orang yang mendekatinya, dia katakan, "Berhati hatilah kamu dengan Muhammad, dia itu gila. Dia juga tukang sihir, kalau kamu mendekatinya, kamu akan dipengaruhi."
Walaupun dengan sifatnya yang sedemikian, Rasulullah S.A.W tetap datang kepada pengemis itu setiap pagi, membawakan sedikit makanan dan menyuapkan makanan tersebut kepada pengemis itu. Pengemis itu langsung tidak mengetahui bahawa orang yang menyuapkan makanan kepadanya itu adalah Rasulullah S.A.W.
Baginda melakukan perkara ini dengan penuh istiqamah, sehingga beliau wafat.
Apabila baginda wafat, sudah tiada lagi orang yang membawa pengemis itu. Lalu Abu Bakar R.A. bertanya kepada anaknya, yang juga isteri Rasulullah S.A.W, Aishah R.A., "Anakku, adakah apa apa kebiasaan baginda yang masih belum aku kerjakan?" Lalu Aishah R.A. memberitahu bapanya tentang pengemis buta itu.
Maka esoknya Abu Bakar R.A. pergilah menyuapkan makanan kepada pengemis buta itu. Apabila menyedari orang yang menyuapi makanan kepadanya bukanlah orang yang biasa, pengemis itu mengherdik Abu Bakar R.A.
"Siapakah engkau? Engkau bukan orang yang biasa menyuapkan makanan kepadaku."
"Aku orang yang biasa mengunjungi kau."
"Bukan! Kau bukan orang yang biasa. Orang yang biasa menyuapkan aku, menghaluskan dulu makanan tersebut sebelum disuapkan kepadaku."
Lalu Abu Bakar R.A. pun menangis, lalu berkata, "Memang aku bukan orang yang biasa, dan akulah sahabatnya. Orang yang mulia itu telah wafat. Dialah Muhammad, Rasulullah S.A.W.
Dan pengemis buta itu turut menangis, "Selama ini aku memfitnahnya, tidak sekalipun dia marah kepadaku. Malah dia berikan aku makanan setiap pagi."
Kesudahannya, pengemis buta itu memeluk Islam.

Tengok. Sifat Rasulullah S.A.W yang amat mulia. Siapalah kita nak dibandingkan dengan sifat baginda. Rindu sungguh dengan kekasih Allah. Mampukah kita beristiqamah macam baginda?

MEMBENTUK KEIKHLASAN HATI

Macam aku cakap kat atas tadi, keikhlasan datang dengan istiqamah. Aku cuba ambik contoh yang paling mudah. Keikhlasan kita dalam melakukan ibadah. Adakah setiap ibadah yang kita lakukan itu ikhlas? Ikut apa yang aku tahu, apa yang aku belajar, ikhlas dalam ibadah akan datang apabila kita khusyuk. Bagaimana pula nak mendapatkan khusyuk? Itu satu soal yang lain.
Bercakap tentang keikhlasan ibadah, aku nak berkongsi satu video.


Kisah di sebalik video ni, adalah seorang wanita dalam lingkungan 30-an, di Lombok, Indonesia. Wanita ini dikatakan cuma mengambil masa 3 hari untuk berubah menjadi seekor ular. Dan terus meninggal dunia selepas 3 hari itu. Kesilapan beliau, tiada keikhlasan dalam mengerjakan rukun Islam ke-5. Sewaktu hendak mengucup batu Hajarul Aswad, beliau berkata, "Oh, macam lubang ular je batu ni. Membazir je aku jual tanah, jual sawah, susah susah nak datang sini." Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan dari sifat sifat mazmumah.
Aku paling tak suka bila ada orang puji lebih lebih kebaikan yang kita buat. Kalau sedikit, mungkin boleh dimaafkan. Tapi cuba fikirkan, apabila kita mampu menghilangkan ikhlas orang tersebut, dan menimbulkan pula perasaan riak. Dosa akan ditanggung oleh kita gak. Jadi berhati hatilah dengan percakapan anda.

"Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan mrngungkit-gungkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka... "
Surah Al-Baqarah, ayat 262. 
*boleh rujuk jugak ayat 261, 263, dan 264


Satu lagi cerita yang aku nak kongsi, tentang keikhlasan hati ni. Aku dengar kat TV tadi, rasional nya ada. Brilliant.
Cerita ni pasal seorang lelaki dan berus gigi. Ada la sorang lelaki ni, datang nak interview kat sebuah pejabat. Sedang menunggu giliran, lelaki ini telah pergi ke tandas untuk menggosok gigi, supaya lebih kemas untuk interview tu. Sewaktu di dalam tandas, lelaki ini terpandang sebuah sinki yang amat kotor. Lalu lelaki ini pun menggunakan berus giginya untuk menggosok sinki tersebut sehingga bersih. Sedang sibuk menggosok sinki tersebut, bos yang akan meng'interview' lelaki tersebut masuk ke dalam tandas. Melihat lelaki itu menggosok sinki dengan menggunakan berus giginya, bos tu pun bertanya, "Adakah kau melakukan ini kerana aku?"
Lalu lelaki itu pun menjawab, "Tidak, aku melakukan ini ikhlas kerana Allah S.W.T."

Semoga kita dikurniakan keikhlasan, kekuatan untuk istiqamah dan khusyuk dalam ibadah.
Semoga ditetapkan iman, dikekalkan takwa.
InsyaAllah.

Salam alaik~
=)


Tuesday, February 16, 2010

Budak-budak ni bukan tahu seni...

Rasa terpanggil untuk menulis tentang muzik, kali dengan lebih open.
Rasa tertekan currently, rasa jauh. Rasa bosan dengan muzik. Dan rasa nak pegi gig lagi.

Firstly, terima kasih yang giler giler untuk ROTTW yg letak gambar aku kat review RTW aritu. Terasa mencapub r plak.
Pernah beberapa purnama yang lepas, aku join pakcik aku dengan member member veteran dier jamming kat dewan Gerakan Pemuda dan Wanita (GPW, kalau aku tak silap la). Aku bawak gitar aku, sebab pakcik aku suruh. Sampai-sampai je, aku diberi main rhythm. Memang aku fully ikut bass je, main power chord. Ntah ape ape lagu ar yang diorang main. Lagu Wann la, Bujang Senang la, 60'an la. Semua aku tak tau. Last last aku try bawak lagu 'Bersama Semula', The A.C.A.B. Goreng okeh je, tapi pakcik pakcik tu main entah apa apa.

Tu la last aku datang main dengan diorang. Lepas tu aku dah taknak dah. Buat malu diri sendiri je. Kesimpulan yang aku dapat daripada sesi jamming dengan diorang ni adalah;

  1. Bass lagu rock kapak sangat slow numbered, dan byk pakai finger drpd pick. 
  2. Lead lagu rock kapak susah giler. Tapi once dapat main memang cool ah.
  3. Gitar 2nd lagu rock kapak byk plucking. Key selalu betukar tukar.
  4. Aku tak pandai main lagu diorang. And diorang tak pandai main lagu aku. Kalau diorang gelak sebab aku tak pandai main lagu 'Opera Hidup', aku nak gelak sebab diorang tak pandai main lagu 'Sweet Child O'Mine'.
  5. Diorang tak banyak belajar pakai tabs. So diorang sangat familiar dengan sound. Tune boleh pakai telinga je.
  6. Mereka mungkin dengar underground. Tapi mereka juga penyokong kuat mainstream
Then time nak packing up, tolong tolong gulung wayar nak balik rumah, aku borak borak la dengan brader lead gitaris ni. Dagu dier panjang giler. Tapi hebat r main gitar, Ibanez RG dier pun siap hantar airbrush lagi. Memang jari super pantas r beb. Faizal nama beliau.
"Aku tak suka betul r dengan benda indie indie ni. Budak budak  ni bukan tahu seni." Bro Faizal membuka bicara. Haih, brader ni nak kena psycho dgn aku ni.
So aku tanya balik, "Bang, ape yang abang tau pasal indie?"
Dengan selamba dier jawab, "Macam Bunkface, Hujan, Meet Uncle Hussein tu la... Muzik entah ape ape."
Then aku senyum je. Aku try tanya dier balik, "Abang dengar muzik underground tak?"
Aku nampak dier dah makin excited bila aku cakap pasal underground. "Owh, memang la. Zaman abang dulu semua underground abang layan."
Aku gelak dalam hati je. Sangat sangat geli hati dengar jawapan dier.
"So abang mesti dah familiar dengan otai otai underground macam The Federated, The Pilgrims, Saturnine, Blind Tribe. Zaman zaman abang r tu kan?"
Brader tu angguk, pandang aku, tak tau la kagum ke terkejut. Tapi aku rasa dier x expect aku tau pasal band band underground 90'an ni. Then aku sambung lagi,
"Sekarang ni dah keluar satu istilah baru untuk muzik underground. Underground, dalam bahasa lembutnya, adalah indie."
Brader tu pandang aku lagi. Ok. Interested.
"Indie bukan genre bang. Indie ni label. Kalau ada label mainstream, mesti ada label independent. Atau dalam bahasa abang, underground. Dalam label indie kita ada banyak lagi genre selain daripada genre macam Hujan, MUH dengan Bunkface tu. Kita ada hardcore, metalcore, ska punk, reggae, brit rock, power pop. Macam macam lagi."
Aku tengok brader tu macam dah panas. Aku ready je nak angkat kaki. haha. Sambung lagi.
"Zaman underground abang dah lepas. Sekarang zaman underground kami. Sebelum abang boleh nilai kualiti muzik indie, abang kena dengar beratus ratus band lagi. Bukan dengan 2, 3 buah lagu indie yang masuk radio, abang nak compare dengan Wings, Search, BPR abang. Underground dah berkembang sekarang ni."
Aku cabut strap, letak gitar dalam beg, terus ambik kunci motor. Brader tu still tercengang tengok aku.
"Ok r, pak epu (my uncle), terima kasih la. nanti nanti jamming lagi. balik dulu." Aku cakap sambil angkat tangan.

Puas hati aku. Ikut la kalau nak terasa hati. Haha. Risau gak kena hentak kat luar plak aku nanti.
Berani la ko, bro Faizal. Aku berdiri atas paksi muzik bebas.
Aku dengan cara aku sendiri.

Next big event, kena simpan duit dari skrg. Kumpul budak budak.
Indie Goodness Volume 2. Barisan band2 mantap. Memang mesti pergi.
Tiket presale. Jom ah beli ramai ramai. Test power One's Cafe baru. Mesti best. Kasi pecah.

Next post aku buat preview pasal band2 gig ni. Kat bawah ada flyer, boleh buat rujukan.

Sunday, February 14, 2010

Minda Ko5ong. Idea tiada.

Perkara Pertama:
WAHAI ORANG ORANG KAMPUNG!!!


DENGAR SINI SEMUA!!!

PENGUMUMAN PENTING!

Effective 9 February 2010, URL blog ni telah bertukar menjadi www.syahmiyem.com
Sehingga transition period, semua link URL lama blog ni akan di'redirect'kan ke URL baru. Tapi sila ambil perhatian, sebaik sahaja tamat transition period, URL lama, theblackbook90.blogspot.com mungkin tidak akan ditemui. 

Perkara Kedua:
Malam semalam, berbual dengan keluarga dan saudara-saudara sampai pukul 3 pagi. Memang seronok. Macam-macam isu keluar. Dan macam-macam ilmu aku dapat. Alhamdulillah. Oh, terima kasih, gadis yang teman aku sampai subuh semalam.

Perkara Ketiga: 
Currently main lagu 'Best I Ever Had - Vertical Horizon' 18 kali sehari. Tak lama lagi masuk la cover aku. Haha. Tapi best, sesuai sangat dengan jiwa aku currently. Tak sedih, dan tak jugak gembira. 

Perkara Keempat: 
Jumpa gitaris kidal lagi. Tapi yang ni lain, sebab beliau perempuan. Ingat nak hantar akustik aku tu sebijik pegi buat custom r. Bagi betulkan alignment, adjust nut sikit. Bagi fully lefthanded. Baru best nak pakai capo, sound lagi clear. 

Perkara Kelima: 
Tiga hari berada di rumah, macam-macam aku belajar. Pengisian yang mantap, at least. Bila aku cerita insiden awek dalam bas aritu, memang kena gelak kaw-kaw r aku ngan family aku. Tak kisah, sebab diorang tau aku macam mne. Ntah la, tadi tolong-tolong orang kenduri pun, kekok je rasa. Dah lama tak bercampur dengan orang.

Perkara Keenam: 
Petang tadi aku, adik aku dengan makcik aku berpakat nak kenakan atuk aku yg paralyzed from stroke tu. Kitorang angkat beliau ramai-ramai bawak turun kat tanah, pastu tolak pegi rumah jiran. Saje je nak bagi beliau udara segar sikit. Haha. Seronok, memang seronok!



Sunday, February 7, 2010

Kisah Si Semut

Terasa sangat malu bila sebut, 'Allahumma Ajirna Minannar'.
Kerana terasa masih belum layak untuk masuk syurga.

Terasa sangat malu bila sebut, 'Astaghfirullah'.
Kerana setiap kali berdosa, istighfar kembali. Dan kemudian berdosa lagi.

Terasa sangat malu bila sebut, 'Samiq'na Waato'na'.
Kerana selalu tak menghiraukan apa yang aku dengar, dan ketaatan yang goyah.

Terasa sangat malu bila sebut, 'Rabbana la tu'a hizna minnasina au'ah toqna'.
Kerana aku sentiasa lupa, sentiasa bersalah. LAYAKKAH aku menolak hukuman Allah?

Terasa sangat malu bila sebut, 'Wamin syarriha sidin iza hasad'.
Kerana aku kadangkala menjadi seorang pendengki.


Cuma satu mukadimah. Cerita sebenar bermula sekarang.
Tadi aku makan KFC dengan housemate2 tercinta. Bawak balik burger nak buat sahur.
Letak burger atas meja. Lepas tu pergi mandi, solat etc. Then tengok balik atas meja.
Ya Allah, banyaknya semut nak makan burger aku. Aku duduk, tiup2 burger. Rezeki kau, semut. Hanya mampu tersenyum. Haha.



Tengok semut banyak2 tu buat aku berfikir sekejap. Alangkah harmoninya hidup semut-semut ni. Tak macam manusia. Hidup semut atas berkongsi. Seekor terjatuh, berpuluh-puluh yang akan terjun. Seekor terjumpa makanan, satu koloni akan dapat merasa. Susah payah mereka bersama. Dalam kesenangan sekalipun, mereka tetap berkongsi.

"Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh." 

Terfikir pula tentang sahabat-sahabat aku yang sekarang dalam kedukaan. Tentang sahabat-sahabat yang hilang semangat. Tentang sahabat-sahabat yang hidup gembira. Seorang sahabat yang baru kehilangan kekasih, dan gagal dalam TOEFL. Sukarnya hidup. Aku akan tolong dengan sedaya upaya aku. Nak panjat bilik aku tiap2 malam pun takpe.
Seorang lagi sahabat dapat surprise party malam ni. Seronok sungguh beliau. Ditambah lagi dengan hadiah2 bantal berterbangan. Dengan Domino Pizza lagi. Indah kan dunia bila kita ada kawan yang mengambil berat?
Seorang lagi sahabat aku, buat aku senyum sorang2 bila baca screensaver beliau, "______ IS NOW SINGLE". Ingat lagi last year, waktu beliau putus cinta, kejut aku tengah tidur, 'Syahmi, jom la teman aku minum. Awek aku buat hal la." Sekarang, perkara tu dah jadi sesuatu untuk kami ingat balik dan gelak sama-sama. Oh, pernah jugak sekali sebelum tu, "Syahmi, temankan aku malam ni. Aku tak boleh tidur. Aku takkan tidur selagi dia tak reply message aku."
Kroniknya aku, tak sekronik beliau. Haha. Kadang2 kelakar pun ada. Tapi sekarang kami semua dah sedar. Takkan pernah jadi mangsa cinta lagi. Cinta hanya untuk Kekasih Allah. Yang mampu bagi syafaat waktu dalam kubur nanti.
Maaf kepada sahabat, aku terlalu banyak bercerita tentang diri aku. Sampai aku lupa sahabat2 aku juga ada sesuatu untuk diceritakan. Maaf juga kepada sahabat, yang pernah berkata, 'Dah la, aku takde mood la nak dengar kisah-kisah cinta kau ni.' Aku faham, aku memang susah nak lupakan dia. Dan selalu jugak disebut sebut. Itu silap aku, dan aku janji akan cuba baiki diri. Maaf, dan bantulah aku, sahabat.

Satu lagi yang aku berminat nak sentuh, mencari suasana ibadah. Bila selalu ke rumah Allah, kita akan rasa tak selesa kalau solat seorang di bilik. Apa yang aku rasa la. Tapi berbezanya suasana ibadah di bilik dan di surau sangat jelas.
Ketenangan dan khusyuk yang mampu kita dapat dalam surau dan dalam bilik jauh berbeza. Bukan sebab air-cond, yang pasti. Tapi keselesaan untuk beribadah. Keselesaan untuk berada dalam satu komuniti yang sama niat dengan kita. Makin meriah surau, makin gembira hati.
Dulu, aku memang liat nak ke surau. Surau Cendana jarang sekali. Amat-amat jarang. Alasan jauh, susah nak diterima akal. Cuma waktu terawih je aku turun tiap-tiap malam. Tapi sekarang, waktu hati aku cuba diletakkan pada baitullah, akan aku usahakan untuk turun. Memang tak sempurna kehadiran, tapi sekurang-kurangnya usaha tu ada. Kadang-kadang terasa hipokrit, tapi aku tak nak ambil kira sifat manusia-manusia prejudis dan skeptikal. Asalkan perbuatan aku ikhlas, dan tak menyusahkan orang. Semoga amal kita diterima Allah.

Hidup biarlah dihiasi amal. Bersyukur di atas nikmat; dan juga musibah.

Salam Alaik~
=)

p/s: haih...nak sahur apa ni... =(

Friday, February 5, 2010

Obsesi Seni

Petang semalam angah call dari semsas. Nak mintak pinjam gitar aku malam ni, sebab AA nak perform lagu Yuna untuk function. Semalam aku sangat2 reluctant nak bagi gitar aku. Memang aku cakap betul2 yang aku takkan bagi. Tapi lepas fikir2 balik, aku patut bagi support kat my brothers, macam parents aku support aku. So malam semalam aku call abah balik, suruh dia hantar gitar elektrik aku kat angah. Tapi pagi esok, ambik balik. Jangan bagi dia pegang lame2.

Kadang2 terfikir gak, aku memang agak obses dengan seni. Just nak share, and review balik perspektif aku dengan seni. Daripada creative arts, muzik, sampailah ke yang teknikal macam movie producing.

Kaligrafi / Graffiti


Ni la paling awal sekali aku start karier dalam seni. And this is the point where aku start obses dengan seni. Aku start buat graffiti waktu Form 1. Waktu tu, rujukan utama aku adalah Art Crimes. Website yang banyak bagi aku inspiration and idea. Biasa ah, amatur memang akan start dengan plagiarize hasil kerja orang lain. Waktu ni, aku just banyak buat Bubbles dgn Blocks je. Tu pun tak de la mantap macam skrg. Sebab aku tak pandai sangat nak buat lukisan lain. Dalam Form 2 aku start buat Tags. And waktu aku Form 2 gak r aku design tags untuk nama aku yang aku pakai sampai sekarang.
tags nama aku. dah tujuh tahun.
Ada orang cakap tags aku ni macam tulisan jawi. Haha. Tak kisah r, ni identiti aku ni. Copyright reserved. Then seingat aku, waktu Form 2 ni sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan buat kat Kuantan. And sekolah aku kena hantar wakil. So ramai ah yg join (termasuk aku sekali). Since kitorang dapat byk baju ngan topi free, aku pun buat bisnes. 1 graffiti kat topi aku charge RM5. Untung gak, seratus lebih gak r habuan aku. Then graffiti aku pun terus develop sampai la jadi macam sekarang.
Graffiti aku yg di'dedicate'kan untuk Glendalians Fall 08

Yang ni hibrid. Nama aku dengan Syimma. Boleh nampak tak? haha
Karya latest. Belakang notebook psychology. Credit to ama bagi pinjam highlighter.

Muzik

Yeah...ni obsesi paling besar. Kawan2 aku mungkin dah tau, dah faham how much I love music. Sometimes it seems unreasonable though. Muzik dalam hidup aku start waktu aku Darjah 3. Waktu tu result aku drop, dah sgt2 jarang dapat nombor 1. So abah aku offer, kalau aku dapat nombor 1, abah nak bagi komputer baru. Waktu tu komputer mahal lagi, and kitorang pun takde la senang sangat. Tapi once dah keluar result, aku dapat nombor 1, aku tak nak komputer. Aku mintak kat abah kaset OST Silat Lagenda. Time tu yg aku ingat, aku minat dengan lagu Fobia (KRU), Ceritera (Zainal Abidin) dgn Istimewa (Innuendo). And byk lagi lagu lain (Sharifah Aini pun ada gak!). Start dari tu, minat aku dgn muzik makin tebal. 

Darjah 6, kitorang ada lawatan ke KL. Waktu round2 kat Petaling Street, aku jumpa gerai jual CD 3 RM10. So aku ambik 3 album, yg jadi pengaruh muzik utk bbrape tahun lepas tu. 
Linkin Park - Reanimation
Maroon 5 - Songs About Jane
Eminem - Encore
Genre yang agak diverse dan dinamik. Dari Form 1 sampai Form 3, aku memang die hard fans Linkin Park. That's where aku dapat nama syahmike. Sebab obses dengan Mike Shinoda. Haha. Then Form 4, kat Eskay dgn ASiS, aku start layan punk rock. Album original pertama yang aku beli is...

Green Day - American Idiot
Rasa nak tergelak bila ada orang tanya aku, "Syahmi, ko dah berapa tahun main bass?". Haha. Tak tau la dia ni sarkastik or what, tapi aku start main gitar time Form 4. Ada 3 bijik gitar kat bilik aku waktu tu, semua bukan aku punya. Memang tiap kali aku pegang gitar, mesti keluar lagu Green Day je. Boleh la sikit2, baca kord tak pandai, baca skor jauh sekali. Memang fully belajar dengan orang je. Time ni tak kenal Guitar Pro lagi. 
~My Guitars~
Gitar first aku, gitar kapok yang pakcik aku bagi waktu aku Form 5. Gitar 2nd aku plak waktu Fall 2008, semester pertama kat INTEC. Aku beli pakai duit biasiswa, Aria AF-20 Acoustic BLK. Ingat nanti nak buat custom, tukar jadi lefthanded. Gitar 3rd aku, gitar Dzul yang lama. Before dia fly, aku suruh dia jual kat aku. Santa Cruz. Murah je, tak kisah la. Asalkan elektrik. Amplifier plak aku beli drpd Mas Asyraf, 2nd hand gak, Yamaha 15W. Ok gak r bunyi dier. Tapi teringin gak nak pakai Roland Microcube. 
Yang kanan tu gitar 2nd, yang kiri tu plak gitar 1st aku.
Start main dengan Undecided, aku start main bass. Mula2 macam bosan giler main bass, coz tak mencabar macam gitar. Tapi once dah main lagu2 yg tricky macam Sweet Child O'Mine, Setelah, Time Is Running Out ngan Plug In Baby, rasa seronok r plak main bass. So sekarang aku rasa minat aku lebih kepada bass dgn akustik je. 
~Mengkompos Lagu~
Haha. To be precise, aku ni agak sentimental ah. So bila aku tension, aku ambik gitar aku, notebook aku, then aku buat lagu sendiri. Sume lagu2 ni cam agak emosional gak ah. Ada beberapa lagu yang aku pernah buat, tapi jarang main. Lagu2 tu adalah;
The Old Lullaby
Once and Gone
True Hoax
No Longer Yours
Demonstrasi Demokrasi
Aku Hidup
Diam

Some of the songs aku dah lupa kord, tapi notebook aku still ada lirik2 dier. Jarang je main, coz tak best pun. Haha...

Penulisan

Satu lagi minat aku yang susah nak explain. Writing. Aku sgt suka menulis, tapi jarang ada orang nak baca. Ni sume jasa baik Pn Wan Rosenina, English Teacher aku yang nampak minat dan ability aku, paksa aku hantar satu esei English kat dia setiap minggu. So memang nampak r improvement aku. Selalu gak aku menulis untuk Helium, tapi dah lama stop, sebab sibuk sangat. Blog ni pun dah tukar bahasa utama; bahasa rojak. haha. 

Videografi

Aku pun tak tau dari mana aku dapat idea nak buat video2 ni sume. Just sometimes, idea keluar tiba2. Sebenarnya tak susah pun. Just perlukan 2 benda, KERAJINAN dengan KREATIVITI. Produk aku yang paling best adalah music video untuk Eugene

Dah penat menulis. Sangat obvious kot, aku memang obses dengan seni. Hopefully obsesi kreatif ni boleh bagi kebaikan untuk aku.

salam alaik~
=)

Wednesday, February 3, 2010

8 Rahsia Lelaki

1.21 AM, February 2 2010.

Hampir muntah baca slide biologi. And there's still hundreds of pages to go.
Dah lama tak update blog. Banyak dalam draft, tapi tak complete lagi. Entah la, just lately idea macam tak pernah complete.

Terjumpa satu fail dalam komputer aku, macam biase r, tak ingat dah dapat kat mne. Tapi memang agak best r baca. Saje je nak kongsi. Menarik!

8 Rahsia Lelaki


1.Lelaki tidak detail dlm percakapan

Contoh kes:
Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanye what's his comment dier just cakap:"mm..dah nak putus nak wat camne..."
Alasan:
Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.
Komen aku:
Ada jugak lelaki yang suka bercakap. Tak normal? haha


2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi

Contoh Kes:
Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?
Alasan:
Sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.
Komen aku:
Setuju. Ada jugak lelaki yg berjaga nak tengok bola. Ada yang berjaga main gitar.

3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

Contoh kes:
Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete, gadget komputer dan jersey bola. Tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan shopping?
Alasan:
Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.
Komen aku:
Itulah lelaki. Learn to live with that, girls! haha

4.Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.

Contoh kes:
Dalam filem,sering kita lihat hero muncul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!
Alasan:
Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.
Komen aku:
Yaa.. Kami amat praktikal.

5.Lelaki tidak bergosip

Contoh kes:
Bila kita kata:""eh betul ke ni?" dia pantas memotong:"pegi makan jom!dah lapar nie..."
Alasan:
Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.
Komen aku:
Straight to the point la weh. Tanak r gosip2. Gosip lelaki dengan kawan-kawan je.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Contoh kes:
Lelaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:"eleh,macam tu pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau."
Alasan:
Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.TiTik!
Komen Aku:
Mak aku wanita paling hebat dalam semua perkara. Especially membebel dan bercakap. Syg mak aku!

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi terhad komik,CD ,jeans, jam tangan dan apa saja!

Contoh kes:
Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian kedai komik then sana,sini...semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan:
Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.
Komen Aku:
Alasan kat atas ni tak cukup rasional kan? Tapi betul jugak. Agreed.

8.Lelaki suka melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.

Contoh kes:
Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat saja:"I tak suka ahh!! tukar lain..!"Bengang kan...?
Alasan:
Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang lainnya-- mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain...
Komen Aku:
Tipu. Aku tak suka pun tengok kaki orang. Oh, jgn kan skirt pendek. Tudung pun sama gak cmtu.

Just sharing~ for fun only. Release tension baca Cell Biology.
=)

p/s: wish me luck 4 tomorrow's test!
p/s/s: wanita complicated? lelaki juga. as for me, wanita macam cell biology. susah nak faham and byk nak kne study.


Aku dan adik-adikku~ weeee~~~

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...