Teringat pasal Habib Jaafar As-Saqqaf, ulama' hebat Indonesia yang terkenal dengan sifatnya yang sangat memuliakan para tetamunya. Satu kata-kata yang aku tak pasti di mana terdengar, "Apabila seseorang tetamu itu keluar dari rumah, beliau membawa bersama dosa-dosa di rumah itu keluar dan menggantikannya dengan pahala."
Hati berada bersama-sama saudara-saudara di Jepun. Semoga masing-masing diberikan ketabahan melalui ujian Allah. Kalaulah ada kekuatan walaupun sedikit, aku cuba jugak salurkan untuk mereka-mereka.
Love suppressor.
Bila tak habis-habis orang sekeliling aku bercakap pasal cinta. Pasal bait al-muslim. Pasal az-zaujah.
Bila orang bertanya akan perihal hati dan perasaan aku.
Aku sayang. Tapi aku bertahan untuk tidak mencintai. Pelihara hati. Sayang dengan definisi aku sendiri.
Ya Allah, sejuknya mata memandang. Tapi biarlah sejuk jugak hati menyayangi.
Yang pasti, sayang aku yang sebenar dengan aku memerhati dan mengawasi. Menjaga beliau dengan akhlak terpuji. Genggam hati elak maksiat. Sampai satu hari nanti. Bila dah mampu menghalalkan apa yang haram.
Aku sayang, jadi aku nak ia terpelihara.
Yang tertutup itu cantik. Yang terdedah itu jelik.
Seronok dan rasa dipermudah bila semua kita serahkan pada Allah S.W.T.
Sekali lagi. Minda selapang langit. Hati pun.
Hah! Kalau takut tersilap pilihan (jodoh adalah sebagai isteri dan bukan gefren/boyfren), try baca ni.
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :1. Bersahaja (Tak perlu la nak control2)Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik (cover-cover). Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.<---penting gak nih kill all hypocrites!2. Senang Bersama (Rindu itu ada)Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita (bercakap berjam-jam setiap hari dan masih bercakap). Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. <---- maksudnya rindu :D3. Terima Kita Seadanya (Jangan berubah kerana manusia. Berubah kerana Allah.)Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. <--aku suka ayat ni. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya (playboy/playgirl kot?), dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.4. Sentiasa Jujur (Jangan tipu!)Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.<-----penting bila jauh di mata, cuma jujur dan percaya. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. <--confirm curang~ Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
Petikan dari artikel original.5. Percaya Mempercayai (Rahsia bersama)Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. <--- insyaAllah :)6. Senang Bekerjasama (Senang berkerja bersama)Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?7. Memahami Diri Kita (Memahami dan difahami)Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.8. Tampilkan Kelemahan (Semua orang kentut busuk)Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. <--- bila dia tampilkan kelemahan, mungkinkah dia menguji anda? Who knows? Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.9. Kata Hati (Kata Mak/Ibu/Umi/Mama pun sama penting)Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. <---redha dan akan dipermudahkan insyaAllah ;P10. Solat Istikharah dan Tawakkal (yang paling penting)Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. <--- yang ni betul. Aku ada pengalaman. Tapi aku tak ikut mimpi tu dan tak ambik serius, lastly aku yang sakit. Hey. Love blinds all men. Faith saved us indeed.
Salam Alaik~
=)
No comments:
Post a Comment