Saturday, October 17, 2009

Of Singularity.



Ini bukan post tentang sains.
Ini tentang CINTA.
Setuju tak, kalau aku cakap, CINTA itu cantik, indah, bersih. Yang buat CINTA jadi buruk, hodoh dan kotor adalah PELAKUnya. Kalau betul CINTA itu dikoordinasi, mesti boleh dibawa ke syurga. InsyaAllah.

Meh aku nak try kaitkan;
Ujian itu TARBIAH Allah. Selepas ujian, sepatutnya kita SEDAR dan berubah menjadi lebih baik.
Kalau PUTUS CINTA dikatakan ujian;
PUTUS CINTA itu TARBIAH Allah, kita sepatutnya SEDAR dan berubah selepas break up. kan2? haha

Ingat tak cerita tentang Nabi Adam, dan bagaimana baginda boleh dicampakkan ke dunia?
INGAT tak sebab utamanya?
WANITA. Hawa menjadi sebab Nabi Adam A.S dimurkai Allah dan dicampakkan ke dunia.
Bukan untuk menyalahkan Hawa, kerana di tengah2 hubungan Adam dan Hawa itu, ada IBLIS.
Dengan rasa cinta yang difitrahkan Allah kepada setiap manusia, ada pula SYAITAN untuk menyimbah minyak ke dalam api nafsu.

Fikir sekejap. Kalau Nabi Adam pun mampu ditewaskan oleh syaitan LAKNATULLAH, yang menggunakan WANITA sebagai SENJATA,
Ape lagi kita, manusia biasa ni. Solat pon kadang2 bocor. Akidah belum mantap. Iman naik turun.
Mudah sangat kalau nak dihasut. Piece of cake je bro.

Oh. Ade hosmet aku baru break up. Giler kesian tgok beliau. DOWN to hell.
*boleh plak time lab C++, komputer pon beliau tak bukak. Naya. Seb bek x kantoi ngan puan umi.
  -_-"
Tgok keadaan beliau, nak gelak KESIAN, nak sedih sekali TAK MAMPU. nak carikan awek lain TAK BOLEH. Haha. Sori bro. Teman kau karaoke je r ek?

Sabda Rasulullah S.A.W,

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:





“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”


Ini bukan bicara seksis. Ini kenyataan. Tak semua wanita berjaya memelihara iman. apatah lagi dengan ratio 1:26 lelaki dan wanita dunia. sepatutnya wanita dah tak memilih calon suami, kerana terpaksa bersaing dengan 25 wanita lain untuk menjadi isteri. haha (^_^)


Pergh. Cakap pasal bende2 cmni best je kan. haha. Tapi aku sendiri xtaw dapat x kawal diri. Iman aku ni berubah. Kejap naik, kejap turun. Semalam menangis insaf, hari ni gelak balik.


Pape2 pon. Jom r try improve diri sniri. 
Igt, sesetengah perasaan tu x sepatutnya dizahirkan. Akan wujud sendiri dengan redha Allah. 
burp...;p 

21 comments:

sneakers said...

wpun agk sedih prempuan kena target kat sini,tapi best kot baca.mmg logik ar..thnx~

muslimah said...

salam alaik...
kenal tak??

pape pon alhamdulillah..
kembali kepada fitrah itu yang terbaik...
menyukai kebaikan itu ada pada semua orang tidak kira ditahap mana iman mereka...

sama ada mereka mahu menzahirkan kebaikan itu atau tidak...

hidup akan tenang dengan sentiasa berada di jalanNya....=)

terharu + happy...semoga Allah kekalkan apa yang baik...dan yang tak elok semoga dapat diperbaiki....insyaAllah....

Unknown said...

sneakers:tak terlintas niat nak target org perempuan. just nak mengingatkan diri sendiri dan saudara2.

fatihah: sape x kenal awak..haha. tepat sekali.
tp knpe mesti terharu + happy?
-_-"

ntah said...

???camane boleh kenal???

Unknown said...

fatihah: sy tgok ayat awak pon sy dah tau. dah boleh kenal r. haha~

ntah said...

ooooo
ek....kena tukar cara penulisan la plak lepas nie...
tak pasal2 je kantoi...hmmmm

abid™ said...
This comment has been removed by the author.
abid™ said...

wah!!!
aq setuju kat perenggan ketiga last..

:D

dh kena bersaing pn nk memilih lg..

:p

leynn said...

ape y ko ckp ade betowlnye.. tp cbe reverse gak.. pompuan pown ley wat ape saje juz utk laki y die syg.. jd same2 la mnjage hubungan sesame sendiri dgn baek.. xkire kawan, sahabat, saudara, keluarga, mahupun insan y tersayang.. ;)

oren said...

Pemerintah negara x : beta mahu tahu apa pemuda Andalusia sedang lakukan ketika ini.

hulubalang negara x :o0o..tuanku ..hamba terlihat ada seorang pemuda sedang menangis duka di bawah pokok.

pemerintah negara x : Kenapa pemuda tersebut menangis?

hulubalang negara x : Kerana anak panahnya yang berbisa selama ini tersasar dari targetnya tuanku..

selang beberapa tahun.

Pemerintah negara x : Sekarang pergi kamu ke Andalusia.lihat apa pemuda mereka sedang lakukan.

hulubalang negara x : o0o0..Patik menyaksikan perkara yang sama seperti tahun dahulu.Seorang pemuda masih menangis di bawah sepohon pokok. tapi kali ini agak berlainan tuanku!!

Pemerintah negara x : Apakah itu hulubalang x?

hulubalang negara x : Pemuda itu patah hati tuanku. katanya menangis kerana Perempuan kesayangannya tidak lagi berada sisinya.

Pemerintah negara x : 0k hulubalang2x..siap sedialah kamu semua kita akan memerangi Andalusia.Andalusia sudah bersedia untuk ditawani!!!

Unknown said...

leyn: betul. applies to both parties.
oren: analogi yg mantap. thanks!

oren said...

credit to "saiful islam" kut.. xtually ia sebenarnya kisah benar

fatih said...

ermm betol2...cerita tu kisah kejatuhan andalusia...

semoga semua sedar betapa besarnya pengaruh penyakit hati sekiranya tidak dikawal...

runtuh sebuah pemerintahan yang agung hanya disebabkan oleh kuasa cinta yang tidak diuruskan dengan sebaik mungkin..
yang tebaik..cari la cinta n redha Allah terlebih dahulu...

insyaAllah yang lain akan terjamin..=)

Unknown said...

true story ea?
jelas dan nyata pengajaran.

satu lagi,

kisah Nabi Yusuf A.S dan Zulaikha. boleh sape2 kaitkan x?
;)

fatih said...

yup..true story..
yg perlu diambil tahu..

hmmm
Nabi Yusuf n Zulaikha..
tu kisah yang menarik jugak..

sebab cinta si Zulaikha..
sampai terpotong jari sendiri..


tp tu sebelum die mengenal cinta Allah..

n bila da tahu betapa agungnya cinta kepada Allah semua tu da tak ada makna...
kan???

p/s : kalau salah betulkan ek..tak berapa ingat da cerita tu..syukran..

Unknown said...

haha. tepat.
bila jumpa cinta Allah,
dah tak nampak cinta dunia.

cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha, boleh buat contoh. thanks btw.
:)

fatih said...

yep...
kuasa cita sangat kuat...

orang yg kuat jugak lah boleh hadapinya..

n nak jadi kuat tu..rasenye masing2 da tahu kan...=)

jaga pandangan..
dalam al-Quran pon da ada menyatakan tentang tundukkanlah pandangan mu..kan...

Unknown said...

baru terjumpa kisah kejatuhan andalusia.

Tariq,panglima yang membuka Andalusia.Tariq ni hebat gle,waktu sampai di Andalusia,dia bakar kapal-kapal dia dan berkata bahawa wahai panglima-panglimaku,di belakangmu laut,di kiri kanan mu bukit dan di hadapanmu musuh.Jika kamu mahu terus hidup maralah ke hadapan dan cantaslah leher mereka.Kehebatan Tariq ni ditakuti oleh pihak kafir,so orang kafir pun menghantar wanita-wanita cantik kepada khalifah yang ada kat Baghdad dan meminta khalifah memanggil Tariq balik.So,Tariq pun dipanggil balik.Spatutnya,empayar Islam da bkembang sampai ke German.

Benar kan?

(^_^)

oren said...

"wahai panglima-panglimaku,di belakangmu laut,di kiri kanan mu bukit dan di hadapanmu musuh.Jika kamu mahu terus hidup maralah ke hadapan dan cantaslah leher mereka "

this sounds nice..

well en.syahmi..
selamat menyempurnakan hidup ini..

memyselfni said...

syahmi. aku maken suke bce belog ekau. haha ;p

Anonymous said...

yup..
hmm..betul2..
hidup kene selalu ada perubahan..

jadikan hari ini lebih baik dari semalam..
hari esok lebih baik dari hari ini..n setrusnya...=)


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...