Sabtu, 4 Julai 2009. Aku dengan Mas bangun sangat lambat. About 9 setengah baru kitorang bangun. Mandi2, setel sume, turun breakfast. Lebih kurang pukul sepuluh, aku, Aly dengan Mas gerak dari rumah Aly. Bas sampai on time, monorel kat Titiwangsa pun sampai just in time. So dekat-dekat pukul 12 tengahari kami dah sampai KL Tower. Masuk-masuk je gate KL Tower, Nampak flyer indie fest yang sangat besar. Pergh. Macam gempak je event nih. Baru nak panjat bukit, kami nampak free shuttle service yang beratur kat tepi flyer besar tu. Nasib baik r, boleh gak nak simpan tenaga nak enjoy show nanti. Sampai je kat tower, straight kami beli tiket. Ceh, tak limited pon tiket ni rupanya. Tapi tiket indie fest ni sangat smart r. Dekat flyer tulis start kol 12, tapi in fact, stage bukak kol 2 gak. Mengantuk macam nak mati tunggu stage bukak.
Pukul 2 petang. Krew2 tiket dah bagi signal suruh masuk. Tapi kitorang tunggu dulu, bagi peluang orang lain masuk. Dari luar, terdengar2 muzik lagu Skudap Skudip, Gadis Dreadlock tapi takde vocal. Maybe dorang just buat soundcheck. Sampai2 je kat dalam, nampak stage yang agak besar dan selesa. Kira macam boleh nampak gak r. Mule2 aku ingat tempat dier macam kecik jer, tapi sebenarnye boleh tahan gak besar mosh pit tu. Performance first, opening act daripada KLDC, aku tak tau r dorang daripada mane. Tapi agak style r dorang punye performance, dengan topeng putih and baju merah. Agak energetic. Crowd macam tak ramai sangat lagi, semua macam tak semangat. Oh, lupe lak. Host kali ni same macam time rockaway aritu, Sarah. Tapi Rina dorang replace dengan So’od. Haha. So’od yang hambar, nama pon giler punye retro. Tapi ok r gak, dorang pandai control crowd.
Band first yang perform, band faveret aku!!! Skudap Skudip. Dodd giler friendly ngan crowd. Dengan gaya dier yang selamber. Tapi agak kecewa r aku sebab setlist dorang tak macam yang aku expect. Skudap Skudip main just 3 lagu, 2 lagu baru and 1 lagu lama. So aku just taw lagu lama dorang, Mari Berdanska. Best giler dengar live. Aku expect nak dengar Potret, Lari, Mamamu Benci Aku dengan Gadis Dreadlock. Tapi tak kisah r. Skudap Skudip still best. Habis je Redemption, band reggae dengan dreadlock army dorang, kitorang keluar solat.
Band seterusnya yang aku nak focus, band faveret aku gak. Laila. Aku tak dengar banyak lagu Laila’s Lounge, tapi mostly lagu dorang memang best. Vokal Hadi memang mantap. Tapi vokalis baru Laila memang ade gaya Hadi sikit. Tak, ada banyak. Baru aku tau gitaris Laila, Bai pernah main untuk Kluk Kluk Adventure. Patut r macam sangat power. Setlist Laila pon just ada 3 lagu, dengan lagu top dorang letak last sekali. Crowd yang macam dah nak penat start sing along time dorang main Mawar Khayalan. 1st time dengar Laila perform live tanpa Hadi, memang mantap. Next, band pakcik2, Subculture pulak perform. Bunyi punk rock Green Day yang sangat jelas. Tapi best gak r. Boleh layan. Oh, band lepas ni aku suka. First performance Statik kat KL. Vokalis/frontman/second guitar yang lefthanded. Time aku dengar Statik punya records, vocal dier macam tak best. Tapi time dengar live, memang best giler. Seronok dapat tengok sorang lagi geng gitaris kidal aku perform.
Masuk part hardcore plak. Koffin Kanser start bukak part jerit-jerit. Aku tak tahan ngan hardcore nih, so kitorang blah pegi belakang sikit. Lepak-lepak, tak nak join moshing budak-budak hardcore. Aru maintain showmanship. Then satu lagi band otai indie, ORANG. Ni gak first time aku tengok OAG main tanpa Radhi, sebagai ORANG. Gitaris OAG take over position vokalis. Lagu last dalam setlist dorang, 60’s TV memang gempak. Nak je aku shoot pergi depan stage, tapi save energy untuk malam r. Takut peluh2 sangat nanti tak boleh solat. Solo 60’s TV best giler, dengan ending yang agak different, dalam mid tempo kot, ada bunyi slow jazz sikit. Orait. Last band untuk sesi petang. Couple datang even tanpa Masrin, yang Aidil cakap tengah praktikal kat Kedah. So kali ni, dapat r aku tengok gitaris kidal Couple main bass. Tight gak, even Aidil kena main sambil nyanyi. The best setlist ever. Nak je aku lompat-lompat. Semua lagu aku sing along, sampai dah takde suara. Start dengan lagu C’mon Operator, then Now That I Can See, then Come Back Again. Pergh. Nak menangis aku dengar lagu Come Back Again. Syaza minat lagu nih. Then diorang cakap last song, Love You Yes, sebab jam dah pukul 7 malam. Tapi habis je lagu ni, crowd nak lagi. So diorang main lagu Pergi, tanpa gitar solo. Habis je, konsert stop untuk waktu Maghrib. Time aku nak keluar, nampak satu group budak2 tengah ambik gambar dengan Dodd. Giler selamber brader Dodd ni, boleh lepak2 dalam crowd ag.
Oh, surau KL Tower sangat kecik. Tapi seronok gak r aku tengok ramai yang beratur nak solat Maghrib. Kira macam bagus gak r budak2 ni. Memang agak lambat r nak habis solat. Keluar je, pas aku pegi toilet ngan budak2 ni withdraw duit, dengar dah intro The Bunk Anthem. Memang berlari-lari anak r kitorang nak kejar Bunkface. Masuk je dalam crowd, Bunk Anthem habis, dorang start main Revolusi plak. Aku dengan Mas dah start lompat-lompat, join crowd moshing. Aly macam kena tinggal kat belakang sebab pakai selipar. Bunkface main lagu last diorang, Situasi. Lepas je Bunkface, aku dah sangat peluh2. Tapi memang giler enjoy. Okeh, focus seterusnya, Komplot. Memang ramai follower Komplot masa tu. Nora Zain dengan Disko Tanpa Risiko aku boleh sing along time chorus je, coz aku cam tak dengar sangat Komplot. Pape pon, layan head banging gak. Baru aku taw yang Komplot sebenarnye ade brass section. Before this aku ingatkan Komplot ni band hardcore. Tapi macam ada bunyi garage rock gak. Then, rehat sepuluh minit untuk solat isyak, kitorang keluar shopping baju. Aku dengan Aly dapat baju DTG kat booth Crazeecausa, RM10 sehelai. Mas r best, beli baju The Brains, RM30. Aly dapat kemeja baru, yang memang aku rasa sangat smart.
Sambung enjoy! Aku ngan Mas masuk crowd, terus pegi depan, tapi tak sampai depan stage pun r. The Times masuk gelanggang, aku dah tak tahan dah. Aku lupa lagu first dorang main, tapi tak silap aku dalam setlist dorang ada Singapura Kuala Lumpur, Tunjuk Perasaan dengan Khayal Khayalan. Join circle pig budak2 sebelah aku, dorang ni memang cool. Baju aku dah basah giler. Terus moshing sambil sing along muzik The Times. Then, time untuk reggae dengan Republic of Brickfields. Setlist yang diorang bawak kali ni pun tak best sangat. Aku tak tau lagu dorang except Emansipasi. Tapi layan gak r. Owh, Joe Purevibracion pun ade gak wat special performance ngan ROB. Yang best, dier bawak anak perempuan dier sekali. Gila arh, rosak budak tu dengan rastafar bapak dier. Orait, move on. Aku masih belum pancit. Skankin dengan Gerhana Ska Cinta. Godfather of Malaysian Ska ni pon bawak 2 lagu baru. Start dengan This Is Ska, pastu 2 lagu baru, last dengan Senyuman Ragamu. Vokalis botak yang mantap dengan permainan kidal. Otai kidal gak ni. Main inverted strings.
GSC habis perform, jam dah nak dekat 10.30 malam. Aku bajet dalam pukul 11 kalau tak habis lagi aku blah. ACAB masuk. Crowd dah start jerit2 ‘Oi!’. Budak2 skin lak start crowdsurfing. Memang ramai gak skins yang datang malam tu. Megat/Max Skin/Max Hafiz buat kontroversi lagi. Pakai jubah hitam, siap dengan serban lagi. Aku tak boleh imagine, pakai macam ulamak, jerit ‘skinhead for life’. Ntah mane hilang agama diorang ni. Setlist ACAB agak gempak. Start dengan Skinhead for Life, Streets of Uptown dengan Setelah. Budak-budak botak berkasut but dengan singlet dan suspender r yang jadi fokus crowdsurfing time tu. Mamat skin sebelah aku lagi pelik, time ACAB perform elok plak pogo, tapi bile nak habis, selamber je tunjuk fuck kat Megat. Aku dengar dier cakap ‘Fuck r Megat. Lu boleh balik r!!!’ Dressing dah macam skin, tapi fuck band skin gak. Aku tak kisah. Asalkan takde orang kacau aku moshing. Cakap pasal ni, time Bunkface tadi pun ramai gak yang fuck. Kalau sorang dua macam tak pelik sangat r, tapi kali ni macam satu group. Ok r, kalau korang tak suka muzik dorang pon, tak payah r nak fuck2 time diorang perform. Tak suke, tak payah r dengar.
Lagi 5 minit nak pukul 11, ACAB habis. Bittersweet masuk stage. Time ni gak r Dato’ Shabery Cheek nak keluar. Giler r, Menteri Belia pon join Indie Fest gak. Mantap r. Bittersweet start souncheck, aku blah. Sampai kat pintu, Aly cakap, ‘Bittersweet ni, takkan nak balik je?’ So kitorang pon patah balik. Aku dah sing along sambil jalan, dengar Burn Berlin Down. Masuk crowd, lepak sebelah mat saleh sorang ni, aku join moshing balik. Bagi busuk giler2 baju. Habis lagu ni, menjerit aku dengar intro A Perfect Match. Memang perfect r, muzik dorang macam masuk kepala aku. Minah sebelah aku pandang semacam je tengok aku sing along. Awek sape la plak nih. Habis A Perfect Match, kitorang pon balik. Tak tau dah setlist ape lagi Bittersweet bawak.
Baju busuk bau peluh. Seluar pon habis basah. Sakit kaki skankin. Tido dengan bunyi2 berdentum dalam kepala. Berbaloi jugak r RM25 tengok indie fest. Untuk satu malam, tanpa rokok, aku dapat lupe masalah2 aku. Pergh! Rekod nih. Memang enjoy sampai ke bulan. Bulan depan ada Peace to World 2009. Rase macam nak join. Tengok r kalau scholarship dah masuk. Sabtu ni Konsert Generasiku kat RTM. Tapi band2 cam tak best sangat. Malas r. Lagha. Haha. Pape pon, KL TOWER INDIE FEST 2009 ROCKS!!!
4 comments:
haha bapak analitis ko nye review. mmg ad gaya pemuzik ah. haha.
gila lah kau syahmi
tercungap cungap aku baca
memang pro lah kau ni
:D
nape lak tercungap cungap? panjang sangat ea? haha.
tade r pro. aku byk membaca kot?
thanks!
thnx 4 supporting Statik orait..bukan cam x best je,mmg truk pn sore aku..hahaha..
Post a Comment