Tuesday, June 8, 2010

Reminiscence

Dah lama tak bukak blog ni. Nasib baik tak lupa password lagi.

Hey, this time, aku nak tulis jiwang habis. haha. Yep, serius, post kali ni pasal kau.

Mega gathering next week aku tak boleh datang. Tak nak jumpa kau. Tak ada kekuatan tu. Lagipun hari Jumaat tu ada interview visa. So tak nak terkejar kejar.

Kamal ajak aku perform akustik time mega gath tu, tapi tak boleh la. Coz aku tak datang.
Recently selalu teringat pasal kau. Tak tahu kenapa. Serabai sungguh otak.

Move on? Tak tak. Bukan sekarang. Maaf la banyak2.
Hey, tahu tak. I've loved you for so long I can't even remember when.
(mak cakap, jangan lah tulis dalam English, nanti susah kau nak faham)

Betul jugak. Kau selalu silap kalau tulis English. Yang takkan aku lupa, you've mistaken JOINT for JOIN.
Selalu kena marah dengan aku. Somehow, funny gak bila aku dapat tahu yang kau still guna JOINT instead of JOIN.

Hey, aku tak boleh lupa time first kau tengok wayang. OMG, think I've spoiled you. Kot? haha. Time form 4 kalau aku tak silap. Time tu tengok citer Remp-It (kot?) dengan adik aku. Dengan kau. Pergh, time tu megamall buruk je. And ada kedai nasik lemak Simple kat atas tu, depan bowling. Sekarang dah berubah.

Hey, next is waktu form 5. Pagi tu hujan lebat. Kau pergi Kuantan naik bas kat benteng, time tu benteng ada lagi, sekarang ni kan dah jadi parking lot. Ingat lagi tak bas Koop Bkt Ktn. Haha. Sekarang dah tak ada kot, aku dengar cerita dah bankrup. Aku pergi bandar dengan abah aku. Pastu ktorang fetch kau kat benteng. Tu la first time abah jumpa kau secara live. Haha. Sweet though.

Kau lah! Mengada ngada nak share payung dengan aku. Abah aku tak pakai payung pun. Segan betul. Tapi aku suka. Haha. Seronok. Then kita lepak kat public library sekejap, breakfast kat situ. Oh, terjumpa adik ipar maksu aku. Segan giler aku. Aduhh, kantoi. haha.

Hey, ingat tak aku pernah once buat kau menangis. Kalau tak silap, waktu form 3 or form 4. Sori lah tau. Sengaja nak menguji. Malam tu aku pinjam hanset adik aku. Aku mesej kau yang bukan bukan. Aku menyamar jadi budak Eskay, a girl, to be precise. Then aku cakap macam macam pasal 'Syahmi'. Kau tak percaya. Kau mesej aku tanya macam macam. Tapi aku tak reply langsung. Then lastly, aku call kau pakai hanset adik aku. Oh, man, you were crying back then. haha. Leave me speechless, seriously.

Hey, time form 2 aku ikut cikgu fauzi pergi Lawatan Biro Asrama ke KL ngan Langkawi. Aku beli kat kau coklat yang sangat besar. Susah beb, nak jaga coklat tu. Aku letak kat asrama, dalam plastik, pastu plastik tu aku letak dalam tupperware, and aku letak air sejuk dalam tupperware tu. Ish, kanak kanak la kan. Then aku passing kat Ramlah suruh beliau bagi kau. Time tu kau bilik 11 aspuri. betul kan? haha

Hey, ingat tak time hujung tahun 2007, kau dengan family kau pergi Mydin nak beli baju sekolah. Kebetulan, family aku pun beli baju sekolah jugak time tu. Waktu mak aku dengan Syahir kat Hari Hari, tiba2 kau datang salam dengan mak aku. Kau tahu tak kau buat mak aku terkejut giler? Sebab mak aku tak kenal kau lagi tau. Haha.. Nasib baik Syahir kenal kau, dia bagitau mak aku yang ko lah gefren aku. Nasib baik time tu aku kat luar. Kalau tak aku dah kidnap kau pegi jalan jalan.

Hey, lepas tu kita dah habis sekolah. Aku teman kau dengan Kakde pergi interview Nursing kat Mega View Hotel. Kau jeles dengan Kakde sebab dier panggil aku abang! haha. Memang lah, dier kan sepupu aku. Even mak dier pun panggil aku abang. Thank God, kau dapat masuk Segi College. Oh, kau ingat tak hari tu ada kenduri kat rumah aku. Doa selamat coz SPM aku cemerlang. Tapi aku tak kisah, teman kan kau lagi penting.

And then aku pun admitted to INTEC. Kau takut aku jumpa awek2 lain yang lagi pandai daripada kau. Em, no komen lah. Haha. Then kita selalu jumpa kat Subang.

Hey, ingat tak aku selalu datang Subang. Tak, aku jarang tengok wayang dengan kau kat Summit, coz kita lagi suka duduk kat KFC, bukak laptop dan online sama sama. Boleh borak2, share2 gambar kan. Then kita makan tomyam dengan kakde. Kau hebat makan pakai chopstik! Aku sangat jeles tau! Tapi still, kau makan tak habis. Macam selalu. And then kita pergi karaoke. Tapi tak best, coz aku bayar 10 lagu, and kau paksa aku nyanyi semua sekali. Ambik kau, sampai lagu Bahalol - XPDC pun aku bantai.

Hey, ingat tak time kita plan nak berbuka sama sama kat KFC, and then time tengah beratur nak order, abah kau call. And beliau cakap beliau ada kat Subang, and ajak kita berbuka sama sama. Damn! Aku sangat segan lah. Atuk dengan nenek kau pun ada sekali. Tak pasal pasal aku kena interview. Haih. Weh, naik teksi balik Cendana dari Subang RM25 tau! Pokai terus aku malam tu.

Hey, ingat lagi tak time kita jalan jalan kat KL. Macam orang kaya je. haha. Tak tahu la kenapa, tapi dengan kau aku susah nak kedekut. Kalau dengan orang lain, hey, I'm a cheap bastard. Kita makan kat Heartz. Aku suruh kau bancuh kopi kat aku. Hey, rasa kopi tu sangat teruk tau! haha. once kau tengok reaction aku, kau ambik balik cawan tu tak bagi aku minum. Usaha lagi oke! hehe

Hey, lepas tu kita pergi mane ek? Oh, Pavillion. Jalan jalan kat Pavi plak. Sampai nak tercabut lutut. Lepas tu jalan sampai Times Square balik. Ada masuk Low Yat tak? Aku rasa ada kan. Masuk Low Yat jap. Pastu balik dah nak dekat malam. Pergh, penat tapi seronok melampau. Oh, kita ada singgah Secret Recipe. Share kek favourite kau, New York Cheese. Tapi memang best pun kek tu. Aku pun suka gak.

Hey, lepas tu spring semester. Aku blur sangat sangat. What happened? Apa yang dah jadi sebenarnya?
Apa kena mengena Eugene dengan kita? Apa yang aku dah buat? Apa kawan kawan aku dah buat?
Tujuh tahun sayang, tujuh tahun. Dalam masa seminggu, kau lupakan tujuh tahun kita.

Em. Macam aku cakap. Jangan call aku lagi. Aku takkan call kau lagi.
Satu hari nanti kalau kita jumpa balik, by fate, and aku single, kau single, Kita kahwin.

I wish that day will never come. I know it.

p/s; gambar ni daripada my previous post

8 comments:

Da'ieRider said...

olo olo olo...
comel la ko.
haha. aku rase post ni tuju kat aku kan...so sweeeet.
haha.
dah2...pegi interview visa..kang lmbat cam aku! haha. tayah nk compete2!haha.

Syahmi Yem said...

wow. dah jadi da'ie rider skrg. aku nak jadi da'ie ranger la! haha

yela yela. nak pegi la ni. tayah la pakse. =(

The Skatemusicianer said...

Wow. moving story.

Anonymous said...

ouch...tertouch...
same cm aku...hilang cinta in a single action...
utk menyesal kembali mungkin tidak...
at least we know that they will not be the right person....

ex-sk said...

kenapa x pergi jek mega gath tu..
show to her that you can face the reality. even without her.
Sampai bile nak lari diri..someday you have to face her though...
just saying...


gud luck interview visa...

Anonymous said...

emm.. thanks.. n i like that.. hope what u write for the last sentence can be true.. i still my friends.. ak akn follow ko nye blog please dont stop writting.. sorry

Syahmi Yem said...

hey, aku boleh kenal ko.

still salah eja writing, i see?
tu lah, dulu aku nak ajar malas.

hey. aku tak kisah kau nak baca. go on. coz maybe ni last time aku mention kau. maybe, last time.

hey. jadi lah sorang nurse gemuk yang baik oke. finish your study. tak nak jadi macam kakde tau. make your parents proud.

hey. cakap kat parents kau aku mintak maaf byk2 sebab gagal jaga kau. segan giler ah dengan dorang.

hey. pliz, don't go around breaking men's heart. tak baik tau.

a word of caution: jgn pernah berubah.

=)

Anonymous said...

huhhh encik syahmi yem!
kuat betul momori kau.
kalau aku.once my heart breaks,i'll never remember back all those memories.I'm hurt!

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...