Wednesday, July 21, 2010

Mazleela Cakap Tabah


Mak sangat suka lagu ni. Aku pun sama. Kuat kan aku?

Dah kurang sebulan lagi masa utk aku tinggalkan Malaysia. Bertolak ke tanah kebebasan. The Land of Freedom.

Sewaktu potato plight di Ireland, ramai yang berhijrah ke Amerika untuk menyelamatkan diri dari kebuluran.
Sewaktu holocaust di Russia dan Poland pun, ramai Yahudi yang ke Amerika untuk menyelamatkan diri.

Dan aku takkan pergi dengan tangan kosong. Aku pikul tanggungjawab besar atas bahu aku. Aku bawak memori dan pengalaman. Banyak yang aku dah cuba buat utk bantu keluarga. Aku pernah jadi kelindan lori, kerja kedai perabot, jual air, jual kuih raya, cari besi buruk, jual kelapa tua, tolong abah bela ayam. Tapi usaha kali ni lah yang paling besar.

Hey syahmi. Cabaran ni bukan senang.

kau rasa susah.

dan kau akan hargai senang.

kau pernah jauh.

dan no problem utk kau pergi lagi jauh.

satu masa nanti, kita satu keluarga akan duduk sama sama, bercerita pasal masa susah ni, gelak2 sampai keluar air mata. tak percaya? tengok lah nanti.

=)

p/s: syahmi yem. cheap bastard. yeah right whatever

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...