Friday, April 22, 2011

Emel 1Malaysia; Perspektif Seorang Pelajar

Tiada terselit walaupun sedikit sentimen politik di dalam pos ini, semata-mata suara seorang rakyat pemerhati.

Bila idea gagasan 1Malaysia diutarakan oleh YAB Perdana Menteri, aku anggap rasional. Ya, masih rasional.
Kenapa? Sebab penyakit utama dalam politik negara kita adalah isu perkauman yang diketengahkan setiap kali pilihanraya. Telus atau tidak, bersih atau tidak bukan sesuatu yang aku nak fokus. Tapi perpaduan. Agama sepatutnya menyatukan kita, tapi tengok la Malaysia. Agama memecah belahkan bangsa. Agama dipolitikkan.

Jadi mereka katakan emel 1Malaysia ni tak rasional. Tepat. Pada pandangan aku la, memang tak rasional. Bukan pandangan ni diberatkan oleh mana-mana parti politik, tapi atas pemerhatian dan research sendiri. Tidak ada kena mengena dengan politik, cuma isu rasional atau tidak projek kerajaan yang ni.
 Apa kata kita gunakan interface macam ni untuk myEG?


Jadi untuk mengutarakan pendapat aku sendiri la kan, sebagai seorang pelajar tajaan kerajaan yang tak dibenarkan terlibat dengan mana-mana parti politik, tapi tidak pula disekat kebebasan untuk bersuara terhadap kerajaan.

*Dari mana bajet RM50 juta tersebut datang?*
Pulak??? Sumber MalaysianInsider


Sebab-sebab emel 1Malaysia tidak rasional:
Internet Bukan Medium Terbaik
- Bukan, internet bukan medium terbaik untuk komunikasi langsung antara kerajaan dengan rakyat. Pengertian komunikasi interaktif tersebut perlu dilihat melalui kaca mata semua lapisan masyarakat. Sejauh mana capaian kerajaan kepada masyarakat yang tidak mempunyai kemudahan internet? Satu inisiatif yang baik, tapi tak menyeluruh. Or at least, kurang menyeluruh.

Maksimumkan Penggunaan MyEG
 - Kita kan dah ada myEG? E-Billing dan semua kan ada kat situ? Daripada kita laburkan RM50 juta untuk emel 1Malaysia, lebih efektif jika kita gunakan bajet yang ada untuk meningkatkan prestasi MyEG. Integrasikan aplikasi emel percuma ke dalam MyEG, iaitu dengan membuat urusan dua hala bersama syarikat-syarikat penyedia emel percuma seperti Google dan Yahoo! sekaligus mengurangkan kos dan meningkatkan kredibiliti negara. Apa yang penting, emel ini sepatutnya sesuatu yang optional, kerana merujuk kepada sebab yang pertama, bukan semua rakyat mempunyai akses internet dengan mudah.

Aplikasi Teknologi Maklumat Jangka Panjang
- Semua rakyat dapat melihat bahawa tindakan kerajaan ini adalah tindakan yang drastik. Untuk mengimplementasikan penggunaan teknologi maklumat dalam setiap urusan bersama kerajaan bukanlah sesuatu yang dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Aplikasi ini perlu berlaku secara sedikit demi sedikit, mengikut fasa dan tahap yang tertentu, dan tentunya akan mengambil masa yang panjang. Aku puji tindakan kerajaan sebelum ni, semua nampak betul, teratur dan efisien, tapi kali ni, emel 1Malaysia memang tidak rasional.

Portal Mesra Pengguna Adalah Lebih Dari Cukup
- MyEG mempunyai kapasiti yang tinggi, dan mampu menjadi sebuah portal mesra pengguna yang lebih efisien daripada sistem emel. Perkara terbaik yang boleh kerajaan lakukan dengan bajet RM50 juta tersebut adalah dengan meningkatkan prestasi myEG, dari segi kapasiti server, encryption/decryption program, dan keselamatan siber. Sistem ini juga mungkin dapat diwujudkan dengan 'keterbukaan', dimana rakyat dapat berinteraksi dengan kakitangan kerajaan dan pengguna lain melalui sistem forum. Aplikasikan konsep 1Malaysia kita di situ.

Merugikan; Penyedia Emel Percuma Lebih Profesional
- Bukan bertujuan untuk merendahkan syarikat tempatan, tetapi apabila difikirkan senario dimana rakyat diberi pilihan untuk membuat emel 1Malaysia, rata-rata akan mengatakan tidak. Kenapa? Kalau kita letak antara tiga penyedia emel; Google, Yahoo! dan Emel 1Malaysia, aku tersangat pasti ramai akan pilih Google dan Yahoo! daripada Emel 1Malaysia. Sebab bila mereka buat akaun emel dari Google, mereka boleh menggunakan akaun tersebut untuk pelbagai fungsi selain daripada menerima/menghantar emel. Akaun tersebut boleh digunakan untuk akaun YouTube, Blogger, dan banyak lagi aplikasi lain. Yahoo! pula menyediakan aplikasi pesanan ringkas Yahoo! Messenger. Jadi dari segi kemudahan atau convenience pula, rakyat takkan memilih emel 1Malaysia.

*Sekadar gambar hiasan*

Ini bukan penulisan untuk mengkritik kerajaan, tapi satu perspektif dari sudut yang berbeza, tanpa apa-apa kepentingan politik terlibat. Bukan satu usaha menuding jari, tapi satu usaha memberi cadangan-cadangan untuk meningkatkan prestasi negara dan kerajaan.

Pertimbangkan.

Salam alaik~

=)

2 comments:

mirasyah said...

fuh, tu die bakal pemimpin yg kite cri selama ni

Unknown said...

tak boleh, KULN harommm ahahahaha


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...