Saturday, June 4, 2011

Maruah Untuk Dijual

Barang siapa yang mencegah terbukanya aib saudaranya nescaya Allah akan mencegah wajahnya dari api neraka pada hari kiamat nanti. (Riwayat Tirmizi)

Kupasan tentang maruah diri; susulan dari post yang sebelum ni. Akhawat-akhawat seluruh dunia, teliti salah satu doa Rabiatul Adawiyah, contoh pejuang agama terulung.
"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku." 
Bagi beliau, tak ada yang lebih penting daripada menjaga maruah diri dan agama.

Aku bukan berada pada satu posisi yang terbaik untuk bercakap dan mempersoalkan maruah, tapi sekurang-kurangnya aku akan bagi pandangan peribadi, berdasarkan daripada apa yang aku tahu dan fikir.

Beberapa point yang dibangkitkan oleh Kak Azzah;

Wanita tanpa dara; tiada maruah.  Lelaki pula?

Orang berhutang; tiada maruah. Kalau untuk operate anak beliau?

Betul tu. Maruah itu sangat abstrak. Tambah pulak dengan minda stereotaip orang Melayu kita. Sikap prejudis turun-temurun. Jadi definisi maruah itu jatuh pada masyarakat untuk tetapkan.
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)
Allah dah sebut dalam ayat sebelum ni tentang sikap prejudis manusia. Jadi kita manusia patut dah boleh nampak perkara ni menjadi satu trend dalam masyarakat, nak nak lagi dalam Facebook. Nampak tak? Aku boleh listkan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah orang dalam laman ni. Macam aku pernah cakap, niat tu betul, tapi dengan cara yang salah (tolong ingatkan aku kalau penyampaian aku salah, aku pun manusia). Macam orang cakap, niat tak menghalalkan cara.

Okay, kembali kepada maruah. Bagi aku, definisi maruah tu milik Allah. Dan hanya Allah yang mengetahui. Kita manusia akan terus berkata-kata. Dan makin banyak yang dibicarakan, makin banyak pulak dosa terhasil. Tahniah. Huh.

Perkataan maruah ni sangat sensitif. Perkara yang sangat penting dan sangat-sangat dilindungi, lebih-lebih lagi dalam masyarakat Melayu kita. Hilang maruah bermakna hilang hak untuk terus hidup dan dihormati.



Gadis itu tersenyum dibalik hijab hitam,
Menutup rambut dan leher beliau,
Tertutup litup dan sopan terjaga.
Tapi berseluar dan berbaju ketat pula.

MARUAH untuk dijual.

Lelaki itu berang dan mabuk,
Isteri beliau lemah longlai, terduduk,
Anak-anak menangis, takut dan kelaparan,
Melihat ibu menahan kesakitan; amarah syaitan.

MARUAH untuk dijual.

Politikus itu bersuara; lantang.
Mengecam lawan, isytihar perang.
Tapi aku, kau tak tahu; dibelakang kamera.
Antara mereka; huh, rakan rapat buat bicara.

MARUAH untuk dijual.

Ketua itu pilihan ramai; semua orang suka.
Bekerja bersama saya, bukan untuk saya (katanya),
Sedangkan bila membuat keputusan pulak,
Kronisme, dulu kini dan selamanya.

MARUAH untuk dijual.

Sahabat baik itu! (Aku suka yang ni)
Tempat meluah perasaan, ketawa menangis bersama.
Bercerita, berkongsi tentang hidup dan cabaran.
Huh. Ku sangka dia manusia, rupanya talam. Bermuka dua.

MARUAH untuk dijual.

Lelaki tu hensem dan segak bergaya.
Duit? Pergh penuh poket serius kaya-raya.
Mentang-mentanglah semua perempuan nak kat dier,
Senang-senang je dier campak-campak perempuan lepas guna.

Yup. MARUAH untuk dijual.

Define MARUAH. It's all about yourself.

Salam alaik~

=)



 

No comments:


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...