Saturday, June 25, 2011

[Road Trip] New York City ke Los Angeles

Dah lama aku nak tulis pasal benda ni tapi belum sampai kekuatan.

Menulis tentang sabar dan bersyukur.

Setuju tak kalau aku cakap; bersabar tu jauh lagi senang daripada bersyukur. Agak agak korang ni penyabar tak? Korang ni bersyukur tak?

Pada pandangan aku, tentang diri aku sendiri, bersabar tu aku boleh. Aku mampu. Tapi bersyukur tu jauh lagi susah. Bukanlah bermaksud yang aku ni bukan seorang yang bersyukur, tapi aku selalu lupa nikmat. Kufur sebentar.



Bila datang masalah, bila datang kesusahan, aku tanya, "Kenapa aku? Sedangkan aku dah cukup susah." Tapi itu tak adil sebenarnya. Aku dah jadi zalim dengan Allah, dan aku dah jadi zalim dengan diri aku sendiri. Kalau aku nak tanya soalan macam tu, sepatutnya aku tanya soalan yang sama bila aku dapat kesenangan. Baru lah adil untuk semua.

Jadi jom fikirkan balik, siapa kita nak persoalankan kehendak Allah?
Kau bagitahu aku, mana lagi penting, kehendak kau ataupun kehendak Allah S.W.T?

Tak ni bukan cakap main-main. Serius aku cakap. Kau mampu bersabar, kau hebat. Kau mampu bersyukur, kau hebat. Kau mampu bersabar dan bersyukur, kau super hebat. Jadi pilihan milik kita.

Doa dengan sepenuh hati. Bersyukur dengan setiap titis hujan yang jatuh. Bersabar, tahan marah kau. Kau boleh sebab kau hebat.

Kau kena tahu, dunia ni perjalanan jauh. Kau bayangkan kau nak buat roadtrip dari New York City ke Los Angeles. Naik kereta. Di New York City kau ada USD1500, untuk kau buat belanja, nak enjoy, bergembira, pegi Disneyland, Hollywood, Universal Studios di Los Angeles.

Tapi on the way kau nak ke Los Angeles kau jumpa macam-macam. Kau jumpa ramai orang. Ada yang tolong kau tunjuk jalan bila kau sesat. Ada jugak yang nak rompak kau. Lepas tu on the way ke Los Angeles tu kau sampai ke Las Vegas. Tak, kau tak plan pun nak singgah di Las Vegas, sebab duit kau confirm tak akan cukup.

Tapi sebab hasutan sorang kawan kau yang tinggal kat Las Vegas, kau singgah jugak. Ye lah, member punya pasal kan. Bila singgah di Las Vegas, kau dah habiskan almost semua duit yang kau ada. Tapi kau dah hampir sampai ke Los Angeles. Jadi kau teruskan jugak perjalanan kau ke Los Angeles.

Sampai di Los Angeles, kau dah tak ada duit. Kau tak ada tujuan. Kau dah hilang arah. Kau menyesal. Kau dah buat silap.

Motif aku, sama sebijik macam hidup. Tujuan asal kita; untuk syurga. Tapi bila kita dah habiskan masa, tenaga dan duit untuk dunia semata-mata, kau akan rugi di akhirat kelak. Bayangkan betapa ruginya kita nanti. Rugi beb!!! PErgh taknak aku rugi camtu. Kena saving duit dari sekarang untuk kenikmatan, keseronokan di Los Angeles syurga nanti. Where we'll live happily ever after. For eternity!

Oh manis sungguh. Indah tak tergambar dengan kata-kata.

Ingatan untuk diri sendiri dan sahabat. Semoga terpelihara la aku yang fragile melampau ni.

Sebelum habis, aku nak reinforce statement aku pasal bersyukur tadi dengan satu cerita ni.

Ada la sorang pakcik kaya raya ni nak bawak anak dier merasa camne duduk dengan orang miskin untuk sehari. Jadi pakcik ni pun bawak la anak dier pegi duduk kat kampung, yang orang kampung tu keje tanam padi je.

Bila dah malam, pakcik ni pun nak bawak la anak balik ke bandar. Tapi sebelum tu pakcik tu tanye dulu anak dier, "Boboi nampak tak betapa miskinnya diorang ni? Apa yang boboi dapat duduk kat kampung ni sehari?".

Anak pakcik tu pun jawab, "Boboi baru sedar yang selama ni kita sangat miskin. Kita ada kolam renang, tapi diorang ada sungai, ada air terjun. Kita ada lampu malam-malam, tapi diorang ada bintang. Kita beli makanan, tapi diorang tanam makanan. Kita ada pagar besi nak jaga kita, tapi diorang ada kawan-kawan. Kita ada buku, ada ensiklopedia, tapi diorang ada Al-Quran."

"Jadi terima kasih abah, sebab tunjukkan Boboi betapa miskinnya kita ni."

Duit? Huh. Dunia. Susah? Huh. Ujian. Mati? Yeah, brader, mati itu pasti.

So sekarang gak start bersyukur. And dah boleh dah kot nak buat simpanan untuk ke Los Angeles syurga nanti.


Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
Salam alaik~

=)

Thursday, June 23, 2011

This is a Start to a Great Relationship.


Photobomb gambar Yasmin!
Photobomb lagi oyeh! haha


Tik tok. Tik tok.

10 hari lagi, aku akan bertolak ke Los Angeles. The City of Angels. 3 hari di LA, dan terus ke Malaysia. Oh, singgah transit di Korea. Rasa tak sabar.

Pukul tiga pagi. Baru habis buat homework. Tunggu subuh, tak boleh tidur sekarang.

Pertemuan pertama kali. Memori sepanjang zaman.


Sabtu lepas, Kak Mona dari Milwaukee, Wisconsin datang ke Buffalo. Ziarah yang terbaik. Teringat abang Asyraf, kak Yani, kak Azzah, encik Sufian dan family mereka yang sangat wonderful.

Terima kasih Kak Mona sebab sudi datang :)


Kadang-kadang kita pelik. Pelik dengan perkataan ukhuwah. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Tak boleh di jelaskan dalam penulisan. UKHUWAH. Rumit, sangat rumit.

Pernah tak korang baru bertemu dengan seseorang, tapi perasaan tu macam dah lama kenal. Kerana apa? Kerana manisnya ukhuwah berlandaskan iman. Tak tergambar.

Dalam satu hadis Rasulullah yang menyentuh perihal ukhuwah fiddinul Islam;
“Kamu adalah sahabat-sahabatku, persaudaraan, saudara-saudara kita adalah yang datang sesudah (wafat)ku.”
Bila disebut tentang persaudaraan, mesti akan terbangkit jugak soal perselisihan faham. Tapi apa yang kita mesti ingat;

Aku orang Islam yang beriman. Kau orang Islam yang beriman. Kita bersaudara.

Sahabat yang ini Islam. Sahabat yang itu pun Islam. Mereka bergaduh dan aku berada di tengah-tengah.
Apa aku patut buat?

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujuraat: 10) 
 Damaikan mereka. Bukan mengapi-apikan.

Kembali kepada ukhuwah. Bila sayang kita terhadap sahabat; bukan seperti cinta kepada kekasih, bukan seperti cintakan ibu bapa, bukan seperti cinta kepada negara. Tapi adalah cinta berdasarkan fakta yang kita sama-sama Islam dan kita bersaudara.

Itulah; cabaran belajar di luar negara. Bagitau aku, anda ada siapa kat sini? Aku ada siapa? Kalau bukan sahabat aku, aku takkan ada tempat bergantung. Terkapai-kapai lemas. Hanyut. Ada kawan, sahabat or apa je yang korang panggil, semua dengan fungsi masing-masing. Bukan opportunistik tapi ini kenyataan.

Ada kawan yang korang boleh ajak pergi tengok konsert.

Ada kawan yang korang boleh ajak pergi jalan-jalan.

Ada kawan yang korang boleh ajak solat jemaah.

Ada kawan yang korang boleh meluahkan perasaan dan masalah.

Ada kawan yang korang cuma boleh berbual sekali-sekala.

Tapi yang paling penting, berkawanlah dengan semua orang. Teruk macam mana sekalipun sahabat kita tu, dia tetap manusia. Aku selalu ingatkan diri sendiri. Alah, dia pun manusia yang beriman. Bezanya mungkin tinggi atau rendah. Iman tu kan selalu naik turun. Kenapa nak benci dia walaupun dia buat dosa? Bencilah dosa tu, tapi jangan benci sahabat tu. Macam mana nak sebar agama kalau mentaliti macam tu? Even aku sendiri pun selalu hanyut. Nak-nak kat tempat yang arus deras macam Buffalo ni. Ingatkan diri sendiri ye kawan-kawan, alah, dia lupa sekejap tu. Biasa la manusia, semua orang pun selalu lupa. Nobody's perfect.

Okay, next, melapangkan kesulitan sahabat. Oh, aku suka part ni.

Satu lagi hadis Rasulullah S.A.W;
Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”(H.R. Bukhari dan Muslim)
Bila tengok member susah. Tolong la member tu. Mana la tahu kan, satu hari nanti Allah akan tolong kita pulak. Kita tak tahu, entah-entah pahala kita tolong member tu la yang akan bantu kita masuk syurga. Maklumlah kan, amalan sunat tak banyak. Nak cakap buat qiamullail pun takde. Jadi amalan-amalan yang macam ni la yang mampu bantu kita, kalau esok lusa kita mati. Who knows kan? Yang paling paling penting, IKHLAS. Tolong la ikhlas. Tolonglah elakkan mengungkit. Hilang ikhlas, hilang pahala, datang riak takbur, datang dosa. Rugi beb rugi gilerrrrrr!!!

So ingatlah. Bentuk ukhuwah sebagai satu nikmat yang diperolehi atas dasar iman.

Aku. Kau. Dia. Mereka. Kita semua; bersaudara.

p/s: terngiang-ngiang lagi di telinga, kata-kata abang Asyraf, "This is a start to a great relationship."
      oh, tengok la cover baru aku, so far away - avenged sevenfold.



Salam Alaik~

=)

Monday, June 13, 2011

Sepetang di Kedai Buku

So hari ni sangat memenatkan. Pergi kelas (pergi balik jalan kaki ke Ellicot dari The Commons), ulang alik ke kedai buku hantar cek National Grid, pusing satu kampus tampal poster, print semua material untuk Human Nutrition, buat homework Medical Terminology, main roller blade sampai Maghrib. Mata pun dah tak boleh nak bukak dah ni.

Hah! Yang penting, kedai buku. Seronok pulak lepak UB Bookstore tadi. Ada gak dekat 3 jam aku lepak dalam tu. Malas nak tulis banyak-banyak, tapi ada beberapa buku yang sangat menarik yang aku jumpa, so aku nak share.

First:

Muslims in Western Politics. Nampak menarik, sempat la baca sikit-sikit. Serius nanti nak cari e-book dier kat Apple Bookstore.

Second:

Buffalo Gal; A Memoir by Laura Pedersen. Cerita pasal autobiografi Laura nih membesar kat Buffalo waktu 70's. This was a hit; believe me.

Third:
Lego Starwars Brickmaster! Kalau aku ada duit nanti nak beli bagi kat Tat.

Finally:


Green Day; Nobody Likes You. Satu hari nanti sure aku akan beli!

Okeh. Sikit lagi nak pengsan.

Nite all.

Salam alaik~

=)

Saturday, June 4, 2011

Maruah Untuk Dijual

Barang siapa yang mencegah terbukanya aib saudaranya nescaya Allah akan mencegah wajahnya dari api neraka pada hari kiamat nanti. (Riwayat Tirmizi)

Kupasan tentang maruah diri; susulan dari post yang sebelum ni. Akhawat-akhawat seluruh dunia, teliti salah satu doa Rabiatul Adawiyah, contoh pejuang agama terulung.
"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku." 
Bagi beliau, tak ada yang lebih penting daripada menjaga maruah diri dan agama.

Aku bukan berada pada satu posisi yang terbaik untuk bercakap dan mempersoalkan maruah, tapi sekurang-kurangnya aku akan bagi pandangan peribadi, berdasarkan daripada apa yang aku tahu dan fikir.

Beberapa point yang dibangkitkan oleh Kak Azzah;

Wanita tanpa dara; tiada maruah.  Lelaki pula?

Orang berhutang; tiada maruah. Kalau untuk operate anak beliau?

Betul tu. Maruah itu sangat abstrak. Tambah pulak dengan minda stereotaip orang Melayu kita. Sikap prejudis turun-temurun. Jadi definisi maruah itu jatuh pada masyarakat untuk tetapkan.
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)
Allah dah sebut dalam ayat sebelum ni tentang sikap prejudis manusia. Jadi kita manusia patut dah boleh nampak perkara ni menjadi satu trend dalam masyarakat, nak nak lagi dalam Facebook. Nampak tak? Aku boleh listkan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah orang dalam laman ni. Macam aku pernah cakap, niat tu betul, tapi dengan cara yang salah (tolong ingatkan aku kalau penyampaian aku salah, aku pun manusia). Macam orang cakap, niat tak menghalalkan cara.

Okay, kembali kepada maruah. Bagi aku, definisi maruah tu milik Allah. Dan hanya Allah yang mengetahui. Kita manusia akan terus berkata-kata. Dan makin banyak yang dibicarakan, makin banyak pulak dosa terhasil. Tahniah. Huh.

Perkataan maruah ni sangat sensitif. Perkara yang sangat penting dan sangat-sangat dilindungi, lebih-lebih lagi dalam masyarakat Melayu kita. Hilang maruah bermakna hilang hak untuk terus hidup dan dihormati.



Gadis itu tersenyum dibalik hijab hitam,
Menutup rambut dan leher beliau,
Tertutup litup dan sopan terjaga.
Tapi berseluar dan berbaju ketat pula.

MARUAH untuk dijual.

Lelaki itu berang dan mabuk,
Isteri beliau lemah longlai, terduduk,
Anak-anak menangis, takut dan kelaparan,
Melihat ibu menahan kesakitan; amarah syaitan.

MARUAH untuk dijual.

Politikus itu bersuara; lantang.
Mengecam lawan, isytihar perang.
Tapi aku, kau tak tahu; dibelakang kamera.
Antara mereka; huh, rakan rapat buat bicara.

MARUAH untuk dijual.

Ketua itu pilihan ramai; semua orang suka.
Bekerja bersama saya, bukan untuk saya (katanya),
Sedangkan bila membuat keputusan pulak,
Kronisme, dulu kini dan selamanya.

MARUAH untuk dijual.

Sahabat baik itu! (Aku suka yang ni)
Tempat meluah perasaan, ketawa menangis bersama.
Bercerita, berkongsi tentang hidup dan cabaran.
Huh. Ku sangka dia manusia, rupanya talam. Bermuka dua.

MARUAH untuk dijual.

Lelaki tu hensem dan segak bergaya.
Duit? Pergh penuh poket serius kaya-raya.
Mentang-mentanglah semua perempuan nak kat dier,
Senang-senang je dier campak-campak perempuan lepas guna.

Yup. MARUAH untuk dijual.

Define MARUAH. It's all about yourself.

Salam alaik~

=)



 

Wednesday, June 1, 2011

Ada Apa Dengan Dara?

Perut lapar, mata mengantuk, tapi ni isu best.
Kepenatan travel ke Chicago belum hilang. Tapi bergerak jari ikut hati.

Aku tak tahu kenapa aku tak perasan pasal budak ni.

14 tahun, dan sangat berani. For starter, tengok gambar bawah ni.

Ape ada hal brader? Biase ah tu. Budak-budak zaman sekarang.
Fokus aku kali ni kat budak ni, satu post dalam blog beliau yang bertajuk [kesah ape aku bukan virgin]. 
Dara je pun kan dik? Bohsia je pun. Tak penting lah semua tu. Tu semua dunia je.



Paling aku suka bila dia cakap 
bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita adeMARUAH DIRI !
hah. rilek la kan. nak kecoh kecoh apehal. dara je pun, bukan maruah diri. Korang kena pandai bezakan dara dengan maruah diri. Tu dua benda berbeza tu. hilang dara tapi masih ada maruah diri.

korang kena support budak ni. apa lah salahnye dier nak hilang dara pun. main sedap kot. baru 14 tahun, mana boleh kahwin, mesti la mak dier tak bagi. main je la terus, yang korang nak jeles jeles apehal?

bebbb tolong lah.

FROM:
SYAHMI YEM
156 MINNESOTA AVENUE,
BUFFALO NY 14214
USA

kepada adikku sayang Adinda Milano yang dah terbuat maksiat dan dikecam dari semua sudut, ingatlah dalam Quran Allah dah cakap,
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Ar-Rad, 28]

See? So rilek je. Kau zikir je banyak-banyak. Jangan risaulah. Bukan kau sorang je yang takde dara kan? Haha. Lagipun bukan kau sorang je yang dah memperbodohkan diri dalam internet ni. Lagipun bukan kau sorang je yang bangga buat maksiat. Lagipun mesti ramai je lelaki yang nak kat kau buat bini walaupun kau dah tak ada dara. Lagipun daripada kahwin lari baik kau buat maksiat je kan? Pandai betul la kau ni buat keputusan. Salute dari abang Syahmi heheh

Abang tengok budak-budak ni komen kat blog kau ni macam la diorang pandai agama. Ceh. Kamon la weh. Kau buat seks je pun, buat bunuh orang kan? Alah, kalau bunting pun pandai-pandai la kau. Abang tau kau dah besar, dah 14 tahun dah hidup. Pandai-pandai la kau suruh balak kau pancut luar betul tak? Kecoh la orang lain nih. Kalau tak sempat nak tarik pun, mak bapak kau gak yang malu kan? Bukan mak bapak diorang. So ape ade hal?

Suruh taubat la, ape lah, ape la masalah diorang nih. Kau muda lagi lah, baru 14 tahun hidup. Nak mati nanti taubat la kan? Time muda ni kita enjoy dulu puas-puas. Nanti dah tua, barang dah tak sedap la kan? Panas betul la aku. Kau pun dah yakin dan pasti yang kau mati lambat lagi. Confirm bukan esok lusa la kan. So rilek-rilek sudah.

Lepas ni kan, abang cadangkan kau try pulak hisap rokok ke, minum arak ke, layan ganja sikit-sikit. Pastu ambik gambar banyak-banyak, gambar French kiss ke, raba-raba sikit, kalau ada rezeki boleh jadi pelakon video 3gp. pergh femes beb. Serius nanti abang jadi peminat setia kau. Fap fap fap.

Buat je lagi benda-benda tu banyak-banyak, bangga la weh, maksiat ramai je orang buat, tapi tak ramai pun orang berani tunjuk. Abang suka la cara kau. Kau ni jujur lah. Berani pulak tuh. Hebat, kalah abang yang dah besar nih.

Abang rasa la kan, kau ni kalau dah besar nanti mesti jadi high-class escort. Dah boleh nampak kot. Cerah masa depan kau. Banyak duit oh. Layan orang-orang besar, simpan sugar daddy beberapa orang, pergh kaya sial, jeles betul la abang tengok kau nih.

Dosa pahala, syurga neraka, akhirat tu semua kau letak je tepi dulu. Ala, kat dunia ni la nak enjoy, kat akhirat nanti dah confirm kau masuk neraka. So abang cadangkan baik kau enjoy puas-puas dulu sementara hidup ni, kubur punya hal nanti-nanti la fikir.

Oh, nanti kalau nak duit lebih call je la abang; 013-9102347. I promise you good times *wink*

Dah la, jangan nak fikir sangat pasal benda nih. Readers dan followers aku, tolong like page ni untuk kita sama-sama support Adinda Milano ni untuk terus berjaya dan sedap di dunia semata-mata.

Aku dah jalankan tangungjawab aku, kubur aku dah selamat. Korang pulak macam mane?

Kepada adik Adinda Milano/whatever ni, tolong fikir-fikirkan. Hidup adik ni masih panjang. Jangan terlalu hanyut.

Salam Peringatan dari Abang Syahmi~

Yours Truly- Syahmi Yem

Fikir. Dan peringatkan.

Salam alaik~

=)

p/s: *tdb mka*
       maaf sebab pos kali agak lucah. pendekatan aku sendiri :) insyaAllah
       beliau ni Melayu ke? Sape2 tahu?

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...