"Sesungguhnya orang yang tidak beriman kepada ayat ayat Allah, Allah tidak akan memberi hidayah kepada mereka mereka dan mereka pula beroleh azab yang pedih." (Al-Nahl, 104)
Kepenatan melanda diri. Penat dengan urusan dunia. Minda tidak selapang langit lagi. Masalah bertimpa timpa.
Di mana nak mencari ketenangan? Cari lah Khaliq. Ketenangan yang tak pernah mengecewakan. Khusyuk yang mampu mengalirkan air mata. KALAM yang mampu melembut kan hati yang sekeras kerasnya.
Satu soalan; apakah yang paling keras di dalam dunia ni?
Jawapan: hati orang munafik.
Mari muhasabah diri. Peringatan untuk aku dan sahabat sahabat tercinta.
Dalam hidup aku, aku ada empat perkara yang paling aku sayangi.
1. Allah A.W.J
2. Muhammad Rasulullah
3. Keluarga aku
4. Sahabat sahabat
Siapa yang anda sayangi?
Sekadar mukaddimah.
Memaknakan hidup dengan kemanisan iman. Dengan ketenangan jiwa. Bernaungkan hidayah Al-Quran. Berita gembira untuk aku dan rakan rakan. Topik utama kali ini.
Pernah ditanya oleh seorang sahabat, "Apa guna bercerita tentang agama, kalau tanpa amalan?"
Jawapan aku, tidak ringkas dan tidak pula terlalu rumit.
Bila berbicara tentang agama, sentiasa rujuk kepada 'manual book' yang telah di'provide'kan. Jangan dengan sesuka hati meletakkan hukum, dengan alasan untuk menghalalkan perkara yang telah jelas haram. Tentang menyebarkan ilmu tanpa penghayatan dan amalan sendiri pula, tak salah, tetapi tak elok. Kredibiliti akan turun, imej sebagai seorang muslim akan menjadi buruk.
Satu analogi ringkas, diharapkan berkesan.
Seorang doktor pakar paru paru yang merokok. Apa pandangan orang yang ingin menggunakan khidmat beliau?
Sama juga seperti seorang muslim yang melakukan dosa. Setiap dosa yang dilakukan itu menurunkan kredibiliti beliau untuk menegakkan nama Islam.
Usaha memantapkan iman tu perlu constant. Biarpun tanpa momentum yang besar. Aku selalu mengingatkan, kita mampu mendapatkan ikhlas dalam ibadah dengan cara beristiqamah. Tanpa istiqamah, keikhlasan tu sukar nak didapati. Diri aku sendiri kerap sangat terlalai. Aku memang sangat memerlukan sahabat yang mampu beri peringatan.
Sahabat.
Banyak sahabat yang melalaikan. Dan susah nak jumpa sahabat yang mengingatkan. Silap pilih, tanggunglah akibatnya nanti. Prinsip aku; berkawan dengan semua, tapi pilih lah yang mana akan jadi ikutan. Bijak memilih, untunglah. Tapi tersilap langkah, susah nak get back on track.
Lastly, anda rasa anda bahagia?
salam alaik~
(^_^)
1 comment:
salam mahabbah
^_^
istiqomah dalam jalan Allah..
hidayahnya ibarat titis hujan yang menimpa bumi...
tadah la dengan hati yg mahu kan hidayahnya...
tak semua org mensyukuri nikmat hujan...begitu juga dengan hidayah..
dakap erat2..agar ia tak terlepas dari kita... ^_^
Post a Comment