Thursday, June 23, 2011

This is a Start to a Great Relationship.


Photobomb gambar Yasmin!
Photobomb lagi oyeh! haha


Tik tok. Tik tok.

10 hari lagi, aku akan bertolak ke Los Angeles. The City of Angels. 3 hari di LA, dan terus ke Malaysia. Oh, singgah transit di Korea. Rasa tak sabar.

Pukul tiga pagi. Baru habis buat homework. Tunggu subuh, tak boleh tidur sekarang.

Pertemuan pertama kali. Memori sepanjang zaman.


Sabtu lepas, Kak Mona dari Milwaukee, Wisconsin datang ke Buffalo. Ziarah yang terbaik. Teringat abang Asyraf, kak Yani, kak Azzah, encik Sufian dan family mereka yang sangat wonderful.

Terima kasih Kak Mona sebab sudi datang :)


Kadang-kadang kita pelik. Pelik dengan perkataan ukhuwah. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Tak boleh di jelaskan dalam penulisan. UKHUWAH. Rumit, sangat rumit.

Pernah tak korang baru bertemu dengan seseorang, tapi perasaan tu macam dah lama kenal. Kerana apa? Kerana manisnya ukhuwah berlandaskan iman. Tak tergambar.

Dalam satu hadis Rasulullah yang menyentuh perihal ukhuwah fiddinul Islam;
“Kamu adalah sahabat-sahabatku, persaudaraan, saudara-saudara kita adalah yang datang sesudah (wafat)ku.”
Bila disebut tentang persaudaraan, mesti akan terbangkit jugak soal perselisihan faham. Tapi apa yang kita mesti ingat;

Aku orang Islam yang beriman. Kau orang Islam yang beriman. Kita bersaudara.

Sahabat yang ini Islam. Sahabat yang itu pun Islam. Mereka bergaduh dan aku berada di tengah-tengah.
Apa aku patut buat?

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujuraat: 10) 
 Damaikan mereka. Bukan mengapi-apikan.

Kembali kepada ukhuwah. Bila sayang kita terhadap sahabat; bukan seperti cinta kepada kekasih, bukan seperti cintakan ibu bapa, bukan seperti cinta kepada negara. Tapi adalah cinta berdasarkan fakta yang kita sama-sama Islam dan kita bersaudara.

Itulah; cabaran belajar di luar negara. Bagitau aku, anda ada siapa kat sini? Aku ada siapa? Kalau bukan sahabat aku, aku takkan ada tempat bergantung. Terkapai-kapai lemas. Hanyut. Ada kawan, sahabat or apa je yang korang panggil, semua dengan fungsi masing-masing. Bukan opportunistik tapi ini kenyataan.

Ada kawan yang korang boleh ajak pergi tengok konsert.

Ada kawan yang korang boleh ajak pergi jalan-jalan.

Ada kawan yang korang boleh ajak solat jemaah.

Ada kawan yang korang boleh meluahkan perasaan dan masalah.

Ada kawan yang korang cuma boleh berbual sekali-sekala.

Tapi yang paling penting, berkawanlah dengan semua orang. Teruk macam mana sekalipun sahabat kita tu, dia tetap manusia. Aku selalu ingatkan diri sendiri. Alah, dia pun manusia yang beriman. Bezanya mungkin tinggi atau rendah. Iman tu kan selalu naik turun. Kenapa nak benci dia walaupun dia buat dosa? Bencilah dosa tu, tapi jangan benci sahabat tu. Macam mana nak sebar agama kalau mentaliti macam tu? Even aku sendiri pun selalu hanyut. Nak-nak kat tempat yang arus deras macam Buffalo ni. Ingatkan diri sendiri ye kawan-kawan, alah, dia lupa sekejap tu. Biasa la manusia, semua orang pun selalu lupa. Nobody's perfect.

Okay, next, melapangkan kesulitan sahabat. Oh, aku suka part ni.

Satu lagi hadis Rasulullah S.A.W;
Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”(H.R. Bukhari dan Muslim)
Bila tengok member susah. Tolong la member tu. Mana la tahu kan, satu hari nanti Allah akan tolong kita pulak. Kita tak tahu, entah-entah pahala kita tolong member tu la yang akan bantu kita masuk syurga. Maklumlah kan, amalan sunat tak banyak. Nak cakap buat qiamullail pun takde. Jadi amalan-amalan yang macam ni la yang mampu bantu kita, kalau esok lusa kita mati. Who knows kan? Yang paling paling penting, IKHLAS. Tolong la ikhlas. Tolonglah elakkan mengungkit. Hilang ikhlas, hilang pahala, datang riak takbur, datang dosa. Rugi beb rugi gilerrrrrr!!!

So ingatlah. Bentuk ukhuwah sebagai satu nikmat yang diperolehi atas dasar iman.

Aku. Kau. Dia. Mereka. Kita semua; bersaudara.

p/s: terngiang-ngiang lagi di telinga, kata-kata abang Asyraf, "This is a start to a great relationship."
      oh, tengok la cover baru aku, so far away - avenged sevenfold.



Salam Alaik~

=)

No comments:


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...