Fikir semula. Kejayaan itu bukan milik anda.
Di KLIA, sejurus sebelum berlepas.
Hampir dua minggu di bumi Amerika. Sebeban pengalaman. Belajar dari manusia, dari alam, dari komuniti.
Tak rindu rumah? Maaf aku tak pandai menipu.
Homesick, tapi still boleh manage. InsyaAllah, ada kekuatan untuk belajar. Meh nak share sikit.
Still struggling to adapt with the climate. Sejuknya, ya Allah. Kalau time pagi boleh sampai 16 darjah celcius.
First time naik kapal terbang. Sangat excited I almost cried. Gayat sangat-sangat. Dalam flight ke Los Angeles, USA, aku duduk sorang-sorang. I mean, student JPA yang fly sekali. Dapat seat sebelah sepasang suami isteri dari Chennai, Tamilnadu. Sempat jugak la borak-borak dalam flight yang hampir 20 jam tu. Terpaksa tahan hidung daripada baru brandi yang uncle tu minum. Ada masalah communication sikit, sebab English pakcik ni boleh tahan jugak teruk. Aku rasa dah 60 lebih dah umur dia, sebab dah nampak macam tua.
Sewaktu transit di Taipei, Taiwan
Sampai di LAX, ada masalah sikit dengan immigration. Tak, bukan sebab luggage, tapi just spelling dalam database lain daripada yang dalam visa. Sabar je lah, 4 jam tunggu clearance. Risau jugak. Alhamdulillah, walaupun penat, lapar, last sekali lepas jugak. And then berlari-lari untuk cari terminal American Airlines nak check-in. (Aku rasa immigration officer tu takut dengan janggut aku haha)
Di LAX. Aku takde sebab kena tahan immigration. =(
Selamat naik American Airlines plak, transit domestik ke Chicago. Dalam flight, aku duduk sebelah sorang uncle American yang nampak penat. Tapi aku still ajak beliau borak-borak. Sangat friendly, sorang lawyer, attorney dari New York. Kesian plak tengok dier macam penat, tapi still kena layan aku. Last-last tidur ternganga. Haha. A very good first impression of a typical American. Sangat suka. Kapal terbang yang kedua ni kecik sikit daripada yang MAS. Agak ganas la brader pilot tu bawak, tapi lagi ganas aku bawak dalam FSX.
Pukul 3 pagi, sebelah sayap kanan pesawat American Airlines
Bandar Chicago aerial view. Sangat cantik kan.
Suasana subuh di O'Hare International Airport, Chicago.
Alhamdulillah lagi, selamat sampai ke Chicago. Tengok jam kat airport pukul 4.30 pagi, tapi kat luar macam dah sangat cerah, macam dah pukul 7 pagi. Rilek-rilek, bersihkan diri sikit dan cari breakfast. Kopi Amerika best, berbaloi la dengan harga. Makan roti sikit, sementara tunggu flight ke Buffalo pulak, pukul 7.45 pagi. Teenage hormonal imbalance sebab excited naik flight first time. Member-member INTI best, aku suka korang. Satu kepala. haha.
Pelik muka mereka-mereka ni tak nampak macam penat kan?
Breakfast di Chicago.
Naik American Eagle pulak nak ke Buffalo. Seating macam dalam Transnasional je. 1-2 seating. Sebab tak ramai orang, walaupun seat dah assigned, aku cari tingkap. Wah!! Matahari Amerika! Rasa macam mimpi lagi. Tak sangka sungguh dah sampai US. Tak sama pun macam FSX, maybe sebab route lain ke cmne. Dari dalam kapal terbang, nampak stadium UB dari atas. Buffalo Bulls! Makin excited.
Akhirnya selamat sampai di Buffalo. Sejuk tak rasa sangat, mungkin sebab pakai blazer JPA tu. Terasa hensem pulak. Haha. Lepas ambik luggage semua, Nawi dengan Zerot sampai dengan trak yang besar. Rindu giler kat diorang semua. Seronok dapat jumpa balik.
Sampai ke Collegiate Village. Residence yang sangat cantik. Environment yang sangat kondusif untuk belajar. Berbaloi la dengan sewa yang macam agak mahal. Petang tu, naik trak dengan Nawi jalan-jalan ke kampus, North dengan South. Besar giler. Rasa macam tak larat nak jalan. Masih teruja dengan jalan raya Amerika. Semua macam berbeza dengan Malaysia. Tak rasa penat walaupun baru turun flight.
Malam tu, shopping kat Walmart. Thanks Zerot tolong bawak tour Walmart. Banyak jugak duit spent malam tu. Dalam pukul dua pagi baru sampai rumah.
Then, pengalaman waktu iftar anjuran Muslim Public Affair Council (MPAC) untuk program "The Tent of Abraham".
Iftar di Masjid An-Nur, Heim. Lagi gambar klik sini
Komuniti Islam kat sini sangat best. Islam yang tak hipokrit. Islam yang jelas nampak originality, walaupun komuniti ni hanya minoriti. Integriti inter-religion yang kuat; respect each other regardless of the religion. Tak melampau kalau aku nak kata kekuatan seorang muslim di Amerika sama dgn beberapa orang muslim di Malaysia.
Belajar dari mereka. Ambil budaya yang baik, terapkan dalam diri dan bawa pulang ke Malaysia. Zuhud, bersederhana. Hormat hak dan kebebasan orang lain, dalam masa yang sama promosi budaya dan nilai-nilai Islam.
Courtesy. So far, aku rasa American sangat courteous. Almost all yang aku jumpa sangat friendly dan easy-going.
Orientation? Best. Tak pergi semua pun, just pergi yang mana patut je. Jalan-jalan kampus, besar dan cantik. Ramai sangat international student kat UB ni, macam-macam nationality ada. It's a real melting pot. Meriah.
Sibuk uruskan paperwork.
North campus. Kat belakang tu Tasik La Salle. Seronok!
College of Architecture, South Campus. Sangat cantik.
Tadi start kelas, rasa sebijik macam dalam TOEFL. Haha. Awkward, tapi enjoyable. Kelas tak habis register lagi. Bertarung ke titisan darah terakhir dalam belajar.
Ramadhan di Amerika. Pengalaman baru yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Environment yang tak terasa kemeriahan ibadah buat kita cepat lalai. Lain la kat Malaysia. Cabaran berpuasa sangat kuat. Dah belajar banyak benda. Buku Ustaz Mazlee sangat membantu. Solat dalam fitting room, dalam restoran, guna khuf. Solat hormat waktu pun ada. Haha macam-macam cara guna nak manfaatkan kemudahan dalam Islam. InsyaAllah diperhebat ibadah dalam malam-malam terakhir ni. Masa dah tak banyak.
Selamat hari merdeka, Malaysia tercinta. Jalur Gemilang belum gantung lagi. Tunggu la nanti dah ada tempat elok sikit.
Kalau nak dituliskan semua memang confirm tak ada orang nak baca sebab banyak sangat. Just nak berkongsi pengalaman. Inspirasi buat adik-adik. Penyedap hati mak. Penguat semangat abah. Pejuang nasib bangsa, inspirasi buat belia-belia FELDA yang lain.
Sampai nanti, bila ada peluang guna laptop orang lagi.
Salam alaik~
p/s: pictures credit to Li Sia and Alyaa Amj
No comments:
Post a Comment