Sunday, March 7, 2010

"Bang, ade jual IMAN tak kat sini? Nak sekilo?"

Malam semalam dapat berita buruk. Aku tak dapat Rutgers. Kecewa sungguh rasanyer. Terus hilang mood weekend aku. Baring, bangun balik. Baring balik. Bangun. Sumbat telinga, pasang mp4. Search lagu, x jumpe satu pun yg sesuai dengan mood aku. Bangun lagi. Ambik gitar. pegang gitar. duduk. *blank*. tak tau nak main lagu apa. terus pegang gitar. garu garu kepala. bukak laptop, tengok kord. Still blank.

Pergh. Dah lama gak r aku tak rasa perasaan macam ni. Sekali kena, memang kaw-kaw r.
Satu je cara nak pujuk hati. Aku fikir balik, sambil dihembus angin malam, 'ni baru kena reject universiti, belum lagi kena reject masuk syurga nanti'.

Iman aku sakit tenat. Hazirah, iman aku sakit tenat. Nafsu aku menang besar baru-baru ni. Hidup penuh lalai. Sibuk buat itu dan ini, sibuk dengan urusan dunia, sehingga terlupa tanggungjawab untuk akhirat. Quran dah jarang bukak, mathurat pun sama. Al-Mulk pun dah makin jarang. Wirid makin pendek. Turun surau pun dah lompong lompong. Dah makin jauh dari Tuhan.

*sekadar gambar hiasan*
Jatuh cinta lagi. Kali ni dengan sebiji bass. Fender Squier Standard Jazz Bass. Sangat comel dan cantik. Jatuh cinta pandang pertama. Oh, bercakap tentang cinta, aku teringat satu hadis yang menarik; 

"Tiada cinta sebenar yang wujud di antara pasangan melainkan cinta yang wujud di dalam pernikahan"

Jadi ungkapan cinta tu mampu diragui kebenarannya. Mesti pandai bezakan antara minat dan cinta. Dan suka.


*Fender Squier Standard Jazz Bass California Series*

Ada sahabat yang menegur, memang aku nampak lalai sekarang ni. Entah la. Cuba kembali ke jalan Allah. Get back on track. Kukuhkan iman semula. Astaghfirullah Al-Azim. Teringat satu artikel yang pernah aku baca, tentang cara mendapatkan iman.

3 Cara Mendapatkan Iman (dihuraikan kembali dari artikel Mahathir Yahya, Al-Islam Jan 2010)

Mujahadatunnaf

Berjuang melawan hawa nafsu. Ini cara yang paling mudah untuk berjihad. Pernah bercerita dengan seorang sahabat tentang kedudukan mujahadatunnaf dalam Islam, samada lebih baik atau cuma satu ibadah kecil berbanding jihad melalui peperangan. Akhir perbincangan, kami berserah dan memutuskan, wallahualam bisawah. Sukar. Kerana gagal memerangi nafsu, aku pernah tumbang. Bukan sekali dua, tetapi berkali kali. Iman masih belum mantap. Perlu usaha untuk kekalkan iman, kuatkan akidah untuk mujahadatunnaf.
Semoga dilindungi daripada syaitan yang direjam. 
Sabda Rasulullah SAW,
"Jikalau tidaklah ada syaitan-syaitan yang mengelilingi hati anak Adam (manusia),
 nescaya mereka dapat memandang tembus hingga 
ke alam malakatul yang tinggi." (Imam Ahmad, dari Abu Hurairah)

Mengerjakan Amalan Sunat

Beristiqamah dalam mengerjakan ibadah, sama ada sunat atau fardhu. Membaca Quran, buat solat sunat Rawatib, banyakkan berzikir, Al-Mathurat, qiamullail. Terlalu banyak amalan sunat yang boleh dilakukan. Semuanya terletak pada diri sendiri untuk melaksanakan nya. Semua amalan ini, jika dilakukan dengan niat yang ikhlas semata mata kerana Allah, sekaligus memberikan kita nikmat beribadah. Seterusnya, ibadah yang dilakukan akan terkesan di dalam diri seseorang itu.
Dah banyak amalan sunat yang aku tinggalkan. Dengan alasan kehidupan mengerjakan urusan dunia. Terasa malu dengan Dia. Malu sangat sangat.

Tafakur

Subhanallah. Bila waktu yang sesuai untuk kita ucapkan kalimah ni? Waktu kagum dengan kejadian makhluk ciptaan Tuhan. Waktu melihat keindahan alam, waktu terlihat kecantikan manusia. Waktu menghembus udara pagi. Waktu belajar Biologi. Subhanallah. Kagum nya aku dengan kebesaran. Subhanallah. Kecilnya manusia jika dibandingkan dengan kuasa Tuhan. Setiap ucapan kalimah tasbih itu aku rasakan akan menambahkan iman aku. Kita mengakui kekuasaan Allah SWT, jadi apabila terkesan tafakur itu di hati, semoga semakin jauh diri dari melakukan maksiat. Sekaligus meningkatkan iman. 

Jika aku akan dimatikan, biarlah aku mati dalam keadaan beriman. 
Biarlah hidup aku di dunia ini memberi kesan kepada saudaraku yang lain.
Biarlah aku hidup dan mati memikul nama agama Khaliq di bahuku, dengan tanggungjawab ibadah di bahu kananku, dan tanggungjawab dakwah di bahu kiriku.
Biarlah kata kata aku jadi penguat semangat yang lain, memaknakan hidup orang lain dengan kata kata dari aku.

Semoga aku, dan anda semua, diberikan kekuatan iman dan takwa.
Semoga ibadah dilakukan penuh ikhlas. 
Semoga jatuh air mata takutkan Allah, rindui Rasulullah.

Jazakallahu khairan.

Salam Alaik~

6 comments:

Fakir Muhammad said...

salam.. lek2, xdapat rutgers xbermakna xboleh berjuang..

mungkin tempat lain menanti-nanti superstar nih.. ^^,

-cHikA LaLA- said...

dear.. sabar la ek.. ;D i wish for ur best.. ;DD

Unknown said...

najmi: sedih, tapi redha. niat masih kekal. ada hikmah di sebalik kejadian.
=)

leyn: thanks~ (^_^)

AZLeEn AziZ said...

iman sekilo mne ckup bang...=) sumenye de hikmahkn ... ak tau ko kuat... ak bole x kn ko x leh kot... go go syahmi!!

oren said...

last thursday,my lecturer ended his class by saying..
'sometimes..something is beyond our control'

Unknown said...

aleen: tu just satu metafora..nak menarik minat readers..haha. thanks btw.

oren: very true indeed~ ;)


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...