Saturday, March 13, 2010

Kura Kura Itu Comel

Dengan nama Allah, yang maha mengetahui maksud tersirat di sebalik setiap kejadian.

Audition. Macam teruk. Tapi tak tau la. Macam tak confident je. Just doa je la sekarang. Risau jugak kalau Undecided tak dapat masuk final. Malu besar la kami. Kritikan juri sangat demoralizing. Undecided kuat sebab groupie. Sebab nama. Line up baru, jadi muzik baru. Entah la. Tak berani nak letak harapan tinggi tinggi.

Semalam kuar pegi PAS, booking bass baru. Cantik sungguh. Bersinar sinar. Cuba test kat dalam studio, sound yang superb. Sound Fender, tak boleh nak argue la. Tune sedikit lari, tapi itu boleh adjust. Control knob agak mengganggu, tapi tu la. Sape suruh aku main kidal. Fretboard lembut, Rosewood. Melancarkan perjalanan jari aku. Tapi sedikit hesitation dekat fret 13 dan ke atas. Lagi sekali, sape suruh aku main kidal. Cuba main bassline Newborn (Muse), best giler sound crunch dier. Tu aku tak apply volume tone dengan volume pickup lagi. Cable jack juga turut mengganggu permainan, tapi boleh di atasi dengan cable 'L'. Mesti beli cable baru la. Tadi keluar lagi, cari cable 'L' yang murah, dengan strap. Cable yg mahal datang dengan kualiti. Strap juga. Aku expect untuk long term playing, so maybe worth it. And tadi pun dah jumpa satu strap hitam, dengan tulisan 'FENDER' kaler merah embroided. Sangat smart, dan mahal. Tapi tak kisah. Biar tak makan. Asalkan puas.


Malam semalam recording untuk video klip malam Halloween. Tapi macam failed. Screwed it all up. Teruk sungguh. Aku memang sangat tak de mood malam semalam. Empty. Serabut dengan filem, dengan audition, dengan gitar. Mak suruh balik, tapi takde masa. Sibuk yang melampau. Maaf, mak. 

Bangun je tengahari tadi, kelaparan. Keluar, makan kat Rafi. Otak masih serabut. Jiwa kacau. Tak tenang langsung. Rasa macam nak marah orang. Lepas makan, perut dah kenyang, jalan nak pegi ole ole. Ingatkan nak tengok cable kat Floresta. Cable 'L' kat Floresta dah habis stok. So aku ingat nak tengok kat SACC plak. Tapi aku sorang sorang.

Sorang sorang.

So aku tunggu Rapid, naik bas pegi Shah Alam sorang sorang. Jalan2, round2 mall sampai penat. Cari cari cable dengan strap. Then gerak ke Tasik Shah Alam, pukul 6 lebih. Sengaja, nak mencari ketenangan sikit. Ramai sungguh kura kura comel. 

Nak tahu kenapa aku sangat suka kura kura? 1st, sebab mereka comel. 2nd, sebab mereka tawadhu'. 3rd, sebab mereka bergerak perlahan. Tengok mereka bergerak buat kita tenang. Tak perlu terkejar kejar. Tak sibuk dengan hidup. 4th, sebab mereka comel. haha!



Jalan jalan kat tasik ni buat aku teringat kat Eugene dan Glendale. Ingat waktu makan makan dengan budak budak Glendale lepas main basikal, and last gathering dengan budak budak Eugene. Emosi sekejap aku. Suddenly rasa sunyi bile takde korang. Tapi puas hati dapat sedut udara segar tasik. Lama gak aku duduk kat tasik tu. Sejam lebih kot. Dah pukul 7 lebih baru gerak naik bas ke Seksyen 2. Dapat idea baru untuk buat movie. Sebuah movie tanpa storyline, tanpa skrip. Totally independent. Tunggu la. Let me spell it for you later.

Sampai ke Seksyen 2. Dah terbayang air carrot susu gelas besar. Solat dulu. Selesai solat, makan dengan lambat dan lemah lembut (stail syahmi). Ingatkan boleh la jumpa Azleen, tapi dier balik rumah plak. Try contact Kamal, dier main futsal. Xpe la, maybe next time plak r kot. So, terus makan sampai kul 8 stengah. Kul 9 jamming plak. 

Sampai Cemara, naik bilik sekejap, then terus turun pegi jamming. Memang peluh peluh la aku jamming, sampai hilang akal. All out. Lepas semua beban, tinggal kat luar. Jamming sampai basah baju. Then balik bilik, mandi hujan. Sampai lenjun terus baju dan seluar. 

And here I am, blogging. Esok hari yang baru untuk aku. Otak tidak lagi serabut, cuma tekanan masih ada (sedikit). 

Waktu hilang arah dan tujuan, cari lah Tuhan. Semoga dikurniakan ketenangan.

Salam alaik~

2 comments:

Anonymous said...

ska kura2 jugak.

-saya yang malas nk log in-

Unknown said...

kan kan.
suka kura2 comel.

nak jadi kura2 lah.
;)


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...