Monday, August 16, 2010

Bimbang Serumpun Kasih Terbuang

Post terakhir di Malaysia. Sebelum bertolak ke US. Flight dah confirm 18 Ogos 2010.
Post yang ke 140, sejak post pertama pada 19 September 2006.

"Abang jangan pergi Amerika. Amerika jahat!",Kata Atuk aku dua tahun lepas, waktu aku bagitau beliau yang aku nak apply untuk biasiswa luar negara. Tup tup, bila dapat tawaran dari JPA, aku tengok negara yang ditawarkan tu Amerika. Haha, tak boleh nak cakap apa apa lagi lah. Atuk aku pun dah diam je time aku cakap aku dapat tawaran ke Amerika. Tapi benda tu bukan kita pilih kan. So bukan salah aku la. Atuk aku ni lah yang banyak bantu aku dari segi kewangan, sejak dari aku tingkatan satu. Setiap kali nak balik asrama, walaupun tak banyak, mesti ada yang dia bagi untuk aku buat belanja.

"Abang balik nanti mungkin aki dah tak ada..."Atuk aku cakap waktu kami berbuka ramai-ramai tadi. Tapi nenek aku mencelah, bukan lama sangat aku pergi. Tiga tahun je. InsyaAllah aku akan cuba untuk cari inisiatif untuk balik. Kalau boleh tak nak menyusahkan mak dengan abah. Tapi abang pasti, aki mesti tunggu abang balik even after tiga tahun. Sekurang-kurangnya nak bagi aki rasa gaji pertama abang.

"Abang dah belajar pandai-pandai nanti, jadi DO tau",Atuk aku cakap waktu aku kecik-kecik dulu. FYI, DO tu adalah District Officer atau pegawai daerah. Untuk orang-orang veteran macam atuk aku ni, memang besar la jawatan tu. haha, tapi apa pun, aku tak boleh janji yang aku nak jadi seorang DO sebab kecenderungan aku untuk jadi pemimpin macam sikit sangat.

Atuk aku dengan Nurul, my cousin

"Tak kisah kat mana kita ada, kita tengok langit yang sama, mak",apa yang aku cakap kat mak aku, bila kami tengok glob, betapa jauhnya tempat yang aku nak pergi ni. Korek tanah bawah tapak kaki tempat aku berdiri sekarang ni, bila sampai hujung, dah tembus nanti barulah sampai Amerika. American cakap, halfway around the world. Pusing dunia. At first mak aku memang tak bagi aku ke luar negara. Tapi aku je yang buat degil. Last last aku dapat offer, so mak aku dah tak boleh cakap apa lagi, sebab beliau tahu aku memang dah pasang cita-cita nak ke luar negara sejak Form 4. 

*Mak mesti ingat, langit yang mak pandang tu sama dengan abang. Tanah mungkin dipisah lautan, tapi kita masih berkongsi langit.*

"Aper ni? Kuku panjang, meh sini mak potong",okey, untuk sesetengah orang mesti cakap "pergh, manja giler Syahmi ni sampai kuku pun mak yang tolong potong. Biasa lah, aku kan memang jenis selekeh. Selagi kuku aku tu tak ganggu aku main gitar, memang aku tak potong punyer. Tapi untuk aku, perkara yang macam ni lah yang membezakan kami dengan keluarga orang lain. Tak kisah la orang nak cakap apa, keluarga lah perkara yang paling penting bagi aku. Oh nak tanya, bila kali terakhir mak anda tolong potong kuku tangan dan kaki anda?

"Anak Mak Andak tu anak betul ke anak angkat?"pertanyaan daripada salah seorang teman sekerja mak aku kepada beliau sewaktu kami adik beradik merangkul kejayaan Straight A berganda (PMR, SPM) dua tahun lepas, sedangkan AA juga baru mendapat keputusan 5A dalam UPSR. Waktu tu mak bekerja di sebuah kilang elektronik. Untuk sesiapa yang kenal mak aku, korang semua tahu kan macam mana mak aku kan? Tiada protokol, open dan berterus terang mengalahkan American sejati, bercakap tanpa sarcasm. Kesian mak aku, penat dia mengandungkan kami, sakit perit beliau melahirkan kami, orang tak percaya kami ni anak kandung mak. Sebab beliau tak nampak macam seperti seorang ibu yang berjaya mendidik insan-insan cemerlang macam kami (sedikit perasan, maaf). Sabar ye, mak?

*Aku dan mak, di Sarang Tiong, Rompin*

"Haha.. Abah saya lulus SPM je cikgu..",Jawapan selamba adik aku bila pengetua beliau, Tuan Haji Mokhtar Abdullah, bertanya, "Ayah kamu lulusan ijazah dari mana, Syafiq?" Mendengar jawapan Angah tu, tuan pengetua menjawab, "Hebat, ayah kamu memang hebat..." Tugas aku sekarang adalah untuk buktikan, bukan saja anak doktor, anak jurutera, anak cikgu, anak bussinesman saja yang boleh berjaya. Aku akan tunjukkan bukti kejayaan aku ni berpunca daripada seorang pekerja kilang papan dan seorang makcik kantin sekolah menengah.

"Aku bukan anak manja, I'm just a family man",respons aku kepada kawan-kawan bila selalu terserempak dengan mereka kat bandar. Chaperoned? Sesetengah orang tak suka sangat keluar dengan family, apetah lagi bila aku, Tat keluar dengan mak dan abah aku je. Ada orang yang pandang pelik. Tapi aku bangga ada keluarga yang sanggup melayan kerenah anak-anak yang nak ke sana sini, bukan setakat seminggu sekali, kadang-kadang sampai 2-3 kali seminggu. Oh maaf, satu soalan lagi, bila kali terakhir anda keluar dengan keluarga anda? Abah aku dah hampir separuh abad, tapi masih kuat kerja. Macam-macam kerja dia buat. Beliau dah kerja kat kilang papan tu hampir 25 tahun. Sangat lama kan? Tapi still, tak cukup untuk sara keluarga. 

"Abang, jom ikut abah jual besi. Kalau dapat banyak nanti kita beli barang abang tu,"kata abah kepada aku satu pagi, waktu aku memerlukan duit untuk beli sedikit barang, sebagai persediaan untuk terbang. Jadi pagi tu pun, abah kumpulkan sedikit besi buruk dan tin-tin kosong yang dah lama abah kumpul. Ada banyak jugak, dah lama jugak aku tak buat kerja macam ni, dulu waktu kat INTEC, kalau balik lama sikit, mesti abah bawak balik besi bagi kitorang adik beradik proses. Pernah jugak aku dengan abah pergi jual kelapa tua kat perumahan, dapat la jugak sikit hasil. Padanlah dengan penat mengait dan mengupas. Entah kenapa, duit kami tak pernah cukup. Jadi macam-macam benda kami buat untuk cari duit. Latest, abah buat projek bela ayam kampung. Waktu aku di Amerika nanti, aku nak simpan duit untuk bantu abah beli anak-anak ayam. InsyaAllah, semoga ditetapkan hati, dikuatkan iman.

*Kenalkan, pekerja kilang dan makcik kantin, juga ibu bapa paling hebat pernah aku jumpa.*

"Kat sana nanti mesti abang rindu air kopi, sambal belacan we,"kata nenek aku (we) satu malam waktu aku sedang ghairah menikmati air kopi beliau. Tapi serius, air kopi beliau memang terbaik. Kira aku boleh distingush sama ada air kopi tu nenek aku yang buat or not. Sambal belacan nenek aku pun yang terbaik, aku boleh makan nasik tanpa lauk, asalkan ada sambal tu. Sayang seribu kali sayang aku tak dapat rasa semua tu kat Amerika nanti. Hilang lah satu nikmat dunia. Aku ni boleh la dikatakan cucu kesayangan nenek aku la so far. Sebab aku duduk dekat dengan beliau, so hubungan aku dengan nenek aku ni sangat rapat. Hopefully beliau akan tunggu sampai aku balik Malaysia nanti, nenek aku maintain kuat even merokok at least dua hari sekotak. 

*Nenek aku yang maintain sihat dan kuat, tak macam Aki yang dah lumpuh*

"Angah belajar betul-betul. Jaga mak, abah, jaga adik-adik,"pesanan aku pada adik aku, Syafiq, yang bakal ambik SPM tahun ni. Walapun nampak beliau macam agak tertekan dengan penanda aras yang aku dah letak, tapi aku pasti beliau boleh buat dengan cemerlang. Intuisi tak pernah silap dalam hal macam ni. Angah tak sempat nak hantar aku ke KLIA esok, sebab beliau ada Trial SPM. Hari semalam Add Math, hari ni Modern Math, esok, waktu aku berlepas, beliau terpaksa struggle dengan kertas Biologi pulak. Terasa terkilan jugak bila beliau tak dapat ikut sama waktu aku nak berlepas esok, tapi tak boleh la nak buat apa-apa. Ada perkara lagi penting bagi dia. Aku sampaikan doa untuk peperiksaan SPM beliau nanti dari Amerika je. So aku just tunggu berita gembira beliau tu di sana.


*Angah di waktu tiada jerawat haha*

"AA jaga elok-elok gitar abang tu, all the best untuk PMR nanti. Jangan buli mak banyak sangat tau!", pesanan aku untuk AA (Syahir) adik aku lagi sorang, yang 2nd youngest. Macam tak percaya bila tahu beliau terpilih jadi bakal ketua pelajar tahun depan. Adik aku yang sorang ni 'nabil' sikit perangai dia. Ada campur 'Saiful Apek (without the drug part)' sikit-sikit. Buat yang terbaik untuk PMR nanti. Jangan sebab jawatan, ignore pelajaran (okey, abang mengaku abang jeles..haha). Untuk Syauqi @ Tat pulak, abang nak Tat dapatkan nombor satu dalam kelas. Tak terkata betapa untungnya Tat kalau nak dibandingkan dengan abang. Nanti abang balik abang buli Tat lagi ek.

*Di Segamat, bersama Tat, AA dan aku.*

Sekarang dah pukul 3.15 pagi. Dah tak lama boleh tidur sebelum sahur. Dalam lepas Zohor nanti, kami bertolak ke KL. Dan esok, pukul 3.15 petang, bermula lah perjalanan aku menuju ke "Tanah Kebebasan"; Amerika Syarikat. Semoga perjalanan ini dilindungi, atas kalimah jihad, sebuah manifestasi fisabilillah. 

Bawa nama agama, bangsa dan negara.

"Kita mari itu negara bukan mau cari musuh, kita mau belajar saja."(Auntie Anonymous, 2010)

InsyaAllah.

=)






5 comments:

Anonymous said...

:l..............>>>..............:)

~~~~~

Anonymous said...

may Allah bless you. so sweet.

nanti duk kt us jangan lupa na krim duit kat mak ayah klau kerja.

Suichiro Hexane said...

insyaAllah ..
every step you take in finding His blessing .. he will grant you with more than you can imagine .. going to another man's land is among them .. i will pray for your safety and happiness ..

Unknown said...

Thanks sumer.. keep on reading okey~

Syahir Yem said...

mak ckp dye nges bce mnde ni..aa sebak je..x nges ag...hehe..btw nice post la bro...


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...