Saturday, January 16, 2010

Dia Hanya Satu; Sampai Bila-bila

Terbaca artikel akhbar hari ini, seorang pelajar didakwa di mahkamah atas kesalahan menganggu dan mengancam orang lain di Facebook.

Terasa terpanggil untuk menulis tentang isu ni. Penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam. Struktur pewartaan dan akta yang objektif, tapi kurang penguatkuasaan; pendapat aku sendiri. Pertama dan yang paling penting, aku nak ingatkan semua sahabat-sahabat dan saudara aku, tolong jangan cepat melatah dengan isu ni. Mungkin sesetengah orang memandang isu ni sebagai sesuatu yang besar, tapi aku lagi suka tengok isu ni dari segi positif.

Dengan wujudnya isu kontroversi ‘story of the year’ macam ni, barulah jelas peranan NGO-NGO Islam di Malaysia. Cuba kita bermuhasabah sebentar. Apabila kita bercakap tentang isu kalimah Allah ni, bukan berdasarkan perasaan semata-mata. Ketepikan perasaan prejudis dan cuba selesaikan dengan cara Islam.
Dengan wujudnya isu ni jugak, ramailah yang cuba mengambil kesempatan. Menimbulkan provokasi, dengan tujuan memecah belahkan rakyat. Negara yang berbilang kaum, penuh dengan toleransi macam Malaysia ni memang kita boleh agak, Allah akan turunkan macam-macam ujian, terutamanya umat Islam yang disayangi Allah. Bergantung kepada rakyat dan pihak pentadbir untuk menguruskan ujian-ujian ni. Malaysia telah dilihat sebagai sebuah negara, yang perlahan-lahan berubah ke arah sekularisme, atas nama perpaduan kaum. Jadi bila timbul isu sensitif macam ni, semua pihak akan cuba ambil kesempatan demi kepentingan peribadi.

Jadi apa pendapat aku? Kalau daripada mata aku sendiri, seorang pelajar IPTA tempatan yang baru nak kenal dunia, kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan tidak boleh digunakan atas apa sebab dan alasan sekalipun. Jadi perkara ni perlu dihalang daripada terus berlaku. Fikirkan apabila perkara ini terus dibiarkan, akan timbul kekeliruan dalam umat Islam. Ini mungkin dilihat seperti perkara kecil, tetapi bayangkan apabila kekeliruan ini boleh membawa kepada murtad. Jika difikirkan betul-betul, tak mustahil boleh membawa kepada murtad. Teringat khutbah Jumaat kelmarin, khatib berkata, “Jika sekarang mereka merujuk Tuhan mereka (Jesus) sebagai Allah, tidak mustahil mereka akan merujuk gereja-gereja mereka sebagai Baitullah, dan kitab (Bible) mereka sebagai Kitabullah.” Risiko ini tidak perlu dipertimbangkan lagi. Nonsense untuk memberikan mereka hak tersebut.


23. “Dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan di dalam undang
undang Allah.”
(Surah al-Fath, 23)

Undang-undang manusia bukan undang-undang Allah. Keputusan Mahkamah Tinggi bukan keputusan Allah. Tetapi bukanlah bermaksud untuk menidakkan kedaulatan undang-undang, hanya peringatan bahawa wujudnya undang-undang Khaliq. Aku bukannya pandai pun dalam undang-undang, tapi aku ada cara sendiri. Yang penting, hormati keputusan mahkamah dan cuba selesaikan dengan sebaik mungkin. Semoga dapat dipelihara iman dan takwa, dan tidak ditiup api benci ke dalam hati umat Islam.

Umat Islam mula gentar apabila pendakwah-pendakwah Kristian maju setapak lagi untuk menyebarkan agama mereka. Jangan gentar, kerana kita di pihak yang benar. Usah tunjukkan betapa rendahnya iman kita, akan datangnya pertolongan Allah. Yakinlah dengan kuasa Allah, dan perbaiki masalah ummah terlebih dahulu. Jika umat Islam bersatu, tidak akan terlintas walaupun sedikit keberanian golongan kafir untuk mempersoalkan Islam.


‘Dan sungguh, jika engkau (Muhammad) tanyakan kepada mereka, “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab, “Allah.” Katakanlah, “Segala puji bagi Allah,” tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.’
(Surah Luqman, 25)

Adakah setiap kalimah tauhid yang kita ucapkan tu bermakna? Adakah setiap kali kita mengucap syahadah, hati kita membenarkan dengan sebenar-benar iman? Adakah kita mengucapkan syukur, tasbih, dan istighfar benar-benar dengan maksudnya, ataupun semata-mata kerana adat? Mungkinkah kita termasuk dalam golongan mereka yang tidak mengetahui? Semuanya perlu muhasabah. Jangan cepat melenting apabila orang mempermain-mainkan agama kita, sebaliknya cuba berusaha untuk meningkatkan takwa dan seterusnya, meningkatkan kekuatan ummah. Tidak perlu komen-komen pedas, “Nak aku lontar bom petrol ke?”. Benda ni tak menunjukkan Islam sebagai agama yang harmoni. Keganasan bukan penyelesaian.
Firman Allah S.W.T lagi,


(86)‘Katakanlah, “Siapakah Tuhan yang memiliki langit yang tujuh dan yang memiliki ‘Arsy yang agung?” (87) Mereka akan menjawab, “(Milik) Allah.” Katakanlah, “Maka mengapa kamu tidak bertakwa?”
(Surah Al-Mukminun, 86-87)

Mereka akan bercakap tentang Tuhan mereka, tetapi mereka tidak bertakwa. Jadi kekalkan pemikiran rasional dan cuba mengatasi masalah dengan cara yang betul. Ramai orang akan bercakap mereka menentang keputusan mahkamah ni, tapi semua bantahan mesti melalui cara yang betul. Jangan kotorkan imej agama Islam.

Cukuplah pandangan aku tentang isu ni. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Usaha untuk meningkatkan iman dan takwa. Usaha untuk membetulkan diri sendiri. Semoga usaha dakwah dan tarbiyah Islamiah dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Salam alaik~


8 comments:

-cHikA LaLA- said...

btol3... cume, sbg umat islam kita harus mencontohi kebijaksanaa Rasulullah dalam menangani satu2 hal. Masalah seperti ini xkan berlaku kalo kite pandai tanganinye... ;DD

eman90 said...

terbaekk dr syahmi yem....aku betul2 setuju ngan ko!!!

Anonymous said...

mantap r syahmi.

k.de said...

c...there are million friends who are still supporting you~~

just give the sweetest smile to your past~

Unknown said...

chika lala: kalau umat dah berpecah sebab isu ni, bermakna usaha orang kafir dah berjaya. jadi jangan tunjukkan kpd mereka kita dah kalah. isu ni patutnya menguatkan ummah.

eman: aku pun setuju dgn aku. tapi kertas kerja yang ustaz ridha bentang semalam jauh lagi mantap.

anonymous: thanks =)

k.de: ujian yg aku dapat x seberapa kalau nak dibandingkan dgn ujian Rasulullah S.A.W..

k.de said...

u noe..so u have to be strong..
untuk memiliki sesuatu..sesuatu perlu dikorbankan..
n sesuatu tu u have to decide the thing...

note:jgn sampai salah decide!!!

Unknown said...

tak faham.. i thought i already hv everything in my life~ perfect family, perfect friends, perfect life.

apa yang nak dimiliki, dan apa yang perlu dikorbankn?

p/s: guess it's unnecessary to decide on anything though...

k.de said...

contohnye..u want candy..
jadi kene la korbankan duit untuk beli kan..

nak makan roti canai..duit, masa, tenaga kene dikorbankan..

nak jalan da'wah..masa, tenaga, harta, n bayak lagi yg perlu dikorbankan...

jadi jgn korbankan sesuatu yg berharga untuk sesuatu yang tak berguna...ok??


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...