Wednesday, March 31, 2010

Aku Rindu Mak.

Perjuangan di teruskan melalui tinta dan papan kekunci.

Rasa kesal dengan diri sendiri, dan sebilangan sahabat aku yang nampak lalai. Kerana kesibukan semester musim bunga ini. Jadi aku luangkan masa sedikit untuk berkongsi satu kisah menarik. Baru terbaca malam semalam, dan aku rasa sangat elok kalau aku kongsi dengan semua.

Semester Spring 2010. Semester yang sangat sibuk. Semester yang buat aku break up last year sebab sibuk yang melampau lampau. Kena maintain pointer. Kena setel universiti. Kena buat pilihan. Kena perform sana sini. Kena jaga iman. Kena kuatkan takwa. Susah, tapi tak mustahil. Semoga berjaya aku dan kawan kawan aku lalui semester yang penuh mencabar ni.

"Musim bunga (Spring Semester) adalah waktu cinta pasangan2 di INTEC bertunas. Musim panas (Summer Semester) adalah waktu untuk mereka putus cinta beramai ramai." (Fauzan Afandi, 2010)

Ouch. Nice one Fauzan. Bring back sweet memory. Haha. Tak tau fakta ni daripada statistik or just a mere assumption, tapi ada la jugak kebenaran dier.

Aku sangat rindu mak aku. Cakap lah apa anda semua nak cakap. Tapi dah lama tak tengok muka mak. Handphone pun xde 3G. Kat rumah pun xde internet nak skype. Haha.
Ni baru kat Malaysia, belum lagi kalau dah fly nanti. Lagi teruk la homesick aku agaknyer.

Ok, cukup. Sekarang aku nak kongsi sebuah cerita tentang kedudukan ibu di dalam agama.
Redha Allah adalah redha ibu. Marah Allah juga terletak pada marah ibu.

Pada suatu masa dahulu, ada seorang pemuda bernama Juraij. Juraij adalah seorang yang amat warak dan selalu mengerjakan ibadah. Sentiasa berzikir dan bertasbih memuji Allah. Subhanallah, iman Juraij teramat kuat, tak terbanding langsung dengan aku. Juraij merasa seronok melakukan ibadah. Beliau telah merasai kemanisan iman. Apabila sujud, dahi tidak terasa sakit. Apabila berdiri malam, kaki tidak terasa letih. Apabila bertasbih di pagi hari, mata tidak terasa mengantuk. Bibirnya sentiasa basah dengan zikrullah. Sebab terlalu suka beribadah, Juraij telah membuat satu tempat beribadat daripada yang jauh dari orang ramai. Juraij memilih untuk bersendiri, beribadat di tempat ini bagi mengelakkan gangguan orang, selain menghilangkan fitnah dan sifat riak.


Jadi, nak dijadikan cerita, satu hari, ibu Juraij telah datang ke tempat beribadah Juraij. Lalu ibunya memanggil Juraij, "Juraij.. Juraij anakku...". Sewaktu mendengar panggilan ibunya itu, Juraij sedang bersembahyang sunat. Bukan lah beliau tak mendengar panggilan ibunya itu, tetapi beliau bertanya dalam hati, "Manakah yang lagi penting? Solatku atau ibuku? Biarlah aku habiskan solat ini dulu." Lalu setelah lama ibunya menunggu, akhirnya ibu nya pulang. Selesai solat, Juraij keluar untuk bertemu ibunya. Tetapi ibunya telah pulang.


Esok harinya, ibu Juraij datang lagi. Time yang sama, Juraij tengah sembahyang sunat lagi. So ibu Juraij pun panggil lagi anaknya, "Juraij.. Juraij anakku..". Still sama macam semalam, Juraij tertanya tanya yang mana lagi penting, solatnya atau ibunya. Jadi Juraij pun terus menghabiskan solat. Apabila keluar, sekali lagi, ibunya sudah pulang.


Dan tiba hari ketiga. Ibu Juraij datang lagi. Kali ni sama gak, waktu Juraij tengah khusyuk bersolat sunat. Di panggil anaknya buat kali ketiga, "Juraij.. Juraij anakku..". Tapi tetap sama. Juraij menghabiskan solatnya, dan tidak menghiraukan panggilan ibunya. Lalu ibu Juraij pun berdoa, "Ya Allah, anakku ini tidak mengendahkan panggilanku. Aku memohon, janganlah kau matikan dia sebelum dia melihat wajah wanita wanita keji dan maksiat." Macam tu la doa ibu Juraij, kalau aku tak silap. Waktu ni, Juraij terdengar doa ibunya. Tetapi Juraij terus mengerjakan solat.


Doa seorang ibu kepada anaknya; memang akan dimakbulkan Allah S.W.T. Confirm and confident! haha. Jadi seorang lelaki yang hendak menjatuhkan Juraij telah mengupah seorang wanita yang amat cantik, dan terkenal dengan kehandalan menggoda lelaki. So wanita cantik ni pun pergi la kepada Juraij, mencari jalan untuk melakukan maksiat dengan Juraij. Tapi mesti la tak berjaya kan, Juraij ni iman beliau mantap. Apatah lagi nak terliur, beliau tengok wanita ni dengan penuh keji dan hina. So wanita ni pun give up la. Dah xde cara nak jatuhkan Juraij ni. Wanita ni pun buat last resort, pergi rumah sorang pengembala bujang ni, and surrender tubuh dier untuk digauli. Dan mengandunglah wanita ni.


Bila cukup bulan, maka beranak lah wanita ni tadi. So pergi lah wanita ni jumpa raja, mengadu yang anak itu adalah anak Juraij, tetapi Juraij tidak mahu mengaku telah merogol wanita itu. Jadi masyarakat pun jadi marah kepada Juraij, dan menuduh Juraij cuba menjatuhkan maruah Islam. Mereka pun beramai ramai pergi ke tempat Juraij beribadah, menangkap dan memukul Juraij, dan merobohkan tempat ibadahnya itu. Lalu Juraij dibawa ke istana untuk diadili. Dalam perjalanan, mereka telah melalui sebuah tempat pelacuran, dan Juraij telah melihat banyak wajah wajah pelacur. Lalu tersenyum lah beliau, apabila doa ibu nya di makbulkan Allah. 


Sampai saja di istana. Juraij mula dibicarakan. Sebelum menerima hukuman, Juraij memohon daripada raja untuk mengambil wudhu' dan mengerjakan solat dua rakaat. Dan permintaan Juraij diterima oleh raja. Setelah mengerjakan solat sunat, Juraij mengangkat tangan memohon kepada Allah, supaya diberikan pertolongan. Selesai solat, Juraij telah pergi kepada bayi yang masih merah itu. Sambil hatinya berserah kepada Allah, jarinya ditekan kepada perut bayi itu, dan Juraij berkata, "Wahai bayi, siapakah bapamu?" Lalu dengan kuasa Allah A.W.J, bayi tu menjawab, "Bapaku adalah pengembala, si polan bin si polan yang duduk di sekian tempat." Jadi jelaslah kuasa Allah S.W.T. Masyarakat mula berasa bersalah.


Mereka menawarkan Juraij untuk membina semula tempat ibadahnya dengan emas, tapi Juraij menolak. "Buatlah semula seperti asalnya, daripada tanah." Begitulah zuhudnya Juraij.

Pehh. Penat giler taip. Harap harap sampai la maksud aku kat sini. Pengajaran, sedangkan orang alim yang kuat beribadah, apabila tidak menyahut panggilan ibunya pun di hukum oleh Allah, apatah lagi kita. Juraij bukan derhaka kepada ibu. Aku tak rasa dengan tak menyahut panggilan tu buat Juraij jadi derhaka. Tapi kalau ada pendapat lain sila kan lah.

Fikir dan renungkan. Apa khabar ibu anda sekarang?



Semoga aku, dan kita semua mendapat redha seorang ibu.

Salam alaik~

=)

1 comment:

Unknown said...

weh...time fall la masa putus cinta...time summer semua tgh hot.

(rasional: sebab banyak masa untuk mengenali diri sendiri dan pasangan)

hahahahhaa...


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...