Thursday, January 12, 2012

Kisah Tingkap Hospital Tu...

Jadi baru-baru ni, banyak, dan aku rasa aku boleh kata makin banyak terjadi konfrontasi antara kita sahabat-sahabat di Amerika ni. Aku pernah tulis pasal kawan-kawan (ni banyak aku fokus, macam mana kita sepatutnya sayang semua orang, bukan benci dan buat konfrontasi) dalam post aku Aku, Kau, Mereka. Ibnu Sabil.

Jadi eloklah aku kongsi satu cerita, yang aku dapat dari Twitter, mintak-mintak boleh la kita ambik pengajaran (korang boleh follow cerita-cerita camni kat @islamicthinking )



Dua orang lelaki yang sakit tenat, berkongsi sebuah wad di hospital.

Salah seorang daripada lelaki tu dibenarkan untuk bangun dari katil selama satu jam setiap hari untuk mengeluarkan cecair daripada paru-paru beliau.

Katil lelaki tu betul-betul sebelah tingkap, satu-satunya tingkap dalam bilik hospital tu. Lelaki yang lain tu pulak tak boleh bangun, dan terpaksa berbaring sepanjang masa.

Mereka berdua berbual sepanjang hari, tentang isteri dan anak-anak mereka, pekerjaan mereka, pengalaman mereka dalam tentera, dan semua pengalaman percutian mereka.

Jadi setiap tengahari lelaki yang boleh bangun tu, akan bangun menghadap tingkap. Setiap kali tu jugak, dia akan ceritakan, gambarkan apa yang berlaku kat luar pada member dia yang tak boleh bangun tu.

Satu jam tu cukup bermakna untuk lelaki yang tak boleh bangun tu. Dia rasa dunia dia makin seronok bila lelaki yang kat tingkap tu gambarkan suasana kat luar, suasana dunia luar, warna-warni dunia luar.



Jadi kat luar tingkap tu ada sebuah tasik, itik angsa berenang, budak-budak kecik main kapal kat tasik tu. Indah sungguh dunia kat luar tingkap tu.

Orang-orang muda yang tengah hangat bercinta, berpegang tangan berjalan berdua, bunga-bunga mekar keliling tasik, langit yang biru, permandangan bandar yang cantik. Lelaki yang kat tingkap tu menggambarkan dengan penuh teliti apa yang jadi kat luar tingkap tu kepada sahabat dia tadi.

Dan sahabat dia yang terlantar tu pun akan pejam mata, cuba menggambarkan suasana indah yang kawan dia describe tu.

Dan ada satu hari tu, ada sebuah perarakan kat luar tingkap tu. Lelaki yang sebelah tingkap tu tak boleh nak dengar muzik yang diorang mainkan, tapi dia tetap jugak gambarkan kepada sahabat dia yang terlantar tu. Dengan penuh teliti.

Satu hari, jururawat masuk ke bilik diorang, untuk bawak air nak bersihkan kedua-dua pesakit tu, dan jururawat tu jumpa lelaki sebelah tingkap tu dah meninggal dunia, dengan penuh aman. Jadi mayat lelaki tu pun dikeluarkan dan diuruskan dengan baik.

Jadi tak lama lepas lelaki tu meninggal, lelaki yang terlantar tu pun bagitau jururawat tu untuk alihkan dia ke katil sebelah, katil lelaki yang beru meninggal tu.

Untuk memastikan yang lelaki terlantar tu selesa, jururawat tu pun alihkan lelaki yang terlantar tu ke katil yang sebelah, dan tinggalkan lelaki terlantar tu sendirian.

Dengan susah payah, dengan penuh kesakitan, lelaki yang terlantar tu pun cuba untuk bangun, dengan niat nak melihat apa yang ada kat luar tingkap tu.

Perlahan-lahan, lelaki yang terlantar tu berpaling, ke arah tingkap.

Dia menghadap dinding. Tiada tingkap.

Cuma dinding, kosong.

Lelaki yang terlantar tu pun bertanya kepada jururawat, apa yang buat sahabat dia yang baru meninggal tu tadi describe semua yang benda-benda yang ada kat luar "tingkap" tu.

Jururawat tu jawab, lelaki yang baru meninggal tu tadi sebenarnya buta, dan tak boleh tengok dinding tu sekalipun. "Mungkin dia cuma nak bagi semangat." Jawab jururawat tu.

Lelaki tu pun baring semula, menangis teringatkan sahabat dia tu.

Jadi kita mesti ingat, dengan meringankan beban orang lain, beban kita sendiri pun akan berkurangan.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (49:10)

Jadi apa kata kalau kita cuba tautkan balik ukhuwah yang makin lama makin surut ni. Cukup cukuplah berperang dingin dengan manusia lain. Apa kata kita baik dengan semua orang. That will count for something, I believe it does.

Kan seronok kalau boleh kawan dengan semua orang. Biar orang benci kita, kita jangan benci orang.

Salam alaik~

=)

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...