Anak-anak itu bayang-bayang ibu bapa.
Aku seorang anak sulung dari empat orang adik beradik lelaki. Kami semua membesar di sebuah tanah rancangan Felda. Komuniti yang tak besar, tapi cukup besar bagi sebuah tanah rancangan.
Kami bukan orang senang. Biasa la, hidup di Felda kan. Oh, budak kampung je rupanya, orang cakap. Haha. Yes, betul, budak kampung je. Bukan budak yang hidup serba serbi lengkap dengan kemudahan. 26 kilometer dari bandar Kuantan.
Bukan anak peneroka Felda jugak (peneroka Felda kaya, untuk pengetahuan), tapi cucu. Abah? Abah kerja supervisor kat sebuah kilang dekat dengan bandar Kuantan. Dah 20 tahun abah kerja kat situ. Pernah la jugak beberapa kali aku datang tempat kerja abah. Penuh habuk. Kilang papan kan. Bukan kerja dalam pejabat cukup dengan air-cond semua.
Mak pulak, macam-macam kerja mak buat. Jadi operator kilang, jual nasik lemak. Jadi cikgu tadika. Macam-macam. Biasa la kan. Nak hidup kena la pandai.
Dalam komuniti kami di Felda, aku ada macam-macam jenis kawan. Korang boleh agak la kan, keadaan budak-budak Felda macam kami ni macam mana. Main bola petang-petang. Mandi sungai (bukanla sungai sangat pun sebenarnya, kitorang panggil kobat).
Study? Budak-budak Felda macam kami ni tak pandai sangat pun. Yang paling jelas di kaca mata aku sendiri, sejak aku kecik sampai la dah besar macam ni (dah boleh kahwin dah pun), di tempat kami ni pencapaian akademik tu bukanlah satu prioriti atau kepentingan besar. Asalkan belajar sampai habis sekolah menengah pun dah cukup baik. Kalau tak mampu, tak perlu sekolah menengah. Belajar sampai PMR pun dah cukup.
Aku? Haha. Kelebihan aku bukan pada kepandaian. Aku bukan genius. Aku bukan jenis orang yang baca sekali terus faham. Aku sama je dengan semua budak-budak Felda aku yang lain tu. Tapi aku untung sebab aku ada mak dan abah yang pentingkan pelajaran. Dan akan sentiasa bagi semangat untuk aku.
Kesilapan sahabat-sahabat Felda aku yang lain, bukan pada diri mereka sendiri. Tapi pada mind set mak dan abah diorang. Aku 90 peratus pasti, kalau kawan-kawan aku tu ada mak dan abah macam mak dan abah aku, diorang pun boleh sampai ke tempat aku sekarang ni. TIADA ORANG DILAHIRKAN BODOH.
Kebanyakan kawan-kawan aku adalah anak-anak peneroka Felda, jadi mak dan abah diorang kebanyakannya dah berumur. Orang-orang yang berumur ni, biasanya tak menekankan sangat kepentingan pelajaran dan akademik anak-anak. Ini atas pemerhatian aku sendiri, khususnya untuk tempat asal aku.
Tuhan je yang tahu bila aku balik kampung, berjumpa dengan kawan-kawan Felda aku, lepak-lepak minum kopi, berbual. Dan aku dapat tahu situasi hidup mereka.
"Aku gagal subjek Bahasa Melayu SPM, so aku tak ada sijil."
"Habis tu kau buat apa sekarang?"
"Aku jadi pengurus ladang. Jaga mat indon buat kerja."
"Aku dah kahwin. Baru je."
"Oh, bagus la tu. Rezeki. SPM kau camner?"
"SPM? Aku berhenti sekolah lepas PMR. Tolong abah aku kat ladang."
Mak-mak dan abah-abah semua orang, kalau baca ni, tolong la ingat. Jangan harapkan anak-anak anda jadi seperti anda. Kalau bapa seseorang tu seorang peneroka Felda, janganlah biarkan anak bekerja di ladang. Walau bapa seseorang tu seorang pengurus syarikat sekalipun, jangan biarkan anak anda jadi pengurus syarikat jugak. Ada sebabnya kita semua ada genetic variation, yang jadikan setiap manusia ni unik.
Jangan cakap, atau sewenang-wenangnya anggap anak anda bodoh, sebab semua orang ada kelebihan masing-masing. Mungkin anda belum nampak, tapi pastikan anda sentiasa sokong kehendak anak anda. Bagi pujian. Walaupun anak anda nak jadi seorang pelukis sekalipun. JANGAN, JANGAN SEKALI KALI rendahkan kebolehan anak anda.
Puji. Sentiasa bagi pujian pada anak-anak anda walaupun atas sebab benda kecil. Jangan bagi tekanan, tapi bagi sokongan. Jaga semangat anak-anak. Jangan pernah putus asa. Semangat anak-anak kalau dah jatuh, susah kita nak bangkitkan semula.
"Kau senanglah cakap, Syahmi, kau pandai."
Aku? Pandai? Tolonglah. Kalau pandai tu diukur dari segi akademik, memang senanglah anak-anak orang kaya tu nak jadi pandai kan. Bagi kita ni pulak? Selamanya kena duduk di tanah rancangan? Jaga ladang sampai mati?
Aku bukan tak sayang tempat asal aku. Aku tak percaya langsung, tak percaya langsung dengan teori budak-budak Felda, budak-budak kampung tak pandai. Remaja-remaja di tanah rancangan akan membesar untuk jadi seorang mat rempit, mat dadah, dan semua tu. Jangan percaya dengan stereotaip orang luar macam ni.
Mereka tak tahu hidup kita. Mereka takkan faham.
Jadi mak dan abah budak-budak Felda, dan juga kawan-kawan Felda, sama ada korang baru masuk universiti, ataupun masih sekolah menengah, jangan mudah sangat patah harapan. Walaupun sekolah korang ada perkataan LKTP tak bermaksud korang tak boleh berjaya. Apa kata kita buat generasi ketiga (atau kedua, atau keempat) Felda jadi generasi yang berjaya? Siapa cakap tak boleh? Bagitau aku, biar aku sekeh kepala.
Ingat satu je ye kawan-kawan. Tak ada orang bodoh atau pandai. Tak ada. Yang ada cuma orang rajin dan orang malas. Nak jadi yang mana satu? Pilihan sendiri.
Biar satu hari nanti, kita boleh kembali ke tanah rancangan kita, dan ceritakan kisah dan cabaran hidup kita untuk berjaya kat orang-orang kampung.
Biar di tengah tengah pokok kelapa sawit, atau pokok getah kita ni, tumbuh sebuah tunas kejayaan yang kita boleh banggakan. Dan bukanlah satu lagi video 3gp murahan atau jarum-jarum penagih.
Malas nak share? Senang je. Tekan like kat bawah ni.
Salam Alaik~
=)
3 comments:
Truthful and honest. Nice one! :)
ini artikel baik punyeeeeee
Yang penting bukan status akademik. Tapi macam mana cara kita berfikir.
Post a Comment