Salam Ramadhan
Adakah kita taat kepada Allah atau maksiat kepadaNya?
Itu semua adalah rahsia Allah,tapi pengaruh dan kesannya dapat kita lihat.
Ada 8 akibat jika kita bermaksiat pada Allah.
1-Tidak mendapatkan ilmu.
-Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah di dalam hati.Maksiat memadamkan sinar tersebut.
2-Tidak mendapat rezeki.
-Taqwa kepada Allah mendapat rezeki.Manakala orang yang berbuat dosa tidak mendapat rezeki dan meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.
3-Kerisauan dan kesepian di hati.
-Kegelisahan dan kesepian,hati rasa terasing kerana banyak lakukan maksiat.
4-Banyak mendapat kesulitan.
-mendapat kesukaran dalam pelbagai urusannya.
5-Kegelapan dalam hatinya.
-kerana perbuatan buruk:
*terdapat warna hitam pada wajahnya. (bukan asal kulit tu)
*badan menjadi lemah
*ramai yang membencinya
6-Melemahkan hati dan badan.
-Walaupun badan kuat,tetapi kerana jahat dan hati penuh dengan maksiat,hatinya adalah yang paling lemah.
7-Kehilangan ketaatan.
-tiada hukuman bagi sesuatu dosa kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah S.W.T.Juga akan terputus jalan-jalan kebaikan yang lainnya.
8-Mengurangi umur dan mengikis berkah.
-Sebahagian ulama' mengatakan kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat adalah kerana hilangnya berkah umur.Bila berpaling dari ALlah,sibuk dengan kemaksiatan,akan hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki.
Sehingga pada akhirnya dia berkata:
"Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku berbuat kebaikan untuk hidup ini."(surah al-Fajr:24)
p/s: from wardatul_shauqah, ILI forum
No comments:
Post a Comment